Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Thursday, August 12, 2010

bertemu kembali...

asslamualaikum semua...

setelah lama menyepi,sy kembali.....saya rasa bersalah kerana tidak ada masa untuk mengupdate ciput ini disbbkan oleh kekangan masa sbg seorg pelajar final year kerana jadual sya dipenuhi dgn clinic dan posting di hspital..tp,sy cuba untuk coret sesuatu untuk dikongsikan bersama...

salam ramadhan kareem buat semua..alhmdulillah kita msih dipanjangkan umur untuk bertemu dgn ramadhan kali ini. ini bermakna peluang untuk kita beramal ibadat terbuka seluas2nya di mana pada bulan ramadhan ini bulan yg penuh barakah,pintu2 syurga di buka,malaikat dirantai dan pintu2 neraka ditutup.. tp,adakah kita manfaatkan ramadan ini dgn bersungguh-sungguh?sesungguhnya ramadhan itu bulan yg penuh barakah, dijanjikan pahala yg berlipat kali ganda dan yg paling penting pintu keampunan terbuka seluas-luasnya...xlayak rasanya ramadhan itu disia-siakan dan berlalu begitu sajer dan mana tahu ramadhan akan dtg kita tidak akan bertemu lagi dgn ramadhan...ya allah,berilah kekuatan kepadaku untuk beribadat kpdMu pada bulan yg mulia ini...

Wahai sahabat-sahabatku, terdapat tiga kategori manusia yang terhasil daripada Madrasah Ramadhan

1- seseorang yang bertambah imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
2- seseorang yang sama imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya
3- seseorang yang berkurang imannya, amalnya berbanding yang sebelumnya

Agak-agaknya kita akan dimasukkan ke dalam kategori mana? Alangkah berbahagianya andai kita termasuk di dalam kategori pertama. Marilah kita koreksi diri, muhasabah setiap amalan kita supaya ianya membantu mempertingkatkan ibadah pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Jadikan Ramadhan kali ini sebagai wadah untuk kita tingkatkan amalan agar ia akan menjadi Ramadhan yang terbaik pernah kita lalui, insyaAllah.

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak





0 comments: