Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Wednesday, October 26, 2011

UIA VS AZIZ BARI VS GOVERNMENT


Saya pasti kalian sama seperti saya, sudah melihat pelbagai komen,cercaan,hinaan dan sebagainya sejak dari isu penggantungan Prof Dr Aziz Bari dihebahkan kepada umum pada minggu lepas yang membawa kepada seribu satu macam persoalan.

Saya turut terpanggil untuk memberikan komen mengenai isu ini kerana pada saya,ramai yang sudah jauh menyimpang dari isu sebenar yang sepatutnya dibincangkan.

Understood The Issue First!


Prof Aziz telah dijadikan 'media attention' berikutan komen yang diberikan oleh beliau berkenaan titah Sultan Selangor mengenai serbuan yang dilakukan JAIS terhadap sebuah gereja di Damansara.

Atas gesaan dan laporan polis yang dibuat oleh beberapa ahli politik 'friendly-to-BN' antaranya YB Zulkifli Nordin dan Senator Ezam Mohd Noor,beliau telah disiasat oleh SKMM dan pihak polis atas komen yang telah beliau utarakan yang dikatakan telah 'menderhaka' kepada Sultan.

Akibatnya


Beliau telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak pentadbiran UIA dan selang keesokkan harinya beliau telah digantung perkhidmatan sementara menunggu hasil siasatan selesai dijalankan oleh pihak UIA.

Pada saya,siapa pun anda - ia akan menentukan bagaimana isu ini dan mengapa isu ini berlaku dan terjadi.Anda mungkin Pro Pembangkang yang sudah jelik dan muak dengan pelbagai isu yang saban hari menusuk ke telinga anda dan anda mungkin Pro Kerajaan yang sudah lali dengan taktik pembangkang yang memutar-belitkan isu yang boleh dijadikan 'political gain' kepada mereka.Siapa pun anda,anda sememanganya berhak untuk menyatakan pendapat dan pendirian anda tentang isu ini.Namun,pada saya,ianya harus diberikan secara berhemah demi untuk kepentingan semua.

Prof Dr Aziz Bari


Dia boleh saya katakan 'academic selebrity' kerana mana ada pensyarah yang mempunyai ramai pengikut seperti beliau di Malaysia.Bidang kepakarannya dan keadaan politik semasa sememangnya membantu beliau untuk terus menghiasi dada-dada akhbar masakini lebih-lebih lagi media elektronik.

Dan sememangnya saya sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk berguru dengannya.Prof Aziz yang saya kenal di dalam kuliah dan di luar kuliah ialah orang yang sama.Dia bukan orang yang suka 'gebang sana-sini'.Dia orang yang 'straight to the point'.Selalu kami diingatkan untuk jawab soalan ketika final exam - First,you must answer the issue.I single sentence you address the issue,then you will get 5 marks.For 1 question,never answer more than 2 pages or else it is rubbish.You must get the fact clear.Begitulah antara tutur katanya yang saya masih ingat dan terngiang-ngiang di telinga saya.

Dan bila mana,ada manusia tuduh dia sebagai Pro Pembangkang, saya totally disagree with this view. Maaf,anda mungkin kenal beliau dengan tulisan atau di mana sahaja,tapi saya kenal beliau di kuliah dan di luar kuliah.Dia akan sebut apa jugak benda yang dia nak sebut dan dia rasa betul tak kira la benda tu untung kepada sesiapa.Cumanya apa yang dia sebut banyak memberi keuntungan kepada Pembangkang.Sebab apa?haa,lu pikir la sendiri kenapa.

Pernah sekali kami belajar topik yang melibatkan kuasa Perdana Menteri di dalam Perlembagaan,terus beliau komen tentang kes Dato Seri Anwar memfailkan permohonan terhadap Dr Mahathir untuk declare pemecatan beliau adalah tidak sah. Saya ingat Prof memang maki habis lawyer Anwar dalam kes ni.Katanya  benda jelas dalam Law,tak payah initial legal proceeding pun dah tahu memang Dr Mahathir ada kuasa untuk pecat Anwar.Saya ingat yang ni,Kerajaan tak highlight pun dan cakap Prof sokong mereka.


Dan Prof pernah sekali hadir bertemu saya dan teman-teman di pejabat LAWSOC semasa saya masih berada dalam tenure,menyatakan bahawa beliau tak bersetuju dengan tindakan campur tangan oleh Sultan Perak semasa berlakunya krisis kejatuhan kerajaan Perak pada tahun 2008 dan minta kami initial satu program untuk perjelaskan isu ini kepada umum.Kalau kami mampu,dia dapat usahakan untuk bawa VVVVVVIP untuk rasmikan program tersebut.Tapi malangnya kerana kekangan masa,program itu hanya tersangkut di pihak pentadbiran.Apa pun,saya rasa anda akan bersetuju dengan saya,andai anda kenal beliau dengan cara yang dekat,he is the man who uphold the truth.

Prof Dr Zaleha Kamarudin


Yang ini mungkin masyarakat di luar sana tak berapa kenal tapi saya pasti,pengkaji-pengkaji mengenai undang-undang keluarga pasti pernah terjumpa namanya dalam mana-mana jurnal atau kertas kerja. Dialah manusia yang saya kenal dengan penuh 'soft touch' dengan hati saya. A very powerful lady yet a down to earth woman.

Ketika mula menjejakkan kaki ke AIKOL(Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws), ketika itu Prof Zaleha ialah dekannya dan kami para pelajar baru diwajibkan untuk menghadiri satu sesi bersama dengan pentadbiran kuliah. Saya mula tertarik dengan beliau dan ucapannya. Prof ialah manusia yang mahu insan disekelilingnya 'hidup' dengan hujah dan alasan dan bukan semata-mata 'blind follower'.Diterangkannya kenapa kami berada di sini dan sedikit sebanyak sejarah AIKOL.Katanya kenapa kita memilih untuk mengguna pakai Kulliyah berbanding dengan Fakulti kerana umumnya,Kulliyyah itu lebih besar dari Fakulti dan kenapa kita abadikan nama Ahmad Bin Mohammad Ibrahim sebagai nama kulliyyah kita kerana sumbangan besarnya dalam 'mengarahkan' pengajian undang-undang kita semua. Katanya lagi Prof Ahmad lebih mahu dikenali sebagai 'academician' rather than 'Tan Sri' dan oleh itu apabila menyebut namanya, sebutannya perlu Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim dan bukannya Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim.

Masa itu,saya rasa sesuatu dalam diri.Aiseyh,Prof Zaleha memang ada its own art of thinking. Mengajar kita mulai mencintai kulliyyah dan tempat kami belajar dengan cara yang paling basic.

Dan apabila saya dan teman-teman mula diamanahkan untuk memegang kepimpinan LAWSOC(Persatuan Mahasiswa Undand-undang UIAM), beliaulah yang mahu bertemu kami personally without our advisor. Katanya, seorang ibu lebih memahami anak-anaknya berbanding orang lain. Dan kami sangat bertuah, kerana setiap kali pertemuan, Prof yang turun ke bilik mesyuarat kami di tingkat bawah instead of kami naik ke bilik mesyuarat beliau. Sebelum ini, pejabat LAWSOC berada di tingkat 3 dan sangat terpencil dari para pelajar dan apabila kami mula memegang jawatan, beliau membuat sedikit renovation, mengurniakan kami (LAWSOC & MOOTERS) Students' Activity Centre di Ground Floor. Alasannya mudah - you are the students' leader. You have to be in the heart of the students and you belong to them. Beliau mahu kami mudah dicapai dan didekati oleh pelajar. Katanya lagi, I am sacrificing my 20's lecturer rooms for betterment of students.

Tuhan pinjamkan beliau untuk kami tidak lama dan untuk penggal kedua kami, beliau menerima tawaran untuk menjadi Timbalan Pengarah IKIM. Semasa tersebar khabar angin bahawa beliau akan berpindah, saya menjadi agak sedih. Mungkin kerana personal touching beliau dengan kami dan beliau membuat special meeting dengan kami untuk memberitahu akan hal itu sebelum academic staff lain dan katanya penggantinya akan buat lebih baik untuk kami.

Dan kalau kalian pernah mendengar slotnya di IKIM untuk apa-apa bicara, kalian mungkin tertarik dengan cara beliau berhujah.Sangat simple dan humble dan sememangnya itulah orangnya,luar dan dalam dia tetap orang yang sama seorang ibu yang sangat baik hati dan rasional.

UIA


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau IIUM atau Taman Ilmu dan Budi ialah universiti yang telah memberi show cause letter kepada Prof Aziz dan sehari selepasnya menggantung tugas Prof pending investigation atas komen yang telah beliau buat atas titah yang dibuat oleh Sultan Selangor.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


Reaksi berbeza boleh kita lihat oleh KPTM dalam hal ini. Dato Khaled Nordin, Menteri yang bertanggungjawab atas kementerian ini, memberikan reaksi yang agak kaku pada saya dengan mengatakan 'ianya adalah hak universiti dan saya tidak akan masuk campur'.

Berbeza dengan Dato Saifuddin Abdullah iaitu Timbalan Menteri KPTM yang dikatakan sedih dengan penggantungan ini dan telah mengarahkan pihak universiti untuk memberi laporan kepada beliau tentang situasi yang berlaku. Katanya sepatutnya universiti memberi peluang kepada Prof Aziz untuk menjawab 'show cause' letter terlebih dahulu sebelum menggantung beliau dan seandainya terdapat undang-undang yang membenarkan pentadbiran UIA untuk berbuat demikian,Dato Saifuddin mengatakan bahawa ia adalah undang-undang kuno dan mesti digubal undang-udang baru yang lebih moden sesuai dengan kehendak masyarakat kentemporari.

Pandangan dan Reaksi saya


Saya percaya umumnya mengetahui keadaan dan kondisi politik dan kehendak pemerintah di Malaysia baik dari segi akademik, agama dan kebebasan media. Apa jua yang berlaku dan andai ia tidak menguntungkan parti pemerintah, segala macam cara akan digunakan untuk menekan dan membuat kita semua menunduk kepada mereka.

Saya mengambil pendekatan bahawa beban ini tidaklah dipikul sepenuhnya oleh Prof Zaleha sebagai Rektor UIA kerana beliau hanya seorang penjawat awam yang tidak lain terpaksa tunduk kepada undang-undang dan pendirian parti pemerintah. Dakwaan sesetengah pihak bahawa Prof Zaleha dan Prof Aziz saling mengenali kerana sudah lama berkawan dan Prof Zaleha telah mengkhianiti Prof Aziz adalah tuduhan yang berlandaskan emosi semata-mata. Hujahnya mudah. Kesediaan untuk Prof Zaleha bertemu dengan pemimpin pelajar sebelum berlakunya demo dan sidang media menjelaskan situasi terkini tempoh hari menunjukkan keinginan yang jelas dari beliau untuk menyelesaikan isu ini. Semakin banyak cacian dan makian yang dibuat oleh 'outsiders', semakin terserlah sikap mereka yang sememangnya tidak memahami keunikan UIA dalam membuat sebarang keputusan. Saya percaya, Prof Zaleha boleh menggunakan sikap pecah dan perintah atau diktator untuk menyelesaikan isu ini tapi beliau memilih jalan untuk memahamkan dan menyelesaikan.

Umum perlu mengetahui bahawa, setiap keputusan yang dilakukan di UIA,baik dari peringkat pimpinan pelajar hingga ke peringkat tertinggi pentadbiran menggunakan sistem syura. Keputusan yang dibuat adalah persetujuan bersama dan bukannya keputusan individu.

We deserve to blame UIA on this matter but we shouldn't blame Prof Zaleha alone. Go blame the coward and stupid politician for defending the bad system for our people.

Dan pada saya, Prof Aziz juga ada silapnya dalam hal ini. Sepatutnya bila berlaku isu dalam keluarga kita, go explaining to the family. He shouldn't use the media to explain the situation. Ini sememangnya menambah kekeruhan dan Prof Aziz pada saya perlu menunjukkan bahawa beliau jugak tertakluk kepada undang-udang UIA yang mana telah menjadi majikan beliau selama 22 tahun. Andai, selepas segala penjelasan dibuat dan beliau masih didapati bersalah, barulah beliau perlu mempertahankan diri dengan segala cara yang ada untuk membersihkan dirinya. Siapa pun kita, kita tetap tertakluk kepada superior kita dan saya percaya kita masih menjunjung undang-undang kita walaupun ia undang-undang yang zalim, kita perlu berusaha untuk  mengubahnya dan tidak hanya membiarkannya.

Kenyataan yang dibuat oleh Dato Khaled Nordin pada saya adalah kenyataan yang 'play safe'. As the minister responsible for the university, sepatutnya beliau menyatakan pendiriannya dan bukan meletakkan UIA 'hanging in the air' semata-mata dan pada saya Dato Saifuddin lebih mempunyai krediliti dalam hal ini. Saya percaya, semua dari kita mahukan kebebasan akademik yang total demi untuk menyuburkan hebahan ilmu kepada semua rakyat Malaysia. Andai sikap 'directive academician' yang ingin pemerintah suburkan di kalangan rakyat Malaysia, usah kita semua bermimpi untuk pusat pengajian kita disanjungi oleh orang luar terutamanya pelabur asing.

Saya percaya isu ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Yup, law evolves when there is a new case and UIA have set its own benchmark and precedence for academic freedom and transparency. Acap kali saya ditanya, anda sokong siapa, Prof Aziz or Prof Zaleha?Jawab saya mudah, why can we have both as both are asset to Malaysian people. Seperti mana kita ditanya apakah kriteria calon isteri kelak cantik ke kaya? Kenapa tidak cantik dan kaya kerana itukan lebih sempurna.

Justeru itu, saya menggesa kalian semua, buang yang keruh ambil yang jernih dalam hal ini dan saya percaya isu ini akan diselesaikan dengan sebaiknya oleh UIA dan Prof Zaleha sebagai pengemudinya. Penghalang utama kepada kebebasan akademik hanyalah satu - PEMERINTAH. Pada yang tidak putus-putus mengkritik, teruskan usaha kita. Let's fight for the betterment of our Ummah, our people, our country and our future generation insyallah.

Komen dialu-alukan ;)