Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Tuesday, September 28, 2010

BLOG SAYA BERHABUK

Saya tak pernah membiarkan blog saya berhabuk selama ini..5 Hari saya biarkannya tak di'update'.Kekangan masa yang menggila.baru belajar,baru menghadap meeting CONVEST bukan meeting kerja lagi.A step towards it.Insyallah saya akan cuba mencoret dan menconteng sedikit buat kali ini.Kesian sahabat-sahabat masuk tapi takde update ;)

Hari sabtu lepas 25 September 2010,gerhana CONVEST telah bermula dengan LE TOUR D' CONVEST 10 ~ satu cara untuk mempromosikan CONVEST ke UIA Kuantan.

Pada mulanya saya tak ingin pergi ~ penat kerana tahu perjalanannya memakan masa yang lama dan banyak lagi kerja yang perlu saya sudahkan menjelang CONVEST.Namun memikirkan ukhwah dan sikap ingin menghargai sikap dan penat lelah sahabat2 yang telah susah payah,saya korbankan niat di hati.Berat di hati namun g la jugak saya ni.Saya serahkan segalanya pada Tuhan,moga saya mendapat manfaat untuk permusafiran kali ini dan saya pasti Tuhan akan tunjukkan saya sesuatu.

Perjalanan kami bermula jam 1030 pagi disertai 1 buah bas,1buah Hilux 10 buah kereta.Kami mendapat kerjasama daripada PDRM ~ Polis Diraja Malaysia yang sudi untuk mengiringi perjalanan kami dari Gombak ke Kuantan demi untuk memudahkan perjalanan kami semua.

Kami ke Kuantan mengikut jalan lama dan tidak melalui highway LPT(lebuhraya pantai timur).Dengan siren polis dibunyikan sepanjang perjalanan,membuatkan perjalanan kami diperhatikan oleh penduduk kampung dan pemandu-pemandu lain yang memberi laluan kepada konvoi kami.




Alhamdulillah kami tiba di Kuantan lebih kurang pukul 300 petang ~ usai solat dan makan tengahari yang ditaja oleh SRC Kuantan kami memulakan misi kami.Saya ditempatkan di Mahallah Talhah ~ Mahallah sister..Saya pon tatau kenapa lelaki diperlukan kat mahallah sister..tapi saya layankan aje PC program punye order,saya nak evalute dieorg punye kerja,sebelum CONVEST.Satu benda yang mesti kita hormati ~ bila bermulanya program ~ PC lah raja..Segalanya mesti bergerak mengikut kata PC semuanya demi untuk kelancaran sesebuah program.Dan menjadi suatu kecacatan kepada sistem andai PC tidak dihormati atau PC tidak mempunyai kredibiliti untuk mengeluarkan arahan,akan punah ranahlah program.

Dalam mempromote CONVEST,sempat juga saya bertemu sahabat saya.hehe..Ambil kesempatan,takut susah nak jumpa dah nanti.Insyallah panjang umur jumpa lagi.

Selesai semua program kami jam 630 petang dan kami bertolak pulang jam 7 petang.Kalu time datang tadi saya menaiki bas,kali ini perjalanan pulang saya menaiki kereta dan lebih baik lagi saya memandu kereta Karimah ~ dia penat,saya bawak jela.Tetiba jadi excited terlebih,Sebab rasa snediri polis 'escort' dan ada walkie talkie untuk memudahkan pergerakan..haha..Memandu dengan kelajuan yang sangat tinggi dan melanggar traffic light sangatlah cool..haha..Semuanya menjadi legal dek kerana polis escort sepanjang jalan..ngeee..Perjalanan pun jadi smooth..Beberapa kali kami berhenti berehat tak mengurangkan masa perjalanan kami..Kami berhenti makan dan solat jama' di Genting Sempah jam 1030 malam..Usai sudah segala urusan,nak balik,sebuah kereta konvoi menghadapi masalah..Tertinggal kunci dlm kereta..adoyai..hahaha..~




Lama jugak kami stuck,semua nak tunjuk hebat nak bukak kereta dari luar,tapi tak dapat..macam-macam cara diguna,tapi tak mampu nak naikkan kunci..haha.. kesian..last-last ada jugak formen kete datang tolong..dia wat sikit je terus naik kunci..alhamdulillah..mesti die gelak je budak2 nie buat tak jadi2 :p

Kami tiba di UIA tepat jam 1230 pagi ~ sekali lagi takde masalah nak masuk ~ pak guard tak tahan pon..hahaha..sebab pak guard sendiri yang iring..ngeeeee....Yang penting kenangan tercipta,ukhwah tercipta..;)

Moral of the story ~ jangan la ikut perasaan dan pentingkan diri sangat..Pasti Allah ingin berikan sesuatu pada kita tatkala wujudnya perasaan benci atau tidak senang dengan sesuatu..Kerana kita tatau berapa lama lagi kita akan hidup,jangan pergunakan masa yang ada untuk menyusahkan apa lagi menyakiti sahabat-sahabat yang banyak bersusah payah untuk kita ~ mari sama-sama cuba untuk senangkan hati kalian kerana masa yang ada tak selalunya banyak.

Moga ada lagi konvoi ~ seronok berkonvoi :D

p/s:

so far so good..moga dipermudahkan segala urusan..bantu saya untuk menjadi lebih baik,saya mahu janji itu dari kamu..bahaya betul kalu dah start mimpi ;p


0 comments: