Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Sunday, February 26, 2012

NFC BUKAN KFC

Ada seorang sahabat minta pandangan saya berkenaan isu NFC/National Feedlot Corporation. Sebenarnya bial isu ni meletup, kalian dah boleh ada pandangan sendiri untuk menjadi hakim kepada isu ini. Walaubagaimanapun, untuk tidak menghampakan, saya akan ulas sedikit atas permintaan Chempaka Berbisik..haha

Secara ringkasnya, Kerajaan telah melancarkan projek NFC ini dengan tujuan untuk membekalkan keperluan daging lembu untuk penduduk semenanjung pada amnya. Angkanya saya tak ambil tahu tapi niat murni ni adalah satu usaha yang bagus untuk memastikan bekalan daging tidak putus terutamanya pada waktu kemuncak Untuk memastikan projek ini berjalan dengan jayanya, kerajaan telah memberi pinjaman mudah kepada NFCorp RM 250 juta. Kenapa dikatakan pinjaman mudah?Mengikut laporan audit negara 2010, pinjaman tersebut diberikan dengan kadar 'interest' 2% dan tidak ditetapkan dengan jelas bila ianya perlu dibayar semula kepada pihak kerajaan. Dalam zaman moden yang semua orang terikat dengan idea ekonomi kapitalis yang mabukkan keuntungan, mana ada institusi kewangan yang menawarkan kadar 'interest' 2% kepada peminjam. Hatta pinjaman kereta pun 3% lebih. Itu satu isu yang harus dijawab.

Keduanya, bila melibatkan projek-projek besar dan menggunakan 'tax payer money', ketelusan dan kecekapan syarikat yang mengendalikan haruslah menjadi keutamaan agar duit rakyat tidaklah habis begitu sahaja. Dalam kes NFC, kontrak untuk menjalankan projek ini telah diserahkan kepada keluarga menteri secara runding terus. Isunya, bagaimana pengalaman syarikat tersebut dalam industri menternak dan mengapa tidak dilakukan 'open tender' bagi memastikan syarikat yang terbaik yang well train diberikan hak untuk mentadbir projek ini.

Ketiganya, telah didedahkan akaun syarikat terbabit yang mana terdapat beberapa perbelanjaan yang sangat meragukan seperti perbelanjaan kad kredit bagi pengarah-pengarah syarikat, yuran keahlian kelab golf dan beberapa perbelanjaan lain. Anak sulung kepada menteri terbabit telah memberikan satu kenyataan bahawa perbelanjaan syarikat dibayar menerusi kad kredit persenderian dan bagi saya ini adalah satu jawapan yang dangkal dari seorang pengarah syarikat. Apa kehal duit syarikat nak campur aduk dengan kad kredit. Bayar pakai cek dan voucher la. Dan satu lagi, apa kaitan yurang kelab golf dgn pengurusan lembu?Isu ini jgn dipandang enteng oleh ultras kerajaan. Undang-undang mana yang membenarkan syarikat lembu menggunakan duit syarikat kepentingan peribadi?

Keempatnya, telah didedahkan juga pembelian rakus pengarah syarikat dengan beberapa hartanah mewah di sekitar KL & Singapura. Sekali lagi, tuan pengarah berkata, pinjaman berkenaan membenarkan syarikat untuk melabur dalam hartanah yang dirasakan memberikan keuntungan. Jika itu jawapannya, saya mungkin bersetuju dengan beliau tetapi mengapa hartanah tersebut diletakkan nama pemiliknya sebagai pengarah syarikat & bukannya syarikat terbabit?Apa akan jadi ssekiranya syarikat terbabit diisytihar bankrap kelak?Apakah hartanah tersebut akan turut disita ataupun akan terus dimiliki oleh pengarah-pengarahnya?Anekdot mudah, anda membuat pinjaman perumahan dengan pihak bank dan usai mendapat duit untuk membeli rumah,anda bertukar fikiran untuk menggunakan duit tersebut membeli kereta.Adakah anda bersalah dan boleh didakwa?Jawablah sendiri soalan tersebut.Kalau tak pasti, boleh try buat tengok apa akan jadi. Justeru, jika penjelasan pengarah diterima pakai, apa sesuatu yang sumbang berlaku dalam perjanjian ini yang merugikan pihak kerajaan dan menguntungkan pihak syarikat. Kalau macam itu hendaknya, baik kasi RM250 juta untuk fully invest dalam property dan pada saya ada beratus-ratus syarikat lagi yang lebih competative untuk membuat keuntungan bagi pihak kerajaan dalam property investment.

Berdasar kepada alasan-alasan di atas, saya berpendapat berlaku kepincangan yang jelas dalam NFC bukan KFC ini. Diharapkan kerajaan berbuat sesuatu demi untuk memastikan confidence of the people kepada kerajaan pemerintah dalam isu melibatkna harta rakyat jelata.

2 comments:

zie said...

best jugak baca blog ahmad. ADA INPUT _walaupun tajuk blog CIPUT hehe

batrisya qistina said...

haha..adoyai..ahmad hanya ciputan dlm blogging..tq melawat rozi..ingat zie mana tadi..he