Saya sebenarnya mahu update blog..Tapi minggu ni sangat la kering idea disebabkan CPU sudah seminggu rosak dan tak boleh dibaiki..Apa kes,saya pon tatau..
Dan tajuk ini yang menjadi pilihan..Buat pencinta industri muzik tanah air,pasti sangat familiar dengan tajuk di atas bukan dan memang saya mahu update mengenainya - apa lagi kalau bukan Shahir AF..
Mula-mula mamat nih muncul,memang la saya tak minat..haha..Dengar kata ex UIA dan junior saya then quit matrik..Tapi dikhabarkan diploma UIA..celah mana UIA kasi diploma kecuali diploma syariah..tu pon syarat kena ada degree..hehe..macam-macam..
Then ada sorang kawan dok minat sangat dgn lagu nih sampai promote kat saya..dan dengar la jugak..dan seperti biasa,bila dah hari-hari pasang,memang melekat dan menjiwai la lagu ni..tak kenal maka tak cinta,dah kenal memang jatuh cinta..keh keh keh..hati kalau kena cara memang mudah je nak menerima kan?
Balik pulak rumah,aishah pulak dok minat shahir..haha..pengaruh tengok astro..sampai gaduh-gaduh dengan ayah kalau ayah tak kasi tengok tv..isk2..hehe..
Dan saya sememangnya salute la dengan beliau berjaya menang AF..Dan pape pon sila bertindak cermat bila sudah berada dalam industri ini..Banyak sangat gosip liar sampai kadang2 tak termampu nak dijawab..
Soalnya bahagiakah kita dalam perpisahan? ;)
Rahim acap kali sebut,orang giler je bahagia dengan perpisahan..haha..tapi bagi saya semua itu takdir yang tuhan 'anugerahkan' pada kita..Kadang-kadang sudah ditatang minyak yang penuh pon,tetap tuhan takdirkan begitu..Jawabnya - bahagiakan diri dengan perpisahan..Dan didiklah hati untuk redha dan percaya bahawa kelak itu semua yang terbaik buat kita..Mungkin ketika ini kita tidak mengerti,namum percayalah hikmahnya akan muncul dan kita akan bersyukur kelak..ameen..jgn sedih-sedih ya..:)
p/s:ramai yang tengah sedih dengan perpisahan..mcm kena je lagu shahir ni dengan kalian - mungkin magisnya sudah hilang..cari yang lain ;)
Book Review.
5 months ago
0 comments:
Post a Comment