Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Monday, August 30, 2010

MEETING, MEETING DAN MEETING

Benda yang seronok sangat dengan meeting ~ saya pun tatau..

Tapi semalam saya raikan ahad yang penuh ceria dengan meeting..8 jam consecutively..

Giler hapo?Saya sendiri tak percaya..macam-macam orang jumpa..macam-macam ragam..;))

Tak apalah..Semuanya hanya untuk CONVEST 10 yang tercinta..

Dah berkasih dgn CONVEST 10 sekarang saya nie..Ia menuntut saya mengasihi dan menyayanginya ~ moga cinta ini tidak membunuhku :D

kurang dari 40 hari lagi nak CONVEST 10

kurang jugak dari 10 hari lagi nak ditinggalkan Ramadhan..moga ada lagi Ramadhan buat kami tahun hadapan..

Tadi exam evidence,tah apa la saya jawab..tak ada chemistry dgn evidence nie..tatau la..kena study last minit baru masuk..kawan-kawan macam mana exam tadi?

Apa pun,selamat bercuti..Pandu selamat..Moga kita jumpa lagi lepas bukak raya..

p/s: Bercinta dengan CONVEST 10 ~ sangat memenatkan..Ada ke cinta tak penat?semua penat tapi happy insyallah ;)

MOOD MERENG ~ TIADA LAGI

Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati s’lalu berbeda
Sampai kapan lagi ‘ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin ‘kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak ‘kan lagi ‘ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu


p/s: MODE *MERENG* ~ dek kerena meeting 8 jam consecutively hari ini..

Otak mereng dia start la nak ingat benda2 pelik..aiyoo..sesuatu berlaku hari ini..gugugu

Biarku simpan semua kenanganku bersamamu ;)

Friday, August 27, 2010

STC & NZA CORP



Hari ini ada la idea nak cerita apa..

1 ~ Ada orang gtau dia jumpa blog ahmad setelah mencari..haha..Siap cakap lagi saya rajin update blog..Malu-malu ;)
Nie blog merapu meraban je..Tak hebat macam blog lain..he..Tapi pape pon selamat datang..Di sini tempat saya merapu ;p

2 ~ Semalam rekod kot meeting..6 jam ++++..Bertambah-tambah kerja...Ayah dah pesan haritu busy,degil..sorry ayah..tak reti nak tolak gane dah masa orang mintak tolong..huhu

3 ~ Nak cerita hari nie pasal perkara yang berlaku minggu lepas je pun..ehehe..Terlewat cerita sebabnya kemalasan nak upload gambar..Minggu lepas 20 Ogos 2010,tok su ajak datang kedai dia sebab ada iftar dan tazkirah khusus dgn ustaz hasrizal..private event..
Seronok seyh..Dah tu ustaz bawak team Saifulislam Training Consultantcy(STC) dia..Semua hadir..Lagi la seronok..Sebab salah seorang dari mereka senior saya masa CONVEST '08..Beliau juga merupakan mantan President ENGINIUS semasa saya di LAWSOC..

STC dapat datang invitation sebab STC beribu pejabat di NZA CORP,syarikat milik adik tok su saya..Ada link la kiranya..hehe..NZA bapak la kaya punye company..Terkejut tengok website dia..huhu..

Pape pun ceramah ustaz malam tu sangat la mantap..Tak puas mendengarnya..Ustaz menyentuh hal puasa dan kaitannya dengan taqwa..Ustaz jugak menyentuh mengenai dependency kita terhadap sesuatu..Jangan terlalu bergantung kepada sesuatu kelak kita akan binasa dan sifat orang yang berjaya bukan terlalu dependent..

Nak buat huraian lebih lanjut?Saya segan la..Saya bukan ustaz..Saya penerima ilmu je..tapi nak gtau happy la sebab majlis ilmu yang sangat sedikit tetamu..30 orang gtu..Biasa saya hadir kuliah ustaz dalam crowd yang ramai..Ni dapat berborak secara face to face dgn dia mmg peluang seumur hidup la..hehe..gambar private je tak de dengan ustaz hasrizal..

Lagi best dapat duit lagi g majlis tu..haha..Selamat makan aku seminggu..g tadah telinga dapat duit..kesian la sapa yang saya ajak tapi tak nak p tu..lain kali jangan jual mahal..dapat rm100 malam tu..ngeeee~

4 ~ Semalam celebrate besday committee PC central yang bulan 8..Sorry semua budget sendiri..Ciput-ciput je duit..huhu..Harap korang happy..Setakat yang termampu dari headcom kalian ini..Korang dah buat yang terbaik..Keep up the pace..Kesian headcom programme kena rush dgn kita semua yang laju ;)





BEGITUKAH CINTA?

Apa yang kita harapkan dari orang yang kita sayang?

Duit?

Masa?

Perhatian?

Cinta?

Kredit?

Semua di atas memang benar kan?he

Tapi percayalah sesuatu ~ andai kita sentiasa berharap itu dan ini dengan dia kita hanya mencintai dan menyayangi diri kita..

Apa perasaan dan kata hati orang yang kita sayang..Pernah kita beri ruang untuk beliau 'leisure' time untuk kehidupan beliau sebagai seorang manusia?

Kesian sahabat ~ 24 jam kena menemani..24 jam kena memujuk..24 jam kena melayani..Seolah takde masa untuk dirinye sendiri..Seharusnya mereka yang saling menyayangi saling memahami..Bukankah begitu? ;)

Cinta itu sememangnya tanggungjawab yang menggunung..Tanggungjawab beliau bukan hanya pada pada kita,tetapi kita juga bertanggungjawab untuk memenuhi tanggungjawab 'memanusiakan' dirinya. Jangan sesekali lupa akan itu.

Bercinta biar ke syurga..Bukankah begitu?Jangan terlalu mengongkong kerna itu hanyalah untuk kebaikan kita..kelak kita pasti kehilangannya..

Moga selamat ke anak cucu kalian semua..

Jangan sampai ketika taqdir berbicara kerana lemahnya tadbir kita sebagai seorang manusia



Thursday, August 26, 2010

CINTA OR SUKA?

Ku coretkan sesuatu buatmu yang bertanya ;)

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang…
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira…
Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga…
Tapi di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja…
Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum…
Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata…
Tapi di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja…
Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu…
Tapi di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar…
Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka…
Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis…
Tapi bila orang yang kita suka menangis, kita akan turut membuat dia
gembira…
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka, umpama kita
membuang telinga kita…
Tapi jika kita cuba menutup mata,
cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka, cuma fikirkanlah
bersama-sama siapa yang anda
cinta.

Dedikasi dari seorang sahabat ;)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Alhamdulillah settle hari ini..Lulus ujian semua walaupun berat nak bangun..

Menanti hari esok yang tidak pernah pasti,insyallah ;)

~Yesterday has ended last night~

Wednesday, August 25, 2010

COORDINATION MEETING & PP'S EXAM

Salam

Saya pun tak tahu nak cakap apa..

Tapi penat

Letih

Tak sempat rehat

Tak fully sempat study..

Malam ini exam Professional Practice pukul 830 mlm

Pukul 2 petang ada Coordination Meeting CONVEST 10 dengan s-dev..(pukul berapa tah habis)

Pagi tadi present case IBT..

Jap lagi presentation Criminal Procedure..

Hanya satu ~ damn tired..he

Pening kepala den..

Semalam pergi preparation untuk meeting hari ni till pukul 1 pagi..Risau kena bamboo dengam soalan-soalan pelik walaupun saya tak cuak sangat dengan meeting nie..Sebab dah pernah meeting dengan orang yang lagi besar + dengan kapasiti yang lebih ramai dan saya berseorangan..Dapat imagine?mengadap 30 orang besar serentak dengan hanya saya sorang sebatang kara mempertahankan diri..

Confidence dan perasaan buat tatau dah menebal dalam hati..Terima kasih program ;p

Doakan saya sukses hari ini..

Pape pun,sesibuk mana busy tu,mungkin hanya 10% dari sibuknya nabi dan ulama kan?

So jangan mengeluh sangat..Ada hikmahnya..Kita bantu orang,nnt tuhan bantu kita balik..saya percaya tu..Anjuran nabi kita ;)

Insyallah


Monday, August 23, 2010

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT

Sikit je nak beritahu..

TERIMA KASIH KERANA MELAWAT..

Kenapa?

Sebab blog ini dah jadi famous menjelang saya nak grad..

Bilamana ada je orang suruh update blog,tandanya mereka masuk saya tak update..sorry..

Busy sikit minggu ini..Meeting berderet..gugugu..sabar ea..Nanti hamba turutkan kemahu kalian semua..

Terima Kasih yer ;)

p/s:Twin,letak gambar kat sini leh? ;p