Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Showing posts with label KERJA. Show all posts
Showing posts with label KERJA. Show all posts

Thursday, May 12, 2011

HARI IBU, 10 MEI 2011 & PULAU PINANG

Sungguh rindu pada blog ini..Hajat di hati mahu menukar template tapi tak berkesempatan lagi..Mahu memberi baju dan semangat yang baru pada blog ini selagi hayat dikandung badan.

Dan entry kali ini banyak yang mahu diperkatakan..

HARI IBU


Bila sebut hari ibu,saya selalu sedih sebab tuhan tak pernah kasi saya ibu..Sebab tuhan kasi saya seorang mak..hehe..Dan seperti biasa tahun ni,saya wish mak tapi nak menaip msg nak wish tu pon dah sebak-sebak..keke..Well,i'm always sentimental..Mak Selamat Hari Ibu - Kau disayangi kerana menyayangi..;)

Dan bila sebut ibu,rasa macam tak best..Rasa best lagi mak..haha..macam-macam..macam baku sangat bunyi ibu..Pape pun tak kisah la..sebab saya tak di ajar begitu..hehe..

10 MEI 2011


Genap 3 tahun Angah meninggalkan kami semua..Angah ialah adik sepupu saya tinggal di sebelah rumah..3 tahun lepas,Angah meninggal apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kuala Krai.Dan saya tahu Angah yang satu ini tiada gantinya..Dia sangat sukakan game Sim City..Selalu 'bertepek' aje dengan saya kalau saya buka game ni di komputer dan semasa dia cemerlang dalam UPSR nya,saya hadiahkannya DVD games Sim City..Seronoknya bukan kepalang.."Angah,dont worry..Abe Mad tak main doh games tu.Abe mad reserve ko Angah" ;)

Dan kini,tuhan gantikan Angah buat saya..Banyak bezanya tapi Angah itu tetap hidup dalam diri saya..

PULAU PINANG


Kalau sebut Pulau Pinang,itu negeri yang saya tak pernah menjejakkan kaki lagi selain Sabah.2 tahun lepas saya pernah ke sana tapi dengan sangat 'berlorat' kerana ada kematian..Drive seorang diri dan pulang ke Kuala Lumpur semula dalam tempoh tak sampai 12 jam amatlah memenatkan.Dan terukir kenangan yang sayu setiap kali mengingatkan Pualu Mutiara ini..

Dan kali ini,saya akan ke sana lagi..Moga permusafiran kali ini baik baik belake..Ingin meneroka bandar yang telah menemukan saya dengan sebuah cinta dan sahabat-sahabat..Insyallah..

LAIN-LAIN HAL??


Ketemu semula dengan guru besar yang saya paling sayang di Facebook..Dialah yang menemani saya ke pertandingan catur dan bercerita itu ini semasa saya di bangku sekolah rendah..Saya masih ingat bila dia mem'famous'kan saya diperhimpunan sekolah - siapa nama,oooo ahmad..mahu pergi mana..chemor..awak tak boleh cakapkah?..haha..iklan syarikat telekomunikasi DIGI pada lewat 90-an yang menaikkan nama saya ketika itu..

Memetik kata-kata seorang gadis cun tanahair - nama ahmad tu unik tapi nama ahmad seketul tu lagilah unik sebab susah nak jumpa.haha

Dan kerana Cikgu Zafiru,saya rindu untuk kembali ke SK Teruntum.

Pesannya pada saya,jadi peguam yang baik-baik nak..Insyallah Cikgu :)

KOMPUTER SAYA BUAT HAL


Sejak ber'kapel' dengan saya sejak 3 tahun lepas,awek yang sebiji ni tak pernah buat hal tapi kali ni dia buat hal..CPU saya tak dapat view desktop dek kerana diserang virus laknatullah..hehe..

Dan kesannya?Habis semua file yang saya simpan dalam C..Dan kenangan gambar-gambar yang telah saya simpan sejak 3 tahun lepas habis dimamah 'beliau'.DEM!!!!

Buat kalian yang ada kenangan dengan saya,kenangan kalian bersama saya telah 0..Kalu baik hati,sila send gambar pada saya..Nanti saya bayar harganya..

HARI INI DALAM SEJARAH

Seorang bakal peguam telah ke pejabatnya dengan berpakaian pejabat mengayuh basikal..Hebat..Terkenal dan mengikut seruan Menteri-menteri kerajaan Malaysia supaya menjimatkan petrol(yang part seruan nie memang celaka sikit :p).

Ramai yang tidak percaya dengan cerita ini kerana dipercayai bakal peguam ini seorang yang tidak mempunyai stamina yang tinggi untuk membuat kayuhan seperti Azizulhusni Awang ataupun paling kurang seperti Josiah Ng..Dan nampaknya sangkaan mereka meleset kerana anak jati Kampung Baru Pasir Pekan ini seorang yang sentiasa ~ never say never sebelum sampai waktunya..haha

Panjang tol merapu meraban..haha..Hari ini saya ke pejabat dengan berbasikal disebabkan kereta tak hidup..fuuh..ingat nak je off tapi fikir hari-hari dalam chambering walaupun menyeksakan tetapi amat berharga untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja..hehe..

Dan saya mengambil keputusan untuk mengayuh basikal keramat hadiah PMR tahun 2002 dulu..Sampai di pejabat,saya angkut naik basikal park depan pejabat yang berada di tingkat 3..Fuhh penat..haha..Tapi pengalaman yang sangat bagus..Dan bila pulang, Che Sue sms saya,kalau la semua orang naik basikal pergi Kota Bharu alangkah bagusnya rakyat Kelantan kurang accident..keke..



Apa lagi ye?cukuplah setakat ini kali ini..Ada komen? :)


Wednesday, April 6, 2011

MANUSIA YANG BERKUASA JANGAN SESEKALI LUPA

Great power comes with great responsibility.

Ungkapan yang selalu kita dengar bilamana ada yang berbicara tentang falsafah kuasa,politik dan sebagainya.

Terus kepada maksud entry kali ini - kita bilamana berkuasa,jangan sesekali lupa,bahawa kita pernah berada di bawah.Pernah menjadi orang suruhan,pernah jadi kuli,pernah dipenat lelahkan oleh sebuah sistem dan alasan birokrasi - Dan jangan sesekali kita,bilamana sudah mendapat kuasa,angkuh dan lekas mendabik dada seoleh kitalah RAJA.Tak mampu disentuh dan ditegur.menindas tanpa belas.

INGAT!Sampai masa,bilamana kuasa itu pergi dari kita,rasa hormat dan 'sopan-santun' manusia pada kita akan tercabut sepertimana tercabutnya kuasa dari tangan kita.Lupakah kalian dapat sejarah? ;)

Catatan buat Tuan Magistret,Tuan Hakim,Tuan Pengarah,Memanda Menteri - ikutlah resam padi - semakin tunduk semakin berisi.

Peringatan buat diri juga - Sekali hamba,kita tetap hamba Tuhan yang Maha Esa..

p/s: terkedu dengan berita salah guna kuasa yang oleh pihak yang berwajib - kerana saya sudah pernah menghadapi realiti.Tiba giliran kalian pula ;)

DIA TERMENUNG LIHAT NASI

Saya sedu bila pulang dari kerja minggu lepas,teringat pada client yang seorang ini..Memang sampai ke akhir hayat saya akan kenang dia insyallah..

Cacat kekal kerana terlibat dalam kemalangan - wajah yang sayu tapi tekad untuk membantu ibu yang dihimpit dugaan - adik-beradik yang masih kecil - ayah yang meninggalkan mereka tanpa keputusan.

Dia terlibat dengan kemalangan kerana bekerja untuk membantu menyara keluarga..Bila ditanya mana ayah?Mata akan terus merah dan jawabnya ringkas tapi penuh makna 'ayah kita tak macam ayah orang lain'.Allah Allah.Saat tu rasa di hati,syukurlah hai tuhan memberikan kami ayah yang walaupun punya kekurangan dan kelemahan,masih menyayangi kita jauh sekali mahu meninggalkan kita walaupun kita degil tak mendengar cakap mereka.

Oleh kerana kecederaan yang dialami akan berat,beliau terpaksa dihantar untuk bertemu doktor pakar,dan semasa dalam perjalanan,staff kami memesan nasi dan lauk ikan untuk menjadi santapan mereka.Dia bersuara lagi,air kosong pon cukuplah untuk dia.Katanya lama dah nak makan ikan tapi tak mampu.Ikan RM5 RM6
sekilo.Tak mampu kami nak beli,makan nasi dengan telur aje yang mampu.Telur 30 sen sebijik,kami mampu makan ramai2..

