Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Saturday, June 16, 2012

KEBEBASAN ITU MAHAL HARGANYA

13 Jun 2012 - Saya kira hari yang sangat menggembirakan buat En Man. Sudah 11 tahun beliau dihantui dengan kes kemalangan yang dialaminya pada tahun 2001. Beliau dituduh di bawah Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu sehingga menyebabkan kematian seorang warganegara Thailand.

Kami sudah beberapa kali membuat surat representasi(rayuan) kepada pihak pendakwa bahagian Kelantan untuk mengurangkan pertuduhan atau pun membebaskan beliau terus dari tuduhan tersebut. Namun representasi kami telah ditolak. Dan hakim telah sekali lagi memberi peluang untuk kami memanjangkan representasi tersebut untuk kali terakhir ke Putrajaya. Jika gagal, perbicaraan akan diteruskan dalam kes ini dan kemungkinan besar beliau akan ke penjara.

Dan untuk kali terakhirnya, saya mengucapkan syukur kepada Tuhan apabila representasi tersebut telah diterima dan pertuduhan ke atasnya telah ditarik balik. Usai keluar dari mahkamah, terus beliau memeluk saya dan mengucapkan terima kasih kepada saya dan pendakwaraya. Saya hanya gelak besar kerana saya sudah jangka beliau akan menangis kegembiraan. Yang sebenarnya saya sudah tahu sehari lebih awal bahawa pertuduhan ke atasnya telah ditarik balik. Sengaja saya tak memberitahunya terlebih dahulu. hahaha.

Apa yang terkeluar di mulutnya, saya dah lama tak dapat tidur dengan lena. Allahurabbi. Sebak saya mendengarnya. Tapi kalu dilihat dari fakta kes, kami masih yakin beliau mampu untuk dibebaskan andai perbicaraan diteruskan.

Justeru itu teman-teman, sejauh mana kita yang bebas merdeka ini menghargai kebebasan yang kita miliki? Moga kita menggunakannya dengan sebaiknya. Pesan saya, berhati-hatilah ketika memandu. Andai tersilap langkah dan terlibat dalam kemalangan, kita jugak mungkin akan didakwa kerana kecuaian kita yang boleh membawa kepada penarikan lesen memandu dan hukuman penjara.

Moga Allah rahmati kita semua insyallah.