"kau mengandung anak siapa nie?anak biawak?"tanya si suami
"kalau aku mengandung anak biawak,kau tu buaya la"jawab isteri
Suami ingin meminta cerai dari si isteri setelah bertemu kembali dengan kekasih lama..Bertemu sewaktu pengajian dengan isterinya di tanah arab dan berkahwin ketika belajar.Isteri berhenti belajar dek untuk menguruskan keluarga.Dikurniakan 3 orang anak dan isteri keguguran anak keempat tatkala ditendang suaminya setelah rumah tangga dilanda 'bagai & badai'
~ kisah benar yang sedang terjadi ~
buat saya termenung menung dan menung lagi..dan dalam kepala hanya tertertanya beginikah akhirnya?
Moral of the story
1. nak buat sesuatu fikirlah masak dan habis ranum.berhenti belajar untuk kahwin di usia muda mungkin bukan sesuatu tindakan yang bijak.bagi perempuan,habiskan belajar dulu,biar kita boleh depand dengan diri kita sendiri andai terjadi apa2 kelak.Jika lelaki boleh lakukan apa sahaja demi cinta kepada kita,jadi mungkin suami kita boleh lakukan apa sahaja kepada kita andai ditemui cinta lain buatnya
2. laki jangan dok fikir sgt kepala yang tak betul..ingat orang yang selalu di waktu kita susah dan senang.Malu la weyh nak jadi pemimpin buat perangai gni.Dah tua esok2,anak pon tak ngaku ko ayah.Silap2 hari bulan dihantarnya ko kat rumah orang tua.ada banyak benda yang lebih wajib difikirkan berbanding CINTA..jangan biar CINTA buat kita merana kelak..
~ CINTA jangan dipaksa untuk hadir dalam & untuk diri,sampai masa bila tuhan merasakan diri kita betul2 bersedia,tuhan akan hadirkannya dalam keadaan yang kita sendiri tak jangka ~
Sekadar coretan untuk tafakur yang panjang dari membuat entry..
moga tuhan redha dgn kita, ameen
0 comments:
Post a Comment