Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Sunday, July 29, 2012

FIKIR GAYA CINA

Kalau pernah kalian baca mengenai negara China, pasti akan merasa kagum or mungkin gerun.

Ini kerana China sedang membina empayar yang sangat besar untuk menjadi kuasa besar dunia. Satu artikel yang diterbitkan beberapa bulan lepas menyebut, hampir kesemua negara di benua afrika telah terikat secara langsung/tidak langsung dengan negara China dan China merupakan negara pelabur terbesar mereka mengalahkan Amerika Syarikat.

Dan satu kajian yang dibuat menyebut bahawa China akan sekali lagi menjadi juara di Sukan Olimpik 2012 dengan kutipan 112 pingat emas mengalahkan Amerika.

Di Malaysia, bank milik bangsa cina misalnya Public Bank merupakan bank yang sangat konsisten harga sahamnya. Dan ini dibuktikan dengan kejayaan mereka terselemat dari krisis ekonomi yang melanda bilamana bank lain banyaknya hampir karam terpaksa bergantung kepada dana kerajaan.

Saya akui, mereka bangsa yang hebat. Moleklah kalau kita belajar bahasa cina sikit-sikit supaya menjelang 2016 (jangkaan GDP China akan mengatasi Amerika Syarikat), kita takdelah kaget sangat dgn manipulasi cina.

Long live Asia!

Thursday, July 26, 2012

RAMADHAN YANG LEMAH DAN TAK BERMAYA

Saya ingat saya jarang dilanda demam. Dalam setahun mungkin dua atau tiga kali sahaja. Tapi bila dah mula kena pasti lama saya berteman dengannya.

Dan bibit untuk demam mula tiba pada jumaat sehari sebelum Ramadhan. Tapi saya gagahkan diri pandu kereta pergi dan balik ke Changlun Kedah untuk ziarah pak cik yang kurang sihat sudah 2 minggu. Sampai je    di Kelantan,memang rasa sangat tak selesa dan pergi jumpa Doktor dapat MC sehari.

Demam bukan masalah besar tapi terganggunya ibadah ketika Ramadhan tu yang menjadi masalah. Terawikh pun di rumah, kerja pun perlahan. Allahurabbi.

Sebenarnya kita sebenarnya manusia yang sangat lemah.Memang dasar hamba. Diuji baru sedikit tapi mengeluhnya begitu lama dan panjang. Usai ujian dilepasi, pasti kita lupa dan tidak ingat kembali kesusahan kita masa lampau. Terkadang lupa untuk bersyukur bahawa Allah telah mengeluarkan kita dari musibah yang dulu kita merintih-rintih mahu keluar darinya.

Moga Allah kurniakan kita hati yang tawadhuk dan jiwa yang sentiasa bersyukur. Sikit je ujian ni, ramai lagi manusia yang diuji lebih berat dari kita dan mereka tempuhinya dgn sabar dan tabah. Moga Allah rahmati Ramadhan kita kali ini insyallah.

Tuesday, July 17, 2012

SELAMAT BERKAHWIN DAN BERNIKAH SAHABAT

Kalau sebut mengenai kahwin, suka saya untuk dengar lagu Mahligai Kasih nyanyian UNIC. Menusuk hati dan bait-baitnya menginginkan yang terbaik untuk mereka yang bercinta.

Dan bila menerima banyak jemputan kahwin dari sahabat-sahabat, saya gembira bagi pihak mereka. Gembira sebab mereka dapat apa yang nak dan bagi yang nak sangatttttttttttttttttt kahwin tapi belum dapat tu, sila bersabar. Masanya akan tiba buat kalian. Insyallah.

Cuma doa saya, kalian nanti bukan terasuk dalam golongan yang bercerai. huhu. Mintak jauh yang amat sangat.Bila dengar pasal perceraian, hati saya jadi hiba mengenangkan percintaan yang dulunya indah belake. Kata seorang tua kepada saya, generasi sekarang hidup dalam keadaan banyaknya 'perceraian dijadikan penyelesaian pertama dan bukan terakhir'. Bila cakap dengan mak, mak kata memanglah sedih tapi Allah wujudkan dan benarkan untuk penyelesaian kepada ketidaksefahaman. Tapi ini tak bermaksud sikit-sikit nak bercerai. Moga Allah jauhkan kita dari perceraian.

Untuk yang bakal berkahwin, semoga bercinta sampai ke syurga. Saya tujukan lagu Mahligai Kasih buat kalian. Moga kasih mekar hingga ke syurga.

Sebenarnya aku merasa
Sinar cahaya yang gemilangKetika kau beriku harapan


p/s:

Tahniah juga buat dia yang pernah saya sayang sebab dah dapat baby..hahaha..Adios..:p

Mode Entry :-

*Kepala stress dengan kerja. Perlukan cuti total yang hanya mampu di raih jika ke luar negara*

Sunday, July 1, 2012

BERSEDIAKAH KITA UNTUK MASA DEPAN?

Orang bercakap tentang masa depan dan ada bermacam-macam topik tentang masa depan. Paling femes, bila nak kahwin dan ada anak? Tu topik yang sangat sesuai bagi golongan muda remaja macam kita dan saya.

Tapi saya lebih berminat untuk fokus kepada berita di televisyen semalam yang saya dengar sambil tidur tapi telinga terbuka. Malaysia bakal ada 180,000 ribu graduan menjelang tahun depan dan peluang pekerjaan semakin menyempit. Apa dia?180,000? Biar betul!

Secara puratanya, hanya 22% daripada jumlah rakyat Malaysia yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti berbanding Korea yang mempunyai kadar tertinggi di dunia iaitu lebih dari 90%. Betulkan saya jika fakta ini silap.

Cuba fikir apa yang akan jadi dalam masa 10 tahun lagi?Junior-junior anda sama taraf dengan anda. Mereka ada degree, kita pun ada degree. Tak ada beza. Yang berbeza, mereka muda, kita tua. Yang beza, mereka kuat, kita semakin lemah hilang kudrat.

Justeru itu, kena sama-sama kita semua menambah nilaikan diri kita. Perlu ada pemikiran untuk menjadi lebih dari orang lain. Ada sarjana atau PHD mungkin salah satu contoh atau mungkin menambah kekayaan dengan lebih banyak.

Yang pasti, sama-sama ita siapkan diri untuk menghadapi saat itu. Mempersiapkan diri ke arah lebih baik akan sentiasa membuat kita bangkit tiap kali kita berputus asa. Sama-sama kita. Insyallah.

P/S:

Sebenarnya jasad letih menyiapkan dissertation & proposal untuk master. Nak tidur pun tak sempat dan tak cukup masa. Hanya telinga terpasang depan televisyen. Terkadang rasa diri mahu berputus asa. Sabarlah hai hati. Nak sesuatu,mana ada cara mudah. Bulat takkan sesekali datang bergolek. Takde kemenangan tanpa pengorbanan dan kekalahan.

Perjalanan beribu-ribu batu itu bermula dengan langkah pertama. Mulakan sekarang! :)