Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Sunday, March 27, 2011

MOVE ON EVERYBODY

Berapa juta silap anda pada orang ramai sebelum ini?

Dan berapa juta silap orang pada anda sebelum ini?Andai dihitung-hitung pasti banyak bukan?Tak terkira banyaknya.

Sahabat,jangan dikira berapa banyak silap anda atau orang lain...Kerana kesilapan semalam itu memang menyakitkan..Sakit itu yang membantutkan kita untuk bergerak..

Kalau difikir-fikir balik masa lalu,berapa byk sudah kesakitan yang telah membantutkan perjalanan kini hingga ke masa kini?Banyak bukan?Ruginya kita bukan..Jika tidak kita pasti sudah jadi lebih baik pada hari ini tapi dek kerana kedegilan kita untuk tidak bergerak,kita telah kerugian..

Let's be positive thinker..Yang sudah tu sudahlah..Yang perlu lupakan kita lupakan..Yang perlu dimaafkan kita maafkan..Tenangkan hati dengan kemaafan..Jiwa yang tenang akan menggerakkan kita ke arah yang lebih baik setiap hari..

Jangan biarkan diri kita dibelenggu kesedihan dan kekecewaan..Insyallah..Stand up now and do what we need to do before it's to late to be done! ;)

Syg kalian semua..Jangan masam-masam..Senyum sokmo...

Kalau saya senyum..Awak pon mesti senyum sekali..Mari pakak2 memberi kemaafan dan move on ;)


Monday, March 21, 2011

RAHMATI MEREKA..AMEEN..

Entry kali ini mungkin sensitif bagi mereka yang berkenaan..Tapi saya nak cakap juga..Bukan sebab 'saya tak tertahan dan rasa tak puas kalu tak cakap bla bla bla bla' tapi sebab saya tak nak insan-insan yang saya kasihi sedih di rundung kasih tidak kesampaian..

Sebagai manusia kita memang ada penyakit dan saya sendiri tak menafikan saya sendiri pernah mengalaminya..Yup penyakitlah menemukan kita kepada penawar..Tanpa wujudnya penyakit manusia tak mungkin berusaha untuk mencari penawar..



Cinta tak kesampaian,bertepuk sebelah tangan,sayang tak bersambung atau apa jua bahasa dan kiasan yang anda gunakan,membawa maksud yang sama dan kalian cukup matang untuk memahami maksudnya pada hemat saya..Berapa ramai yang pernah rasainya?Pasti ada kalau tak ramai..

To cut it short & precise,sahabat yang rasa bertepuk sebelah tangan tu,pujuklah diri untuk mengatakan pada hati tepukan kalian tu tak berbunyi.Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong kata orang di sebelah sana..Pehe dop?;p

ORANG TAK NAK KO,BLAH LA JAWABNYA..FAHAM!!!!

Kadang-kadang saya sangatlah kasihan pada mereka,macam-macam usaha dibuat nak ambil hati,kasi hadiah,komen status kat facebook,belanja makan,telefon tanya khabar,tapi orang buat endah tak endah je tentang kewujudan kita..Bilamana keadaan nie berlaku,percayalah tuhan sebenarnya mahu kalian muhasabah,please tanya diri berbaloi tak untuk semua ni..Terpakai peribahasa 'bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor' untuk kalian..

Move on..You are worth millions than what you are trying to win..Percayalah..Jangan memperbodohkan diri,menangis dan menghabiskan masa bertahun semeta untuk orang yang kalian mahukan...

Tuhan tahu apa yang terbaik buat kita..Ingat tu..Ingat..

Ops..ingat kata-kata ni..andai benar kalian layak untuk menerima sebuah cinta,ia pasti datang dalam keadaan yang kita sendiri tak sangkakan..anugerah tuhan buat kalian kelak..

So lagi mana takde tu,percayalah tuhan mahu kita berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik agar kita mampu untuk jadi lebih matang dalam menjalankan tanggungjawab bila berdua kelak..okay?

Entry ini kerana kasih pada kalian..Maaf..Saya tak sanggup nak tengok orang yang saya kasih 'sakit' dan dikecewakan kerana 'kedegilan' untuk tidak bergerak kehadapan..


p/s : 3 pagi masih tak lelap selagi tak masukkan entry ini..Hati resah gelisah memikirkan sikap positif yang tak kunjung tiba..Semoga tuhan rahmati kalian,insan yang saya sayang..ameen..

Thursday, March 17, 2011

MAJLIS KESYUKURAN PERKAHWINAN

15 Mac 2011 - saya menghadiri kenduri senior saya di Kampong Laut..Senior yang ter'kenal' secara tak sengaja tapi bolehlah kata agak kamcing.Tambah pula zaujahnya saya memamng kenal kerana contribution beliau pada bidang kesusasteraan.

Tiada apa yang ingin saya highlight kan kenduri ni,simple yang teramat.I like!

