Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Saturday, September 18, 2010

DUIT RAYA

Kalau nak kira saya 'malas' nak updat blog kalau di rumah..Banyak hal plus berebut dengan adik nak guna komputer kat rumah nie..Sibuk nak main game..Kalu nak guna tgh malam baru leh guna time semua dah tidur..

Tapi disebabkan saya rasa blog saya dah berhabuk macam bilik saya,jadi saya tulis lah jugak sikit..Nanti takut bukak cuti saya lagi la 'malas' dek kerana CONVEST 10 semakin menghampiri :D

FIkir-fikir jumpa la tajuk nie nak mengarut hari ni ~ Duit Raya

Nape dengan duit raya ~ sebab sekarang dah besar susah nak dapat duit raya macam budak-budak dulu.Benar saya terasa fenomena ini.Nape agaknya?

Haritu ada sorang mamat nie,saya salam dengan dia cakap 'nak turun dulu'.Pastu laju je dia jawab 'haa turun la,takkan nak duit raya lagi dah besar'.Amboi sedap betul mulut.Nak je jawab balik tapi fikir sebab baru lepas solat raya,sabar jela.Memang la kesabaran sentiasa diuji..Ngee

Tapi hakikatnya tu la ~ apa yang tu?he.Mentaliti orang kita bagi duit raya kat budak-budak.Boleh beri hadiah/sedekah kat budak-budak je..Kat orang besar tak boleh kasi dah..Adat kita begitu..Kadang-kadang tak bagi duit raya rasa malu kat orang ramai..Niat dah lari..Sekarang nak kasi RM1 tak leh dah,sikit sangat.Semuanya dah materialistik..Semuanya dihitung dengan duit..

Orang Cina tak pula gtu ~ kalau tahun baru cina selagi mana orang tak kahwin selagi tu la kita dapat ang pau.Meriah gtu.Lagi kan bagi orang yang belajar layak terima zakat,kenapa lak budak besar tak leh terima duit raya.Sedekah pada orang belajar kan amalan mulia?;)

Saya tersenyum sendiri..Setakat tu la pemikiran kita..Tak pernah nak lihat dari different view..Bukanlah saya suka sangat nak dapat duit raya(dari kecik memang saya takde la pusing-pusing kampung nak collect duit raya,tak minat ;p) tapi mind setting tak betul ,sampai ke sudah la tak betul.Duit raya tak hanya budak kecik tapi duit raya tu suruhan Tuhan supaya kita bersedekah pada yang memerlukan.

Tahun nie last dapat duit raya,banyak jugak la saya dapat ~ tahun depan saya akan kasi duit raya lak.dah kerja lagipun..Insyallah..

Erti hidup kan pada memberi ~ tak begitu?

;)

p/s:

soalan famous raya ni ~ bila nak kahwin + nak kerja kat mana(mentang-mentanglah boleh pilih nak kerja kat mana?

'calon' dah datang rumah semalam ~ tatau la mak perasan & berkenan ke tak =))

4 comments:

miss aniesayu said...

mak aih, calon dah datang umah
esh..esh..tak story pun


sob sob..yelah
siape saye~

batrisya qistina said...

siapa awak?

pembeli handbag tegar? ;p

rasberry said...

ahmad dh ada calon :) tahniah!

batrisya qistina said...

haha..calon apa?tu kita tatau ;))