Sedang saya sedang asyik sarapan pagi di batu 10 gombak,teman saya bertanya soalan yang agak mengejutkan saya..
"Ahmad boleh ke maafkan orang yang sakitkan hati ahmad, boleh ke terima dia semula?"
Sambil tersenyum saya membalas..
"Kenapa tanya macam tu,ada sapa2 yang buat ahmad sakit hati ke?"
"Tak ada la,saja tanya nak tahu ahmad nak kata pe."
Merenung ke matanya,saya jawab..
"Hidup terlalu singkat untuk membenci,sesingkat peluang yang ahmad ada untuk menyayangi kamu semua,orang yang ahmad sayang sangat2"
Apa yang saya pegang,semua orang wajib saya maafkan walaupun orang dah buat saya sakit n suffer sangat2..tak mengapalah saya susah asal orang yang saya sayang tak susah..cumanya kalu nak saya maafkan tu,jangan la ungkit2 lagi hal lama..hal lama biarlah..semua orang ada silap dan semua orang semasa dia buat silap pun mahu dimaafi jua..tu lumrah hidup..tekadang kita di atas,terkadang kita di bawah..kalau asyik dok tunding jari pada saya macam mana saya nak maafkan..take a time muhasabah balik..tu yang terbaik..andai dahulu kita pernah berjanji setia,kenapa kerana satu perkara dek kerana kepentingan hidup kita atau keegoan kita,kita memungkiri janji setia kita..bagi saya move on yang terbaik tapi dgn syarat lupakan yang lama..lagi kita simpan,lagi membarah dalam hati..
Akan saya selalu semaatkan dalam hati..
"Engkau inginkan orang yang bersih yang tidak ada aib padanya, mana ada kayu yang mewangi tanpa mengeluarkan asap"
Saya tinggalkan kedai makan itu dengan seribu satu janji kemaafan..untuk terus berlari mengejar apa yang saya hajati insyaallah..
Book Review.
5 months ago
0 comments:
Post a Comment