Sungguh rindu pada blog ini..Hajat di hati mahu menukar template tapi tak berkesempatan lagi..Mahu memberi baju dan semangat yang baru pada blog ini selagi hayat dikandung badan.
Dan entry kali ini banyak yang mahu diperkatakan..
HARI IBU
Bila sebut hari ibu,saya selalu sedih sebab tuhan tak pernah kasi saya ibu..Sebab tuhan kasi saya seorang mak..hehe..Dan seperti biasa tahun ni,saya wish mak tapi nak menaip msg nak wish tu pon dah sebak-sebak..keke..Well,i'm always sentimental..Mak Selamat Hari Ibu - Kau disayangi kerana menyayangi..;)
Dan bila sebut ibu,rasa macam tak best..Rasa best lagi mak..haha..macam-macam..macam baku sangat bunyi ibu..Pape pun tak kisah la..sebab saya tak di ajar begitu..hehe..
10 MEI 2011
Genap 3 tahun Angah meninggalkan kami semua..Angah ialah adik sepupu saya tinggal di sebelah rumah..3 tahun lepas,Angah meninggal apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kuala Krai.Dan saya tahu Angah yang satu ini tiada gantinya..Dia sangat sukakan game Sim City..Selalu 'bertepek' aje dengan saya kalau saya buka game ni di komputer dan semasa dia cemerlang dalam UPSR nya,saya hadiahkannya DVD games Sim City..Seronoknya bukan kepalang.."Angah,dont worry..Abe Mad tak main doh games tu.Abe mad reserve ko Angah" ;)
Dan kini,tuhan gantikan Angah buat saya..Banyak bezanya tapi Angah itu tetap hidup dalam diri saya..
PULAU PINANG
Kalau sebut Pulau Pinang,itu negeri yang saya tak pernah menjejakkan kaki lagi selain Sabah.2 tahun lepas saya pernah ke sana tapi dengan sangat 'berlorat' kerana ada kematian..Drive seorang diri dan pulang ke Kuala Lumpur semula dalam tempoh tak sampai 12 jam amatlah memenatkan.Dan terukir kenangan yang sayu setiap kali mengingatkan Pualu Mutiara ini..
Dan kali ini,saya akan ke sana lagi..Moga permusafiran kali ini baik baik belake..Ingin meneroka bandar yang telah menemukan saya dengan sebuah cinta dan sahabat-sahabat..Insyallah..
LAIN-LAIN HAL??
Ketemu semula dengan guru besar yang saya paling sayang di Facebook..Dialah yang menemani saya ke pertandingan catur dan bercerita itu ini semasa saya di bangku sekolah rendah..Saya masih ingat bila dia mem'famous'kan saya diperhimpunan sekolah - siapa nama,oooo ahmad..mahu pergi mana..chemor..awak tak boleh cakapkah?..haha..iklan syarikat telekomunikasi DIGI pada lewat 90-an yang menaikkan nama saya ketika itu..
Memetik kata-kata seorang gadis cun tanahair - nama ahmad tu unik tapi nama ahmad seketul tu lagilah unik sebab susah nak jumpa.haha
Dan kerana Cikgu Zafiru,saya rindu untuk kembali ke SK Teruntum.
Pesannya pada saya,jadi peguam yang baik-baik nak..Insyallah Cikgu :)
KOMPUTER SAYA BUAT HAL
Sejak ber'kapel' dengan saya sejak 3 tahun lepas,awek yang sebiji ni tak pernah buat hal tapi kali ni dia buat hal..CPU saya tak dapat view desktop dek kerana diserang virus laknatullah..hehe..
Dan kesannya?Habis semua file yang saya simpan dalam C..Dan kenangan gambar-gambar yang telah saya simpan sejak 3 tahun lepas habis dimamah 'beliau'.DEM!!!!
Buat kalian yang ada kenangan dengan saya,kenangan kalian bersama saya telah 0..Kalu baik hati,sila send gambar pada saya..Nanti saya bayar harganya..
HARI INI DALAM SEJARAH
Seorang bakal peguam telah ke pejabatnya dengan berpakaian pejabat mengayuh basikal..Hebat..Terkenal dan mengikut seruan Menteri-menteri kerajaan Malaysia supaya menjimatkan petrol(yang part seruan nie memang celaka sikit :p).
Ramai yang tidak percaya dengan cerita ini kerana dipercayai bakal peguam ini seorang yang tidak mempunyai stamina yang tinggi untuk membuat kayuhan seperti Azizulhusni Awang ataupun paling kurang seperti Josiah Ng..Dan nampaknya sangkaan mereka meleset kerana anak jati Kampung Baru Pasir Pekan ini seorang yang sentiasa ~ never say never sebelum sampai waktunya..haha
Panjang tol merapu meraban..haha..Hari ini saya ke pejabat dengan berbasikal disebabkan kereta tak hidup..fuuh..ingat nak je off tapi fikir hari-hari dalam chambering walaupun menyeksakan tetapi amat berharga untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja..hehe..
Dan saya mengambil keputusan untuk mengayuh basikal keramat hadiah PMR tahun 2002 dulu..Sampai di pejabat,saya angkut naik basikal park depan pejabat yang berada di tingkat 3..Fuhh penat..haha..Tapi pengalaman yang sangat bagus..Dan bila pulang, Che Sue sms saya,kalau la semua orang naik basikal pergi Kota Bharu alangkah bagusnya rakyat Kelantan kurang accident..keke..
Apa lagi ye?cukuplah setakat ini kali ini..Ada komen? :)
Book Review.
5 months ago
2 comments:
ahmad, nk like entry nih byk kali. paling like bab kayuh beskal tu. haha. mmg mnyahut seruan kjaan la. kaloh azizulhusni. kalo dia tau, msti dia nangis ni. haha.
ahmad, unlike post sedih2. :(
all the best ahmad! :)
kui2..naik beskal la best..jimat minyak :d
tq iqah ;)
Post a Comment