Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Monday, May 31, 2010

JIKA HADIRKU MELUKAI HATI

Ampunkan aku..

Memang aku bukan lelaki dulu..

Ampunkan aku..

Seandainya kau masih merindu..

Ampunkan aku..

Jika kau masih menangis lagi..

Ampunkan aku..

Mendungmu pasti berlalu..

Pastinya dia bukan Kamu =)


Ampunkan Aku ~ Def Gab C


p/s: mode pengembaraan ke Melaka 29 Mei 2010 ~ serabut rimas semak ~ 3 pilihan 1 jawapan,insyallah yang terbaik ya tuhan =)




Sunday, May 30, 2010

PAK CIK KAYO!!!!

Sudah lama saya tak guna ayat nie..Pak cik kaya ini ayat yang popular buat saya dan sahabat kamcing saya,Halim masa dia sekolah menengah kerana minat kami pada Majalah Ujang..Ayat nie selalu dituturkan oleh salah satu karektor di dalam majalah ni iaitu Pak Cik Din.

Apa yang membuatkan saya teringat akan ayat nie ialah bila mana minggu ini saya diamanahkan untuk menjaga 2 buah kereta dan 2 buah motorsikal..isk2..tak pernah sekaya nie saya..haha...kaya harta orang..buat mereka yang mengamanahkan saya,harta benda korang masih selamat di tangan saya..baik tuntut cepat2 :p



Friday, May 28, 2010

MANDI

Fuuhhhh..Leganya dapat mandi..

Mandi memanglah hobi saya selain tidur..Segar rasanya dapat mandi,kalau tak rasa melekit-lekit..ades..pernah sekali saya tak mandi selama 16 jam sebab bermusafir,rasa nazak betul..habis rimas badan dan hati..syukur-syukurlah kita masih dapat nikmat air dari Tuhan..

Tapi..

"mad,asal mandi tengah-tengah malam nie?"tanya rahim

aiyak..tula masalah saya..suka mandi tengah-tengah malam..pukul 1 or 2 pagi start la saya nak mandinya..tak dapat nak tidur kalu rasa tak selesa tak dapat mandi..heee..

Risiko terhebat mandi tengah malam nie ialah prone to lelah/asthma..isk2..

So peringatan buat diri,kurang-kurangkan mandi tengah malam..jangan contohi saya :p

Anda pula suka mandi time bila? :)


Tuesday, May 25, 2010

KISAH KATAK TULI

KISAH-KISAH MOTIVASI ~ ABDUL HAKIM

~~ Kisah ini mungkin seringkali, sahabat dengar... Namun kisah ini sangat dibutuhkan oleh salahsatu sahabat kita di grup 'Kisah-kisah Motivasi'. Tidak ada salahnya untuk mengirim kisah ini ke semuanya. Semoga bermanfaat...!


Cerita tentang katak kecil....

Pada suatu hari ada segerombol katak-katak kecil,… yang menggelar lomba lari.Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi .

Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlombaan dan memberi semangat kepada para peserta…

Perlombaan dimulai…
Secara jujur, tak satupun penonton benar2 percaya bahwa katak2 kecil akan bisa mencapai puncak menara.

Terdengar suara:
“Oh, jalannya terlalu sulitttt!!
Mereka TIDAK AKAN PERNAH sampai ke puncak.”
atau:
“Tidak ada kesempatan untuk berhasil…Menaranya terlalu tinggi…!!

Katak2 kecil mulai berjatuhan. Satu persatu…

… Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan- lahan semakin tinggi…dan semakin tinggi..
Penonton terus bersorak

“Terlalu sulit!!! Tak seorangpun akan berhasil!” Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah……Tapi ada SATU yang melanjutkan hingga semakin tinggi dan tinggi…Dia tak akan menyerah!

Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak!

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya?
Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan?

Ternyata…
Katak yang menjadi pemenang itu TULI!!!!

Kata bijak dari kisah ini adalah:………
Jangan pernah mendengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis…
Karena mereka mengambil sebagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalu pikirkan kata2 bertuah yang ada. Karena segala sesuatu yang kau dengar dan kau baca bisa mempengaruhi perilakumu!.Karena itu:

Tetaplah selalu….POSITIVE!

Dan yang terpenting:
Berlakulah TULI jika orang berkata kepadamu bahwa KAMU tidak bisa menggapai cita-citamu!

Selalu berpikirlah:I CAN DO THIS!

Teman yang baik adalah teman yang bisa saling mendukung satu sama lain. (kataktuli.blogspot.com)

SAYA GAGAL LAGI

Pada mulanya,saya berjanji dengan diri ingin mengupdate blog setiap hari,kerna saya tahu dan saya pasti,masa saya semakin suntuk untuk CIPUT dan mungkin ia akan kelak terbiar..mintak jauhkan..

Namun bergitu,semester pendek turut membataskan waktu saya untuk blog..Banyak kekangan luar dan dalam,program dan komitmen lain membantukan niat saya..aduhai diri..saya gagal lagi..

Buat yang setia berkunjung,terima kasih atas minat dan sokongan..saya akan cuba sebaiknya untuk senantiasa update dengan entry terbaru..heee..Banyak benda nak mencoret tapi tak sempat..

Dan esok jua saya juga akan full day out dengan program..moga dipermudahkan segalanya..ameen insyallah..

Terima kasih semua kerna menjenguk..Moga tuhan ampuni kita semua..=)

~SAYA YANG BUNTU~






AYU CEPAT SIHAT =)

"Ahmad,jangan rindu orang"cik ayu

"Tak habis-habis dengan rindu dia,kamu tu dah ada orang rindu.tak payah ramai-ramai.heee"balas saya

Tu ayat biasa kalau AYU cakap tak kira la sms or telefon.kan mak cik?

Entry kali ini khas buat AYU kerana AYU dah banyak kali tag saya dalam blog dia tapi saya tak pernah tag dia lagi dalam entry saya.heeee..takpe kali ini ahmad kasi se'gedabak' entry untuk kamu je..okay?:P

Petang tadi dapat sms dari AYU,"ahmad tak dapat nak balik,tak boleh drive,sakit".AYU tak sihat ye.Alalala,kesian betul ahmad mendengarnya,tapi apakan daya,ku tak mampu nak menolong..

Pape pon,jangan lupa makan ubat,rehat secukupnya dan merajuk dan emo sekurangnya(jangan lebih-lebih yang nie)..semoga dapat kerja cepat-cepat :p

Ops..sapakan(tiru gaya brunei) dia AYU ini?haha..isk2..AYU cepat cakap sapa kamu..hehe..manusia yang mengaku secara terhormatnya dia skandal saya..isk2..suka suki..kamu tu banyak skandal tak terkira banyaknya..skandal = sahabat baik..kan?tak habis-habis la MR. S dia..nama saya AHMAD ye,bukan S..sila betulkan :p

Dan mungkin ramai tak mengenali AYU,sbb AYU banyak nama dan saya antara sejumlah kecil panggil AYU..tu ler,byk sgt nama..hahahaha..

"Life itself is an endevour.Its a plenty of yes or no.Its a plenty right or wrong.Its a plenty of hellos and goodbyes.I won't say goodbye to you as long as you need me"

Sentimental betul msg yang kamu kasi nie..isk2..Just as what you said to me,as long as i'm here in the world thus i always need you..Then same goes to me =)

Jaga diri dan jaga Z elok2..susah nak dapat orang syg kita unconditionally skrg =)

p/s:perlu ke ahmad letak gambar kamu?hahaha..takpe..kasi dieorg cari sapa kamu.thrilled sikit.hahaha :p



Friday, May 21, 2010

JERAWAT & WA

Jerawat memang la sakit dan menggangu..

Minggu nie saya sangat la terganggu dengan jerawat..Kalau jerawat kecik2 dan banyak2 saya panggil jerawat pasir dan kalau jerawat besar da sebijik je tu saya panggil jerawat batu...dua2 menyakitkan dan menyemakkan wlpn saya tak pernah kisah la dgn muka saya :p

Tapi ayah pernah cakap,kalu kat muka ada jerawat batu sebijik ke dua bijik ke,tu tandanya kita rindukan seseorang..hahaha...betul la tu,saya dah pernah alami..tu kata orang tua..~

Tapi saya nie jerawat pasir dan takde kaitan dgn jerawat batu,so saya tak de rindukan sesapa..jadi tiada gosip di sini..sekian ~

Yang paling penting nak higlight kata2 WA pada saya bila saya bercerita tentang jerawat nie,"Wa,sakit la jerawat nie menggangu hidup betul..hahaha"

"ahmad nie gop,tu la tanda kita masih muda remaja jadi happy2 la dgn jerawat tu wlpn sakit"jawab WA

a'ah,betul jugak kan..terima kasih wa sebab ingatkan..sakit pon ada manisnya disebaliknya..

Ya tuhan ku syukuri nikmat muda yang kau berikan ini..ameen..

Alhamdulillah ku masih muda :)







Thursday, May 20, 2010

I'M BACK FINALLY TO WHERE I BELONG

"Ahmad sihat ke?Apa khabar?"sapa Karimah suatu tengahari thru Facebook.

Aik..saya dah tertanya-tanya dah pehal sen gen SRC yang hot nie tetiba tegur saya nie..kenal saya lak tu..ades..

"Alhamdulillah sihat walafiat sebagai orang tua kat Uia..dah pencen sihat la..hahaha..Karimah kenal Ahmad?"jawab saya

"Isk,kenal la Ahmad,Ahmad kan famous kat Uia."

"hahahaha..nie jawapan paling kelakar pernah Ahmad dengar..well well well..kenal sebab jahat dan nakal kot..keke..sejak bila la saya famous..adoyai.."

"Ahmad,nak mintak tolong nie kalau boleh"

"Heee..dah agak dah..ye Karimah nak Ahmad tolong apa ye?kalau boleh ahmad tolong,ahmad nie bukan gagah sangat nak menolong..ehehe"

"Nak approach Ahmad untuk jadi Head Com PC central untuk CONVEST 10 nie,kalau boleh"

"Macam mimpi je nie..eh biar benar nie..haha..Ahmad dah tua dah nie..dah nak grad da sem depan nie..senior gaban dah nie..korang syura nama ahmad ke nie?"

"A'ah syura plus kak Zatil pon cakap nama Ahmad jugak.."

"Adoyai Tuty(panggilan saya kepada zatil) mmg nak kena..suka suki je kasi nama ahmad..isk takde orang layak lain ke?tak layak nie besar sangat nie untuk ahmad"

"takde dah,mmg ahmad dah biasa dgn PC kan?boleh la ahmad ea?"

"okay la(tanpa fikir kasi jawapan yes).ahmad tolong.aritu tak bertanding dah but then ahmad dah janji nak give all the best untuk support korang.now i'm say yes"

"aik betul ke nie ahmad?mudahnya nak mintak tolong dgn ahmad,tak nak tanya apa2 dah ke pasal convest?"

"hahaha..yela..tau Karimah pening kepala nak cari committee kan?okeh la..PC tak payah pening..ahmad terima tolong Karimah..cuma nak tanya sapa assistant ahmad?"

"oo..assistant ahmad karimah pon tak kenal nama dia ************..nie pon nama orang kasi.."

"owh yeke..heee..kalau ahmad nak orang ahmad boleh ke?takut ada prob lak nnt..ahmad tak nak fikir masalah komitmen dah sebenarnya dan kalau boleh nak fokus kat prob lain je."

"owh boleh2..Ahmad carilah nnt kasi nama kat Karimah ea."

"okay baik puan..heeee..terima kasih"

hmm..bila fikir-fikir balik macam mimpi saya kembali ke arena 'program'..convest bulan 10 saya pulak dijangka grad bulan 11..hish..haha..tapi inilah jiwa saya..bila mana officially resign LAWSOC sudah terasa kekosongan dalam diri..apa aku nak buat nnt..mesti boring takde meeting..huhuhu..dan satu sem saya lalui tanpa program sangatlah menyesakkan..rasa mcm kehilangan yang teramat..heee

Namun saya sedar kekangan masa,pointer,study dan juga perlunya memberi peluang kepada junior,saya harus melepaskan ia pergi..bila lagi..asyik muka sama je..kerja saya pon bukanlah mantap dan boleh dibanggakan cumanya saya happy walaupun jiwa raga terkorban kerananya terutamanya 'darah rendah' pasti menyerang..tapi takpe..saya gembira..heee

Cinta sentiasa bertasbih buat program..itulah hakikatnya =) dan PC bukanlah arena yang asing buat saya..saya bermula dengan PC diawal penglibatan saya hingga ke akhirnya..tah la..tak diamanahkan untuk pegang post lain..kadang2 teringin jugak mahu jadi Head catering sebab saya suka makan..

Dan ramai anak2 buah dalam banyak program yang saya dah pegang post besar2 sekarang such as bla bla bla..takperlu la disebut di sini..kalian tahu siapa kalian..namun hari ini,bilamana meraka dapat tahu saya kembali,ada yang masih quote ayat yang acap saya ulang buat mereka ketika program.."whenever each programme kick offf,then PC is the king of the day"..ada yang sebut balik ayat tu pada saya hari nie..wah..cute la kamu..isk2..saya tak sangka nie..kikiki..terima kasih ingat lagi..quotation tu buat mereka yang tak memahami job scope sebenarnya,dok sibuk nak membajak tanah orang,tanah sendiri tak jugak dibajaknya..mantiq ye di situ :p

Dan isnin lepas kami pertama kali bertemu mata 23 orang dari kami dan ahlinya pasti bertambah buat saya lebih komited untuk meneruskan perjuangan saya kali nie..saya punya team yang mantap alhamdulillah,harapnya kita pupuk kebersamaan hingga akhirnya..

Yang paling best balik bilik dengan dua bijik fail tebal nak kena study dan draft polisi dan kerangka pergerakan PC as a whole..gamabr files tu tak saya upload takut terkejut lak menengokn ketebalannya nnt..hehe...excited..dan dalam kepala dah terfikir macam2 nak dibuat yang tak pernah di buat orang sebelum ini..dan buat assistant2ku aka bendahara dan dayang2ku sekalian,sila bercuti sehabis baik sebelum head mu ini mendera kamu bilamana kita ketemu kelak..:p

Akhirnya,saya gembira saya harap pengakhiran yang baik buat 'separuh diri' saya ini sebelum saya menjejak keluar dari UIA insyallah..

FINALLY I'M BACK TO WHERE I BELONG =)


Tuesday, May 18, 2010

SAHABAT BARU



Semalam buat entry pasal sahabat..

Hari ini pun masih lagi dengan sahabat..hehe

Syukur semenjak dua menjak nie tuhan kasi saya sahabat-sahabat baru..dah lama kenal tapi tak rapat macam sekarang..tapi tak rapat lagi nie..hahaha..gurau je..terima kasih korang semua sebab buat lawak kat diri hamba ini..heeee..kalian tahu siapa diri kalian..

Dan perlulah diucapkan bahawa saya sangat gembira dengan kehadiran kalian..Saya nie dah la tak ramai kawan tambah-tambah pulak tak pandai berkawan..lack of human skill kata orang..huuuuu :p

Prinsip saya satu je,bila dah mula bersahabat kita sahabat sampai bila2..susah senang kita bersama,tak nak la senang sorang2..tak best happy sorang2 sebab tak kekal lama sebagaimana tak bestnya sedih sorg2..huhu..

Bila berbicara tentang nie, teringat akan pesanan dari yan farhana pada tahun 2006 exactly 22 november 2006..katanya ~ selemah-lemah manusia ialah orang yang tak mampu mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicarinya ~ quotation dari saidina Ali ra.

Moga tuhan merahmati mereka semua sahabat..Sahabat baru ke lama ke tak pernah menjadi soal bagi saya kerana yang penting ialah kebersamaan dalam bersahabat itu sendiri..

Pesanan buat sahabat-sahabatku sekalian,i'm always here to be with you.give a hand when needed and i shoulder to cry on when in bad mood.jangan rasa menggangu atau susahkan untuk mintak tolong atau pun msg saya,insyallah free sokmo nak entertained kalian =)

Always dear,always..i'll be there..I'm promise insyallah..




Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI KEJADIAN IM =)



Hari nie 16 Mei 2010 genaplah 23 tahun umur Abdul Rahim Abd Mutalib..

Syukur alhamdulillah bila hitung-hitung balik dah 5 tahun saya bersahabat dengannya dan saya tak miss lagi jadi orang no 1 wish kat dia selama nie..ameen

~ Selamat Hari Lahir Im ~ Aku sayang ko macam mana ko sayang aku :p

Mudah cakap im nie 'jiwa saya kekasih saya' walaupun kami nie memanglah berbeza segala2nya dari saya..

Saya kurus Dia berisi

Saya tinggi Dia rendah

Saya gelap Dia cerah

Saya sikat rambut belah tepi Dia sikat rambut belah tengah

Saya kelantan Dia johor (jauh tu..huuuu)

Saya biasa Dia comel..heeee..Aku tak cakap pon ko asyik ngaku ko comel kan?:P

Walaupun tak pernah sebilik tapi kitaorg sangat2 la rapat..boleh kata dialah teman baik saya di UIA..tiap sem pasti ktaorg ada satu kelas dan akan study sama2 time final sejak dari matric lagi..

Banyak la pengalaman dah tercoret dgn Im nie sampai tak tertulis kat entry yang terlalu singkat nie..tapi yang sure saya nak cakap pasal im,dia masih lagi menggelabah macam dulu,,tiap kali nak buat presentation mesti nak pegang pensel nak avoid nervous ko..hahaha..paling tak leh blah,ko pegang pensil dan tunjuk2 kat muka madam Hannan masa hearing BLM dulu kat matric..adoyai..aku sebagai co-counsel ko dah tepuk2 dahi dah..apa la kawan aku buat nie..manner dalam court takde :p
(tau ko tengah menggelabah nak present EAP esok..chaiyok2 im)

Im nie kasar kalau bercakap..tu hakikat..ades..kadang2 leh terasa tapi hati baik..cakap je gni gtu tapi hati baik..tak buat jugak walaupun mulut dah sumpah seranah macam2..cakap je lebat kata orang tapi last2 tak sampai hati..tapi dia gtu pon dia tetap ada dengan saya bilamana saya susah,dia tak pernah tinggalkan saya hatta muka saya dah berconteng arang sekali pon,dia ada bersama..pernah kami bersembang till subuh nak redakan gundah di hati saya..gundah fail exam GPL kat matric..Allahuakbar..Aku ingat sampai bila2 insyallah..terima kasih sahabat..aku ingat ayat ko selalu ulang "Mad you deserve better,ingat tu".dia meyakinkan saya bahawa saya deserve better pointer,jadi kena usaha lagi jangan cepat kalah dan mengalah wlpn dia sendiri repeat subjek masa tu..aisey cian kat ko kena pujuk aku..heee..

Sama jugak kalu dia ada problem,haaa..nanti muncul la dia kat compartment saya nie,tutup pintu almari tak kasi orang nampak pastu pasang lagu kuat2 kat komputer saya pastu dia start la bercerita..haha..mcm mana nie Mad..aku kena wat pe nie skrg..hee..lumrah bersahabat..tika mana saya short duit sebab banyak pakai untuk program,ada la dia datang offer,ko nak pinjam duit aku dulu tak walaupun saya tahu dia sendiri 'short' duit untuk diri sendiri tapi takpe,sanggup susah sama2 lapar dengan saya..huhu..moga tuhan berkatimu sahabat :)

Tapi dah banyak kali saya minta dengan dia,Im slow2kan smoking..nnt mati awal..heee..dari dulu lagi dia cakap aku on the way..5 tahun dah Im ko OTW..bila nak jumpa way nye..heeee..dia cakap nanti kawen aku berenti..yola tu..benti2 la sebelum aku mati..cian kat aku berharap nie :p

Akhirnya,doaku moga tuhan redha akanmu sahabat =)

~ Best friend is the one who being with you whenever people would not be with you ~

Thank you for demostrating yhis to me =)


Sunday, May 16, 2010

SORRY SEEMS TO BE THE HARDEST WORD ~ BLUE FEAT ELTON JOHN

Lama tak post lagu..heeeee..tetiba minat group Blue..padahal tak pernah2 nak dengar lagu Blue sebelum nie..heee..trimas Mu'az sebab bersuara nyaring mengingatkan saya pada lagu nie..suara ko mmg la mantap :p

Amek contoh yang baik je dari lagu nie..yang buruk ~ penyanyi yang gay,pakai anting-anting dan etc letak tepi..sekian ~


video






What have I got to do to make you love me
What have I got to do to make you care
What do I do when lightning strikes me
And I wake to find that you're not there
What do I do to make you want me
What have I got to do to be heard
What do I say when it's all over
And sorry seems to be the hardest word
It's sad, so sad
It's a sad, sad situation
And it's getting more and more absurd
It's sad, so sad
Why can't we talk it over
Oh it seems to me
That sorry seems to be the hardest word
What do I do to make you love me
What have I got to do to be heard
What do I do when lightning strikes me
What have I got to do
What have I got to do
When sorry seems to be the hardest word



What have I got to do after my graduate?

What have I got to do for my aim?

fikir-fikir..ada satu sem lagi nak fikir..moga dipermudahkan =)

Friday, May 14, 2010

MODE *RINDU UMMI*

Seadanya saya ingin memohon maaf kerna lama tidak membuat entry..Mata kiri kerap berdenyut sekarang dek umur sudah meningkat jadi tak mampu nak bertahan menghadapa skrin komputer terlalu lama..Saya sedang menyiapkan post yang agak panjang dan bermakna dalam hidup saya insyallah akan siap beberapa hari lagi..

Namun untuk hari ini,entry pendek buat pengubat kerinduan saya nun jauh di Bukit Damar Temerloh Pahang..

Saya lahir ke dunia ini dengan dikurniakan seorang Emak dan seorang Ayah.Mereka ibu bapa terbaik buat saya sentiasa.Hanya diri ini yang sentiasa gagal menjadi anak soleh buat mereka.Lambat jawab telefon dan SMS dek kesibukan berprogram dan bermeeting..Tu dah teramat biasa sampai ayah bising2..ades..sorry ayh mak..dah nak grad dah ahmad nie..takde program lagi dah untuk 'ayam tua' nie..orang dah tak nak dah..haha..yeke?CONVEST 10 last program insyallah..:p

Bukan apa tak selesa hidup tak join program,rasa kosong walaupun program boleh sebabkan tekanan darah saya down..heeee..okay okay..berbalik pada topik asal,tahun 2008 saya dikurniakan seorang Ummi dan Abuya..waaah..seronok..:p



Join program anak angkat punya pasal..alhamdullilah mereka sangat la baik walaupun mereka nie taraf umur tok wan dan tok ayah saya,tapi tetap rasa ummi dan abuya..heeeee..yeay dapat Ummi..orang lain ada ummi saya pon ada jugak..kikiki..

Jadi bagi saya dah ada seorang lagi Ummi dan Abuya cukup la..tak nak dah yang lain..seorang emak,seorang ayah,seorang ummi dan seorang abuya dalam hidupku..next candidate seorang bapa dan mak mertua..haaaa..yang nie KIV dulu..kalu ada rezeki ada la..takde takpe..hehe..ramai2 sangat mak ayah angkat nie bahaya gak sebab nnt tak ziarah terlalai terleka lak nak tanya khabar..nanti tak telefon tanya khabar tersa hati orang tua nie rasa bersalah lak..orang tua nie hati dah la sangat fragile..aduh..Ummi ahmad selalu telefon kan?heeee:p




Cuma projek berkebun dengan Ummi tak buat2 lagi..tapi tak miss lagi ziarah ummi tiap sem..Pagi nie saya telefon ummi,terus ummi tanya nak datang ke..hehe..ala ummi tak dapat lagi,sebab sorang2 kalau dua orang leh dipertimbangkan lagi..hehe..ummi cakap terima kasih tanya khabar..isk2..tak patut betul..mmg la hati orang tua nie fragile..patutnya kita yang mintak maaf jarang2 contact nie dia lak..ummi seronok saya telefon tu memang pasti..alhamdulillah..nak kasi duit tak mampu lagi kasi ingatan dan doa jela buat ummi..

Haa..berita terbaru dari Bukit Damar..En Jalal(mangkuk) dengan En Hadi(hampeh)dah takde..heee..nie dua orang nie pengurus dan timbalan pengurus felda Bukit Damar..sorry ye ayat dalam kurungan tu tapi tu selayaknya buat orang yang songlap duit budak2 program sampai kami semua pening kepala nak urus program short beberapa ribu buat mak ayah angkat kami :p hahaha..sampai director kami nanges2 kat tengah padang..ades..sadis..cool down ea..jgn nanges dah..tak comey nanges kat padang..nanges kat bilik air je.heeee :p

Ummi ckp nak buat program lagi leh la sbb dieorg dah takde..haha..macam mana tu?Ummi ahmad dah takde power nak buat program..takpe..dah dua program kami buat untuk penduduk bukit damar..harap korang semua happy dengan kami..yang lebih tu kami mintak maaf byk kekurang termasuk kat putrajaya tu :)

Terima Kasih UMMI..ahmad rindu UMMI dan doakan UMMI sihat selalu dan tuhan rahmati UMMI sebagaimana kasih UMMI pada kami sepanjang 5 hari kami di sana :)







Wednesday, May 12, 2010

SEBUAH PERTEMUAN ~ UNIC

Hari ini,Ahmad selak 'kotak kenangan' yang tersimpan kemas itu.Lalu Ahmad temui sesuatu.Masih ingatkah lagi kau dikau sahabat?Sesuatu yang kau hadiahi aku suatu ketika dulu.Ahmad masih simpannya kemas dalam sanubari.poyos seyh ayat nie.hahahaha.Tapi takpe itulah yang betendang di fikiran.

Lagu ini sahabat hadiahkan buatku doa buat perpisahan kita bersama sebatang pensil tekan merah..hehe..Sahabatku terimalah kembali untukmu SEBUAH PERTEMUAN..Coretan yang Ahmad masih simpan hingga kini.Terima kasih kerana susah payah mahu bersahabat dengan diri ini walaupun Ahmad hanyalah seorang manusia biasa yang banyak songeh & sengetnya :)







video


Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




Friday, May 7, 2010

MEMPERINGATI ULANGTAHUN NAKBAH KE 62

Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi ‘Cast lead’nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali. Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang. Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.

Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 62. Peristiwa Nakbah atau ‘Malapetaka besar’ dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan ‘War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan. Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.

Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka. Jika pahlawan kemanusiaan dan hak asasi manusia terulung diraikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa iaitu Nelson Mandela kerana sanggup menanti 30 tahun di dalam penjara untuk mengembalikan hak dan kebebasan bangsa kulit hitam Afrika Selatan yang terbelenggu akibat Sistem Apatheid, maka pejuang dan rakyat Palestin yang mendiami khemah-khemah pelarian sejak enam puluh tahun lalu lebih wajar untuk dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.

Kini yang menjadi masalah dari kemelut kemanusiaan ini adalah sikap dan pendirian masyarakat antarabangsa. Seluruh Negara bangsa mempunyai pandangan umum yang dibentuk hasil dari prapoganda regim zionis Israel terhadap isu ini. Yang pertama, Israel mempunyai hak untuk wujud dan keselamatan Israel dari jiran-jirannya dan sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam keselamatan Israel, walau sekecil manapun tidak boleh dibenarkan. Kedua, rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Israel dan menentang pendudukan Israel dilihat sebagai musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah dalam konteks yang lebih luas. Ketiga Israel punya hak untuk melaksanakan program keselamatannya termasuklah melancarkan ‘pre-emptive’ strike ke atas mana-mana sasaran di timur tengah untuk menjamin keselamatannya.

Inilah cabaran terbesar yang perlu diatasi oleh masyarakat antarabangsa untuk mencabar pandangan umum yang amat berat sebelah dan memihak secara melulu kepada Israel. Kecelaruan berfikir ini digambarkan dengan baik sekali oleh Mahaguru ilmu Sejarah Barat yang bernama Arnold Toynbee di mana beliau mengatakan

“Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)”

Sesuai dengan pengamatan ini, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat madani (civil society) untuk menilai isu ini secara objektif dan berdasarkan fakta. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan memihak atau ‘sektarianism’ samada dari sudut keagamaan, kebangsaan atau politik kesukuan. Seluruh dunia harus keluar dari melihat isu ini dari perspektif ‘muslim’ lawan ‘yahudi’ atau perebutan rakyat Palestin dan rakyat Israel ke atas satu wilayah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, atau perebutan ke atas Baitul Maqdis yang menempatkan Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa bagi muslim dan Jerusalem dan Temple Mount bagi Yahudi.

Ia harus dilihat dari sudut undang-undang antarabangsa sebagaimana yang termaktub dalam piagam bangsa-bangsa Bersatu 1945, hak asasi sebagaimana yang dipertahankan oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Konvensyen Geneva ke IV, 1949. Jika diteliti tingkah-laku regim zionis semenjak ia berdiri sebagai sebuah entiti bernama Israel, maka jelas siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang dan konvensyen antarabangsa. Asas inilah yang digunakan dalam menilai tindak-tanduk Israel sejak 61 tahun yang lalu.

Meskipun PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang membenarkan 55% wilayah Palestin diserahkan kepada pendatang Yahudi, namun perlaksanaan resolusi ini tidak pernah mewajarkan pendudukan Israel ke atas 45% wilayah Palestin yang selebihnya iaitu Baitul Maqdis timur, Tebing barat dan Genting Gaza. Bahkan PBB telah meluluskan Resolusi 242 dan 338 supaya Israel berundur kembali ke garisan hijau yang dilakarkan oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949. Ini bermakna Israel wajib keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 dan tidak ada sebarang kewajaran sedikitpun untuk Israel menguasai wilayah tersebut. Juga PBB telah meluluskan Resolusi 194 pada tahun 1949 mengizinkan pelarian Palestin pulang. Apa yang berlaku kini ialah Israel bukan sahaja tidak akur kepada resolusi-resolusi utama ini (landmark resolutions) bahkan puluhan dan ratusan resolusi yang menegaskan kembali tentang hak rakyat Palestin, bahkan telah mencabul hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dengan mendirikan kawasan perumahan ekslusif untuk kaum yahudi di atas tanah rakyat Palestin, mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin dan kini membina tembok pemisah dari utara ke selatan Tebing Barat dalam wilayah Palestin.

Kini setelah Hamas muncul sebagai juara memperjuangkan hak rakyat Palestin yang tertindas, regim zionis melaksanakan pula program mengepung Gaza dari semua arah dan menukarnya menjadi penjara terbesar di dunia.

Dalam memperingati Nakbah pd bulan Mei 2010 ini, adalah amat penting bagi seluruh masyarakat antarabangsa mendedahkan hakikat sebenar di Palestin, supaya regim zionis tidak boleh lagi berselindung dan mempertahankan tindakan biadapnya atas alasan mempertahan ‘hak’ dan ‘keselamatn’ Israel


Prof. Madya Dr Hafidzi Mohd Noor
Pengarah
PACE
Palestine Centre of Excellence


Thursday, May 6, 2010

MODE *SEBAK*


Kosong !
Bingung !
Sebak !
Termenung !
Hilang rasa mahu men'conteng' skrin !
Arghhhhhhhhhhhhhhh ! Kusut !
Sepi sungguh diri !

