Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Wednesday, November 25, 2009

ADILKAH KITA???



Alhamdulillah..Syukur banyak2 kerna saya selamat pulang dari bermusafir di kota singa..Banyak yang secara tak langsung saya belajar kat sana..Sangat seronok kat sana sebab kak su & family baek2 saja & banyak tempat yang kami lawati kat sana..

By the way, entry saya kali nie nak bercakap pasal 'ADIL' sebab 2,3 menjak nie saya tergangu dengan masyaqah yang berkaitan 'ADIL'..jadi saya akan cuba buka balik beberapa kisah & pengalaman saya yang boleh kita sama2 jadikan kayu ukur & teladan yang baik untuk kita semua..yang baik kita ambil, yang buruk letak jauh2..bak kata sejarawan orang yang gagal belajar dari sejarah, akan mengulang sejarah tersebut..tak gitu..hehehe

Ala2,jawab exam mari kita definisikan apa itu ADIL.he.Mudahnya ADIL nie meletakkan sesuatu pada tempatnya.yang selalu kita silap ADIL tu maksudnya sama.haa..nie mmg silap la bagi saya.Misalnya org yang membunuh 5 kali kenalah dihukum bunuh,mati, dihidupkan dan dibunuh semula dan perlakuan nie mestilah diulang2 sampai 5 kali,barulah sama,tak gitu?tapi mustahil lah kita dapat buat begitu kn.jadi hukuman yang seadilnya buat dia dihukum bunuh sekali sahaja..lawan ADIL pulak ZALIM.jadi kalu tak ADIL,jawabnya ZALIM.

Sbnrnya, mmg susah nak jadi ADIL nie.sbb ramai2 org,nabi sendiri kata Umar la org yang paling ADIL dan dapat gelaran 'al-faruq' sbb dapat bezakan antara yang haq dan yang batil..tapi tu tak bermakna terlepas dah tanggungjawab kita dari berusaha nak jadi ADIL..kalu takleh nak 100% ADIL pun,mesti berusaha paling hampir ke arah tu..kalu tak kira kita dah berlaku zalim la..'wat nayo ko ore,tak baik,nabi tak suko,tuhe pun marah'..hehehe..

Kenapa timbul isu ADIL nie..mostly sbb sikap kita,saya sendiri tak terkecuali..suka buat perbandingan & cepat nak blame org lain bila sesuatu berlaku tanpa kita fikir banyak kali sebelum buat tindakan..'seek 1st to understand,then be understood'..mai kita pakat pegang prinsip nie :)

Misalnya waktu kembara ke Singapura tempoh hari, masalah utama yang berlaku ialah 'money exchange'..kenapa?sbb nilai mata wang Malaysia & Singapura berbeda..duit kita lagi rendah dari dollar singapura..secara kasarnya $1 Singapura sama dengan RM2.46 kita..gtu la lebih kurangnya..jadi bila kami tukar duit dollar,barang2 yang kami nak beli kat sana kami darab dgn RM2.46.tambah tolaknya, barang jadi mahal la kan.contohnya mee sup besanya harga $2 or $3 gtu..kalu darab RM2.46,tak ke harganya dah jadi RM4.92 ke RM7.38 semangkuk.mahal mahal,tak gitu?

Jadi boleh saya kata,mee di Singapura mahal la jika dikira dgn duit Malaysia kan?hehehe..sebenarnya bagi saya,tak ADIL la kita buat perbandingan begitu.tiap benda kat sana nak kita nilai dengan duit Malaysia.sepatutnya benda kat sana,kita nilai dengan mata wang sana..barulah kena pada tempatnya..perlu dingat juga,pendapatan penduduk Singapura 5 Kali lebih tinggi dari rakyat Malaysia..jadi boleh kira la berapa pendapatan mak ayah kita kalau mereka kerja kat sana..lagi2,ayah kak su sendiri cakap mee $2 tu murah..wah,amazed.he

Takpun, bila orang buat sesuatu tindakan, kita cepat2 nak nilai orang tanpa kita fikir dan beri pertimbangan sewajarnya pada tindakan org tu..kita kena ingat..tiap orang berbeza latar belakang,kepercayaan,pengalaman & dari mana mereka datang..jadi kita takleh nak samakan semua orang dgn kita.fikir dulu semasak2nya sebelum kita nak hukum or blame seseorang atas apa yang dia buat.misalnya, orang yang tak pernah di ajar tutup aurat olen keluarga dia,tak boleh kita nak marah terus or terus hukum dia tanpa kita ajar n bagitau dia tuntutan & hikmah tutup aurat nie.kita tak leh nak samakan dia dgn kita lagi2 kita mai dari IIUM yang memang dah wajib tutup aurat & diajar mengenai penghayatan ISLAM..takpun,kita tak leh juga nak samakan org yang hidupnya sentiasa ringan tulang tolong orang lain & sanggup bersusah-payah demi orang lain,pastu kita tengok dia rasa kesian tgk dia sebab dia penat tolong org lain.kita tak boleh nak marah2 dia & blame dia gtu je..tnya dia dulu n mintak justification & blajar dari dia nape dia berprinsip gtu..then baru la leh wat presumption pasal org tu..jgn nak terus blame org tu..tak adil utk dia & kita sendiri jugak..masing2 org ada pegangan & prinsip yang mereka junjung..

jadi pada akhirnya,sy nak nyatakan skali lagi mari kita sama2 check diri kita balik,tanya pada diri sendiri,ADILKAH KITA?? selama nie dalam tindakan kita..jangan kita nak cepat nak marah,benci,maki hamun org semata2 org tu tak ikut kehendak hati kita ataupun tak buat benda ikut kehendak diri kita..berlaku adil tuntutan buat kita semua termasuk diri saya sendiri..

so, SEEK FIRST TO UNDERSTAND THEN BE UNDERSTOOD :)

sama2 kita menjunjung keadilan buat kita & orang2 tersayang

with that i rest my case...

p/s :

buat mereka yang mengerti...jangan cepat2 nak marah ea,cian kat org yang sayang kamu..dia tulus sayang kamu.. jgn lepaskan dia.. org tulus susah nak jumpa skrg :)

ayu-jgn cepat tensi,dia perlukan ayu dalam hidup dia sgt2..jgn penat jugak dalam memberi ye.owh dah ada mentor ea skrg?



0 comments: