Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Wednesday, April 6, 2011

DIA TERMENUNG LIHAT NASI

Saya sedu bila pulang dari kerja minggu lepas,teringat pada client yang seorang ini..Memang sampai ke akhir hayat saya akan kenang dia insyallah..

Cacat kekal kerana terlibat dalam kemalangan - wajah yang sayu tapi tekad untuk membantu ibu yang dihimpit dugaan - adik-beradik yang masih kecil - ayah yang meninggalkan mereka tanpa keputusan.

Dia terlibat dengan kemalangan kerana bekerja untuk membantu menyara keluarga..Bila ditanya mana ayah?Mata akan terus merah dan jawabnya ringkas tapi penuh makna 'ayah kita tak macam ayah orang lain'.Allah Allah.Saat tu rasa di hati,syukurlah hai tuhan memberikan kami ayah yang walaupun punya kekurangan dan kelemahan,masih menyayangi kita jauh sekali mahu meninggalkan kita walaupun kita degil tak mendengar cakap mereka.

Oleh kerana kecederaan yang dialami akan berat,beliau terpaksa dihantar untuk bertemu doktor pakar,dan semasa dalam perjalanan,staff kami memesan nasi dan lauk ikan untuk menjadi santapan mereka.Dia bersuara lagi,air kosong pon cukuplah untuk dia.Katanya lama dah nak makan ikan tapi tak mampu.Ikan RM5 RM6
sekilo.Tak mampu kami nak beli,makan nasi dengan telur aje yang mampu.Telur 30 sen sebijik,kami mampu makan ramai2..

Sahabat-sahabat,mungkin kalian sedih,dukacita dan merasakan dunia untuk kalian mungkin akan berakhir dengan masalah yang kita sedang hadapi,tapi percayalah,kita masih dipilih oleh tuhan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dan lebih sempurna dari client saya.Bukankah begitu?Mari sama-sama kita syukuri hidup kita dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik,agar suatu hari nanti,kita diberi oleh tuhan peluang untuk membantu sahabat kita yang kurang bernasib baik.

Moga kalian diberi kekuatan ameen..Stand up and rise again everyone please ;)

p/s: terfikir mana dia mahu tinggal selepas ini kerana rumah yang diduduki sekarang akan diambil alih oleh tuan rumah..moga tuhan beri kemudahan padamu client..kami berusaha untuk membantu kalian..insyallah


3 comments:

Nawwal_Nodame said...

huhu sedih nyer...

batrisya qistina said...

eh nawwal..hehe ;)

Nawwal_Nodame said...

hehe yo! mmg kaki blog yer amad..ari2 ade post baru:)