Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Wednesday, January 11, 2012

DATO', JANGAN LUPA ANDA BERADA DI DALAM SEBUAH BAS!







Ada beberapa sahabat minta saya untuk memberi ulasan mengenai keputusan kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim pada 2 hari lepas. Ya,saya juga ingin memberi sedikit pandangan mengenai keputusan kes tersebut. Walaubagaimanapun, saya juga ingin untuk reserve komen saya untuk entry yang lebih penting ini.

Ingin sekali saya berbicara mengenai pemecatan Dato Hasan Ali dari parti Pas pada 8/1/2012 yang lalu. Kenapa?Sebab media sedang enak memainkan isu tersebut di kaca tv dan di dada akhbar.

Andai kalian tanya, siapa Hasan Ali?Saya akan kata, dia seorang yang saya sangat kagumi kerana kepetahannya berkata-kata. Tuturnya sangat teratur dan berilmu, bagai telah dirangka berjela-jela sebelum dia berkata itu dan ini. Anda boleh cari di Youtube apa sahaja video mengenainya dan nilai sendiri hujah-hujahnya.

Dan saya mulai mengikuti perkembangannya apabila dia menyertai Pas selepas pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 yang dilaporkan oleh Harakah. Kalau tak silap saya. Masa itu, Ayah saya berkata, alangkah bagus kalau Dato Fadzilah Kamsah juga join Pas dan diregukan dengan Hasan Ali, pasti lebih power penerangan jentera Pas ketika itu. Selepas itu, bila ada sahaja majlis yang melibatkan beliau, saya akan cuba untuk hadirkan diri, dan saya ingat lagi alasan dia menyertai dan memilih Pas sebagai wadah perjuangannya - Saya pilih Pas kerana sejarah tercipta dan tercatat bilamana mahu tegakkan Islam di muka bumi, ianya terjadi melalui gerakan politik. Saya tak kata NGO Islam tidak bagus, saya tidak kata tabligh tidak bagus tapi kesannya kurang jika dibandingkan dengan gerakan politik Islam!

Dan ceramah pertama yang saya dengar Hasan Ali selepas kemasukan beliau ke dalam Pas ialah di Tanjung Lumpur, Kuantan. Masa itu hati sangat bergetar mendengar peringatan beliau. Saya lihat aspirasi beliau ingin manusia menjadi seorang yang berilmu. Katanya, kerajaan jangan suka takutkan rakyat seperti mana ibu takutkan anak-anak dengan hantu pada anak yang suka tidur lewat malam. Mana ada hantu, yang ada hanyalah jin dan syaitan. Kalau putih katakan putih dan hitam katakan hitam.

Dan kalau dilihat tone perjuangan Hasan Ali memang senada dari awal pembabitan beliau dalam Pas. Dia terdidik dari kegagalan anak-anak yang rosak akhlak daripada mereka yang menyertai Summer Camp anjuran beliau. Ingin sekali beliau memelihara akidah anak-anak kecil demi untuk menjadi aset negara yang  berharga pada hari muka.

Hasan Ali Kini

Apabila Tsunami politik berlaku pada Mac 2008, beliau telah diangkat menjadi EXCO kerajaan Selangor. Sesuatu yang tidak pernah termimpi oleh beliau sendiri saya kira.

Bertitik tolak dari sinilah saya lihat Hasan Ali mula menjadi 'one man show' dan banyak tindakan-tindakan beliau yang tidak seiring dengan keputusan-keputusan yang telah ditetapkan oleh Pas mahu pun Pakatan Rakyat.

Dan ini telah memberikan ruang terbuka kepada 'opportunist' untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat dan juga Pas baik di peringkat Pusat dan di peringkat Negeri samada dalam kes DUMC, HIMPUN, JAIS dan Dato Seri Anwar. Sepertimana dia bukan lagi seorang yang patuh pada pimpinan dan bercakap seperti seorang Presiden Pas.

Dan bilamana beliau dipecat dari Pas, saya rasa sedih. Bukan kerana Pas memecat beliau, tapi kerana beliau bukan lagi seorang yang saya kenal dahulu. Sepertimana ada sesuatu yang trigger beliau untuk berbuat sebaliknya. Dan sebagai sebuah organisasi politik, seharusnya beliau dipecat kerana tindakan luar kawal beliau.

