Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin ;)
Tak terlambat lagi untuk ucapkan saya rasa kerana masih kita di bulan Syawal..hehe
Punya la lama tak buat posting sampai BLOGGER pun dah ada interface baru dan saya masih agak kekok nak guna.Adoyai macam mula-mula kahwin mesti kekkok gak kan?haha
Haa..Selamat Pengantin Baru jugak la buat kawan dan sahabat yang telah selamat di'ikat'kan..Dah kahwin buatlah cara dah kahwin..Sila lupakan zaman yang banyak dihabiskan masa bersama kawan-kawan..hehe..
Dua, Tiga minggu ini kecoh pasal isu KOMUNIS yang diwarnakan dengan pelbagai warna. Komunis jahat,komunis baik,komunis bintang tiga bla bla bla bla..
Apa pun pandangan anda terhadap isu ini,ia adalah pandangan anda berdasarkan apa yang anda dan kalian faham. Tapi pesan saya,pilihlah untuk merujuk dan membaca dahulu berpegang pada satu-satu pandangan,takut-takut pandangan yang anda pegang itu kelak diketahui sebagai pandangan songsang..Boleh ter'songsang' anda nanti..
Apa pun,saya salute pada Mat Sabu. Timbalan Presiden PAS ini memang berjaya mainkan isu dengan baik.Memang true politician la. Tiba-tiba semua orang minat sejarah,cari gali semula isu Komunis, Bukit Kepong, Kemerdekaan dan bla bla bla..
Sukanya saya kerana Sejarah memang subjek yang saya minat di sekolah..Kalau di sekolah rendah,saya suka dengan kajian tempatan,di sekolah menengah saya jatuh cinta dengan Sejarah.Bak kata orang,peguam memang minat Sejarah.Yeke?Tak jugak.hehe
Teringat pada zaman sekolah menengah dulu, Cikgu Nasri memang power mengajar walaupun Sejarah bukanlah subjek favourite tambah-tambah untuk budak pure science macam kami.Bila dia start mengajar,habis lah satu papan hitam di contengnya,dibuat peta minda,diceritakan kami segala macam cerita supaya kami tak mengantuk.
Buku teks miliknya memang kena selalu tukar, sebab hancur dibaca dan dibuat catatan. Aduh memang true teacher of History la.Kadang-kadang hari sabtu pun ada kelas.Memang malang sungguh.
Kami first batch yang dapat buku Sejarah ini yang versi first - walaupun Dr Mahathir kata,Sejarah ini Sejarah yang silap,saya tetap la suka.Cuma cara pembacaan kita terhadap sejarah yang menentukan siapa kita yang sebenar dan siapa yang kita lebih hargai.
Apa pun,doa saya kepada semua Rakyat Malaysia,bukalah kembali lembaran sejarah,kegagalan kita untuk merujuk Sejarah mungkin menyebabkan kita kembali mengulangi kegagalan masa lampau.
Kita mungkin lupa kepada Sejarah kita,tapi Sejarah takkan pernah lupa akan kita kerana KITA ITU SEJARAH ~
Cikgu,rindu kelas cikgu ;)
Book Review.
5 months ago
0 comments:
Post a Comment