Memasuki daerah Penanti,saya pasti saya sudah menghampiri ke Pulau Pinang.Tapi dek kerana terlepas satu lorong ke kiri,kami sesat untuk mencari jalan memasuki ke Jambatan 'unik' menghala ke Georgetown.
Sememangnya sesuatu yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.Badan yang sudah teramat penat memandu,ditambah lagi dengan 'sesat' di Butterworth,dan akhirnya kami mengambil keputusan untuk menaiki feri ke Georgetown.Fuhh.Hati melompat girang walaupun sedikit terluka pada awalnya tak ketemu jambatan,terubat dengan angin malam Selat Melaka.Seronok weyh naik feri dengan kereta sekali..haha..Cuma yang agak 'dem',ada ke org kaunter charge kereta saya lori 2 gandar.terpaksa bayar mahal.celake :p
Dan setelah meng'check in' kan diri di Broadway Hotel,kami dengan pelahapnya membantai nasi beriyani di Restoren Kapitan di Masjid Keling.Sudahnya,kami balik tidur dengan nyenyaknya tanpa sebarang gangguan.
Esoknya selepas habis 'lecture' yang amatlah mengantuk,kami dengan panduan peta yang diambil dari hotel,telah bergerak ke menuju ke Batu Feringghi.Pantai yang saya hanya kenal dek kerana 'amukan'nya yang pernah mengorbankan orang kampung saya lewat tahun 1970an.Memang indah pantai dan kalau nak mencuci mata pun sangat digalakkan untuk berkunjung ke sana.Memang free show..hahahaha..
Sedikit gambar di Pantai Feringghi.Memang lawa ketika matahari menuju ke ufuk barat..keh keh keh..
Pada petang terakhir selepas tamatnya peperiksaan pada keesokan harinya,kami telah menuju sekali lagi ke Feringghi.Tapi kali ini destinasi kami ke Toys Museum.Nak tengok sikit apa yang istimewa,dek kerana Amy beria sangat mahu ke sana.Bila sampai je di sana,satu je saya mampu katakan,memang la tuan muzium ni giler toys..haha..Memang ribu-ribu la nak kumpul semua koleksi patung-patung nih..
Macam mana?keke..Kalu menjejak ke Pulau Mutiara,jangan lupa singgah ke sini.Amek angin.Buat kenangan untuk anak cucu..Selepas itu,kami bergerak ke Bayan Lepas,melawat USM sebentar dan terus bergerak ke Queensbay.Agung sangat tempat ni,sampai ada 'kekasih gelap' saya yang sorang tu kata kalau tensi,memang dia akan ke Queensbay..Apa tah yang dia cari..Lebih kurang Midvalley je..hehe..Dah,sebelum pulang beradu,kami singgah makan di ikan bakar di tepi pantai lagi di Hammer bay.Banyak weyh bay kat sini..haha..Nasib takde Baywatch..:p
Queensbay yang sungguh 'agung'
Dan disebabkan malam,perjalanan kami dari Bayan menuju pulang ke Georgetown teruji lagi.Memang la berpandukan peta,nampak segalanya mudah.Tapi yusuf sampai juling mata pusing dan baca peta..haha..Ada lak kawan-kawan di Penang yang cakap,alah sesat-sesat kat Penang pon,pusing-pusing jumpa balik..Rasa nak tepuk je orang cakap macam tu.Hakikatnya kami sesat sejam di bandar Georgetown malam itu.Pusing-pusing jumpa Komtar balik.Haish.haha..Nasib tak singgah club lepak tengok tiger show..Sabar jela..Takpe..Nanti ada yang mai Kota Bharu,kita tengok sapa lak yang sesat..Tadi dah ada sorang sesat telefon saya sesat di Kelantan..Katanya nak ke Rantau Panjang tapi sampai ke Pasir Tumboh..haha..Opposite direction terus..hish..
Dan akhirnya kami pulang dengan selamat setelah membeli jeruk buat hadiah kepada orang di Kelantan pada keesokan harinya..
Hakikatnya,saya masih belum puas hati berjalan-jalan di Pulau Pinang..Rasa seronok pulak di sana dan memang mahu ke sana lagi bila ada masa..erk,adakah ini tandanya jodohku dengan orang Penang?haha..
4 hari 3 malam terlalu pantas berlalu ;)
6 comments:
seronoknye jenjalan tawaf penang...
awat sume gambar amad je? xbest! :P
mana hadiah utk sy??
of course le gambar ahmad..takkan nak buh gambar org lain..haha..nak tgk gambar lain..fb le :p
ea?awak kata nak suh saya belanja..hjaha
~penang memang best~ terus teringat rumah, saya mahu pulang...
cik pelangi - balik la..pulanglah..haha
bila nak belanja nye? lama sangat aih...
eh eh..dia yang nak,gtau la bile freenye.aritu ahmad ajak busy :p
Post a Comment