Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Thursday, November 25, 2010

DEMAM BERANSUR SURUT

Seminggu lebih saya demam,waaaah..Penat rasanya..tidur bangun tidur bangun..Tak lihat dunia sangat..Pada saya tuhan mahu beri kerehatan kepada saya..ALhamdullilah..Sungguh lama rasanya tak dapat tidur lama..Saya tidur sepuas-puasnya..

Dan saya kenal makna DEMAM & SELSEMA..Teringat jiran saya yang tak pernah demam sejak dari kecil,sampai orang sebut demam dia sedih..bukan kerna simpati pada orang demam,tapi sedih sbb dia tak pernah merasai apa itu demam..Sampailah umurnya,60++ baru dia diberi tuhan nikmat untuk demam..Gembiranya dia..Kami semua tercengang hairan..hehe..Demam boleh menjadi nikmat untuk kita kembali menjahit sejadah keimanan yang telah terkoyak ketika kelukaan dulu..

Cukup dulu setakat ini.Saya masih mencari mood untuk mengupdate..Masih teringat kedukaan Bulan 10..Mencari kekuatan untuk melangkah..

p/s:yang pasti saya nak pergi jauh kali ini..tak nak ganggu mereka yang terganggu dgn keberadaan saya ;)



Sunday, November 21, 2010

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

fuuh dgn rasa bannganya,saya ingin mengucapkan selamat hari raya korban..heeeee..

lamabat beberapa hari..nak online pon tak larat..saya demam selsema,nak bangun p tolong orang korban pon tak bape larat..mengagahkan diri yang tak berapa gagah :D

apa kes demam?ayah ju saya kata,kes berpisah dgn kekasih hati la nih..hahaha..lawak tol..mana ada..saya cool je balik dari UIA haritu,wlpn dlm hati tuhan jela tau ;p

Kesnya tidur 2 jam plus drive balik Kelate 12 jam..lama nak mampus..drive sorang lak tu..sakit habis segala anggota n 'punat2' di tubuh..hahaha..tak cukup rehat kes bilik tak siap kemas,plus barang yang sangat byk kat bilik tu..6 tahun tak pernah bawak balik barang,mcm tu la jadinya plus saya yang sygkan barang2..nak buang sayang.selipar jepun yang dah uzur pon sayang nak buang :D

owh,semalam 20hb 11,baru lepas kenduri makcik yang bongsu,penat lagi..huhu..so untuk next entry la saya membebel lagi..buat kali ini,setakat nie la tu..entry takde tujuan nie..sekadar nak update demam je ;)

Monday, November 15, 2010

TERIMA KASIH LUPAKAN AKU

Haaaa..

Awak awak awak awak yang kat sana tu..

Terima Kasih kerana berjaya lupakan saya :D


Wednesday, November 10, 2010

..

Entry Dua Nokhtah ~ Continuity Entry Satu Nokhtah

Memang membuatku terjatuh lagi ~ memang seperti diramal....arghhhhhhhh..Mission fail lagi exam sem nih..

Astaghfirullah..

'Benci' itu virus dalam hati dan emosi hingga rasa benci menghilangkan pandangan murni dunia yang penuh indah dan ceria.Benci membuta hati dan akal untuk hari lebih baik.Astaghfirullah ~



.

Mungkin ku salah mengertikannya ~ Tapi apa mereka peduli

Aku tetap Aku ~ Ada mereka kisah rintihan & luahanku selama ini

Membuatku terjatuh & terjatuh lagi

Tuesday, November 9, 2010

JERAWAT & EXAM & STRESS

Saya sedar saya banyak jerawat sekrang walaupun saya tak kesah tapi jari-jari saya sentiasa kisah untuk memicit,sbb sakit ;))

Sampai ada seorang sahabat menegur,'Banyak jerawat ko Mad'

Hahaha..Saya jawab tak cukup rehat,tak cukup study,exam dan macam-macam lagi..

Tapi takpe tak kesah pon sbb saya lelaki kot :D

Tapi rasanya ada je lelaki yang sangat kesah dgn muka dia,kan?Sapa ek?ngeee

Apa pun kena tunggu habis exam dulu,kepala sangat berat dan jari sangat letih,nak taip msg pon kadang2 tak hbs satu msg.ades.

2 more papers to go ~ semuanya akan berakhir ~ penamat untuk 5 tahun perjalanan di UIA

Perasaan bercampur baur ~ Allah ;(

Friday, November 5, 2010

SAYA SEDANG MERAIKAN 'KUTUKAN' & 'CACIAN'

Hai hati bersabarlah dengan kegagalan lidah manusia untuk menyampaikan maksud sebenar DIRIKU ~ dek kerana lemahnya pertuturan yang Allah kurniakan kepada makhluk bernama manusia

Moga tuhan ampunkan kekurangan kita dalam berkata-kata ~ ameen

'Mari kita ingat segala gerak dan laku makhluk adalah dgn izin Allah jua..
Jika datang orang 'menghadiahkan' air mata,Allah sedang mendidikmu tentang sifat sabar.
Jangan dilihat manusia yang menjadi sebab,lihatlah dgn mata hati Allah yang menjadi 'musabbabil asbab".
Jika kau disakiti oleh dia,DIA sedang mengajarmu erti redha.' ~ Petikan buku Di Mana DIA Di Hatiku?

Didik diri untuk memaafkan mereka insyallah mereka ku maafkan ;)

Tuesday, November 2, 2010

INJURED

Apa yang injured?

Fizikal ~ semalam terjatuh tangga kepala terhantuk bucu tangga..Alhamdulliah kepala tak pecah..Licin punya pasal..Nasib ingatan tak lupa,ingat lagi nama saya Ahmad..Umur saya 22 tahun..he..

Sakit satu badan nak gerak terasa sengal2..Tidur kena mengiring..Jalan pon tak leh laju macam biasa..Kafarah dosa dari tuhan barangkali..Ampunkan kami bila kami lupa atau tersilap ya Tuhan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kalau dekat2 exam nie ~ mmg injured perasaan..

2,3,4,5 sem dah saya injured perasaan bila exam..Bila menjaga perasaan orang lain yang diutama,diri sendir yang terkorban..Tapi mereka yang kita risaukan dengan bergayanya senang hati..Bukanlah mengungkit,tapi kadang2 orang tak pernah nak tolong sama fikir penderitaan kita..he..Untuk semester last ini,aku perlukan masa untuk diri sendiri..Untuk hari2 terakhir di UIA..Maaf andai byk permintaan tak dapat dituruti..Mahu sangat menghabiskan masa tanpa ditunjukkan jalan apa yang perlu dibuat..mahu ruang untuk diri sendiri dan menikmati ketengan dan hembusan angin2 malam di Taman Ilmu & budi tanpa gangguan.

4 tahun di UIA ~ baru saya sedar saya gagal menggunakan ruang untuk mendapatkan ketenangan yang sebenar dari main camp yang selalu saya inginkan sejak dari matrik dulu.Boleh dikatakan terlalu sibuk untuk meeting sampai lupa dgn kebajikan diri sendiri..isk2 ;)

Maaf ~ banyak msg tak terreply.

Mahu bersendiri buat kali terakhir ~