Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Wednesday, June 29, 2011

HENSEM, COMEY & CANTIK

Semua orang sukakan cantik sepertimana sudah tercatat dalam Al-Quran yang tuhan itu cantik dan tuhan suka makhluk yang cantik.(betul ke dop?aku tak ngaji quran sunnah) :p

Tapi ramai orang tersalah sangka,disangkanya hensem,comey & cantik itu faktor kebahagiaan dan semestinya jawapannya - TIDAK SEMESTINYA ;)


Dan berbondong-bondonglah manusia mencari manusia cantik,manusia hensem untuk dijadikan pasangan hidup buat 'penenang' disepanjang perjalanan 'kunun-kununnya'.

Tapi disangkanya panas ke petang rupanya hujan ditengahari.Makanya

Menangis.

Meraung.

Meratap.

Menonggeng?hehe.Mungkin.

Apa nak buat tapi pesan saya,jangan sesekali putus asa untuk bangun kembali.Ingat Tuhan itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang dan Dia tidak sesekali mencipta kita untuk gagal dan kita pastinya mampu bangkit ;)

Dan saya pernah ditanya oleh seorang sahabat,bagi kau perempuan macam mana yang kau rasa cantik?

Mungkin cantik itu Siti Nurhaliza




atau pun Lisa Surihani


haha..jawab saya,aku tak pernah suka perempuan sebab dia mempunyai rupa yang menawan walaupun itu mungkin salah satu faktornya.Pada aku cantiknya manusia bila kita tenang melihatnya.Berapa ramai orang cantik tapi bila kita akrab dengannya ia menjadi punca kepada segala masalah kita,tentu kalian pernah merasainya.Dan berapa ramai juga orang yang rupanya sedang-sedang sahaja tapi kita amat senang dan selesa dengannya ;)

Bab tenang ni, memang susah nak dihurai, memang bab hati dan hati itu walaupun terkandung dalam jasad kita dan mungkin kita mendakwa ia milik kita,tapi hakikatnya ia milik Tuhan.Dan taqdir Tuhan itulah yang selalunya melebihi usaha kita.


Cantik itu Ketenangan ;)

p/s: Saya suka pantai kerana saya sangat tenang di sana.Moga Tuhan hadiahkan kita ketenangan dengan kecantikan orang-orang yang kita sayang.Ameen ~


2 comments:

sufygirl said...

Ada adik pernah cakap, "Akak kan comel, kenapa tutup muka?"

Adik itu masih kanak2, biasanya kanak2 bercakap benda yang betul.

Motif? Agak2 saya cantik tak? :P

batrisya qistina said...

agak2?tak pyh agak2..haha..tengok la awak baikke tak..kalu awak baik awak cantik la..lalalala :p

by the way,ahmad kenal kak jie before ttp muka lagi..perlu ke motif..hakhakhak