Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Showing posts with label FAMILY. Show all posts
Showing posts with label FAMILY. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ~

Bila tempoh hari dapat text dari Ayah Yi menjemput kami semua ke majlis kenduri sepupu saya yang seorang ni,saya langsung tak terkejut.Memang sudah dijangka,he will be next on the list selepas Abg Sham walaupun dari segi umur,dia no 8 dalam lingkungan sepupu sepapat saya.hehe.

Sebabnya?
1. Arif hensem..haha..teringat masa kecik-kecik dulu selalu kena kejar dengan gadis-gadis yang minat dengan dia sampai ke rumah.
2. Memang dia pernah berura-ura nak submit proposal kahwin pada Ayah Yi sejak dari tahun lepas lagi.
3. Ayah Yi aka abah kesayangan dia sangatlah sporting yang akan sentiasa menyokong anak-anaknya ;)

Tiada kata yang mampu terucap hanya Barakallahulakuma ;)

Bila pakcik dan makcik tanya bila giliran saya yang lebih senior dari arif pula?Jawabnya - saya akan kahwin bila saya rasa saya mampu kahwin..Bukan sebab orang semua dah kahwin atau sebab bosan orang tanya bila nak kahwin atau risau orang lain ada anak dulu..No No No..Kahwinlah kerana mahu dan tahu apa itu kahwin,barulah tak tersesat di jalan yang lurus kelak ;)

Sunday, June 20, 2010

HIMPUNAN KELUARGA TOK BAH



Saya diberi amanah untuk melaksanakan program ini..Bukan mudah nak dilaksana kerana melibatkan family dan orang yang senior dan bukan sikit bilangannya,anggaran jumlah 300 orang..Dan database maklumat belum dikutip..

Ringkasnya,ini merupakan family gathering pertama seumpamanya buat family Tok Bah.tok Bah atau nama sebenarnya Wan Ahmad merupakan moyang saya dan Atuk kepada mak saya..Yang menrumitkan program ini ialah Tok Bah berkahwin 4 dan mempunyai 9 orang anak dan cucu cicitnya sudah merata-rata duduknya..Saya sendiri tak mngenali kesemua mereka (tak paayh ckp saya la,mak sendiri tak kenal habis sepupu-sepupu dia) :p

Sorry mak..ngata sikit..hahaha..dah mmg betul pon.malu malu.he :p

Dan saya telah siapkan working paper ini,harapnya mendapat kerjasama dari semua..Insyallah moga dipermudahkan..(Saya masih dilema nak pegang post apa sebenarnya) =)



Friday, May 14, 2010

MODE *RINDU UMMI*

Seadanya saya ingin memohon maaf kerna lama tidak membuat entry..Mata kiri kerap berdenyut sekarang dek umur sudah meningkat jadi tak mampu nak bertahan menghadapa skrin komputer terlalu lama..Saya sedang menyiapkan post yang agak panjang dan bermakna dalam hidup saya insyallah akan siap beberapa hari lagi..

Namun untuk hari ini,entry pendek buat pengubat kerinduan saya nun jauh di Bukit Damar Temerloh Pahang..

Saya lahir ke dunia ini dengan dikurniakan seorang Emak dan seorang Ayah.Mereka ibu bapa terbaik buat saya sentiasa.Hanya diri ini yang sentiasa gagal menjadi anak soleh buat mereka.Lambat jawab telefon dan SMS dek kesibukan berprogram dan bermeeting..Tu dah teramat biasa sampai ayah bising2..ades..sorry ayh mak..dah nak grad dah ahmad nie..takde program lagi dah untuk 'ayam tua' nie..orang dah tak nak dah..haha..yeke?CONVEST 10 last program insyallah..:p

Bukan apa tak selesa hidup tak join program,rasa kosong walaupun program boleh sebabkan tekanan darah saya down..heeee..okay okay..berbalik pada topik asal,tahun 2008 saya dikurniakan seorang Ummi dan Abuya..waaah..seronok..:p



Join program anak angkat punya pasal..alhamdullilah mereka sangat la baik walaupun mereka nie taraf umur tok wan dan tok ayah saya,tapi tetap rasa ummi dan abuya..heeeee..yeay dapat Ummi..orang lain ada ummi saya pon ada jugak..kikiki..

Jadi bagi saya dah ada seorang lagi Ummi dan Abuya cukup la..tak nak dah yang lain..seorang emak,seorang ayah,seorang ummi dan seorang abuya dalam hidupku..next candidate seorang bapa dan mak mertua..haaaa..yang nie KIV dulu..kalu ada rezeki ada la..takde takpe..hehe..ramai2 sangat mak ayah angkat nie bahaya gak sebab nnt tak ziarah terlalai terleka lak nak tanya khabar..nanti tak telefon tanya khabar tersa hati orang tua nie rasa bersalah lak..orang tua nie hati dah la sangat fragile..aduh..Ummi ahmad selalu telefon kan?heeee:p




Cuma projek berkebun dengan Ummi tak buat2 lagi..tapi tak miss lagi ziarah ummi tiap sem..Pagi nie saya telefon ummi,terus ummi tanya nak datang ke..hehe..ala ummi tak dapat lagi,sebab sorang2 kalau dua orang leh dipertimbangkan lagi..hehe..ummi cakap terima kasih tanya khabar..isk2..tak patut betul..mmg la hati orang tua nie fragile..patutnya kita yang mintak maaf jarang2 contact nie dia lak..ummi seronok saya telefon tu memang pasti..alhamdulillah..nak kasi duit tak mampu lagi kasi ingatan dan doa jela buat ummi..

Haa..berita terbaru dari Bukit Damar..En Jalal(mangkuk) dengan En Hadi(hampeh)dah takde..heee..nie dua orang nie pengurus dan timbalan pengurus felda Bukit Damar..sorry ye ayat dalam kurungan tu tapi tu selayaknya buat orang yang songlap duit budak2 program sampai kami semua pening kepala nak urus program short beberapa ribu buat mak ayah angkat kami :p hahaha..sampai director kami nanges2 kat tengah padang..ades..sadis..cool down ea..jgn nanges dah..tak comey nanges kat padang..nanges kat bilik air je.heeee :p

Ummi ckp nak buat program lagi leh la sbb dieorg dah takde..haha..macam mana tu?Ummi ahmad dah takde power nak buat program..takpe..dah dua program kami buat untuk penduduk bukit damar..harap korang semua happy dengan kami..yang lebih tu kami mintak maaf byk kekurang termasuk kat putrajaya tu :)

Terima Kasih UMMI..ahmad rindu UMMI dan doakan UMMI sihat selalu dan tuhan rahmati UMMI sebagaimana kasih UMMI pada kami sepanjang 5 hari kami di sana :)