Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Thursday, June 24, 2010

PENGUMUMAN : SELAMAT DATANG KE CIPUT SAHABAT

Panjang saya berfikir..Terkadang saya gagal untuk update blog dalam masa yang agak lama..Allah..Rasa bersalah pada mereka,bertanya kenapa tak upadate blog..Tak sempat..Tak best kalau tak tulis dengan sebaik mungkin(walaupun saya bukan la pandai menulis)..kepakaran saya ialah menyakat :p

Dan saya mungkin terpaksa meninggalkan CIPUT bilamana saya dah grad nanti..hee..Busy..Saya amat risau akan itu :D

Justeru itu lah,saya dengan ini ingin menjemput kalian,tua muda miskin kaya,sahabat musuh,kawan seteru atau sesiapa sahaja untuk menjadi CO-AUTHOR untuk blog CIPUT ini..Andai berminat email la saya di insaninsaf@gmail.com..:)

Mungkin akan kaget sedikit dengan perkembangan terbaru ini kerana sudah terbiasa dgn tulisan merapu saya di CIPUT ini.Namun perlu pada pertimbangan saya untuk memasukkan different view dari different person untuk keep CIPUT relevant sokmo..mudah cerita,kalu tak suka jangan baca k.sila main jauh-jauh :D

Oleh itu,saya dengan ini ingin menzahirkan 2 orang CO-AUTHOR untuk CIPUT bersama saya yang mempunyai strength dan kekuatan yang tersendiri :)



HAIZAN FARAH HAMZAH

Beliau merupakan sahabat saya sejak di SMKWB dan merupakan junior saya yang amat akrab..betul ke?Dilahirkan pada 13 April 1988 dan berasal dari Tumpat Kelantan..Kini beliau merupakan mahasiswa tahun akhir dalam jurusan optometris(doktor mata) di Uitm Puncak Alam..Berminat dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan juga ditaklifkan sebagai Exco Da'wah Persatuan Mahasiswa Optometris UiTM..Saya memanggilnya dengan nama Farah dan insyallah Farah kata beliau akan mencoret di CIPUT khusus mengenai kepakarannya..Dan kami mempunyai kegilaan yang sama iaitu BUKU..okay rak intro nie farah?haha..share the books you have with us ye :)



RAS ADIELA RAHMAT

Beliau merupakan pelajar tahun 2 Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim UIA Gombak..Juga merupakan junior saya :D Dia beri kelebihan dengan penguasaan Englsh yang baik dan sangat berminat kesusateraan lama,dia sebolehnya akan cuba untuk berkongsi tentang minatnya dengan kita semua..Berasal dari Subang Jaya dan diputerikan pada 20 Mei 1989..I'm calling her Diela or adik :)

As a matter of conclusion,nafas baru,jiwa baru,moga CIPUT terus bergerak melangkah dengan baik selama mana ia bermanfaat kepada kalian semua..Mahu turut serta?Ahlan wa sahlan wa marhaban bikum..Namun refer dan orang tanya,CIPUT blog sapa..It's always mine..Ahmad punye kerna Ahmad bertanggungjawab sepenuhnya insyallah :)







0 comments: