Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Thursday, September 3, 2009

12 RAMADHAN MENJENGAH LAGI



Masih belum terlambat kiranya untuk berbicara tentang ‘ia’. Dek terlalu fokus kepada ‘meeting’ yang tak berkesudahan, mid test land & PIL membuatkan aku agak terlambat untuk entri ini. First entri hasil karya sendiri buat mak di Pasir Pekan, ayah di Dungun & family di Pasir Pekan. Sunguh aku merindui kalian.



Masih terngiang di telingaku cerita ayah & mak pada 12 Ramadhan 1408H
“Kita letak nama Alias la untuk first anak kita ni. Macam mana?”
“Tak nak la. Nanti kawan-kawan dia panggil `liyah’. Tak comel bunyinya.” Hehe.



Sering aku terkenang & tersenyum sendiri tatkala dialog itu bermain di kepala.
Menjadi anak & cucu sulung keluarga membuat aku tak sepi dari perhatian mereka terutamanya bapa saudara & mak saudaraku. Namun rahmatnya, aku rasa sentiasa disayangi mereka semua. Hidup berjauhan hanya rindu sentiasa berteman buat mereka.



Pernah satu ketika, sewaktu mendapat tawaran ke ‘boarding school’, bersungguh Ayah Yi & Ayah Di memujuk supaya menerima tawaran tersebut.

“Mad kena tunjuk contoh yang baik kat adik sepupu & orang kampung kita”


Nasihat Ayah Di waktu itu. Bersemangatnya dia nak tengok anak saudaranya belajar kat ‘boarding school’ sampai bawak aku dinner kat hotel. Tak cukup dengan tu, offer lagi duit & handphone waktu tak ramai lagi sahabat-sahabat guna handphone waktu tu. Tapi dek kerana degil & hati keras tak mahu duduk asrama, tawaran dibiarkan berlalu pergi.hehe. tapi aku tetap sayang mereka semua. Tak terbuka pintu hati waktu itu tambah tak mahu berdikari lagi. Entahlah..



Sewaktu mendapat tawaran ke Matrik UIA, ayah orang yang paling gembira. Nak sangat lihat anaknya ambil ‘law’, cita-citanya padaku sejak kecil. Tapi time hantar aku kat PJ,mak orang yang paling sedih. Tak pernah berpisah lama denganku. Tapi aku pun sedih sama. Malu nangis depan orang ramai kat Mahallah Khadijah time tu, tapi slumber badak je aku nangis.hehe. Sentimental betul. Sekarang pun kalau sedih je, masih nangis dengan mak walaupun dah tua.hahaha. Anak mak la katakan. Mak lah yang paling memahami dari dulu sampai sekarang, sampai aku mimpi mak dah takde pun mak boleh tau.adus.hehe



Dan segala coretan tersebut sentiasa menggamit perasaanku. Tiap lipatan dalam kehidupanku pasti sentiasa dalam ingatanku. Jarang sekali aku melupainya.

Kini 12 Ramadhan, kau menyapa lagi.

Dengan harapan mak dan ayah yang makin berlipat ganda. Dengan harapan anakmu ini berjaya dalam hidupnya. Akan aku kotakan janji pada mereka untuk melihat aku berjaya. Akan aku gunakan kesempatan yang ada sebaiknya nak melihat ayah, mak, tok wea & mama tok datang ke ‘long call’ aku 2 tahun lagi insyaallah. Doakan aku kalian semua. Ameen



I miss you all a lot

p/s : thanks for 'kanak2 ribena' yang first wish and got the right gift from me.he
thanks anas for the pictures

0 comments: