Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Wednesday, May 12, 2010

SEBUAH PERTEMUAN ~ UNIC

Hari ini,Ahmad selak 'kotak kenangan' yang tersimpan kemas itu.Lalu Ahmad temui sesuatu.Masih ingatkah lagi kau dikau sahabat?Sesuatu yang kau hadiahi aku suatu ketika dulu.Ahmad masih simpannya kemas dalam sanubari.poyos seyh ayat nie.hahahaha.Tapi takpe itulah yang betendang di fikiran.

Lagu ini sahabat hadiahkan buatku doa buat perpisahan kita bersama sebatang pensil tekan merah..hehe..Sahabatku terimalah kembali untukmu SEBUAH PERTEMUAN..Coretan yang Ahmad masih simpan hingga kini.Terima kasih kerana susah payah mahu bersahabat dengan diri ini walaupun Ahmad hanyalah seorang manusia biasa yang banyak songeh & sengetnya :)









Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman




0 comments: