Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Monday, March 21, 2011

RAHMATI MEREKA..AMEEN..

Entry kali ini mungkin sensitif bagi mereka yang berkenaan..Tapi saya nak cakap juga..Bukan sebab 'saya tak tertahan dan rasa tak puas kalu tak cakap bla bla bla bla' tapi sebab saya tak nak insan-insan yang saya kasihi sedih di rundung kasih tidak kesampaian..

Sebagai manusia kita memang ada penyakit dan saya sendiri tak menafikan saya sendiri pernah mengalaminya..Yup penyakitlah menemukan kita kepada penawar..Tanpa wujudnya penyakit manusia tak mungkin berusaha untuk mencari penawar..



Cinta tak kesampaian,bertepuk sebelah tangan,sayang tak bersambung atau apa jua bahasa dan kiasan yang anda gunakan,membawa maksud yang sama dan kalian cukup matang untuk memahami maksudnya pada hemat saya..Berapa ramai yang pernah rasainya?Pasti ada kalau tak ramai..

To cut it short & precise,sahabat yang rasa bertepuk sebelah tangan tu,pujuklah diri untuk mengatakan pada hati tepukan kalian tu tak berbunyi.Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kata orang di sebelah sana..Pehe dop?;p

ORANG TAK NAK KO,BLAH LA JAWABNYA..FAHAM!!!!

Kadang-kadang saya sangatlah kasihan pada mereka,macam-macam usaha dibuat nak ambil hati,kasi hadiah,komen status kat facebook,belanja makan,telefon tanya khabar,tapi orang buat endah tak endah je tentang kewujudan kita..Bilamana keadaan nie berlaku,percayalah tuhan sebenarnya mahu kalian muhasabah,please tanya diri berbaloi tak untuk semua ni..Terpakai peribahasa 'bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor' untuk kalian..

Move on..You are worth millions than what you are trying to win..Percayalah..Jangan memperbodohkan diri,menangis dan menghabiskan masa bertahun semeta untuk orang yang kalian mahukan...

Tuhan tahu apa yang terbaik buat kita..Ingat tu..Ingat..

Ops..ingat kata-kata ni..andai benar kalian layak untuk menerima sebuah cinta,ia pasti datang dalam keadaan yang kita sendiri tak sangkakan..anugerah tuhan buat kalian kelak..

So lagi mana takde tu,percayalah tuhan mahu kita berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik agar kita mampu untuk jadi lebih matang dalam menjalankan tanggungjawab bila berdua kelak..okay?

Entry ini kerana kasih pada kalian..Maaf..Saya tak sanggup nak tengok orang yang saya kasih 'sakit' dan dikecewakan kerana 'kedegilan' untuk tidak bergerak kehadapan..


p/s : 3 pagi masih tak lelap selagi tak masukkan entry ini..Hati resah gelisah memikirkan sikap positif yang tak kunjung tiba..Semoga tuhan rahmati kalian,insan yang saya sayang..ameen..

4 comments:

Tamar Jeles said...

terasanye aku wahai ahmad...mu ngata ke aku ke? HAHAHA

batrisya qistina said...

hahaha..aah..ko la..ko faham tak apa aku kata..lalala :p

Amy Natasha Adam said...

amad bleh jd motivator la..=)

batrisya qistina said...

apalah sgt kalau nak dibandingkan dgn amy yang pandai berkata2 ;)