Bukanlah ingin mengatakan saya beremosi hari ini..
Walaupun orang acap kali kata saya 'emo' tapi tidaklah emo..Kalau saya betul2 emo,mudah je nak cam..Segala jenis ayat 'manis' keluar,mmg sah la saya emo..Kalau riak muka je tak senang dan dahi berkerut,maybe tu berfikir tak sampai tahap emo lagi ;)
Apa yang ingin saya kongsi pasal emosi hari ini ialah nasihat seorang ulama tasawuf(ni disiplin ilmu apa ek?haha) mengenai emosi.
Yahya Mu'az al-Razi memberi panduan bagaimana mengawal emosi
1. Apabila kita tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula kita menyusahkannya
2. Apabila kita tidak sudi menyukakan hatinya, jangan pula kita menyebabkan dia berdukacita
3. Apabila kita tidak mahu memuji dia, jangan kita mencelanya
Mengapa timbul isu emosi hari nie?
Kerana manusia dilahirkan beremosi ~ ammarah,lawwamah dan mutmainnah.
Kerana itu umumnya kita bermain-main dengan emosi-emosi kurang baik dan emosi ini tidak hanya memberi kesan kepada kita namun lebih teruk dari itu, melukakan hati orang yang menyayangi kita.
Justeru itu ~ mari kita sama-sama mengawal emosi kita.
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak emosi .................(jawab la sendiri ~ anda pasti pernah mengalaminya) ;)
Sekian buat kali ini ~ harap bermanfaat
0 comments:
Post a Comment