Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Friday, November 13, 2009

BERTOLAK ANSUR ATAS KETERLANJURAN ORANG LAIN

Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni



“Jadilah kamu pemaaf dan suruhlah orang yang mengerjakan yang maaruf serta berpalinglah dari orang-orang yang bodoh”(Al-A’araf:199)

Adalah tidak wajar menjauhi saudara hanya kerana satu dua kebiasaan buruk yang tidak boleh diterima, sementara selebihnya baik. Dalam konteks ini satu atau dua kesalahan masih dimaafkan dan kesempurnaan adalah tingkatan yang sangat sukar dicapai. Al-Kindi seorang ahli falsafah telah berkata : “Bagaimana mungkin anda berharap satu adab tertentu dari kawan anda, sementara ia terdiri dari 4 tabiat. Jiwa sahaja yang merupakan sebahagian paling dekat dengan manusia dan merupakan pusat kawalan untuk memilih dan berkehendak, tidak boleh memberi kawalannya itu kepada orang yang memilikinya untuk melakukan semua kehendaknya, dan tidak boleh pula menyetujui semua yang dikehendakinya. Bagaimana pula ia hendak memenuhi jiwa orang lain?”

Memadailah jika anda bersedia menerima sebahagian besar dari tabiat saudara anda. Abu Darda r.a. berkata : “Mencela kawan itu lebih baik dari terpaksa kehilangan dirinya. Siapa orangnya yang boleh mendapat segalanya pada diri saudaranya?”

Seorang yang bijaksana telah berkata: “Adanya tuntutan terhadap keadilan kerana susahnya mendapat keadilan.”

Sementara yang lain berkata: “Sedangkan kita sendiri pun tidak boleh menerima kita sendiri, bagaimana mungkin kita boleh menerima orang lain?”

“Janganlah hanya kerana 1 aib tersembunyi atau dosa kecil yang ditutupi dengan kebaikannya yang lebih banyak, anda menjadi jauh dari seseorang yang pernah anda puji latar belakangnya, anda terima cara hidupnya, anda ketahui kemuliannya, dan anda ketahui kemampuan berfikirnya. Kerana anda tidak akan mendapat seorang pun yang sempurna tanpa satu aib atau dosa. Cubalah letakkan diri anda pada tempatnya, tidakkah anda terpaksa melihatnya dengan redha dan tidak menilainya dengan pandangan hawa nafsu. Apabila anda meletakkan diri anda pada tempatnya dan menilainya, ada sesuatu yang boleh membantu mendapat apa yang anda inginkan dan mendekatkan diri anda kepada orang yang membuat dosa.”

Oleh itu bermakna adanya kekurangan pada dirinya membuat anda menjauhinya dan berburuk sangka kepadanya, padahal anda tidak melihat sendiri dirinya melakukan persimpangan dan kemungkaran itu. Hendaklah semua kekurangan itu dialihkan ke dalam jiwa yang lapang dan hati yang damai. Sebab orang adakalanya leka untuk memerhatikan jiwanya, bahagian yang paling dekat dengan dirinya. Dan itu bukan bermakna memusuhinya dan bosan kepadanya.

Dikatakan dalam butir-butir hikmah: “ Jangan rosakkan hubunganmu dengan seorang kawan kerana persangkaan buruk padahal sebelumnya engkau yakin betul akan kebaikannya”

Al-Hasan bin Wahab telah berkata : “Di antara hak-hak mencintai adalah bersedia memaafkan kesalahan kawan dan menutup mata atas kekurangannya sekiranya ada”

“Maka maafkanlah (mereka) dengan cara yang baik” (al-hijr:85)

Menurut Ali Bin Abi Talib r.a. ia bermaksud redha tanpa mencela.

Engkau inginkan orang yang bersih yang tidak ada aib padanya, mana ada kayu yang mewangi tanpa mengeluarkan asap.

“Maka janganlah kamu memuji-muji dirimu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang yang bertakwa”(an-najm:32)

p/s: Terima dia seadanya.bukan tugas kita menghukum sahabat kita. friendship is simple. It is all about understanding & forgiving. Kerana sahabat kita walau siapa pun dia, dia tetap manusia, bukan ‘angel’. Lihatlah dirinya sebagai seorang yang dambakan kemaafan setiap masa kerana sehebat mana pun dia,dia tetap manusia yang tak pernah terlepas dari salah & silap. Sampai satu masa, kita pun akan mendambakan kemaafan yang sama kerana kita juga manusia :)

Ya Allah..
Andai selama ini hatiku sentiasa menghukum sahabat2ku
Kau ampunkanlah daku yang tersilap ini
Maafkanlah aku
Sungguh aku syg dia tiap waktu
Ya Rabbi

Allahumma rahmataka arju fa la takilni ila nafsi tarfata ‘aynin wa aslih li sha’ni kullahu, la ilaha illa anta

Buat mereka yang mengerti..hehehe
Jangan sedih2..
Buat ayu – cepat2 cure.ahmad selalu doakan kamu :)
Buat farah – jangan nakal2. T nak kawen, jangan lupa ajak :p
Buat kakak2ku – jangan hukum dirimu dan dirinya.sunnahtullah tak pernah lari dari kita.silap hari bulan kita pula yang terhukum dek kerna silap kita.ingat2lah.lapangkan hati ye.jangan nanges da.tak comel.he.maafkanlah dia.hidup saling memerlukan.dia sgt perlukan kamu :)

Ada pape jgn lupa gtau ye.. I’m always here as long as I’m living.. I’ll be there

2 comments:

miss aniesayu said...

Thanx ahmad for da doa..
juga kata-kata yg banyak membantu..
masalah org insya-Allah akan selesai..
cuma tak tahu bile..
itu kerja Allah..

tp kan ahmad...org,tak boleh jawab land,dan org mmg dah agak tak dapat jawab land sebab org tak study langsung..
rapuh nye lah saya..
='(

batrisya qistina said...

ahmad..thanks 4 the entry yg baru..dah lama tggu ni..tp xbest pesanan untuk farah tu..hehehe..pasni kn jd bdk baik la kan..hehehe..tp apa mksd nakal tu ek??hehehe