Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Wednesday, June 30, 2010

RADIX FRIED CHICKEN & PANTAI MELAWI

Macam tak ada kaitan dua tajuk yang saya nak perkatakan kali ini..Post kali ini agak santai sebenarnya kerana saya ingin memperkatakan tentang Radix Fried Chicken(RFC) & Pantai Melawi.hehe

Sebenarnya ini merupakan tempat yang saya sempat jejaki pada 28/6/2010 dan 29/6/2010..Waah..Seronok..hee..Okay okay..Kita bermula dengan 28hb dulu..RFC telah lama kedengaran di gegendang telinga saya..Syarikat ayam goreng milik penuh HPA ini telah mengorak langkah dengan membuka cawangannya di Kota Bharu dan saya sangat-sangat teringin mencubanya..Nak makan di KL,masih belum ada cawangan,terpaksa la menanti dengan sabarnya time cuti nak ke RFC..Dan tuhan memberi kesempatan sampai ke sana pada 28hb..Alhamdulillah..Syukur ;)



Boleh dikatakan RFC nie,cuba untuk menonjolkan image 'islamic' la berbeda dengan penyedia makanan segera lain..Bagus,kita kena pakat-pakat support..Ini dapat disandarkan kepada staffnya yang kesemuanya menutup aurat dan cara 'address' pelanggan..Alhamdulillah..RFC mengetengahkan konsep ayam organik dan juga tiada MSG dalam produk yang mereka jual..Walaupun bagaimanapun boleh saya katakan,ini merupakan permulaan yang baik buat syarikat yang baru berusia setahun jagung ini dan saya doakan mereka terus maju kelak..Insyallah..Terima kasih kepada exco-exco yang sudi teman saya ke sana..tq korang ;)

Dan pada 29hb pula saya telah selamat ke Pantai Melawi, Bachok untuk sedikit riadah..Waah..Saya seorang yang sangat cintakan keindahan dan kedamaian pantai dan saya takkan sesekali menolak peluang untuk ke sana bila pulang ke rumah ;)

Pantai Melawi terletak kira-kira 30KM dari bandar Kota Baru dan terletak di daerah/jajahan Bachok..Pantai Irama dan Pantai Tok Bali merupakan pantai yang bersebelahan dengan Pantai Melawi ;)





Tujuan saya ke sana,ehem2 mestilah 'mencuci mata dan mencari awek'..hahaha..Tak adalah..Saya ke sana adalah untuk sesi reunion kecil bersama dengan sahabat-sahabat sekolah menengah saya..Penat tapi seronok..Kami makan-makan di sana,borak-borak,cerita masa lampau dan sakat-menyakat..Gembira rasanya..Mungkin ini peluang terakhir kerana selepas ini kami semua akan busy sudah bekerja kan?There is no more leisure time for us ;)

Seinfiniti terima kasih buat F,W, dan J..Thanks..Ahmad have a great time with you yesterday..Moga than berkati kamu semua insyallah..Dah besar kawan-kawanku ;)

Buat masa sekarang,cukuplah dulu..Moga ketemu lagi esok.Melet ;p

p/s:

Mahu menyiapkan entry mengenai itu tapi masih belum berkesempatan ;)




0 comments: