Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Thursday, September 2, 2010

HAI ANAK..BERUNTUNGNYA HIDUPMU PUNYA AYAH IBU..

Petang tadi berkesempatan ke bazar ramadhan Greenwood..Seronok ke sana sebab banyak pilihan..Tapi dut pun kena ready banyak sebab segala benda nak beli kalau p sana..Apa lagi perut tengah berkeroncong..Segalanya sedap di mata ;))

Sedang seronok membuat perkiraan nak membeli apa yang juadah hari ini,terpandang seorang pak cik bersama anak kecilnya berusia 7 tahun barangkali..Pak cik nie sedang memujuk anaknya mungkin yang baru lepas menangis,bertanya itu dan ini sambil membawa anaknya me'round' gerai-gerai."Nak itu tak?Ke nak yang ini?"tanya si ayah.

Bila mana terpandang mereka,terus teingat ayah dan emak di rumah.Terkenang peristiwa masa kecil-kecil dahulu.Pernah suatu ketika masa saya darjah 6,saya teringin mahu permainan elektronik 'DIGIMON'.Mahal harganya.Masa tu ayah biasa beli permainan murah je.Ayah dan mak memang tak ajar kami semua mewah dalam hidup.Walaupun ayah dan mak takde la susah sangat.Ayah kata kalau nak mewah-mewah,cari sendiri.Mewah banyak susah dari bahagia.huhu

Berbalik pada cerita DIGIMON tadi,kawan-kawan semua ada..Saya je yang takde..Rasa tergugat la..Maklum la budak-budak..Macam orang sekarang la,hampir semua orang 'kapel',kalau kita tak kapel rasa mcm kurang dan rendah diri.Tapi tak semua la rasa gtu kan?Nak buat perumpamaan saje ;)

Ayah pun bawak la saya pergi Berjaya Megamall,pusing-pusing.Cari jugak sampai jumpa.Tak nak hampakan saya.Last-last jumpa.Harga rm55.Kaler putih.Lawa.Teruja tengok.Ayah tanya betul nak ni?Mahal ni harga dia.Saya angguk.Ayah pun beli la kasi saya.Hati sangat la gembira.Teruja dapat 'battle' dgn kawan-kawan.

Mak pun sama,mak sangat la alert dengan makan saya.Ahmad nak makan apa?Lompat tikam,puding gula hangus,tepung pelita,lepat pisang,akok bla bla bla.Mak laju je g cari tak pun wat sendiri.Ada satu benda yang mak buat yang orang lain tak leh lawan ~ puding gula hangus(puding caremel).Yang lain saya makan tak sedap.Mesti jugak nak makan mak punye.'Hantu makan' memang la selalu susahkan mak kalau balik rumah..huhu..Mak sorry..Ahmad kan anak mak ;)

Dah besar-besar ni pun,masih perlukan ayah.Tiap dua minggu,ayah mesti telefon.Mad duit dah masuk sebelum saya sempat mintak.Maklum la.Saya tak dapat nak bermewah sangat,sebab takde biasiswa dan pinjaman macam kawan-kawan lain.Semuanya kena berharap pada ayah mak.Selalu cakap dgn ayah,segan nak mintak duit.Kadang-kadang bertahan lapar,sebab rasanya baru mintak duit dgn ayah.

Untungnya hidup hai anak,punya ayah ibu..

Nak apa,cakap,tunjuk je.Dapat..

Ayah Ibu kerja siang malam nak bagi makan anak,anak habiskan macam tu je.

Tingginya kasih dan sayang mereka buat anak..Unconditional..Tak pernah berkira..

Jarang sekali bising anak mintak itu ini..Tapi hai anak,berapa kali kamu berterima kasih kepadanya..

Berapa kali kamu mendoakan mereka dalam solatmu..Sudah terbalaskah segala jasa mereka untuk kamu..

Allahuakbar ~ jangan tempatkan kami dikalangan anak-anak derhaka dan tak mengenang budi..

Air mata mengalir laju..Merindui ayah dan emak di rumah..Sudah lama tak memeluk mereka..Mencium tangan mereka dan bersolat jemaah dengan mereka..

Beruntung buat mereka yang masih punya ayah ibu..Mereka rahmat buat kita..

"Ya Tuhan kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil lagi"

Ameen..

Sayang emak sayang ayah!


2 comments:

miss aniesayu said...

alhamdulillah
untung awak
hoho

tapi wak tak leh challenge saye~
saye ad 2 pasang mak ayah.
hoho ;)

batrisya qistina said...

ceh..yela2..nnt ahmad kawen(kalau kawen) ada gak dua pasang :p

ayat dengki(hakhakhak)