Sudah bertahun saya mengenalinya..sepanjang bekerja bersamanya..saya kagum dgn ketenangannya dalam bertindak walaupun sesekali pernah jua terlepas amarahnya namun pasti itu tidak lama..pasti dia cepat reda..itulah 'PAK SU' yang saya kenal..
Telah agak lama saya tak bertukar pandangan dengannya dek kerna masing2 sibuk dengan tugas yang menuntut pengorbanan masa, namun takdir tuhan mengatasi segalanya..beberapa minggu lepas saya sempat duduk semeja dengannya berborak mengenai sahabat2..
wah..menarik..saya teruja nak tau apa pandangannya..
"aku pelik la dgn kawan2 kita yang dah suka sama suka,tetiba dtg org lain berubah hati..cepat sgt berubah hati..mcm tukar baju.."kata pak su
wah..saya terkejut..pehal mamat nie emo semacam tetiba..
"biasalah tu..cinta dtg & pergi..mcm mana cinta itu dtg cinta tu blh pergi..jgn ko heran la"balas saya..
Dia lantas bertanya saya berapa tahun agaknya saya hidup..50 tahun barangkali fikir saya..campur tolak sekarang bila2 je boleh mati sbb makan mcm2 & sakit yang macam2..tapi kalu lebih dari 50tahun,da kira bonus utk kita..kalu kira2 ada lah 30 tahun lagi saya hidup insyaallah..
"habis tu,berbaloi ke kalu ikut hati kita semata nak buat anaiya kat orang dgn baki umur yang kita ada tu?banyak benda lagi yang kita kena buat dalam hidup nie..bukan fikir hati kita je..jumpa org laen berubah hati..yang lama tinggal macam tu je dgn hati yang terluka.."kata pak su
"yang ko emo nie pehal?ko nak cakap pe sebenarnya?"balas saya
Pasal hati katanya..jangan diikut sangat hati..masa sayang bukan main lagi..bila dah tak sayang macam2 cari alasan nak lepas dan buat tak tau pada yang lama walaupun orang tu masih sayang kita..hati kan milik masing2 kata saya..dah hati nak berubah nak buat macam mana..tak leh nak paksa..kita kan merdeka & ada pilihan sendiri nak buat keputusan..biarlah pak su..
"mudahnya ko cakap..kalu dua2 tak nak takpe la..kalu sorg nak sorg lg tak nak mcm mana?yang dulu dok bersama tetiba dtg org ketiga,berubah hati..siang malam pmpuan tu dok nanges pasal kekasih dia yang sorg tu..tapi tak dilayannya laki tu" pak su berbicara.
Dia memaksudkan seseorang..saya tau siapa perempuan itu..saya simpati padanya..beberapa lama dia menumpahkan kasih sayangnya,tup tap si dia beralih kasih..kasihan..simpati..namun apa daya kami mahu membantunya..
Katanya hati kita bukan milik kita..milik Tuhan..hatta diri kita sendiri milik Tuhan..jadi jangan pandai2 nak kata ikut hati kerana tu bukan kehendak hati tapi kerana kita pentingkan diri sendiri..utk diri kita tapi tak fikir sengsara orang lain..erti hidup pada memberi..bukan pada apa yang kita terima,teringat kata2 ustaz hasrizal dalam blognya..
"cinta tu datang & pergi..mcm ko kata..bila cinta dtg,ko dah berjanji setia..maknanya ko dah terikat dgnnya..dan sampai satu masa..cinta itu akan pergi..lumrahnya begitu..saat tu jangan ko cuba cari 'kambing hitam'..cari macam2 alasan utk ignore dgn org yang pernah ko barjanji setia..regain back the love..sebagaimana ia pergi ia blh dtg kembali..usaha la sikit sbagaimana ko usaha nak dapatkan cinta tu dulu..jangan cpt nak buat short term solution dgn cari org laen..anaiya org nnt..ingat segala budi baik dia melebihi buruk dia..lainlah kalau dua-dua dah tak nak" panjang huraiannya
Sebijik macam prinsip Seek first to understand than be understood..the 7 habit yang diperincikan oleh stephen convey..
"tapi kalau nak pilih jugak short term solution mcm mana?dah suka yang baru bukan leh lepas mudah2 dah..hati dah terikat..msti nak lupa yang lama2 cepat"..tanya saya
"he..kita hidup dalam sistem..hukum alam..sunnatullah tu tak pernah tak adil..what you give you get back" mudah,padat & terang jawapannya
lalu teringat akan kisah 'shbt tua' saya yang hampir begini kisahnya pada zaman mudanya..
dia alhamdullillah selamat di ijab kabul dgn pilihan hatinya..
namun setelah 2 dekad perkahwinannya,anaknya diserang penyakit 'gila' tidak semena2..
barulah diketahui kerabat isterinya mempunyai penyakit 'gila' yang berjangkit kepada anaknya pula..
aku redha..balasan untuk aku katanya..buat anaiya org dulu..angkuh dulu..astagfirullah..ngucap panjang saya..
Allah maha adil..terima kasih pak su ingatkan daku
ya ALLAH ampunkan dosa kami..jgn kau lalaikan hati kami dgn berbuat zalim pada insan lain ya ALLAH..tetapkanlah hati kami..ameen..