Mengapakah hai diri?Apa tak kena denganmu pagi ini.

Tergolek-golek atas katil,tak ketemu jawapannya.Buka kitab,masih jugak mencurigai hati.Alahai diri..Kamu begini..Apa masalah kamu?Tak cukup memberikah?hmmm

Belek-belek handphone,saya ketemu jawapannya..Alhamdulillah..

SAYA RINDUKAN KENANGAN ~ ITU JAWAPANNYA

"Owh tuhan seandainya dirinya untukku,maka dekatkanlah hatinya untukku
Owh tuhan seandainya dia bukan milikku,damaikanlah hatiku dengan ketentuanMU"

Ceh..pe kaitan doa nie diulang-ulang dalam hati..bukannya saya nak melamar sesiapa lantaran tiada siapa sudi menebuk hati ini..hmm..bukan la..takde kaitan dengan jodoh jauh sekali mahu berpacar..hehe..

DOA BUAT SAHABAT SEBENARNYA ~ ADUH JIWANGNYA DOA :p

Saya suka simpan sms yang saya terima,jika saya rasa sms itu penting..jadi memory HP banyak dengan msg lama2 kenangan abadi buat saya dan acap kali saya akan panggil kembali saat saya menerima sms tu..apa yang saya buat dan apa reaksi saya..

Dan sms tersebut buat saya sebak..

"Ahmad,mintak maaf..janji tak buat lagi.."

"Ahmad,janganlah marah..tak sengaja buat ahmad sakit hati.."

"Amad..amad..watpe?"

"Banyok doh ahmad susoh nie,bakpo la ahmad susoh payah ko ore sangat,ore tak kesah ahmad pon..ahmad baik sgt nie..ore pijok palo ahmad doh nie..ahmad kaba ko dop nie"

"Take your time even it means forever"

"Aku benci ko ahmad"

"mad aku harap sangat nie tolong aku..istikharah mad"

"as long as i'm here i need you to help me MR Ahmad"

"org rasa bersalah tol nie buat ahmad gni..maafkan orang ea"

"berambuslah ko ahmad..semak je dengan aku"

"saya nyesal dgn apa yang pernah saya ckp,sampai mati pon saya takkan mampu terucap"

"nyesal msg awak wish besday"

"ahmad baek sokmo..jgn risau deh..kalu ada org benci ahmad,100org lagi saye ahmad..ahmad mungkin rajin wat silap tapi org pon patut ingat ahmad pon manusia banyak salah silap..hok penting ahmad tra sokmo nak tebus kurang ahmad tu dgn buat baik dgn ore..biarlah ahmad tersiksa pon..jaga diri deh ahmad"

"Org cuma mampu doa untuk ahmad yang lain tak mampu nak buat nak tolong ahmad"

"Tahu ahmad tersepit tapi tolonglah kali nie..mintak maaf ahmad..huhu..pk banyak kali yer mad.."

Macam-macam sms dapat..ada yang buat happy,ada yang buat sedih ada jugak yang buat saya nanges terisak-isak..adoyai..dah 22 tahun pun sentimental lagi..haha ~

Saya rindu..tu je yang mampu terucap..Saya rindukan KENANGAN..tahu saya tak menjadi yang terbaik buat mereka ~ sahabat2 saya..tu tuhan jauhkan saya..tapi tak mengapalah..biarlah apa jua yang saya terima..cacian,makian,pujian dan juga doa,saya doakan mereka semua happy dan bahagia..

Tapi kalau tgk sms yang pedas dan pedih,memang la perit nak terima..ALLAH..tak terjangkau dek minda sahabat lemparkan kata2 gtu..heee..tapi lumrah la dalam bersahabat..terkadang kita sakitkan orang,sampai masa kita pulak yang kena..sunnatullah tuhan sapa yang mampu menghalang..
WHAT YOU GIVE YOU ALWAYS GET BACK ~ IF NOT THE SAME ALLAH WILL GIVE DOUBLE OR TRIPLE..Aiyooooo

Pada saya tak mengapalah,biarlah orang buat kita..jangan kita buat kat orang..orang bantai,kita sabar..masakan kita boleh berkata kita beriman sedang kita tak diuji..sebagaimana terucapnya kata2 cinta sememangnya susah untuk dilafazkan,namun sebaik ia terucap maka pengisian cinta itu sendiri lagi menyeksakan buat penuturnya..justeru itu,bila mana kita diuji,bawak2 lah bersabar..maafkanlah..

Saya pegang satu je..lagi kuat kita dakwa kita syg kita cinta,lagi kuat kita teruji..lagi kuat kita kata kita akrab,lagi diuji tuhan ukhwah kita itu..nak cakapnya kita pasti teruji dgn kata2 dan tindakan kita..hehe..jadi bilaman teruji,fahamilah dan maafkanlah..

FRIENDSHIP IS ALL ABOUT UNDERSTANDING AND FORGIVENESS..

AND

BEST FRIEND IS THE ONE WHO IS THE ONE BEING WITH YOU WHEN PEOPLE WOULD NOT BE WITH YOU..

Mudahkan kayu ukurnya?hehe..andai sahabat kita itu bersama kita tika waktu orang tak bersama kita,dialah yang tulus menerima kita di hatinya..kawan senang mudah dicari,kawan susah satu pon belum tentu mahu mendampingi..so,mari kita sama2 jangan sia2kan sahabat kita ye..janganlah doa sedih macam doa kat ats tu..sayu hati nnt..hehe..

Buat ingatan tercoret untuk insan bernama AHMAD,saya maafkan sahabat2 saya yang mungkin banyak saya terguris hati..saya tahu saya tak pernah sempurna buat kalian..jauh sekali selalu menggembirakan kalian..namun saya juga punya hati ingin jadi yang terbaik buat kalian..harap dapat terima saya seadanya..terima kasih menumpangkan hidup saya dalam catatan hidup kalian..bilamana saya dah tak diperlukan,saya janji saya akan pergi.ala ala lagu PERGI nyanyian aizat amdan..heeeeee :)

Ya tuhan,jangan biarkan kami berlaku zalim ke atas mereka yang bersusah payah untuk bahagiakan kami selama ini demi untuk kepentingan kami..Ampunkan kami dan maafkan kami ya tuhan..

MAAFKAN DAKU SAHABAT..SAYA RINDU DAN CINTA AKAN KALIAN..SEKALI SAYA RINDU SELAMANYA SAYA RINDU..SAYA SEBAK MALAM INI ~

AMEEN ~

~ Jika mati itu hidup di dalam hati kita…kita akan mudah memberi dan meminta maaf. Kita akan mudah bersabar dan bertenang dengan karenah insan. ~

~ SAYA RINDU WALAUPUN LUPA AKAN SAYA ~




Monday, May 3, 2010

IKAN DI LAUT

KISAH-KISAH MOTIVASI ~ SYAHEERA MY


Mengapa ikan di laut?
Mengapa tidak burung yang bisa terbang tinggi di langit biru? Atau harimau yang terkenal dengan keberaniannya memburu mangsa? Atau kuda yang kencang berlari merempuh semua halangan di hadapan?
Mengapa ikan?

Ikan di laut, berenang penuh keyakinan mengeksplorasi laut dalam, berenang dengan penuh hati-hati menjelajahi laut dalam yang misteri. Sudah berapa banyak jenis khazanah yang dijejakinya. Sudah banyak batu karang dicermatinya. Sudah berapa kedalaman laut sudah diharunginya.

Masin laut sudah tegal biasa. Bahkan itulah yang dihirupnya, itulah tempat ia beristirehat, tempat ia tidur, tempat ia makan, tempat ia bernafas, tempat ia berinteraksi dengan dunia. Itulah tempatnya.

Masin laut, tidak pernah sesekali mempengaruhi hidupnya. Tidak pernah mengganggu konsentrasi mindanya, tidak pernah mencalar ketenangan jiwanya. Inilah rumahnya, inilah jalan kembaranya. Terus dihadapi dengan ceria dan penuh sukses.

Tidak sesekali ia mengeluh kerana terpaksa menghirup masinnya air laut. Tidak pernah merasa putus asa dengan apa yang di hadapannya. Pandangannya jelas, misinya jitu. Selalu hidup beramal jama'i. Berenang sekumpulan mencari rezeki yang terbentang dan tersembunyi.

Bagi kita manusia, ikan di laut sebagai perhiasan yang mencantikkan dan berkontribusi dalam keindahan laut. Beraneka macam ikan di laut. Ada yang bulat, ada yang leper, ada yang tajam dan ada yang panjang.

Namun, ia tidak pernah sesekali terlarut akan masinnya air laut. Bahkan masih bisa berkontribusi. Buktinya, kita terpaksa menambah garam untuk memasinkan ikan yang hendak digoreng. Betul?

Begitulah kita seharusnya. Walau kita berada di persekitaran yang tidak membina atau bukan dalam persekitaran yang solehah atau baik, jangan sesekali terlarut. Jangan sesekali menjadikan persekitaran sebagai alasan jika ada yang mengatakan "Kenapa anda sekarang sudah berubah?".

Tidak mengapa kalau berubah kepada yang lebih baik. Atau terpengaruh dengan persekitaran yang baik dan positif. Namun jika sebaliknya, awas! Anda tidak mengambil ibrah dari kejadian alam seperti ikan di laut. Banyakkan bertafakur, lihatlah hikmah yang terbentang luas di bumi Allah ini. Dan tidaklah dijadikanNya sesuatu itu sia-sia.

Jadilah 'agent of change' alias agen perubah. Yang merubah bukan diubah. Besar bezanya itu. Kerana saya, anda, kita, adalah khalifah, pemimpin yang seharusnya memimpin bukan terpimpin walau di mana sahaja kita berada.

Awas! Jauhkan diri dari sifat si lalang. Rumput yang condong ke kanan jika anginnya datang dari arah kiri dan condong ke kiri andai anginnya datang dari kanan. Berpeganglah pada prinsip Islam. Tiada toleransi dalam hal-hal prinsip, syar'i dan hal-hal ketaatan. Kitalah yang bisa mengubah persekitaran, dengan keyakinan, hati-hati dan kebijakan penuh hikmah.

Semoga terus sukses menjadi manusia wajib yang dirinya ibarat ikan di laut, hidup di air masin namun isinya tetap tidak terkesan dan termasin akan air laut itu. Semoga energi sukses sentiasa menjadi milik kita. InsyaAllah!




Sunday, May 2, 2010

CARI PACAR LAGI ~ ST12

KHAS BUAT SAHABAT KU YANG INGIN TERBANG JAUH ~

HAYATI LIRIKNYA =)

video