Sahabat-sahabat,mungkin kalian sedih,dukacita dan merasakan dunia untuk kalian mungkin akan berakhir dengan masalah yang kita sedang hadapi,tapi percayalah,kita masih dipilih oleh tuhan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dan lebih sempurna dari client saya.Bukankah begitu?Mari sama-sama kita syukuri hidup kita dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik,agar suatu hari nanti,kita diberi oleh tuhan peluang untuk membantu sahabat kita yang kurang bernasib baik.

Moga kalian diberi kekuatan ameen..Stand up and rise again everyone please ;)

p/s: terfikir mana dia mahu tinggal selepas ini kerana rumah yang diduduki sekarang akan diambil alih oleh tuan rumah..moga tuhan beri kemudahan padamu client..kami berusaha untuk membantu kalian..insyallah


Thursday, March 17, 2011

CEPAT SEMBUH HAI KEKASIH-KEKASIH HATI

Macam ramai je awek-awek saya bila tengok tajuk kan?hehe

Meletupnya reaktor nuklear di Jepun kerana Tsunami,kekasih-kekasih hati saya di Malaysia juga turut sama dilanda 'kesakitan' tanda kasihnya Tuhan kepada mereka.

Kesakitan fizikal dan rohani dua-duanya perlukan kerehatan buat kalian dari urusan dunia..Rehatlah,carilah penawar dan saya doakan kalian cepat sembuh.

Kalian tahu siapa kalian di sisi saya,diam saya bukan tanda saya menbenci kalian tapi  memberi kalian masa untuk merindu saya..hahaha..tak caye kan ramai yang saya contact secara mengejut,tanda saya masih ingat pada kalian..terkadang merindui dari jauh lebih bermakna dari hari-hari bersua muka tapi tak dihargai sangat..

Sakit hati dan sakit batang tubuh jangan lupa sembuhkan ye..;)

p/s: mendapat panggilan dari Senior Partner sebuah firma guaman tadi memerangkap bendahari Bar Kelantan menyatakan saya dilantik sebagai chairman bagi chambering pupil untuk tahun ni..ades..mana datang angin ribut pun saya tatau..berbaiah pon tidak,angkat sumpah pun tidak,isi borang jadi calon lagi la tidak..sapa la memandai-mandai wallahu'alam..esok akan dapat confirmation..insyallah..

ops,saya akan ke bandung keseorangan..sapa nak teman?hands up!hahaha



Thursday, March 3, 2011

BILA SAYA MENJADI INTERIM BOS

Kerja dua bulan dan jadi bos?kerja apa tu..teeeett..hehe..

Jawabnya kerja sendiri..:p kalau keje goverment mmg 20tahun la baru jadi bos...

Bilamana pakcik saya bercuti 2 minggu menunaikan umrah,maka dengan tidak semena-menanya saya ditugaskan mengambil alih separuh dari tugasnya di pejabat..Bunyi macam best tapi tuhan jela tahu mcm mana 'bestnya' jadi bos :p

Kena jumpa client tanpa master tu benda yang menyakitkan bilamana masih bergelar chambering cuma yang penting be confidence..hahaha..

Lagi satu,bilamana staff tanya,en. ahmad ni kena buat apa ye..lepas nie mcm mana..client ni en ahmad tolong cakap dgn dia boleh..en. ahmad,ada client dtg cari bos nie marah2..hahahaha..

Betul ke bos takde,sy tgk kereta dia ada kat bawah(of course la ada,kereta-kereta dia semua ada kat rumah sy)..sekian!

Tu tak masuk lagi kena keep in touch dengan investigation officer,bank officer,doktor pakar etc yang jadi witness untuk hearing client..

Hari pertama saya balik kepenatan..lepas maghrib collapsed sedar2 pukul 12 tghmlm..ades..

Susahnya menjadi bos tapi itulah yang diidamkan..Ramai melihat bos sebagai puncak kuasa,puncak kejayaan,puncak segala kemewahan tapi sebenarnya tak semua orang mampu jadi bos..Dan menjadi bos seharusnya mempunyai misi dan visi yang jauh dan jelas tidak seperti mereka yang hanya makan gaji..Kerana tanggungan seorang bos itu amatlah hebat..harus melihat dari perspektif seribu orang,bukan hanya dari kaca mata sendiri sahaja....

Lihatlah ia sebagai puncak kepada segala tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya client,mahu berikan yang terbaik kepada client dgn fee yang dibyr..mahu memberikan keadilan kepada masyarakat..

Justeru itulah,profesion ni mulia pada dasarnya..Wahai sahabat2 peguam,bakal peguam..jangan dicemari tugas ini dengan tipu daya semata untuk kepuasan diri..

10 days to go..

salam dari interim bos..cewaaah...hahaha :p

p/s: merapu sikit sbb kepala mmg weng..:d

Thursday, February 10, 2011

STATE BAR PROGRAMME ~ SAYA AKAN MENYELAMINYA

Insyallah hari ini saya akan mengikuti satu program state bar Kelantan yang akan diadakan di State Bar Room.

Sebagai chambee,mmg menjadi suatu kewajipan untuk mengikuti setiap program state bar kalau tak nak disusahkan oleh mereka untuk long call nanti.Kalau buat-buat payah,nanti kena la paku buat keras balik.What you give,you will always get back.Kan? ;)

Dengar cerita yang tak berapa elok pasal speaker nih..Dari hari pertama saya tiba di court lagi..Haish..Positive Positive..Asal orang tak kacau kita,jangan kacau orang..lalalalalala..

Sambil2 tu dah prepare seberapa banyak soalan nak kenakan speaker balik dengan izin encik master saya..ameen..

Doakan takde pertengkaran hari ini..insyallah

p/s : keje bertimbun atas meja.bos dah tambah meja letak file sebab dah banyak sangat..lalala..macam mana nak start master gnih...;p

Saturday, February 5, 2011

TRIBUNAL TUNTUTAN PERUMAHAN : ANDA MAMPU MENGUBAHNYA




Pastinya kita biasa dengar, lihat atau alami sendiri Projek Rumah Terbenglakai oleh pemaju perumahan yang tak bertanggungjawab.Duit sudah dikebas,tapi rumah tak siap,jangan harap la kunci nak serah.Kan?

Minggu lepas,kes pertama yang saya handle dengan membuat sedikit penyelidikan,terlerai sudah tentang isu ini.

Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan telah menubuhkan Tribunal Tuntutan Perumahan untuk menyelesaikan masalah rumah terbengkalai atau pun rumah yang tidak menepati spesifikasi kontrak oleh pemaju perumahan.

Pembeli akan mendapat award dalam masa yang singkat berbanding jika kes ini dibawa ke mahkamah dan pemaju pula akan disenarai hitam,gelap,merah,kelabu 'tahi anjing' jika mereka ingkar.

Proses permohonan pula hanya dikenakan bayaran RM10 sahaja!

Untuk keterangan lanjut,boleh hubungi saya ~ tetiba lak promote..hahaha

Siapa yang ada permasalahan ini,boleh bertanya lanjut kepada saya..Saya sudi membantu dengan percuma..(kes malas nak taip panjang2 kat sini) ;p

Moga ketemu lagi. ;)

Majulah Perumahan untuk rakyat Malaysia :D




Wednesday, January 26, 2011

SAYA TATAU NAK POST APA

Salamualaik ;)

Hari nie 'juruh' sikit wi salam..haha..saya sebenarnya tatau nak post apa..tapi tgk ada 11 visitor hari nie..nampak ramai tu untuk blog se'ciput' ini..haha..well..im not aiming big for this blog..cukup la sekadar saya sorang baca..puaskan hati sorang2..

Btw,saya tatau pe nak cerita kali nie..banyak benda..sejak dah masuk office nie,otak penat fizikal pon penat..haha..mcm masuk society..gtu le..tapi nie lagi penat..dengan cabaran yang bagai2..dan saya melihat apa itu RASUAH..tu lihat depan mata sendiri la..jangan kecikkan skop rasuah pada duit semata..ligat dengan lebih jauh ye..banyakkan membaca..haha..tapi yang tu kita cerita bab lain..

oke..got it..nak cerita,saya alami sendiri bagaimana sesi 'coaching witness'..apa ke benda tu?melatih witness kita sebelum hari perbicaraan..yela..lagi kan nak exam pon kena baca kan,nie nak g perbicaraan..at least,kena cakap kat witness apa yang perlu dibuat..sikit jela ea untuk topic coaching nie..sapa tak faham leh tanya..haha..saya sedia menjawab..cuma nak gtau lawyer nie mmg la kena pandai main psikologi..mmg nak jadi lawyer kena jadi seorang yang psiko..kalu tak,mmg haram la nak dapat fact yang betul2..bukan pandai putar fact dan law sahaja..fuuhh..mmg betul la..jadi lawyer jadi la semua benda pekerjaan..ngeee..

