Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Thursday, June 3, 2010

Blind Spot

Poooooooooonnnnn

"Allahuakbar,napa la tak nampak kereta tu tadi eh,nasib baik tak kena langgar."tutur saya

Dan...2 minggu selepas itu..

"Mad,kete tu,asal ko keluar gak simpang..Tak nampak ke?"bising sahabat saya

"Allahuakbar..Lagi sekali..Aku memang tak nampak..Cuak seyh"jawab saya

"Kau ada blind spot nie Mad."balas dia kembali

Blind Spot?Apa tu..Pertama kali dengar,terus saya telefon penasihat aka Optometris yang menjaga mata saya..hahaha..kan farah?

Ini jawapannya ~

Titik buta atau istilah sains dipanggil blind spot atau dalam istilah ophthalmology ia dipanggil ‘scotoma ‘ terjadi apabila sebagian drpd retina tidak menerima maklumat mengenai penglihatan atau lebih specificnya pada bahagian retina berkenaan kekurangan atau tiada sel yg blh detect cahaya(photoreceptor cell).jadi,apa jua objek yg jatuh pada titik buta ini tidak akan dapat dilihat oleh mata kita. Ia keadaan normal bagi semua org dan bukanlah disebabkan oleh penyakit . so, everyone has a BLIND SPOT in their vision of each eye. lebih krg 2% penglihatan kita di cover oleh blind spot pada setiap mata kita.

Size blind spot ini kecil jer, sbb itu kita jrg perasan akan kewujudannya dan juga disebabkan oleh kita ada penglihatan dua mata (binocular vision)… tp pertambahan saiz blind spot blh disebabkan oleh beberapa penyakit. Antaranya glaucoma iaitu peningkatan tekanan dalam mata yg blh menyebabkan pengurangan medan penglihatan atau in medical term in called (limited visual field or tunnel vision). So, pemeriksaan blind spot adalah penting untuk memastikan blind spot kita berada dalam normal range.


Ada test yg blh digunakan untuk menentukan blind spot anda:








Pada gambar di atas, ada bulatan pada sebelah kiri dan tnda cross pada sebelah kanan anda. Tutup mata kiri anda, dan tgk pada gmbr bulatan. Sambil mata kiri tertutup, gerakkan mata anda menghampiri monitor kmputer. Pada satu titik, tnda cross tidak akan kelihatan dan apabila anda gerakkan lagi mata mghampiri monitor, anda akan nampak kembali tnda cross yg hilang tadi. Pada saat tnda cross tidak kelihatan, di situlah titik buta anda. (make sure mata anda still fixate pada bulatan semasa mendekati monitor). untuk mata kiri, ulang test tersebut.



Blind spot ini sgt merbahaya terutamanya apabila anda memandu. Ada sedar atau tidak, kdg2 apabila anda melihat pada cermin sisi anda, tiada kenderaan di sisi anda, tp sebenarnya ada tp kenderaan tersebut berada pada blind spot anda. Jd, sebagai langkah berjaga2, sebagai pemandu kenderaan (terutama kenderaan besar) anda seharusnya berhati2 apabila ingin membelok untuk memastikan tiada kenderaan di sisi anda. Jika anda penunggang motosikal, make sure anda tidak menunggang pada sisi kereta kerana bimbang anda berada pada blind spot pemandu kenderaan lain atau dgn cara memandang ke belakang sekilas seblm membelok ke bahu jalan.


Sekian harap maklum..Farah Hamzah

Anda bagaiman,pernah mengalaminya? :)

Berhati-hati di jalan raya :D








0 comments: