Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Tuesday, June 26, 2012

DASAR PERUT MELAYU

Saya tak rasa UMNO atau PERKASA pernah amalkan dasar ini tapi sebagai pejuang ultra Melayu, seharusnya Dasar Perut Melayu berada dalam sanubari mereka.

Kalau nak sangat sanjung Melayu, makan je makanan Melayu. Jangan sentuh langsung makanan Barat.

Tetapi halnya tidak begitu. Kerana selera manusia sentiasa perlu bertukar. Allah wujudkan perasaan jemu untuk melengkapi manusia:makhluk ciptaanNYA. Sesekali nak juga sentuh chicken chop, spagetti & lain-lain.

Keadaan juga sama dengan bangsa. Melayu tak selalunya betul. Tak selalunya bebas dari kesilapan. Ada hari, kita memerlukan bantuan bangsa lain hatta Cina dan India. Kerana kita semua makhluk Tuhan yang saling melengkapi satu sama lain : prinsip terindah ciptaan Tuhan.

Justeru, dasar yang bodoh dan bebal mempertahankan kebodohan semata-mata kerana keangkuhan haruslah disapu bersih dari minda dan fikiran. Percayalah kita takkan selamanya mampu berjalan menongkat langit. TIDAK SELAMANYA!

Harus juga saya akui, bahawa saya juga seorang Melayu mengikut perlembagaan Malaysia walaupun Moyang saya sudah 1Malaysia : Melayu, Cina & Siam. Saya juga akan membantah sikap membebalkan diri semata-mata utk mempertahankan bangsa saya yang silap. Teladanilah sikap Nabi yang tidak berbeda dalam menghukum mereka yang silap dlm tindakannya.

Walaubagaimanapun, saya tidak dapat tidak lari dari prinsip yang satu ini. Dasar Perut Melayu. Petang tadi, rasa seperti mahu demam. Dalam hati terdetik sudah : aku masih tak makan Nasi lagi harini. Ya. Nasi - makanan rugi bagi bangsa Melayu.

Saya mampu makan apa sahaja, tapi dalam sehari mesti menjamah nasi jika tidak mampu ditimpa demam. Harap Dato Ibrahim Ali juga seperti saya. Hehe.

Moga Allah rahmati saya dengan prinsip Perut yang saya bawa ini. Insyallah.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 16, 2012

KEBEBASAN ITU MAHAL HARGANYA

13 Jun 2012 - Saya kira hari yang sangat menggembirakan buat En Man. Sudah 11 tahun beliau dihantui dengan kes kemalangan yang dialaminya pada tahun 2001. Beliau dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Thailand.

Kami sudah beberapa kali membuat surat representasi(rayuan) kepada pihak pendakwa bahagian Kelantan untuk mengurangkan pertuduhan atau pun membebaskan beliau terus dari tuduhan tersebut. Namun representasi kami telah ditolak. Dan hakim telah sekali lagi memberi peluang untuk kami memanjangkan representasi tersebut untuk kali terakhir ke Putrajaya. Jika gagal, perbicaraan akan diteruskan dalam kes ini dan kemungkinan besar beliau akan ke penjara.

Dan untuk kali terakhirnya, saya mengucapkan syukur kepada Tuhan apabila representasi tersebut telah diterima dan pertuduhan ke atasnya telah ditarik balik. Usai keluar dari mahkamah, terus beliau memeluk saya dan mengucapkan terima kasih kepada saya dan pendakwaraya. Saya hanya gelak besar kerana saya sudah jangka beliau akan menangis kegembiraan. Yang sebenarnya saya sudah tahu sehari lebih awal bahawa pertuduhan ke atasnya telah ditarik balik. Sengaja saya tak memberitahunya terlebih dahulu. hahaha.

Apa yang terkeluar di mulutnya, saya dah lama tak dapat tidur dengan lena. Allahurabbi. Sebak saya mendengarnya. Tapi kalu dilihat dari fakta kes, kami masih yakin beliau mampu untuk dibebaskan andai perbicaraan diteruskan.

Justeru itu teman-teman, sejauh mana kita yang bebas merdeka ini menghargai kebebasan yang kita miliki? Moga kita menggunakannya dengan sebaiknya. Pesan saya, berhati-hatilah ketika memandu. Andai tersilap langkah dan terlibat dalam kemalangan, kita jugak mungkin akan didakwa kerana kecuaian kita yang boleh membawa kepada penarikan lesen memandu dan hukuman penjara.

Moga Allah rahmati kita semua insyallah.

