Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Thursday, June 16, 2011

MEMANDU ITU BERISIKO

Baling, Kedah - Tempat yang saya kenali kerana peristiwa Memali yang membunuh seorang pejuang politik PAS pada akhir 1980an dan juga kerana saya mempunyai beberapa rakan yang berasal dari sana.

Lain sebab - nehi hir.Memang tiada apa yang memberi kenangan pada saya tentang Baling.

Mei 2011 akhirnya meninggalkan suatu kenangan buat saya di sana dan hampir meragut nyawa saya sendiri - saya kemalangan jalan raya di sana.Seingat saya,sudah tiga kali saya terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika memandu tidak termasuk kemalangan melanggar gadis-gadis ketika turun naik tangga dan di dalam train..hahaha..



Kejadian berlaku ketika saya sedang memandu ke Pulau Mutiara tempoh hari bersama rakan dan apabila tiba di Kampung Pisang kenderaan di hadapan saya membrek secara mengejut kerana melanggar anak lembu yang melintas secara tiba-tiba.Saya yang memandu ketika itu ikut sama membrek.Tiba-tiba datang pulak sebuah kereta yang sedang memecut 80km/h menghentam kami belakang.Memanglah sangat terbaik.hehe.

Kepala agak bergegar dan nasib saya baik,saya hanya terhentak ke streng dan tidak tercampak keluar dari kereta kerana memakai tali keselamatan.

Pada mulanya memang saya rasa tak sedap hati mahu bertolak pergi,hati masih bertatih kerana tiada keputusan mahu berangkat dengan kereta mak atau ayah ju.Last sekali bawak kereta ayah ju memikirkan tak sampai hati nak menolak offer dia.Memang betul la orang kata,tiap pilihan tu ada hikmah walaupun nampak buruk di sisi manusia - kalu bawak kereta mak dan dilanggar selaju itu dari belakang - memang saya pulang hanya dengan jasad tanpa roh ;)


Ini kereta yang saya bawa.Kalau tengok sikit je kan dan takde pape?Memang la makhluk ini keras.Kena langgar pun tak bergerak pape..hehe..

Citer sikit pengalaman accident nih.Standard orang turun gaduh2.Saya panas jugak tapi biarlah benda dah nak jadi pun..Abang yang langgar kitorg tu pun baru je lepas accident terbalik kete,ni boleh accident lagi.Abang hati-hati ye lain kali.

Apa yang sakit pasal accident?Semasa dan selepas accident.Semasa tu faham-faham la kenapa.Selepas tu sebabnya kena bertapa kat Balai Polis untuk buat report bagi tujuan tuntutan claim.Lama weyh.Memang lebar 'bontot' tunggu ;p

Saya dipaksa menunggu 4jam kerana 'kecekapan' polis.Sangat-sangatlah annoying.Dan bila tiba giliran saya buat report,cik abang polis ni nak main-main lak dengan saya.Susahlah apa la.Dah lepas office hour la.Kereta tinggal repair kat Baling la bagai etc.Dia nak 'duit kopi' la tu.Memang hangin.Last-last saya terpaksa la mendedahkan siapa saya.Saya buat keluar kad,bagi sorang satu dan cakap,jangan banyak auta,saya lawyer accident.Ni keje-keje ni semua ini 'makanan asasi' saya la tiap-tiap hari.BINGO.Walaupun bukan lawyer lagi..hahaha..Terdiam la semua..Yang part paling best,siap ajar dieorg macam mana nak buat report dengan betul.Ikut jela dieorg.kiki.Buat pengetahuan semua,report ini penting kerana pihak insurans akan memberi tuntutan claim berdasarkan report dan amatlah penting untuk ayat-ayat ditulis benar-benar tepat supaya liabiliti kemalangan bukan berada di pihak kita :D

Tips bila terlibat dengan kemalangan
1. Ingat no kenderaan yang terbabit.Relaks je.Kalau orang ajak gaduh,ajak dia g balai.Report dan claim dengan insurans.kita ada insurans dan jangan bayar satu sen pun kepada sesiapa terutamanya tow truck.Penting untuk anda mengetahui anda mengambil insurans apa dan ada no tow truck 24 jam insurans terbabit.

2.Sila kontek lawyer sebelum g buat report supaya ayat anda ditulis betul-betul tulus..haha..Banyak kes silap report menyebabkan 'liabiliti tak comey' jadi rosaklah sedikit tuntutan claim anda.Ada benda perlu sebut dan ada benda takleh sebut dalam report.

3. Dapatkan salinan report anda,report mereka yang terlibat dengan anda,rajah kasar tempat kejadian dan keputusan kes dengan harga hanya RM12.Jangan bayar lebih.Dan make sure report anda di cop dan disahkan utk tuntutan sivil.

4. Bawak kereta ke bengkel yang dilantik insurans dan jangan lupa push dia suruh siapkan cepat dan jangan lupa kontek HQ untuk ingatkan benda nih.Delay selalunya berlaku pada adjuster report untuk menilai kerugian yang dialami.

5. Andai sekiranya anda mengalami kecederaan fizikal dan memerlukan rawatan,segala kehilangan anda serahkan pada lawyer.Mereka lagi expert.Kalu kerosakan pada kenderaan je boleh buat sendiri.okay? ;)

6. Ada pape nak tanya,sila tanya mungkin terlepas nak beritahu.

Hikmahnya - selalu sangat buat kes orang bagai-bagai, kena sendiri baru tahu macam mana.Tapi sentiasalah dan sama-samalah kita berhati-hati.Ayah saya memang seorang yang sangat cermat bila memandu.Jalan lurus pun dia bawak 90km/h je.Tapi dah tiga kali jugak accident,semua sebab orang langgar dia..hehe..

p/s: imagine sendirilah bagaimana keadaan viva yang melanggar kami :p

lawyer accident lawyer cabuk je..apalah sangat nak dibandingkan dengan lawyer corporate yang buat kes juta2..hehe..apa pun alhamdulillah,ada juga kerja.ramai lagi menganggur :D

bye ~ jumpa lagi insyallah

5 comments:

Iffah Hidayati said...

setuju pasal isi dalam report polis.haha.samalah kita lawyer accident.=p

batrisya qistina said...

yang tu satu je setuju? :)

we have seen many difficulties even claim rejected by the insurance company due to ignorant of the people when doing the police report :p

aik..lawyer ea?saya chambering je..lalala..hebat lawyer..kiki

sufygirl said...

lepas2 ni kalau accident (nauzubillah terus kontek amad la eh?

hati2 ye, encik lawyer. :)

batrisya qistina said...

dont worry..8 dari 10 rakyat malaysia pernah alami accident..:p

tapi mintak jauh la..ye ye..boleh2..sila la berhubung ;)

Iffah Hidayati said...

haha.dia kan da mengaku lawyer.lebih kuranglah.haha.

saya baru betul chambering, budak baru. =)