Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Saturday, March 6, 2010

AKU BUKAN SAHABATMU

Aku berjanji pada tuhanku
takkan melepaskan dirimu
walau terbakar hangus jiwaku
diperlakukan sikap burukmu

takkanku berpaling
dalam menarikmu dari tersepit asing
walau aku bukan sahabatmu
tetapi dikau sahabatku

tidakku pinta balasan
hanya kucari keredhaan
tiada kusanggup melepaskan
sahabat di neraka kepanasan

aku belum tentu penghuni syurga
tetapi aku ingin ke sana
maka bencimu bukan hentian langkahan
aku akan bersabar hingga kematian

takkan kulepaskanmu
takkan kutinggalkanmu
walau aku bukan sahabatmu
tetap kau sahabatku



HILAL ASYRAF - www.langitilahi.com

1 comments:

Hilal said...

ini sajak saya kan?

Harap boleh letak nama dan link sebagai tanda ia kepunyaan saya.

~seorang hamba..

HilalA syraf