Sudah tiga tahun saya pasang lagu ini untuk menemani saya setiap kali panggilan telefon berbunyi dan setiap kali panggilan telefon masuk,yes setiap kali itulah jiwa saya akan terusik.Lagu Cinta Terakhir mungkin lagu yang biasa-biasa saja buat kalian tapi maknanya bagi saya cukup besar..hehe..
Dan hari ini,saya mendapat perkhabaran,dia telah selamat ditunangkan bersama dengan yang tersayang.Dia?Siapa?My first love ;)
Dia yang mengajar saya apa itu erti cinta,apa itu erti saya,apa itu erti rindu.
Dia yang saya janjikan kebahagiaan hingga ke akhir hayat.
Dia yang saya inginkan menjadi seorang doktor yang berjaya.
Benar.Mereka yang tak pernah fall in love takkan pernah faham dan tahu macam mana rasanya.Dan takkan tahu macam mana 'meroyan'nya jiwa bila jatuh cinta.Bila dah terjatuh cinta,memang mandi tak basah,tidur tak lena,makan tak kenyang dan sebagainya lah dan mungkin jugak siang tak cerah,malam tak gelap..haha
Tadqir tak menyebelahi kami.Dan tuhan pinjamkan saya sebentar sahaja,7 tahun dan kami tak kemana.Janji dan kasih terlerai.Mungkin kerana kurangnya matang dan jarak yang memisahkan..Tapi hati ini sememangnya redha menerima..(banjir jugak weyh sebenarnya) :p
Dan selepas peristiwa itu,memanglah saya serik nak jatuh cinta lagi.haha.sangat2 dan memanglah lagi sukar untuk feel dengan someone yang saya anggap sahabat dan teman.NEVER.sebabnya tak mahu lagi keruh persahabatan sebab benda-benda yang agak peribadi ni.Dah jadi macam nih,nak buat reunion pun kena fikir,nak datang ke tak nak.Dan sehabat-sahabat sekelas pun,bila bercakap atau nak bertanya,memang sentiasa berlapik takkan tanya saya pasal dia.
By the way,sekarang,saya sudah okay alhamdulillah.Dah can stand up and say,congratz awak dan takde simpan dalam hati apa-apa.Di doakan awak happy dengan dia dan saya harap dia someone yang better than me seperti mana saya selalu cakap dulu..Moga itu CINTA TERAKHIRMU sahabat.ameen ;)
p/s:post yang agak peribadi.tak suka jangan baca :p owh..lupa..tahniah jugak (kalau awak baca la) :D
2 comments:
hehe, i Pon suke lagu ni...:p
bagus la kalu you suka :D
Post a Comment