"Ahmad sihat ke?Apa khabar?"sapa Karimah suatu tengahari thru Facebook.
Aik..saya dah tertanya-tanya dah pehal sen gen SRC yang hot nie tetiba tegur saya nie..kenal saya lak tu..ades..
"Alhamdulillah sihat walafiat sebagai orang tua kat Uia..dah pencen sihat la..hahaha..Karimah kenal Ahmad?"jawab saya
"Isk,kenal la Ahmad,Ahmad kan famous kat Uia."
"hahahaha..nie jawapan paling kelakar pernah Ahmad dengar..well well well..kenal sebab jahat dan nakal kot..keke..sejak bila la saya famous..adoyai.."
"Ahmad,nak mintak tolong nie kalau boleh"
"Heee..dah agak dah..ye Karimah nak Ahmad tolong apa ye?kalau boleh ahmad tolong,ahmad nie bukan gagah sangat nak menolong..ehehe"
"Nak approach Ahmad untuk jadi Head Com PC central untuk CONVEST 10 nie,kalau boleh"
"Macam mimpi je nie..eh biar benar nie..haha..Ahmad dah tua dah nie..dah nak grad da sem depan nie..senior gaban dah nie..korang syura nama ahmad ke nie?"
"A'ah syura plus kak Zatil pon cakap nama Ahmad jugak.."
"Adoyai Tuty(panggilan saya kepada zatil) mmg nak kena..suka suki je kasi nama ahmad..isk takde orang layak lain ke?tak layak nie besar sangat nie untuk ahmad"
"takde dah,mmg ahmad dah biasa dgn PC kan?boleh la ahmad ea?"
"okay la(tanpa fikir kasi jawapan yes).ahmad tolong.aritu tak bertanding dah but then ahmad dah janji nak give all the best untuk support korang.now i'm say yes"
"aik betul ke nie ahmad?mudahnya nak mintak tolong dgn ahmad,tak nak tanya apa2 dah ke pasal convest?"
"hahaha..yela..tau Karimah pening kepala nak cari committee kan?okeh la..PC tak payah pening..ahmad terima tolong Karimah..cuma nak tanya sapa assistant ahmad?"
"oo..assistant ahmad karimah pon tak kenal nama dia ************..nie pon nama orang kasi.."
"owh yeke..heee..kalau ahmad nak orang ahmad boleh ke?takut ada prob lak nnt..ahmad tak nak fikir masalah komitmen dah sebenarnya dan kalau boleh nak fokus kat prob lain je."
"owh boleh2..Ahmad carilah nnt kasi nama kat Karimah ea."
"okay baik puan..heeee..terima kasih"
hmm..bila fikir-fikir balik macam mimpi saya kembali ke arena 'program'..convest bulan 10 saya pulak dijangka grad bulan 11..hish..haha..tapi inilah jiwa saya..bila mana officially resign LAWSOC sudah terasa kekosongan dalam diri..apa aku nak buat nnt..mesti boring takde meeting..huhuhu..dan satu sem saya lalui tanpa program sangatlah menyesakkan..rasa mcm kehilangan yang teramat..heee
Namun saya sedar kekangan masa,pointer,study dan juga perlunya memberi peluang kepada junior,saya harus melepaskan ia pergi..bila lagi..asyik muka sama je..kerja saya pon bukanlah mantap dan boleh dibanggakan cumanya saya happy walaupun jiwa raga terkorban kerananya terutamanya 'darah rendah' pasti menyerang..tapi takpe..saya gembira..heee
Cinta sentiasa bertasbih buat program..itulah hakikatnya =) dan PC bukanlah arena yang asing buat saya..saya bermula dengan PC diawal penglibatan saya hingga ke akhirnya..tah la..tak diamanahkan untuk pegang post lain..kadang2 teringin jugak mahu jadi Head catering sebab saya suka makan..
Dan ramai anak2 buah dalam banyak program yang saya dah pegang post besar2 sekarang such as bla bla bla..takperlu la disebut di sini..kalian tahu siapa kalian..namun hari ini,bilamana meraka dapat tahu saya kembali,ada yang masih quote ayat yang acap saya ulang buat mereka ketika program.."whenever each programme kick offf,then PC is the king of the day"..ada yang sebut balik ayat tu pada saya hari nie..wah..cute la kamu..isk2..saya tak sangka nie..kikiki..terima kasih ingat lagi..quotation tu buat mereka yang tak memahami job scope sebenarnya,dok sibuk nak membajak tanah orang,tanah sendiri tak jugak dibajaknya..mantiq ye di situ :p
Dan isnin lepas kami pertama kali bertemu mata 23 orang dari kami dan ahlinya pasti bertambah buat saya lebih komited untuk meneruskan perjuangan saya kali nie..saya punya team yang mantap alhamdulillah,harapnya kita pupuk kebersamaan hingga akhirnya..
Yang paling best balik bilik dengan dua bijik fail tebal nak kena study dan draft polisi dan kerangka pergerakan PC as a whole..gamabr files tu tak saya upload takut terkejut lak menengokn ketebalannya nnt..hehe...excited..dan dalam kepala dah terfikir macam2 nak dibuat yang tak pernah di buat orang sebelum ini..dan buat assistant2ku aka bendahara dan dayang2ku sekalian,sila bercuti sehabis baik sebelum head mu ini mendera kamu bilamana kita ketemu kelak..:p
Akhirnya,saya gembira saya harap pengakhiran yang baik buat 'separuh diri' saya ini sebelum saya menjejak keluar dari UIA insyallah..
FINALLY I'M BACK TO WHERE I BELONG =)
Book Review.
5 months ago
0 comments:
Post a Comment