Saya ingat saya boleh jadi 'giler' dan sewel sebab saya banyak sangat fikir..haha..Terkadang,saya gagal nak lelapkan mata kerana ranumnya saya fikir.Adea.Kacau sungguh.Tapi takpe sebab saya suka berfikir.
Kalau dulu bila nak ke bilik air je,mesti Nuar akan tegur,okay aku dah nampak dah kepala ko nak botak sebab ko banyak sangat fikir..*celaka punya kawan,ada ke patut buat countdown..hehe..* nanti kalu nak botak aku buat treatment la weyh..haha
Tapi saya tatau la idea saya boleh pakai ke tidak - besanya saya akan simpan je idea saya tapi kali ni saya nak kongsi dengan kalian semua.
1-Nak buat private hospital untuk accomodate orang sakit di Malaysia.Kenapa saya fikir begini,sebab sudah beberapa kali saya turun naik ke hospital kerajaan menemani Tok Wan,dan treatment yang diterima,maaf saya katakan,tak layak diberi untuk orang sakit.Orang datang untuk dirawat bukan untuk merawat diri sendiri.heh!Tak perlu cakap panjang dan saya rasa kalian semua ada pengalaman,kalu takde,silalah sakit dan masuk mana-mana hospital kerajaan..*ini bukan kutuk tapi we need improvement in serving the ill people*
Soalnya mampu ke tak orang sakit nak bayar bil rawatan yang maha mahal di private hospital - jawabnya,yes we are.Macam mana tu?Masuk TAKAFUL/INSURAN. Kalau kita mampu untuk spend thousand on our accessories,why not spending for our health care and invesment for future. Kita mencarum sedikit dari income kita terima untuk kita dapatkan treatment yang terbaik semasa kita perlukannya.Masalahnya,orang kita tak fikir benda-benda ni.Ikut rekod hanya 38 percent orang Malaysia ada perlindungan takaful/insuran.Punya la nak menjawab idea 'giler' saya ini,saya hadir ke kursus takaful selama dua hari dan hasilnya memang sangat puas.OKAY JOM BUKAK PRIVATE HOSPITAL..haha..*mimpi yang tah jadi kenyataan ke tidak*
Tapi saya menyeru kalian semua,ada pendapatan kelak,spend la untuk takaful penghospitalan dan perubatan,bukan untuk agen insuran,bukan untuk syarikat insuran tapi untuk kita sendiri.
2-Nak ada master degree dalam umur 25 tahun.Yang ini memang insyallah kalu takde aral,saya akan mula kembali ke kelas lepas raya ni. Apa yang buat saya sangat mahu pulang ke kelas - jawapannya,boring weyh keje takleh memonteng..haha..Kelas boleh ponteng..hehe..Sebenarnya tengok keadaan sekarang ini,graduates terlalu ramai di pasaran dan kalau kita tak nak bergerak memajukan diri,kita mahu berada di tahap mana 10 tahun lagi.Saya tak mahu ditinggal kelak dan pastinya saya tak mahu berada di belakang..Kalian pun pasti tak mahu,dan kalu ikut hati semua dah malas nak belajar lagi tapi ingat-ingatlah 10,20 tahun akan datang.
Dan satu benda yang saya suka,bila mana trend Singaporean yang ada double/triple degree or double master..Sungguh mengkagumkan..Kenapa mereka je mampu,kita pun mampu,,Tak rugi pun tambah ilmu cuma perlukan sedikit pengorbanan je :)
3-Tempoh hari mak tanya,tak penat ke bawak kete KL-KB-KUANTAN-KT-KB..dah la tak berenti berjalan..hehe..Jawab anaknya,tak pe bawak je sekarang,nanti 3 tahun lagi nak hired driver..haha..ameen..Masa mula-mula dulu bila dapat lesen,segala jenih kereta saya nak bawak,tak nak kasi orang bawak dan sanggup tahan mata semata nak drive.Sekarang ni dah 6 tahun dapat lesen,memang haram malas giler nak bawak kereta.Takpe mak,ahmad akan pakai driver nanti 3 tahun lagi.Ameen :D
4-Saya sangat suka akan BUSINESS.Pada saya orang yang memilih usahawan sebagai karier adalah orang yang sangat kreatif kerana dapat 'membaca' the needs of the people..Tak semua orang mampu.Peniaga ALI BABA tak termasuk dalam lsit ye..haha..Dan andai ada rezeki,ingin saya join venture dengan sahabat-sahabat saya buat perniagaan..sapa-sapa saje..andai anda optimis,saya pun optimis..jom setup company dan create perniagaan yang anda idam2kan..merangkak ke menjalar ke,memang susah berniaga ni,tapi perjalanan yang beribu-ribu batu tu perlu bermula dengan langkah pertama ;)
5-Sebenarnya saya nak update blog,tapi saya banyak sangat idea dalam kepala sampai tatau mana satu saya nak tulis..haha..Dan ini idea untuk mencoret di kala tengahari di pejabat..hehe..Yang elok ambil sebagai pengajaran,yang huduh amek la sebagai teldana,yang mana rasa saya serius,bawak2lah berbincang dgn saya apa-apa yang saya coretkan di sini..
Salam Zuhur :p
Book Review.
5 months ago
1 comments:
Post a Comment