Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Wednesday, April 27, 2011

ORANG TAK BERAPA SIUMAN MASUK OFFICE

Siapa dia orang tak berapa siuman nih?Ce teka..Confirm la orang yang putus fius a.k.a orang gila..haha

Fuh..Tadi memang havoc..Saya asyik dok nak settlekan file yang tinggi KB Mall kat atas meja,tiba-tiba staff lari masuk bilik saya ramai-ramai dan kunci pintu..Aik pe kes dieorg nih?haha..muka pucat tak terkata..Nape nih?Telefon sapa-sapa cepat..Kata dieorg..Laa..nape..orang gila datang cakap 'aku pukul korang semua'..Kelakar pulop dengarnya..haha..

Last sekali saya duduk je buat kerja macam takde pape,staff telefon 'lelaki-lelaki gagah office sebelah' datang ambush..Tengok-tengok tak de pun dia..Dah blah la kot..kekeke..

Dia datang tinggalkan nota dan duit - katanya mintak tolong sedekah duit kat masjid masa bulan puasa nih untuk buat buka puasa,ini tanda terima kasih sebab bos tolong settlekan hal tanah dia tempoh hari..Lagi sewel..hahaha

1. sejak bila orang gila boleh ada tanah.
2. educate amat orang gila Malaysia cari office lawyer nak kasi duit..keke..

Apa pun,lepas ni dieorg memang sentiasa kunci pintu office..Sampai bos nak masuk pun,kena telefon dulu,baru boleh buka pintu..hehe..

p/s:orang gila ni orang yang sama gila dengan dia je faham hati dan perasaan dia..Kalau kalian tak faham dia,sah kalian memang bukan sehati dengan dia..Tapi mana ada orang gila ngaku dia gila..confirm dia ngaku dia siuman..hahaha

Sunday, April 24, 2011

TAHUKAH ANDA - ROSSA? ;)

Kenalkah anda pada Rossa?hehe..Kalau tak kenal,maka molek mu g google pah kelih kat images,kelih hok mana so Rossa..hehe..Hok putih melepok po jatuh dalam tepung gandum tu jolo la tu Rossa dan yang pasti Rossa itu seorang perempuan..haha..

Nak citer,Rossa nie selalu teman saya dikala hati keboringan atau kesedihan..hehe..gler bangga..selalu kami beradu suara menyanyi lagu Hati Yang Kau Sakiti,Atas Nama Cinta,Pudar dan sebagainya..haha..koyya molek..

Sebenarnya nak citer saya sangat suka lagu Rossa..Sangat-sangat..Jarang la saya minat lagu perempuan nyanyi
nih..Rossa dan Siti je..ngeh2..

Dan Rossa telah release lagu baru - Ku Menunggu


ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

Kalau nak dengar live,silalah anda search di Youtube..hehe..

Cuma lagu yang baru nih,sangat tak baik untuk 'kesihatan mental & hati'..Jangan dok layan sangat lagu nih,nanti lagi rosak dan membantukan usaha untuk bergerak ke depan.dengar takpe,layan jangan *nasihat jew* ;)

Rossa lawa ke?haha..soalan nih tak payah fikir panjang nak jawab..tak lawa,comel je kot..hehe..suara jela okay..tak suka perempuan make up tebal-tebal..ops...hehe..natural beauty juga yang terbaik sebenarnya..hehe

p/s:sebenarnya kepala berat nak update entry baru,tak pepasal Rossa kena jadi tajuk entry..haha...Ku Menunggu datangnya rajin padaku(buat tone lagu nih) ;))

sapa yang suka lagu Rossa tu sorry..terutama yang tengah sibuk dengan Socso tu ;p



Thursday, April 21, 2011

KECILNYA DUNIA INI

Dua hari lepas dalam jam 2 pagi,saya dapat satu sms - salam ahmad.mintak full address ea.tq.

No takde dalam simpanan phonebook saya..tapi bila check balik,ada dalam hp yang satu lagi..

Buat  anak muda seusia dengan saya,kalau ada teman-teman yang lebih kurang sebaya sms macam ni,takde benda lain dah..mmg SAH nak kahwin..mmg sah nak kasi kad..hehe..saya panjatkan syukur,kahwin gak kawan saya sorang lagi..nie rahsia ea jgn gtau org(ada kawan saya mereng minat kat budak nih dulu..sampai sanggup turun meeting selalu semata nak usha budak nih)hahaha..-takleh nak serkap jarang,sebab korang tatau sapa yang msg dan sapa kawan saya tu..haha(abaikan!)

Malam tadi pula,ayah telefon - Mad,kenal tak .............. dia nak kahwin dengan anak kawan ayah?

Hahaha..memang terguling la lagi saya kali nih(asyik terguling je)bila nak terduduk lak..hehe..sah,kawan aku kahwin dengan anak kawan ayah..ades..pusing-pusing orang sama..pusing-pusing,situ gak la g nye..tak kemana..ades...kad kawan saya tak sampai lagi,tapi kad ada dengan ayah yang saya tatap dulu..kui3..

Moral of the story?Pusing-pusing jalan-jalan dulu dacing sekarang bulan?hehe..

Dunia ni kecik je..Jangan dok berlagak dan act sana sini..Takut-takut le anda nak dapat adik ipar or menantu orang yang anda benci..sapa tau?aiyaakkk....

Barakallahulakuma sahabat ;)

p/s:yang korang baca je,bila nak hantar kad?tersengih-sengih..haha :p

Sunday, April 17, 2011

A.H.M.A.D

Hai..hehe..Assalamualaikum!!

Sihat belake?hehe..

Pernah anda 'gelak guling-guling'?haha..Gelak sakan la kot..Saya rasa jarang saya gelak guling-guling,tapi perkara yang satu ini memang membuat saya gelak guling-guling :))


Bila radio memainkan lagu bertajuk ~ AHMAD ~

Dan saya sendiri mendengarnya,memang saya nak tergelak mendengarnya..hehe..


Pertama sih aku malu-malu
Saat ku dekat ku ragu-ragu
Mungkinkah dia suka padaku
Ah-ah, Ahmad!
Ternyata tanpa ku duga-duga
Aku terima salam darinya
Bergetar saat ku membalasnya
Ah-ah, Ahmad!

Dialah idola, dialah superstar
Mampu menggetarkan ranah jiwa
Dia yang ku nanti, selalu terpuji
Ingin ku dekat slalu ku dekap

Ahmad, yang selalu di hatiku
Ahmad, luruhkan keangkuhanku
Ahmad, ingin aku cepat-cepat 
Bercinta dengan lelaki paling hebat

Ahmad, pribadinya sederhana
Ahmad, tiada banyak bicara
Ahmad, ku tak mau lama-lama
Mendekatlah padaku dengan segera

Sudahkah anda mendengarnya??

Memang susah nak cari lagu nih,saya dah cuba google nak download tapi takde link download..Cuma yang ada satu video youtube,tu pun tak jelas sebab Arrora Salwa nyanyi di pusat beli-belah..Banyak sound effect lain..

Tetiba terfikir, adoyai sapa la buat lagu nih..haha..Fuuh kalau nak compare dengan diri saya,memang la tak padan dan sah-sah menipu..haha..Mungkin AHMAD lain kot..Dan sepanjang umurku,saya baru bertemu dua orang yang mempunyai nama AHMAD seketul..yang lain mesti ada Ahmad .............. Special rupanya nama seketul nih..Sampai orang pun kadang-kadang silap bantai nama ayah bila nak panggil nama kita..hehe.Macam-macam daa...

Terima Kasih pada Salwani dan Ulfah Mansurah yang mengkhabarkan tentang lagu ni..Till now,saya masih gelak guling-guling bila mendengar lagu ni..hahaha...

p/s:bila hayati balik lirik lagu nih,bagus juga untuk muhasabah supaya diri menjadi lebih baik kepada insan sekeliling..Berusaha untuk jadi lebih baik!!!Ameen

Dan orang yang sayang saya pun tak mungkin puji saya setinggi ini..hehe..Puji macam malaikat..Mintak jauh pujian yang melampau..Ampunkan kami ya tuhan kami..


Friday, April 15, 2011

KU MERINDU

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat
kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya



Kerana terbaca mutiara kata ini - hati diusik rindu..Pada teman-teman yang saya amat sayang..Yang pernah saya sakiti dan yang menyakiti..Di mana sahaja kalian berada,saya masih merindui kalian..


Sahabat - whatever you are facing right now,do not ever forget that in life,we have to move forward not backward..


Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

Sungguh merindui seorang sahabat ini..Apa khabar dia agaknya? :)




Wednesday, April 13, 2011

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT

Teringat lagi tatkala saya menerima kad - SWEET FIFTEEN AHMAD

Masa tu punyalah jahil,ya rabbi apa kebenda la 'manis 15' nih..direct translation..hahaha..risik punya risik baru la tau kad wish birthday..hehe..

Hitung punya hitung,dah lama rupanya ikatan persahabatan dengan sahabat yang sorang ni..Tapi bagi saya,sahabat bukan diukur pada panjangnya masa bertemu itu,tapi pada kesediaan untuk susah dan senang bila bersama..Pada ketekunan hati kita,menerima kelebihan dan kekurangan beliau sebagai sahabat kita.

Sahabat,ingatkah kita bila persahabatan kita diuji..Allahuakbar..Masa tu,terasa macam saya nak hilang lagi seorang sahabat yang amat akrab..2 tahun bukan masa yang sekejap untuk diuji dan teruji..Tapi segalanya lancar,mungkin kerana kita matang dalam menyelesaikan isu yang timbul..hua hua hua hua..:p Bila berselisih,lapangkan hati tingkatkan komunikasi..Banyakkan ingat pada kesilapan kita pada sahabat kita berbanding kebaikan yang telah kita buat padanya..Insyallah cepat kita tenang..

Benarlah kata hukama - jangan sesekali mendakwa kalian sudah akrab dalam bersahabat sehingga persahabatan kalian diuji dan kalian melepasi ujian tersebut.

Dan banyak kali sudah,saya kehilangan sahabat - sudah berjaya saya didik hati untuk tabah tiap kali saya kehilangan sahabat yang saya sayang dek kerana kekurangan pada saya mungkin.Tapi tak mengapalah.Ada hikmahnya barangkali,moga yang hilang itu,digantikan atau dikembalikan untuk saya.Ameen.

Dan sesungguhnya sahabat yang seorang ni sungguh bersama saya tatkala saya tak merasai lagi hidup sebagai seorang manusia..(masa ini rasa hidup seperti seorang harimau.haha)..Dinasihatinya saya,supaya kembali bangun untuk meneruskan kehidupan..Diingatkan saya apa yang selalu saya ingatkan padanya..what i give,i get back..haha..Tapi sikit pon tak terasa kerana itulah tugas sebenar seorang sahabat..Mengingatkan bila terlupa..Yezza..

Moga cepat bahagia sahabat - sememangnya sahabat yang sejati itu seperti kesihatan,hilangnya baru kita sedari kita memerlukannya..

~ Dialah teman,sahabat dan kawan ~

Dan lagu ini banyak meninggalkan memori untuk mu sahabat - Selamat Hari Lahir

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 

Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan… 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan 
Bernama teman



Wednesday, April 6, 2011

MANUSIA YANG BERKUASA JANGAN SESEKALI LUPA

Great power comes with great responsibility.

Ungkapan yang selalu kita dengar bilamana ada yang berbicara tentang falsafah kuasa,politik dan sebagainya.

Terus kepada maksud entry kali ini - kita bilamana berkuasa,jangan sesekali lupa,bahawa kita pernah berada di bawah.Pernah menjadi orang suruhan,pernah jadi kuli,pernah dipenat lelahkan oleh sebuah sistem dan alasan birokrasi - Dan jangan sesekali kita,bilamana sudah mendapat kuasa,angkuh dan lekas mendabik dada seoleh kitalah RAJA.Tak mampu disentuh dan ditegur.menindas tanpa belas.

INGAT!Sampai masa,bilamana kuasa itu pergi dari kita,rasa hormat dan 'sopan-santun' manusia pada kita akan tercabut sepertimana tercabutnya kuasa dari tangan kita.Lupakah kalian dapat sejarah? ;)

Catatan buat Tuan Magistret,Tuan Hakim,Tuan Pengarah,Memanda Menteri - ikutlah resam padi - semakin tunduk semakin berisi.

Peringatan buat diri juga - Sekali hamba,kita tetap hamba Tuhan yang Maha Esa..

p/s: terkedu dengan berita salah guna kuasa yang oleh pihak yang berwajib - kerana saya sudah pernah menghadapi realiti.Tiba giliran kalian pula ;)

DIA TERMENUNG LIHAT NASI

Saya sedu bila pulang dari kerja minggu lepas,teringat pada client yang seorang ini..Memang sampai ke akhir hayat saya akan kenang dia insyallah..

Cacat kekal kerana terlibat dalam kemalangan - wajah yang sayu tapi tekad untuk membantu ibu yang dihimpit dugaan - adik-beradik yang masih kecil - ayah yang meninggalkan mereka tanpa keputusan.

Dia terlibat dengan kemalangan kerana bekerja untuk membantu menyara keluarga..Bila ditanya mana ayah?Mata akan terus merah dan jawabnya ringkas tapi penuh makna 'ayah kita tak macam ayah orang lain'.Allah Allah.Saat tu rasa di hati,syukurlah hai tuhan memberikan kami ayah yang walaupun punya kekurangan dan kelemahan,masih menyayangi kita jauh sekali mahu meninggalkan kita walaupun kita degil tak mendengar cakap mereka.

Oleh kerana kecederaan yang dialami akan berat,beliau terpaksa dihantar untuk bertemu doktor pakar,dan semasa dalam perjalanan,staff kami memesan nasi dan lauk ikan untuk menjadi santapan mereka.Dia bersuara lagi,air kosong pon cukuplah untuk dia.Katanya lama dah nak makan ikan tapi tak mampu.Ikan RM5 RM6
sekilo.Tak mampu kami nak beli,makan nasi dengan telur aje yang mampu.Telur 30 sen sebijik,kami mampu makan ramai2..

Sahabat-sahabat,mungkin kalian sedih,dukacita dan merasakan dunia untuk kalian mungkin akan berakhir dengan masalah yang kita sedang hadapi,tapi percayalah,kita masih dipilih oleh tuhan untuk menghadapi kehidupan yang lebih baik dan lebih sempurna dari client saya.Bukankah begitu?Mari sama-sama kita syukuri hidup kita dan sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik,agar suatu hari nanti,kita diberi oleh tuhan peluang untuk membantu sahabat kita yang kurang bernasib baik.

Moga kalian diberi kekuatan ameen..Stand up and rise again everyone please ;)

p/s: terfikir mana dia mahu tinggal selepas ini kerana rumah yang diduduki sekarang akan diambil alih oleh tuan rumah..moga tuhan beri kemudahan padamu client..kami berusaha untuk membantu kalian..insyallah


Monday, April 4, 2011

DIAM KERANA TERMENUNG

Lama saya tidak mengupdate..Hanya melihat sahaja komen-komen dah visitor..Bukan tidak mahu dan tidak sudi..Tapi kepala serabut..Sungguh serabut..

Dan pilihan yang terbaik untuk saya,DIAM.........

Saya rasa sebenarnya saya seorang yang banyak cakap..Sampai kadang-kadang rasa orang boring dengan saya..hehe..Tak kisah la..kalu orang boring,g main jauh-jauh..Susah nak sukakan hati semua orang....So pilihan yang mudah,orang tak suka,jangan susah payah kita nak buat dia sukakan kita - biar je dia blah..suh dia delete FB kita,delete dari jadi follower blog kita,delete no hp kita dari hp dia dan etc..

Kadang-kadang letih nak melayan orang yang banyak sangat songel..Walaupun kita dah berusaha macam-macam,tetap tak jadi..Anda pasti pernah rasainya jua - jadi saya memberi anda idea untuk turut sama DIAM..jangan komen jangan cakap pape..'lok jah ko dia nak buat gapo'...lagi kita cakap,defend diri bagai,lagi buruk padahnya..

Terutamanya orang yang EGO...yang nie Maha susah nak puaskan hati dia..confirm cakap nak menang..Orang-orang ego ni,elok kita kumpul ramai-ramai,letak dalam kandang,kasi dia borak sesama dieorg..tak sampai sehari,confirm gaduh..sebab masing-masing tak nak kalah..hehe..msti seronok kita yang menengoknya..dapat lak tgk sambil makan pop corn mcm tgk wayang..msti gelak guling2..hahaha...tula kegunaannya org ego kat dunia nih..heee..leh buat duit kat tauke sarkas :p

Buat sahabat-sahabat yang tengah sama-sama serabut,cepat-cepat uraikan simpulan keserabutan kalian..sama-sama kita berbahagia dihari esok..mana tau mungkin esok hari terakhr buat kita di dunia..

p/s:post ni merapu..sbb dlm kepala kosong macam tin susu pekat manis..hehe..insyallah sedang mencari kekuatan untuk menulis suatu post yang sadis..kisah seorang client...doakan saya punya kekuatan untuk menaip entry tersebut..buat kekasih-kekasih gelap di IIUM yang bertarung dengan exam,doaku untuk mu..wlpn kau tak pernah doakan ku :p