Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Tuesday, June 26, 2012

DASAR PERUT MELAYU

Saya tak rasa UMNO atau PERKASA pernah amalkan dasar ini tapi sebagai pejuang ultra Melayu, seharusnya Dasar Perut Melayu berada dalam sanubari mereka.

Kalau nak sangat sanjung Melayu, makan je makanan Melayu. Jangan sentuh langsung makanan Barat.

Tetapi halnya tidak begitu. Kerana selera manusia sentiasa perlu bertukar. Allah wujudkan perasaan jemu untuk melengkapi manusia:makhluk ciptaanNYA. Sesekali nak juga sentuh chicken chop, spagetti & lain-lain.

Keadaan juga sama dengan bangsa. Melayu tak selalunya betul. Tak selalunya bebas dari kesilapan. Ada hari, kita memerlukan bantuan bangsa lain hatta Cina dan India. Kerana kita semua makhluk Tuhan yang saling melengkapi satu sama lain : prinsip terindah ciptaan Tuhan.

Justeru, dasar yang bodoh dan bebal mempertahankan kebodohan semata-mata kerana keangkuhan haruslah disapu bersih dari minda dan fikiran. Percayalah kita takkan selamanya mampu berjalan menongkat langit. TIDAK SELAMANYA!

Harus juga saya akui, bahawa saya juga seorang Melayu mengikut perlembagaan Malaysia walaupun Moyang saya sudah 1Malaysia : Melayu, Cina & Siam. Saya juga akan membantah sikap membebalkan diri semata-mata utk mempertahankan bangsa saya yang silap. Teladanilah sikap Nabi yang tidak berbeda dalam menghukum mereka yang silap dlm tindakannya.

Walaubagaimanapun, saya tidak dapat tidak lari dari prinsip yang satu ini. Dasar Perut Melayu. Petang tadi, rasa seperti mahu demam. Dalam hati terdetik sudah : aku masih tak makan Nasi lagi harini. Ya. Nasi - makanan rugi bagi bangsa Melayu.

Saya mampu makan apa sahaja, tapi dalam sehari mesti menjamah nasi jika tidak mampu ditimpa demam. Harap Dato Ibrahim Ali juga seperti saya. Hehe.

Moga Allah rahmati saya dengan prinsip Perut yang saya bawa ini. Insyallah.

posted from Bloggeroid

Saturday, June 16, 2012

KEBEBASAN ITU MAHAL HARGANYA

13 Jun 2012 - Saya kira hari yang sangat menggembirakan buat En Man. Sudah 11 tahun beliau dihantui dengan kes kemalangan yang dialaminya pada tahun 2001. Beliau dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Thailand.

Kami sudah beberapa kali membuat surat representasi(rayuan) kepada pihak pendakwa bahagian Kelantan untuk mengurangkan pertuduhan atau pun membebaskan beliau terus dari tuduhan tersebut. Namun representasi kami telah ditolak. Dan hakim telah sekali lagi memberi peluang untuk kami memanjangkan representasi tersebut untuk kali terakhir ke Putrajaya. Jika gagal, perbicaraan akan diteruskan dalam kes ini dan kemungkinan besar beliau akan ke penjara.

Dan untuk kali terakhirnya, saya mengucapkan syukur kepada Tuhan apabila representasi tersebut telah diterima dan pertuduhan ke atasnya telah ditarik balik. Usai keluar dari mahkamah, terus beliau memeluk saya dan mengucapkan terima kasih kepada saya dan pendakwaraya. Saya hanya gelak besar kerana saya sudah jangka beliau akan menangis kegembiraan. Yang sebenarnya saya sudah tahu sehari lebih awal bahawa pertuduhan ke atasnya telah ditarik balik. Sengaja saya tak memberitahunya terlebih dahulu. hahaha.

Apa yang terkeluar di mulutnya, saya dah lama tak dapat tidur dengan lena. Allahurabbi. Sebak saya mendengarnya. Tapi kalu dilihat dari fakta kes, kami masih yakin beliau mampu untuk dibebaskan andai perbicaraan diteruskan.

Justeru itu teman-teman, sejauh mana kita yang bebas merdeka ini menghargai kebebasan yang kita miliki? Moga kita menggunakannya dengan sebaiknya. Pesan saya, berhati-hatilah ketika memandu. Andai tersilap langkah dan terlibat dalam kemalangan, kita jugak mungkin akan didakwa kerana kecuaian kita yang boleh membawa kepada penarikan lesen memandu dan hukuman penjara.

Moga Allah rahmati kita semua insyallah.