Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Thursday, March 3, 2011

BILA SAYA MENJADI INTERIM BOS

Kerja dua bulan dan jadi bos?kerja apa tu..teeeett..hehe..

Jawabnya kerja sendiri..:p kalau keje goverment mmg 20tahun la baru jadi bos...

Bilamana pakcik saya bercuti 2 minggu menunaikan umrah,maka dengan tidak semena-menanya saya ditugaskan mengambil alih separuh dari tugasnya di pejabat..Bunyi macam best tapi tuhan jela tahu mcm mana 'bestnya' jadi bos :p

Kena jumpa client tanpa master tu benda yang menyakitkan bilamana masih bergelar chambering cuma yang penting be confidence..hahaha..

Lagi satu,bilamana staff tanya,en. ahmad ni kena buat apa ye..lepas nie mcm mana..client ni en ahmad tolong cakap dgn dia boleh..en. ahmad,ada client dtg cari bos nie marah2..hahahaha..

Betul ke bos takde,sy tgk kereta dia ada kat bawah(of course la ada,kereta-kereta dia semua ada kat rumah sy)..sekian!

Tu tak masuk lagi kena keep in touch dengan investigation officer,bank officer,doktor pakar etc yang jadi witness untuk hearing client..

Hari pertama saya balik kepenatan..lepas maghrib collapsed sedar2 pukul 12 tghmlm..ades..

Susahnya menjadi bos tapi itulah yang diidamkan..Ramai melihat bos sebagai puncak kuasa,puncak kejayaan,puncak segala kemewahan tapi sebenarnya tak semua orang mampu jadi bos..Dan menjadi bos seharusnya mempunyai misi dan visi yang jauh dan jelas tidak seperti mereka yang hanya makan gaji..Kerana tanggungan seorang bos itu amatlah hebat..harus melihat dari perspektif seribu orang,bukan hanya dari kaca mata sendiri sahaja....

Lihatlah ia sebagai puncak kepada segala tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya client,mahu berikan yang terbaik kepada client dgn fee yang dibyr..mahu memberikan keadilan kepada masyarakat..

Justeru itulah,profesion ni mulia pada dasarnya..Wahai sahabat2 peguam,bakal peguam..jangan dicemari tugas ini dengan tipu daya semata untuk kepuasan diri..

10 days to go..

salam dari interim bos..cewaaah...hahaha :p

p/s: merapu sikit sbb kepala mmg weng..:d

0 comments: