Tu haa dia..Sapa nama?ce try google takpun search dalam Facebook tengok jumpa ke tak..hehe..
Ni nak buat tribute ni kat dia.- harap maklum ;p
Saya mula-mula kenal dia kat meja makan cafe Mahallah Abu Bakar masa tengok bola.Tapi sombong dia time tu,tak cakap banyak..Memang gtu pun,kalu dia tengok bola,mai la apa pun,memang tak layan dah..dop gtu boh?
Saya baik dengan kawannya dan kawannya yang introduce pada saya - masa matrik dulu saya rasa saya peramah,tegur orang tu,tegur orang ni tapi bila masuk main campus di gombak - saya suka untuk diam kerana rasa ramai sangat dah saya kenal..hahahahahaha
Dan apa yang lebih merapatkan kami bila kami sama-sama bekerja di Convest 08 - di Ketua saya dan saya Kuli dia..hehe..Tu pun hanya sebentar dan lepas tu masing-masing bawa haluan sendiri - saya ke peringkat 'dun' lawsoc dan dia ke peringkat 'parlimen' src. Beberapa minggu sebelum penamaan calon untuk SRC ketika itu,bertemu dengannya di court futsal Mahallah Siddiq dan saya bertanya 'mu tanding ko dop nih?' dia kata tunggu tengok.ceh padahal saya dah tau dia akan masuk dari raut wajah dia,terpikul beban nak isi borang.Beban kot nak isi borang jadi calon.Soalan yang kertas tu tanya susah kot.Tak caya,try masuk jadi calon..hahaha..
Dan bila selesai tanggungjawab kami menjadi
Boleh kata tiap-tiap malam kami ketemu,walaupun esok harinya ada exam,melepas tension di cafe Mahallah Ali ataupun Mahallah Faruq kalau takde pengacau :p Pengacau yang dimaksudkan ialah orang-orang yang datang join semeja kalu kami nak story-story..haha..Ada satu kali tu,kami terpaksa ke tangga besar di Rectory Building sampai jam 4 pagi..Kalau ingat-ingat balik,memang kelakar habis :)) *tak habis cerita sokmo walaupun dah banyak yang terkeluar*
Apa yang best pasal KAMARUL HELMI?
Saya suka quotation ni - Seek First To understand, then be understood ~
Kalau saya boleh cakap, dia tu memang cerminan saya.Dia boleh baca gerak hati saya dan kami bertindak seiring dan kami memang selalu berdiri dengan prinsip kami dan tidak terpengaruh antara satu sama lain.Contohnya?Bila dia cakap dia ada tidak senang dengan someone,saya dengar sambil sengih.dan tidak pula saya simpan dalam hati saya tak senang dengan orang yang tu.Same goes to him.Bila saya maki orang yang saya bergaduh dengannya,dia pun dengar je..tapi bilamana kami bergaduh dengan orang yang sama,memang kami sama-sama lah hentam..hahahaha..*buat apa simpan-simpan buat baik dengan orang yang tak nak buat baik dengan kita*
Sama jugak kalu bab rahsia,memang masing-masing pegang rahsia,Walaupun akrab,rahsia tetap kami jaga..Pernah sekali saya beritahunya satu perkara,dia slumber jawab,aku lama dah tahu..haha..*bagus* tu yang bagus.Ada jarak pemisah walaupun kita kawan baik.
Dan saya ingat,ada beberapa kali,kami berjanji untuk ketemu,last sekali kami tak jumpa kerana masing-masing tunggu panggilan dari satu sama lain.Bila dah telefon tanya 'ko kat mana?' - 'aku tunggu ko la' - 'aku pun tunggu ko' - masing-masing geleng kepala..tapi takde la saya simpan dalam hati nak marah,kalau dengan orang lain,confirm saya panas hati jugak..hehe..
Dan saya ingat bila mana kami bercakap telefon memang susah nak habis..kalau bersms,kadang-kadang kerana kekangan masa,dia msg hari ini,saya reply esok,saya msg hari ni,esok dia reply.hehe.Dan beberapa bulan lepas,bila saya sms dia,saya kata mu nak wat apa pun,ikut mu la.Tapi jangan lupa jadi Engineer.Ramaikan Engineer dari UIA.Bersihkan projek mana yang termampu.Dan bila dia ckp dia akan mula kerja pada 1 Ramadhan,saya hanya mampu berkata - Thank you Allah for giving him chances to be an engineer ;)
Yup,susah nak dapat sahabat dan teman yang macam ni..Kalau tanya saya,ada la dua tiga orang dan salah seorangnya ialah Dia.Banyaknya 'penghuluran tangan' persahabatan tidak disambut dengan baik mungkin kerana qada qadar tuhan tidak menentukan saya untuk bersahabat baik dengan kalian..*kalau tanya saya,confirm saya jawab,saya nak baik dengan semua orang macam saya baik dengan Dia*
Ni gambar masa choclate fair CONVEST 10 - masing-masing tengah meroyan nak graduate..hahaha
Sahabat - sila bekerja sungguh dan cepat nikoh..erk..hahaha...nanti kita settle company printing mu tu :D
p/s : sincerely, i wish everybody could be my bestfriend like him ;)
3 comments:
jelas ngan dia sbb ahmad wat 1 entri utk dia. wawawa ! huhu... untung ada kawan yg sentiasa disenangi....~~
haha..kenal ke dia?kiki..
ahmad nak wat untuk PC Central juga tapi tak jumpa gambar semua orang lagi..sedang mencari ;)
laaaa. jd engineer doh ke die?
hahahaha.
igtkn nok maing bola pa ke tue :)
Post a Comment