masa time coaching tu,prime witness yang dtg kat opis tu leh nangis..hahaha..terkedu saya..ades..tu lum btl2 dalam court lagi..sebenarnya nak wujudkan elemen of sympathy supaya trial kadi lebih menarik..manusia ~ sekeras2 mana pon dia,dia masih seorang manusia..ada sense of human dalam diri dia..kan?

dan sebagai seorang lawyer,pasti kena ada skill tu..kalu tak..mmg takde client la..hehe..hmm..pe lagi nak cakap ea..dan smlm ketemu seorang witness..doktor pakar neuorologi..yang mana di 'sepina' oleh court untuk dtg menjadi witness..muda,tampan bergaya..haha..owh,gni andai anda diminta hadir untuk menjadi saksi di mahkamah dan anda kena off kerja,jgn risau,gaji anda akan dibyr..

dan doktor ini telah disepina untuk hadir menjadi saksi..2hari kena off kerja..how much agaknya kena byr gaji dia?put a guess ;)

RM3000..ngeh2..bapak le gaji RM1500 sehari..tak tercapai dek akalku orang gaji byk tu..tgk dia punyele slumber rock..haha..wateever it is..kita pon leh jadi gtu,usaha keras dan smart,tambah2 lawyer..i have met lawyers earn 6 digit per month.soalnya nak ke tak nak je ;) chaiyok2..

sekian buat kali ini..jumpa lagi..

p/s:sy rindu dia sgt2..tapi masa tak dapat diundur ;)



Sunday, January 23, 2011

PATAHNYA SAYAP MALAM

Fuuh..Hotz habis tajuk tu..hahaha..

Patah sayap malam sebab saya takleh berjaga malam dah..kena tidur..sebab sekarang dah mula kerja..waaaaaa..i miss the holiday so much..takde dah mid sem break pe kejadah semua tu..takde dah exam..

Yang ada hanyalah kenangan..weeeee..TERJIWANG lak..tapi memang benar..semua dah tinggal kenangan..tapi takpe..nnt masuk kelas master,tak jadi kenangan balik :p

Ops..Sebenarnya nak cerita nak mula kerja..hahaha..melalut..well besalah saya :))

Dah selamat petition dah selamat diterima masuk sebagai 'chambee' pada 12 Januari 2011..

Kalau takde aral,12 Oktober 2011,insyallah diterima masuk ke BAR COUNCIL Malaysia..

Dan menjelang 12 Oktober 2018,boleh menjadi master kepada chambee student..ada sesapa nak book anak ke anak sedara ke yang cun-cun yang hensem2 untuk berguru dgn saya?hahaha(weng) ;p



High Court KL ~ tempat pertama yang wajib chambee pergi


Usai ke Court menuju ke BAR Council Office di jalan lebuh pasar serah dokumen


Bergambar di tepi pertemuan antara sungai klang dan sungai gombak..mari hargai sungai kita


Berehat sebentar di Alamanda putrajaya sebelum bergerak ke AG Chambers di Parcel C

Kami di AG Chambers



Sedikit gambar ketika mempetisyen tempoh hari..Susah gak nak jadi lawyer nih..hahaha..kalu tak cukup tabah mmg la leh collapsed.tu tak masuk lagi client datang ngamuk kat opis,kena baling dengan judge,kena death threat..ades..after all the beauty of the law profession..yang penting,ingat sokmo kita nak tolong orang untuk dapatkan hak mereka..proud of it..

p/s: sekarang kepala dah weng..pagi tadi nak g kubang kerian tapi drive kete pergi mulong..hoho..the opposite direction..banyak benda sgt fikir dlm kepala sampao bawak kete ikut tangan je tak ikut kepala..heee..cabaran hidup..kan?dah bertambah lagi tanggungjawab..

ya tuhan,jangan kau uji kami dengan apa yang kami tak mampu hadapi ;)

2,3 hari dah dok mimpi benda tak baik..apa maknanya..huhu

Next post insyallah dalam masa terdekat..

doakan ;)