Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Saturday, August 17, 2013

MOGA ALLAH REDAKAN SAKITMU TEMAN

Maaf. Blog saya bersarang hampir 4 bulan. Bila dah berkerjaya ni, masa amat terhad. Masa tetap 24 jam tapi kerjanya berlipat kalin ganda.

Update pendek untuk kali ni. Terdengar kisah seorang saudara seislam, yang pernah jadi teman saya, sedang sakit. Terlantar sakit. Diuji Tuhan dengan sakitnya fizikal beliau. Ya. Saya simpati. Walaupun dia pernah buat saya menangis. Andai beliau pernah terlintas untuk mohon maaf pada saya, ketahuilah saya sudah maafkan beliau. Saya kira apa yang beliau lalui lebih pedih dari apa yang pernah saya lalui. Sekurangnya, saya sudah sembuh. Sudah mampu berdiri dengan dua kaki kurnia Ilahi yang pernah saya sendiri tak percaya mampu bangkit kembali.

Teman, moga Allah sembuhkan dirimu. Moga Allah redha dengan hidupmu. Ameen.

Jumpa lagi nanti insyallah

Sunday, April 28, 2013

BIRTHDAY, SURPRISE & SAHABAT

Alhamdulillah. Hari ini genap umur 25 tahun. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Dan tahun ni, ada orang buat surprise lagi. Sambut besday saya 10 hari lebih awal. Ajak makan maggi ketam  then rupanya ada kek sedang menanti. Terima kasih sahabat-sahabat. Cuma yang tak menariknya saya tak tunjuk sangat surprise. Tak ada rasa barangkali. Haha.


Sebab dalam hidup ni dah terlalu banyak surprise. Tiap-tiap hari dah ada surprise. Dari kerja sampailah kepada soal politik dan ke soal personal. Sentiasa ada surprise. So dah mampu adapt dan mampu hadapi dengan relaks. Sebab dalam hidup ni memang sentiasa ada up and down. Kalau hidup statik mungkin manusia cepat boring. Saya ingat dan belajar juga, kalau kita over react dengan surprise ni, kita jugak yang sakit jantung sebab fikir lebih. Let it be and enjoy the life!

Nak habiskan sehari ni, mungkin ada lagi surprise. Tunggu jela. Apa pun terima kasih semua yang wish dan kasi hadiah. Sungguh saya sangat bertuah untuk mengenali kalian. Moga redha Allah sentiasa milik kalian.

Azam untuk umur 25 tahun? Banyak. Tapi tengok apa yang jadi. Cuma hidup terasa kosong lepas kelas sarjana dah tamat. Nak kena habiskan buku-buku yang masih belum habis dibaca. Dan target untuk dapat ijazah sarjana menjelang umur 25 tahun sudah alhamdulillah tercapai.

Akhir sekali, terima kasih semua.

Tuesday, March 26, 2013

PRU 13 : KENAPA ASYIK TANYA?

Bila orang asyik tanya bila nak Perdana Menteri nak bubar Dewan Rakyat, ada segelintir manusia yang akan jawab - kenapa sibuk. Buat kerja hang la. PM tahulah bila dia nak bubar.

Bila dijawab begini aku dapat rasa satu polisi dah silap dalam pemikiran sesetengah orang. Kerajaan dalam negara yang mengamalkan pendirian Demokrasi seharusnya menyantuni prinsip - From the people, by the people and for the people.

PRU pada dasarnya dilakukan untuk rakyat/pengundi memilih kerajaan baru untuk mentadbir negara mereka. Kalau PM sendiri tak telus dalam soal tarikh pilihanraya, soal lain jauh sekali. Dan bila aku buat statement macam ni, orang akan mula melabel - dia ni orang PR.

Inilah silap dan begitu cepatnya kita nak menghukum. Aku bahas soal polisi bukan soal kepartian. PM mula pukul gendang pembubaran Dewan Rakyat sejak dari tahun 2011 dan setiap kali jelajah Janji Ditepati Pm asyik dok tanya kalau saya bubar, awak semua sudah bersedia? Ini mewujudkan rasa tidak stabil dalam kehidupan. Nak merancang susah. Nak buat apa-apa pun susah.

Dan Malaysia patut mencontohi negara-negara maju yang mengumumkan tarikh pembubaran dan pilihanraya yang lebih awal supaya semua pihak bersedia. Misalnya UK. Dah siap decide awal-awal dan parti pemerintah mahupun pembangkang akan sentiasa berusaha berkempen hingga ke tarikh yang sudah jelas di mata.

http://www.parliament.uk/about/how/elections-and-voting/general/general-election-timetable-2015/

Dan aku rasa, PM boleh lakukan transformasi ini dan beliau akan lebih dilihat telus dan disayangi oleh rakyat Malaysia dan juga ahli partinya.

p/s: ada ketua pemuda UMNO bahagian dok bising, PM dok main tarik-tarik tarikh PRU ini menyusahkan UMNO sendiri.

Itulah aku kata, apa pun keputusan yang dibuat dalam kerangka dan semangat politik, biarlah ianya hadir dengan prinsip - From the people, by the people and for the people.

Monday, January 14, 2013

AKU YANG TERSAKITI

Ini modal nak update blog sempena tahun 2013 masihi. Saya kepenatan sebenarnya usai pulang dari kes di Kuala Terengganu. Sempat masuk pejabat sekejap selepas Isyak.

Lagu yang boleh bawa ke mimpi tidur ~ AKU YANG TERSAKITI buat pengubat kepala dengan bebanan kerja. Kalau tak suka dengan liriknya, iramanya meruntun hati.