Monday, May 28, 2012

BILA KITA HARUS BERUBAH

Saya ada banyak benda untuk ditulis, tapi semuanya berada di dalam kepala. Cuma ianya tidak tertumpah keatas papan komputer. Kalau ada yang sudi untuk menaipnya bagi pihak saya, pasti saya amat berterima kasih. Cuma untuk kali ini, saya rajinkan diri untuk menulis di tengah-tengah kekalutan musim manusia sibuk kenduri kendara mencari redhaNYA.

Dari kecil, saya hanya mendengar tentang golongan free thinker/liberal. Secara umumnya, mereka ialah kumpulan yang menyandarkan pemikiran dan tingkah laku mereka hanya semeta kepada logik akal tanpa wahyu dari langit. Sekali dgr pendapat dieorg ni, mmg hebat. Logik dan masuk akal. Tapi bagi kita yang percaya pada Islam dan tahu ajaran Islam, benda ni banyak yang mengarut. Cuma masalah kebanyakkan kita, tak reti nak counter balik hujah dan pendapat mereka.

Justeru bila saya kini memilih untuk sedikit aktif dengan Malaysian Bar (Majlis Peguam Malaysia), saya sudah dapat menjangkakan saya akan mendapat direct exposure dgn kumpulan ini yang memang monopoli dalam Majlis Peguam. Dan ternyata, Allah beri peluang untuk saya dengar pendapat mereka dua tiga minggu lepas. Hebat. Mereka bukan cakap sembarangan. Banyak pembacaannya. Banyak rujukannya. Dan saya tekun mendengarnya mengambil kira semangat freedom of speech yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan. Konklusinya, saya boleh katakan, mereka hebat. Mampu untuk menarik ramai pihak menyokong mereka walaupun jika dikira dari sudut agama, hujah dan pemikiran mereka sangat menyimpang.

Sedikit perkongsian buat kalian. Harap takde budak2 bawah 18 tahun baca post saya ini. hehe. Seorang dari mereka berkata, sapa ajar yang lelaki kena kahwin dengan perempuan? Itu hanya ajaran dulu kala yang cakap penis harus *dgn izin* 'dicucuk' ke dalam vagina. It is well train that boy being trained by their parent to love the blue/red colour since their young age vis-a-vis girl to love pink/yellow. It is custom of our old age generation. Dan pengamal same sex love ini katanya fall in love through the same man loves woman. Exactly the same! It is their psychological need same as we need a vagina to satisfy our lust. It is all our mind setting.

Dan banyak lagi perkongsian kami pada petang itu. Jujurnya, dalam hati saya doakan mereka diberi hidayah oleh Allah satu hari nanti kerana mereka mengkaji dan mengkaji bukan mengikut membuta tuli.

Dan jujurnya saya sendiri punya jawapan untuk persoalan mereka. Kalian bagaimana? Bersediakah untuk berhujah dengan mereka jika diizinkan untuk bertemu mana. Ketika ini, peranan kita sebagai Daie amat diperlukan.

Dan kita seharusnya berubah. Tiba masa kita mantapkan ilmu untuk mempertahankan apa yang kita amalkan  dan percaya. Dan sudah tiba masanya kita bukan nya bertaqlid buta mengharamkan itu dan ini tanpa mampu mempertahankan amalan kita dengan hujah-hujah.

Sama-sama kita berubaha seiring globalisasi yang melanda dan menyerang setiap sudut kehidupan kita. Moga sedikit perkongsian saya ini membuka sedikit jalan dan ruang untuk kita semua menjahit kembali jalan-jalan kita demi untuk mencapai keredhaanNYA insyallah..

Saturday, May 26, 2012

SELAMAT HARI LAHIR WAHAI DIRI

Saya nak ucapkan selamat hari kelahiran buat diri sendiri. Umur dah.meningkat sudah 24 tahun, saya doakan saya tak putus berusaha untuk jadi lebih baik dari hari semalam & sentiasa berbakti selagi saya termampu.

Dan seperti biasa, ayah & mak yang saya perlu terima kasihkan kerana kesudian mereka atas izin Allah memberikan saya secebis peluang untuk hidup di dunia.

Tak lupa buat sahabat2 yang walaupun saya tak aktifkan birthday reminder di Facebook, tetap mengingati hari kelahiran saya. Ramai yang wish. Terima kasih semua. Doa kalian sangat menggembirakan hati saya.

Signifikannya hari lahir ini kerana ia berlaku seiring dgn Himpunan Bersih 3.0. Apa jua komentar dan lontaran pandangan kalian, pada saya manusia yang waras yang hidup dalam negara yang mengamalkan demokrasi harus suka atau tidak menyokong sebarang usaha untuk kita mengamalkan pemilihan pilihanraya yang bebas dari segala unsur penipuan. Itu soal tunjangnya yang mesti dijawab.

Terima kasih juga kepada yang mengirimkan hadiah. Terutamanya pengirim misteri tanpa nama yang mengirimkan 1000 Sunan kepada saya




Ikut gerak hati macam tahu siapa yang menghantarnya. Tapi biarlah tinggal tanda tanya seperti mana pengirim itu mahukan. Apa pun jazakallahu khairan kasira.

Saya kasih pada kalian semua walaupun kalian tidak mengasihi saya. Selamat hari lahir wahai diri. Moga jasad dan hatimu tidak pernah putus asa menjadi lebih baik ;)

posted from Bloggeroid

Wednesday, May 9, 2012

STRESS!!

Saya baru hampir nak masuk bulan ke 6 saya didaftarai sebagai peguam mahkamah tinggi Malaya.

Tapi bulan ni saya rasa sungguh stress dengan kerja-kerja sebagai seorang peguam. Kerja yang bermacam, client yang pelbagai, karenah staffs dan sebagai menambahkan lagi kejiwaan di dalam diri. Maka benarlah kata seorang senior hebat yang menjadi pakar rujuk di Kelantan tatkala bertemu saya selepas didaftarai - Welcome to the hell bro!!

Bila saya dah rasa sendiri, saya tau kerja ini memang menempah hell. Maki dan sumpah seranah akan menjadi habit jika tiada iman di jiwa. Semua macam tak jadi dan tak menjadi. Bila ingat-ingat balik, sabar dan istighfar sahaja yang saya mampu. Dan saya mencoret kata-kata ini dalam rasa yang macam nak pecah kepala.

Ingat semula pesan hukama, HITUNGLAH KESYUKURANMU DAN BUKANNYA KESUKARANMU NESCAYA KAU AKAN BERSYUKUR.

Mari sama-sama bersabar. Masalah tercipta untuk diselesaikan. Insyallah.

Monday, April 23, 2012

BERGADUH ITU LAST CHOICE

Saya ingat bila saya dah mula kerja ni, tiap-tiap hari saya jumpa bergaduhan. Putus hubungan dan paling parah kalau siap bertumbuk.

Dulu-dulu time gaduh biasa jugak bergaduh dengan kawan-kawan, tapi dah gaduh baik la semula. Paling teruk pun bergaduh sampai delete no telefon dan bila jumpa buat macam tak pernah kenal. Bagi saya kalauu situasi macam ni, ikut la..Orang tak nak layan kita, biarlah..Ada 100 orang lain yang sudi berteman dengan kita.

Dan satu benda yang dapat saya highlight dari BOS, dia tak suka gaduh. Dan gaduh harus menjadi last choice bukan first one. Sebab masalah ini dicipta bukan untuk mengeruhkan tapi untuk diselesaikan. Walaupun lawyer ni naturally hebat dalam bergaduh, tapi kami gaduh dalam court je. Kat luar kita kawan. Sweet ;)

Justeru itu, pilihlah untuk bergaduh/bertekak/berbalah sebagai last choice bukan first one. Kalau ada jugak nak bergaduh, mesti dia tak mature.

Sekian

Wednesday, April 4, 2012

SESAL MENDUA



Saya ingat saya banyak kali menyesal sebab saya sambung belajar. Sambung belajar sambil bekerja.

Menyesal bila datangnya waktu malas nak ke kuliah. 9 jam berterusan kuliah setiap sabtu memang mencabar fizikal dan rohani. Yang pasti bontot leper bila jam 5.30 petang. Kepala senget nak absorb nota-nota yang first time jumpa dalam hidup (sebab master lain bidang).

Menyesal bila datang waktu kena submit assignment. Timbunan kes dan kerja di pejabat. Nasib takde bini lagi. Stress memang boleh menjulang ke tahap dewa langit.

Tapi selalu saya pujuk diri, tiada kesusahan yang kita lalui tanpa adanya kesenangan diakhirnya.

Selalu saya pujuk diri, biarlah menyesal sambung master dari menyesal seumur hidup sebab tak pernah attempt untuk buat master dalam hidup. Kan?

Sesal mendua? Biarlah aku dibius cinta sampai aku tal bisa berkata-kata.

Terima kasih Tuhan untuk peluang ini!

posted from Bloggeroid