Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Tuesday, February 7, 2012

HUDUD : MENGERTIKAH ANDA?

Saya ingat bila keluarnya Hasan Ali dari PAS, isu Hudud kembali meletup di kaca TV Kerajaan. Tambah lagi yang bercakapnya seorang yang ada PHD dan boleh berkhutbah di mimbar Jumaat, tidak seperti anak Ali yang lain, menjadikan puak-puak jahil murakkab pun sibuk berdendang dengan lagu Hudud tanpa mengerti apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Hudud.

Saya cuba ringkaskan untuk anda. Dalam Islam, ada tiga jenis hukuman yang diwajibkan Allah ke atas manusia iaitu Hudud, Qisas & Taazir. Hudud secara amnya ada tujuh perkara. Qisas pula ialah hukuman balas dan Taazir ialah hukuman yang selain dari Hudud & Qisas dan ini merupakan kuasa mutlak pemerintah yang dilantik.

Justeru itu, harus kita fahami bahawa bila berbicara soal Hudud, jangan lupa sebut juga pasal Qisas & Taazir. Bila media perdana asyik spin cerita pasal Hudud, nampak sangat cerita yang mahu di spin itu tempang tanpa menghargai kewujudan Qisas & Taazir dalam Islam.

Bila kerajaan PAS Kelantan mula memerintah pada 1990, dirangka dan diluluskan Enakmen Syariah yang didalamnya terkandung undang-undang berdasarkan Hudud. Tapi undang-undang tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana halangan terutamanya oleh PM ketika itu. Mudahnya, kalau kalian bertanya saya mampukah kerajaan Kelantan melaksanakan Hukum Hudud tanpa pindaan dan sokongan dari Kerajaan Persekutuan? Sebagai 'pembaca' undang-undang, saya akan katakan tak mungkin ia dapat dilaksanakan.

Contohnya mudah. Satu dari hukuman Hudud ialah mencuri. Telah dijelaskan dalam Quran bahawa hukuman kepada kesalahan mencuri ialah potong tangan. Di Malaysia kesalahan mencuri telah diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan dan hukumannya terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Justeru itu, andainya dilaksana hukuman Hudud di Kelantan, ia akan membawa kepada banyak 'conflict of jurisdiction' kepada undang-undang yang manakah yang termaktub dan siapa yang akan melaksanakan hhukuman tersebut kepada persatuan pencuri.

Dan bila mana Haji Najib berkata dia mahu tengok sejauh mana kesungguhan Nik Aziz dalam nak melaksanakan Hudud, saya kira statment Haji Najib tidak lebih dari gesaan seorang bapa yang menyuruh anaknya ke sekolah tanpa memberi sebarang wang belanja. Mustahil seorang anak kecil mampu ke sekolah tanpa sokongan dan dorongan dari bapanya sendiri.

Satu lagi yang harus difahami bilamana ada manusia yang mempertikaikan kemampuan Hudud untuk dilaksanakan kerana secara amnya Hudud memerlukan 4 orang 'eye witness' lelaki. Maka adalah yang mengatakan penjahat-penjahat akan berleluasa kerana terlepas hukuman. Mustahil kesalahan dilakukan bilamana ada mata yang melihat. Hudud ialah psychological threat kepada penjahat. Hudud bukan diperintahkan oleh Allah untuk orang jahat tapi untuk orang yang SANGAT JAHAT!Hanya orang yang SANGAT JAHAT akan berbuat kesalahan bilamana wujud mata-mata yang memandang mereka.

Dah tu yang buat kesalahan takde 'eye witness' terlepas la, mana adil macam tu. Inilah statement dari orang yang baca cerita tak habis sampai kulit belakang tapi sibuk nak buat konklusi. Inilah juga statement dari orang yang pandai nak sebut Hudud je tanpa menghargai kewujudan Taazir di dalam Islam. Pada mereka yang terlepas Hudud kerana tiada 'eye witness' Taazir mungkin terkena kepada mereka dan jangan lupa untuk 'bear in minds' hukuman Taazir mungkin lebih berat dari hukuman Hudud bergantung kepada budi bicara pemerintah.

Ada seorang Tun juga sebut, mana adil kalau buat Hudud. Sebab nanti orang yang buat kesalahan yang sama tapi kena hukuman yang berbeza. Islam mencuri kena potong tangan, Orang kafir mencuri kena hukuman lain. Statement in serupa macam statement orang miskin pemalas yang dengki dengan orang kaya sebab orang kaya dapat makan sedap-sedap. Orang kaya,dia berusaha,kerja keras jadi dia worth apa yang dia makan berbanding dengan orang pemalas. Bila melihat sesuatu isu dan sandarannya bukan pada wahyu Tuhan, statement pun dah merapu bagai tanpa melihat betul dan salahnya tindakan kita itu hanya Allah yang boleh tentukan.

Hukum Hudud ni wajib ke?Bilamana dah tersebut dalam Quran, ia menjadi wajib kepada orang Islam tak kiralah ia hanya disebut dalam beberapa ayat sahaja dalam 6000+++ ayat Quran. Sama seperti pengharaman Riba,ianya disebut hanya 13 kali dalam Quran, tapi ulama' secara amnya bersetuju ianya adalah haram. Bila mana ada yang mengkritik PAS kerana tak laksana Hudud, saya kira orang yang mengkritik ini memang hobinya mengkritik tanpa sebab yang jelas. Suka juga saya jawab kritikan tersebut dengan satu soalan lain - pernah tercatat dalam sejarah zaman Khalifah Umar beliau tak laksanakan Hudud,agak-agak Nabi Muhammad redha ke tak dengan Khalifah Umar waktu tu?

Saya berpandangan, Hudud tak akan mampu untuk dilaksanakan di Malaysia selagi mana masyarakat tidak betul-betul difahamkan dengan apa itu Hudud yang sebenar dan PAS sebagai parti politik yang berminat untuk melaksanakan Hudud harus menjelajah keseluruh negara memahamkan rakyat mengenai apa itu Hudud. Bilamana Hudud digambarkan sebagai potong tangan, potong kaki ini sebenarnya gambaran yang totally salah tentang Hudud. Harus diingat sepanjang catatan sejarah, hanya 4-5 kali hukuman Hudud terlaksana dan semuanya kerana pengakuan pesalah dan bukannya case established based on eye witnesses.

Itu yang excessive nya Hasan Ali. 3 tahun menjadi exco agama, bertindak seperti seorang diktator kepada rakyat jelata. Serang sana, serang sini tanpa dialog dan asbab yang jelas kepada bukan Islam. Islam hadir dengan kefahaman dan hanya dengan jalan terakhir baru adanya paksaan dan hukuman.

Allahuakbar. Saya mohon mengundur diri.

























0 comments: