Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Sunday, February 26, 2012

NFC BUKAN KFC

Ada seorang sahabat minta pandangan saya berkenaan isu NFC/National Feedlot Corporation. Sebenarnya bial isu ni meletup, kalian dah boleh ada pandangan sendiri untuk menjadi hakim kepada isu ini. Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan, saya akan ulas sedikit atas permintaan Chempaka Berbisik..haha

Secara ringkasnya, Kerajaan telah melancarkan projek NFC ini dengan tujuan untuk membekalkan keperluan daging lembu untuk penduduk semenanjung pada amnya. Angkanya saya tak ambil tahu tapi niat murni ni adalah satu usaha yang bagus untuk memastikan bekalan daging tidak putus terutamanya pada waktu kemuncak Untuk memastikan projek ini berjalan dengan jayanya, kerajaan telah memberi pinjaman mudah kepada NFCorp RM 250 juta. Kenapa dikatakan pinjaman mudah?Mengikut laporan audit negara 2010, pinjaman tersebut diberikan dengan kadar 'interest' 2% dan tidak ditetapkan dengan jelas bila ianya perlu dibayar semula kepada pihak kerajaan. Dalam zaman moden yang semua orang terikat dengan idea ekonomi kapitalis yang mabukkan keuntungan, mana ada institusi kewangan yang menawarkan kadar 'interest' 2% kepada peminjam. Hatta pinjaman kereta pun 3% lebih. Itu satu isu yang harus dijawab.

Keduanya, bila melibatkan projek-projek besar dan menggunakan 'tax payer money', ketelusan dan kecekapan syarikat yang mengendalikan haruslah menjadi keutamaan agar duit rakyat tidaklah habis begitu sahaja. Dalam kes NFC, kontrak untuk menjalankan projek ini telah diserahkan kepada keluarga menteri secara runding terus. Isunya, bagaimana pengalaman syarikat tersebut dalam industri menternak dan mengapa tidak dilakukan 'open tender' bagi memastikan syarikat yang terbaik yang well train diberikan hak untuk mentadbir projek ini.

Ketiganya, telah didedahkan akaun syarikat terbabit yang mana terdapat beberapa perbelanjaan yang sangat meragukan seperti perbelanjaan kad kredit bagi pengarah-pengarah syarikat, yuran keahlian kelab golf dan beberapa perbelanjaan lain. Anak sulung kepada menteri terbabit telah memberikan satu kenyataan bahawa perbelanjaan syarikat dibayar menerusi kad kredit persenderian dan bagi saya ini adalah satu jawapan yang dangkal dari seorang pengarah syarikat. Apa kehal duit syarikat nak campur aduk dengan kad kredit. Bayar pakai cek dan voucher la. Dan satu lagi, apa kaitan yurang kelab golf dgn pengurusan lembu?Isu ini jgn dipandang enteng oleh ultras kerajaan. Undang-undang mana yang membenarkan syarikat lembu menggunakan duit syarikat kepentingan peribadi?

Keempatnya, telah didedahkan juga pembelian rakus pengarah syarikat dengan beberapa hartanah mewah di sekitar KL & Singapura. Sekali lagi, tuan pengarah berkata, pinjaman berkenaan membenarkan syarikat untuk melabur dalam hartanah yang dirasakan memberikan keuntungan. Jika itu jawapannya, saya mungkin bersetuju dengan beliau tetapi mengapa hartanah tersebut diletakkan nama pemiliknya sebagai pengarah syarikat & bukannya syarikat terbabit?Apa akan jadi ssekiranya syarikat terbabit diisytihar bankrap kelak?Apakah hartanah tersebut akan turut disita ataupun akan terus dimiliki oleh pengarah-pengarahnya?Anekdot mudah, anda membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank dan usai mendapat duit untuk membeli rumah,anda bertukar fikiran untuk menggunakan duit tersebut membeli kereta.Adakah anda bersalah dan boleh didakwa?Jawablah sendiri soalan tersebut.Kalau tak pasti, boleh try buat tengok apa akan jadi. Justeru, jika penjelasan pengarah diterima pakai, apa sesuatu yang sumbang berlaku dalam perjanjian ini yang merugikan pihak kerajaan dan menguntungkan pihak syarikat. Kalau macam itu hendaknya, baik kasi RM250 juta untuk fully invest dalam property dan pada saya ada beratus-ratus syarikat lagi yang lebih competative untuk membuat keuntungan bagi pihak kerajaan dalam property investment.

Berdasar kepada alasan-alasan di atas, saya berpendapat berlaku kepincangan yang jelas dalam NFC bukan KFC ini. Diharapkan kerajaan berbuat sesuatu demi untuk memastikan confidence of the people kepada kerajaan pemerintah dalam isu melibatkna harta rakyat jelata.

Wednesday, February 15, 2012

KASIHKAH MEREKA KELAK?

Saya tak nafikan saya serabut kepala bila orang bertanya begini (walaupun saya tidaklah tergugat dengan pertanyaan ini)

"Bila nak berumah?"

"Bila nak kasi kad?"

"Bila plan?"

"Bila bila dan bila?"

Suatu jawapan yang masih tidak pasti - berliku berduri bengkang bengkok

Selalu saya menjawab "Tunggu habis Master dulu" atau kalau mak ada bersama saya akan tanya "Cuba tanya mak dia nak ada menantu bila". Dan pastinya mak akan tersenyum sebab dia tahu jawapan saya pun tak pasti kerana saya tak pernah fikir dengan serius. Dan bila adik-adik sepupu juga kerap bertanya "Bila Abg Mad nak kahwin?", saya hanya mampu tersenyum dan menjawab dalam hati "Ada isu yang lebih besar yang perlu Abg settle kan terlebih dahulu adikku sayang". Belah Mak, saya merupakan cucu sulung Arwah Tok Wea dan saya ada 38 orang adik-adik sepupu yang macam-macam ragam, melengkapkan keluarga kami yang sudah sedia akrab didikan terus Tok Wea sejak Tok Ayah meninggal 34 tahun dulu. Pernah juga saya terfikir nak kahwin awal sebab nak Tok Wea pegang cicit dia, tapi sekarang memang dah tak kesampaian sebab Tok Wea pun dah tak ada. Dan Tok Wea bukanlah jenis yang suruh cepat-cepat, pernah dia kata pada saya, jaga diri dulu sebelum sibuk nak jaga orang lain - JELAS katanya manusia lain tu bukan sepatutnya diletakkan sebagai priority sebelum sampai waktunya.

Dan teman-teman yang lain juga, saya pasti bila kita menjejakkan kaki ke umur 20an, soalan-soalan yang sama akan kerap kedengaran di gegendang telinga kalian dan sekiranya soalan-soalan tersebut boleh kita tangkis seperti Lee Chong Wei menangkis hantaran bulu tangkis Lin Dan, sudah pasti kita juga akan berbuat demikian.

Apa persoalan yang bermain di fikiran saya bila sebut tentang isu ini? Saya memerhati, saya mentafsir dan saya cuba menyelami bila manusia yang dekat dengan saya mendirikan rumah tangga, kasihkah mereka pada mertua mereka? Banyak yang kasih dan banyak juga yang tak berapa nak kasih. Banyak yang sangat sukar even nak bertanya khabar mertua setelah bertahun 'meminjam' seorang anak dari ibu dan bapa mereka.

Selalu Mak pesan, nak kahwin, kahwinlah dengan orang yang dekat. Dan saya faham dia nak orang yang dekat dengan dia. Yang selalu balik jumpa dia bila di hujung usianya. Yang boleh dia ajak bercerita tanpa sempadan. Mak, orangnya suka berkawan. Pernah saya bercerita tentang guru-guru saya di sekolah dan pasti jika ketemu dengan guru-guru saya, dia akan menegur mereka. Sikap yang Arwah Tok Ayah ajar - berbaik dengan orang ramai yang diwarisi Mak.

Dan bila saya kerap kali menjaga Tok Wea di hospital 5-6 tahun kebelakangan ini, kerap juga soalan timbul di fikiran, sanggup ke bakal isteriku nanti menjaga Mak & Ayah andai mereka sakit kelak? Bila soalan-soalan ini timbul, acap kali air mata bergenang. Ya Allah, janganlah temukan aku jodoh dengan seseorang yang akan buat kasihku jauh dengan Mak & Ayah.

Dan saya juga bertanya dengan diri sendiri - kasihkah aku pada mertuaku kelak?Mampukah aku mengasihi mereka?Berat nak jawab soalan ni.Kasih pada anak mereka harus seiring dengan kasih pada mereka.Tiada lain yang kita dambakan kecuali Redha dari ibu dan ayah.

Dan soalan ini saya masih belum temui kepastian, hanya segala saya serahkan pada Tuhan Yang Maha Esa moga segalanya berjalan dengan baik kelak. Walaupun dah bekerja dan ada duit sendiri, terasa kasih Mak Ayah itu penting buat saya. Ada ketenangan bila bersama dengan mereka yang terkadang tak mampu digambarkan dengan kata-kata.


Justeru itu mungkin kalian juga boleh bertanya dengan diri sendiri - kasihkah mereka kelak? :)

Moga segalanya baik buat kalian insyallah.

Selamat pengantin baru teman-teman ~

Kerana sekali cinta, aku tetap cinta ~

Thursday, February 9, 2012

CINTA BIARLAH BERBEZA

Saya rasa kita semua sudah acap kali mendengar atau mengalami sendiri kisah percintaan yang gagal atau menemui jalan penamat sama ada tragis atau berakhir dengan kedamaian. banyak yang berakhir dengan satu pihak berduka dan satu lagi gembira dan jarang sekali kita dengar kedua-duanya gembira dengan kegagalan itu.

Alasan yang selalu dituturkan - kami sudah tidak sefahaman, kami sudah tidak sehaluan, kami ingin mencuba hidup baru bla bla bla. Apa ke suwey alasan guna.(maaf kerana agak kasar). Saya sangat anti dengan alasan yang ini. Kenapa masa mula-mula bercinta dulu tak guna alasan ini? Ini sebabnya masa memulakan hubungan dulu, tak fikir betul-betul. Buat ikut hati tak ikut otak. Allahurabbi. Saya menangisi sindrom ini. Bukan kerana saya takut dengan kegagalan tapi kerana kegagalan untuk 'begin with the end in mind'.

Ramai yang mengharapkan orang yang dicintai untuk menjadi begitu dan begini bila bila memulakan hubungan kerana dari segi luarannya semua tampak hebat persis Aaron Aziz & Maya Karin dalam filem Ombak Rindu. This is totally bullshit! Jangan tertipu dengan lakonan dan kecantikan yang dibuat-buat untuk menarik perhatian manusia. Pernah guru berpesan saya berpesan, awak jangan kahwin dengan perempuan tu kalau awak tak mampu nak hargai dirinya sewaktu dia bangun dari tidurnya kerana itulah wajah sebenar dirinya.

Akhirula kalam, pesan saya pada diri dan sahabat-sahabat semua, sebelum bercinta fikirlah sedalam-dalamnya. Biarlah cinta itu cinta yang berbeza dengan cinta-cinta yang selalu dihidangkan kepada kita di kaca televisyen dan yang bertebaran di jalanan. Kerana cinta itulah yang mahu kita bawa hingga ke akhir hayat insyallah.

Selamat bercinta ;)















Tuesday, February 7, 2012

HUDUD : MENGERTIKAH ANDA?

Saya ingat bila keluarnya Hasan Ali dari PAS, isu Hudud kembali meletup di kaca TV Kerajaan. Tambah lagi yang bercakapnya seorang yang ada PHD dan boleh berkhutbah di mimbar Jumaat, tidak seperti anak Ali yang lain, menjadikan puak-puak jahil murakkab pun sibuk berdendang dengan lagu Hudud tanpa mengerti apa yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan Hudud.

Saya cuba ringkaskan untuk anda. Dalam Islam, ada tiga jenis hukuman yang diwajibkan Allah ke atas manusia iaitu Hudud, Qisas & Taazir. Hudud secara amnya ada tujuh perkara. Qisas pula ialah hukuman balas dan Taazir ialah hukuman yang selain dari Hudud & Qisas dan ini merupakan kuasa mutlak pemerintah yang dilantik.

Justeru itu, harus kita fahami bahawa bila berbicara soal Hudud, jangan lupa sebut juga pasal Qisas & Taazir. Bila media perdana asyik spin cerita pasal Hudud, nampak sangat cerita yang mahu di spin itu tempang tanpa menghargai kewujudan Qisas & Taazir dalam Islam.

Bila kerajaan PAS Kelantan mula memerintah pada 1990, dirangka dan diluluskan Enakmen Syariah yang didalamnya terkandung undang-undang berdasarkan Hudud. Tapi undang-undang tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana halangan terutamanya oleh PM ketika itu. Mudahnya, kalau kalian bertanya saya mampukah kerajaan Kelantan melaksanakan Hukum Hudud tanpa pindaan dan sokongan dari Kerajaan Persekutuan? Sebagai 'pembaca' undang-undang, saya akan katakan tak mungkin ia dapat dilaksanakan.

Contohnya mudah. Satu dari hukuman Hudud ialah mencuri. Telah dijelaskan dalam Quran bahawa hukuman kepada kesalahan mencuri ialah potong tangan. Di Malaysia kesalahan mencuri telah diperuntukkan di dalam Kanun Keseksaan dan hukumannya terletak dalam bidang kuasa Kerajaan Persekutuan. Justeru itu, andainya dilaksana hukuman Hudud di Kelantan, ia akan membawa kepada banyak 'conflict of jurisdiction' kepada undang-undang yang manakah yang termaktub dan siapa yang akan melaksanakan hhukuman tersebut kepada persatuan pencuri.