Statment Kurang Waras

Usai pemecatan beliau, telah dianjurkan satu press conference untuk menerangkan dan mempertahankan dirinya.

  1. Sebab utama saya dipecat kerana Anwar Ibrahim. Kepala hotak dia! Saya kira dia bercakap dalam keadaan tak sedar. Dia terbabit dalam politik pon selepas melihat kezaliman kerajaan terhadap Anwar Ibrahim pasca September 1998. Dan beliau telah bersama-sama memperjuangkan keadilan bukan hanya untuk Anwar tapi untuk seluruh rakyat Malaysia. Pada pertimbangan saya, isu Pas ikut cakap DAP/PKR/Anwar adalah isu paling bodoh bagi merekla yg menuturkannya. Pas, kalau kalian mengikuti sejarahnya, jatuh dan bangunnya sentiasa dengan prinsipnya dan tidaklah menggadaikannya hanya untuk kepentingan sesebuah pihak dan keputusan dalam Pas bukan dibuat oleh seorang Presiden semata tapi oleh sebuah majlis syura' yang terdiri dari ramai pihak. Hatta seorang Presiden sendiri boleh dipecat sepertimana yang pernah berlaku sebelum ni. Cuba kata Presiden Pas dipecat dari parti, esok Hasan Ali nak cakap apa?Presiden pecat diri sendiri?Period!
  2. Dalam melaksanakan siyasah syariah, acap kali Tok Guru Nik Aziz mengingatkan kepada pesan Saidina Ali pada kita semua dan kita ada kaedah. Jemaah yang bawa Islam ni ibarat lampu, kita kena ikut jemaah, tak boleh terlalu laju dan tak boleh terlalu perlahan kerana kedua-duanya akan bawa kita pada kesesatan. Biar kita lambat tapi kita tak sesat. Dan dalam hal ini, saya rasa Hasan Ali terlalu laju dalam perlaksanaannya. Raid sana, raid sini. Serbu sana.Tangkap sini. Saya mengambil pendirian, Islam hanya boleh ditegakkan andai kefahaman telah diberi kepada masyrakat terutamanya orang Islam itu sendiri. Contohnya mudah. Orang tak akan faham hukum Islam kalau mereka sendiri tak solat dan tak cukup solat 5 waktu. Kalau dilihat secara amnya, berapa ramai orang Islam kat Malaysia dan khususnya Selangor yang cukup solat?Dan berapa ramai antara mereka yang betul-betul faham mengenai hukuman dalam Islam dan dapat membezakannya - Hudud,Qisas dan Taazir? Go educate them first then only you can implement and enforce the law. Kita boleh pilih pendekatan untuk menghukum tapi kita akan dapat kebencian daripada masyrakat yang mmg jahil murakkab tentang Islam. Santunilah Muhammad SAW yang dakwahnya berlaku selama 23 tahun. Nabi tak enforce solat, puasa, jihad dalam satu masa dan semuanya berlaku dalam keadaan berperingkat. Pengharaman arak misalnya berlaku dalam tiga peringkat dgn turunya 3 ayat Quran dalam masa dan ketika yang berbeda. Orang Islam sendiri pon tak faham, then nak harap DAP faham?Kirim salam la.
  3. Hasan Ali tidak diberi peluang membela diri. Saya kira ini isu yang menambah lagi kebodohan. Masa kita belajar dulu,cuba kita try untuk tak hadir ke kelas. Sekali tak hadir dapat la sekali warning letter. Dua kali tak hadir dan ingkar dapat la surat yang kedua. Tiga kali tak hadir, dapat ke surat warning ketiga? Tengkorak dia! Terus kena bar dari ambil final exam. Nape tak kasi warning ketiga, keempat dan kelima? Sampai satu tahap kena la bagi hukuman. Sama juga dalam kes beliau. Sudah dipanggil untuk beri keterangan. Sudah dipanggil untuk diberi nasihat oleh Tok Guru tapi masih lagi bertindak mengikut arus parti. Dan sewajarnya dia dipecat. Dan kalau benar dia masih sayangkan parti, go appeal your punishment first rather than make stupid statements defending yourself to the non-party members.
  4. Perjuangan Anwar kotor sebab morally wrong. Banyak sangat tuduhan. Habis selama ini,share satu pentas ceramah dengan Anwar, berapa kali Dato samak hati dan fizikal Dato bila balik ke rumah? Ingin saya tekankan kepada sahabat-sahabat sekalian, siapa pun hatta satu dunia boleh lemparkan apa jua tuduhan kepada kita, tapi kita takkan disabitkan dengan tuduhan itu tanpa bukti yang reasonable evidence. Dan acap kali jua saya cakap, andai benar Anwar meliwat dan etc dan kita tiada bukti kukuh pembabitan beliau, biarlah dia uruskan urussan itu dengan Tuhannya. Kita punya Tuhan, dia pun punya Tuhan. Tuhan yang berkuasa melihat siang malam perbuatan kita. Dan wujudnya parti politik yang memperjuangkan Islam, bukan untuk mempertahankan individu, jauh sekali untuk mempertuhankan Anwar, Nik Aziz atau Hadi Awang. Jika mereka salah pun, kita akan kritik dan tegur mereka. Dan perjuangan itu bukan milik individu tapi milik semua.Anwar hanyalah triggering factor.
  5. Tiada demokrasi dalam Pas kerana tidak dibenarkan berbeza. Kena faham satu benda. Demokrasi parti dengan demokrasi bukan parti. Demokrasi parti berlaku di dalam parti dan bukan kepada orang yang bukan ahli parti. Sepatutnya perbezaan pendapat berlaku dalam mesyuarat dan bukan kepada media dan hasilnya membawa kepada consensus parti. Ni dok melalak dalam media hal polisi parti. Anda mungkin betul pada hujah, tapi bawa-bawalah berbincang dengan peringkat parti kalau benar anda ahli parti.
Dan saya percaya, siapa pun takkan dapat melaksanakan Islam dengan kaedah politik dalam keadaan sendirian dan one man show. Ini mustahil terjadi kerana ini perlukan kerjasama banyak pihak dan tentunya Haji Hasan Bin Mohd Ali pun tidak akan mampu berbuat demikian.

Dato, saya tak lupa lagi sumpah Dato di Sri Gombak sebelum pilihanraya 2008 - andai saya masuk UMNO, jatuh talak tiga kepada isteri saya. Saya akan sebut benda ini dengan Dato nanti bukan kerana saya benci kepada UMNO tapi kerana sumpah Dato untuk taat setia kepada perjuangan parti.

Anologinya cukup mudah. Kita telah sama-sama naik bas dari KL untuk ke Kelantan dipandu oleh seorang driver dan bas itu bukan murah harganya kita membelinya. Tiba-tiba sampai di pertengahan perjalanan, Dato marahkan driver sebab bawa lambat kerana Dato rasa Dato ada PHD dan mampu bawa lagi laju. Dan sepatutnya Dato dipaksa turun dari bas terbabit supaya tidak mengganggu orang lain yang komited dgn destinasi untuk tiba di Kelantan lambat atau cepat driver terbabit tiba. Eloklah kiranya Dato membeli bas yang lain atau pun menumpang bas lain yang Dato rasa sesuai dgn jiwa Dato yang sudah dipertengahan perjalanan.

p/s: saya sendiri bukan ahli parti yang mana-mana tapi jika sesiapa pun memilih untuk terikat dengan parti, jangan lupa anda ada seseorang yang ditaati walaupun dibenci.




2 comments:

Chempaka said...

baru lepas tengok hassan ali bagi ucapan utk majlis apa ntah di buletin utama.. higlight nye, "hassan ali di larang mencegah kemungkaran.." terus terasa nak bc entri ahmad nih.. kalau tak, malas jugak nak bc bile tak ada hala tuju...

kalau kite amik dari 1 side/party sahaja, mmg rasa pas lah yg bersalah.. x patut plak rasanye melarang org utk mencegah kemungkran.. tp explanation ahmad bg view lain yg sepatutnye.. mmg kite x boleh menilai mengikut rasional diri kita sahaja.. perlu hujah dan tauladan yg sahih..

keep writing, amad.. i'm ur big fan.. ^^

batrisya qistina said...

hasan ali dilarang cegah mungkar
hasan ali dilarang laksana hudud
hasan ali bla bla bla

semua itu alasan yang bodoh.kalau benar hasan ali nak perjuangkan Islam,keluar la PAS.Cukuplah kritik PAS.Fokus pada perjuangan.Tapi buat roadshow,kutuk PAS.apa ni?

Dia fokus pada isu ranting bukan isu sebenar.Dia kurang peka.Moga-moga dia sedar kelak.Insyallah.