Bila tempoh hari dapat text dari Ayah Yi menjemput kami semua ke majlis kenduri sepupu saya yang seorang ni,saya langsung tak terkejut.Memang sudah dijangka,he will be next on the list selepas Abg Sham walaupun dari segi umur,dia no 8 dalam lingkungan sepupu sepapat saya.hehe.
Sebabnya?
1. Arif hensem..haha..teringat masa kecik-kecik dulu selalu kena kejar dengan gadis-gadis yang minat dengan dia sampai ke rumah.
2. Memang dia pernah berura-ura nak submit proposal kahwin pada Ayah Yi sejak dari tahun lepas lagi.
3. Ayah Yi aka abah kesayangan dia sangatlah sporting yang akan sentiasa menyokong anak-anaknya ;)
Tiada kata yang mampu terucap hanya Barakallahulakuma ;)
Bila pakcik dan makcik tanya bila giliran saya yang lebih senior dari arif pula?Jawabnya - saya akan kahwin bila saya rasa saya mampu kahwin..Bukan sebab orang semua dah kahwin atau sebab bosan orang tanya bila nak kahwin atau risau orang lain ada anak dulu..No No No..Kahwinlah kerana mahu dan tahu apa itu kahwin,barulah tak tersesat di jalan yang lurus kelak ;)