Dan bila mana Haji Najib berkata dia mahu tengok sejauh mana kesungguhan Nik Aziz dalam nak melaksanakan Hudud, saya kira statment Haji Najib tidak lebih dari gesaan seorang bapa yang menyuruh anaknya ke sekolah tanpa memberi sebarang wang belanja. Mustahil seorang anak kecil mampu ke sekolah tanpa sokongan dan dorongan dari bapanya sendiri.

Satu lagi yang harus difahami bilamana ada manusia yang mempertikaikan kemampuan Hudud untuk dilaksanakan kerana secara amnya Hudud memerlukan 4 orang 'eye witness' lelaki. Maka adalah yang mengatakan penjahat-penjahat akan berleluasa kerana terlepas hukuman. Mustahil kesalahan dilakukan bilamana ada mata yang melihat. Hudud ialah psychological threat kepada penjahat. Hudud bukan diperintahkan oleh Allah untuk orang jahat tapi untuk orang yang SANGAT JAHAT!Hanya orang yang SANGAT JAHAT akan berbuat kesalahan bilamana wujud mata-mata yang memandang mereka.

Dah tu yang buat kesalahan takde 'eye witness' terlepas la, mana adil macam tu. Inilah statement dari orang yang baca cerita tak habis sampai kulit belakang tapi sibuk nak buat konklusi. Inilah juga statement dari orang yang pandai nak sebut Hudud je tanpa menghargai kewujudan Taazir di dalam Islam. Pada mereka yang terlepas Hudud kerana tiada 'eye witness' Taazir mungkin terkena kepada mereka dan jangan lupa untuk 'bear in minds' hukuman Taazir mungkin lebih berat dari hukuman Hudud bergantung kepada budi bicara pemerintah.

Ada seorang Tun juga sebut, mana adil kalau buat Hudud. Sebab nanti orang yang buat kesalahan yang sama tapi kena hukuman yang berbeza. Islam mencuri kena potong tangan, Orang kafir mencuri kena hukuman lain. Statement in serupa macam statement orang miskin pemalas yang dengki dengan orang kaya sebab orang kaya dapat makan sedap-sedap. Orang kaya,dia berusaha,kerja keras jadi dia worth apa yang dia makan berbanding dengan orang pemalas. Bila melihat sesuatu isu dan sandarannya bukan pada wahyu Tuhan, statement pun dah merapu bagai tanpa melihat betul dan salahnya tindakan kita itu hanya Allah yang boleh tentukan.

Hukum Hudud ni wajib ke?Bilamana dah tersebut dalam Quran, ia menjadi wajib kepada orang Islam tak kiralah ia hanya disebut dalam beberapa ayat sahaja dalam 6000+++ ayat Quran. Sama seperti pengharaman Riba,ianya disebut hanya 13 kali dalam Quran, tapi ulama' secara amnya bersetuju ianya adalah haram. Bila mana ada yang mengkritik PAS kerana tak laksana Hudud, saya kira orang yang mengkritik ini memang hobinya mengkritik tanpa sebab yang jelas. Suka juga saya jawab kritikan tersebut dengan satu soalan lain - pernah tercatat dalam sejarah zaman Khalifah Umar beliau tak laksanakan Hudud,agak-agak Nabi Muhammad redha ke tak dengan Khalifah Umar waktu tu?

Saya berpandangan, Hudud tak akan mampu untuk dilaksanakan di Malaysia selagi mana masyarakat tidak betul-betul difahamkan dengan apa itu Hudud yang sebenar dan PAS sebagai parti politik yang berminat untuk melaksanakan Hudud harus menjelajah keseluruh negara memahamkan rakyat mengenai apa itu Hudud. Bilamana Hudud digambarkan sebagai potong tangan, potong kaki ini sebenarnya gambaran yang totally salah tentang Hudud. Harus diingat sepanjang catatan sejarah, hanya 4-5 kali hukuman Hudud terlaksana dan semuanya kerana pengakuan pesalah dan bukannya case established based on eye witnesses.

Itu yang excessive nya Hasan Ali. 3 tahun menjadi exco agama, bertindak seperti seorang diktator kepada rakyat jelata. Serang sana, serang sini tanpa dialog dan asbab yang jelas kepada bukan Islam. Islam hadir dengan kefahaman dan hanya dengan jalan terakhir baru adanya paksaan dan hukuman.

Allahuakbar. Saya mohon mengundur diri.