Apa yang menariknya pasal kenduri Adam & Kak Nas ini,ialah pada hidangannya.Sangatlah unik boleh saya katakan.Kalu biasa kenduri nasi minyak la dan air sirap bagai bagai.Tapi kenduri ni,nasi dagang dan ditambah dengan pelbagai kuih muih origin dari kelantan..pergh mmg terus jatuh hati..dari tepung pelita,buah gomok,roti jala dan ada aiskrim..ades..kecur air liur..hahahaha..

Bila tengok je ada favourite saya,terus la cepat-cepat habiskan nasi dan 'gomo' kuih sampai kawan saya cakap 'berehi sangat mu ko tepung pelita'.hehe.Senyum je mampu saya balas.Baik la makan dulu.Sebelum sampai masa kena balik tak boleh makan dah.heee..


Dan bile nak balik dapat 'sisa' aka door gift dan lagi di dalamnya saya kaget..Satu jenis kuih traditional kelantan yang saya tak pernah tau kewujudannya..hahaha..Balik tanya mak dan mak kata la apa nama dia tapi still tak lekat dalam kepala..haha..Kena tanya lagi apa nama dia..Kuih pelik la tu sebab saya memamng hantu kuih..ngeee..

Barakallahulakuma Adam & Kak Nas,moga bahagia ke anak cucu.Cuma nak tergelak bila Kak Nas panggil Adam - ABANG..hahahaha..sebab selama ni dieorg kawan,tetiba rasa cute dengar lak suara Adam reply denagn suara 'jantan' dia..hakhakhak..Whatever la..Gambar?Kena tunggu Adam upload insyallah ;)

Habis cerita kenduri kahwin mereka..Tetiba terlintas lak majlis kahwin saya..haha..Ni berangan je..tapi boleh dilaksanakan..hehe..buat yang special tapi orang ingat sampai bila2..

Bila ke kenduri saya mmg kisah sangat bab makanan..hehe..Pernah saya ke kenduri Kak Farhah tahun lepas,mmg stylo jugak,nasi kukus ayam goreng yang siap ada waiter lagi tambah dengan ABC dan cocktail..Pergh..memang la best..

Antara idea kalau nak buat kenduri kahwin gempak ialah -

1. Order je dengan kedai mamak sekali dengan mamak sekali..haha..Siap ada waiter dengan skrin besar..Tayang bola..pergh mesti ramai budak laki datang dan confirm tak cukup kerusi..kan?haha..ko gano En Maro.Tayang MU main,mesti mu mari dop?hahaha

2. Buat makanan paling simple dan kos rendah ala-ala rumah kos murah misalnya roti canai..hehe..mesti orang maki hamun datang..haha..tapi ada gak kelainan..ngee..

3. Buat nasi lemak plus ada makcik pelayan yang gler cekik darah yang speaking english..haha..mesti masuk world book of record..boleh ke buat gini Atiqah,Amy & Kina?hahaha..

4. Kasi makan aiskrim dan tulis siap-siap dalam kad jemputan,mesti ramai kanak-kanak datang time kenduri..hehehe..

bla bla bla bla...dan seterusnya..(habis idea nak mengarut..) hahahaha..

Dan saya menanti kenduri yang pelik dan unik lagi untuk saya hadiri insyallah..Korang memang kreatif..;)


CEPAT SEMBUH HAI KEKASIH-KEKASIH HATI

Macam ramai je awek-awek saya bila tengok tajuk kan?hehe

Meletupnya reaktor nuklear di Jepun kerana Tsunami,kekasih-kekasih hati saya di Malaysia juga turut sama dilanda 'kesakitan' tanda kasihnya Tuhan kepada mereka.

Kesakitan fizikal dan rohani dua-duanya perlukan kerehatan buat kalian dari urusan dunia..Rehatlah,carilah penawar dan saya doakan kalian cepat sembuh.

Kalian tahu siapa kalian di sisi saya,diam saya bukan tanda saya menbenci kalian tapi  memberi kalian masa untuk merindu saya..hahaha..tak caye kan ramai yang saya contact secara mengejut,tanda saya masih ingat pada kalian..terkadang merindui dari jauh lebih bermakna dari hari-hari bersua muka tapi tak dihargai sangat..

Sakit hati dan sakit batang tubuh jangan lupa sembuhkan ye..;)

p/s: mendapat panggilan dari Senior Partner sebuah firma guaman tadi memerangkap bendahari Bar Kelantan menyatakan saya dilantik sebagai chairman bagi chambering pupil untuk tahun ni..ades..mana datang angin ribut pun saya tatau..berbaiah pon tidak,angkat sumpah pun tidak,isi borang jadi calon lagi la tidak..sapa la memandai-mandai wallahu'alam..esok akan dapat confirmation..insyallah..

ops,saya akan ke bandung keseorangan..sapa nak teman?hands up!hahaha



Wednesday, March 16, 2011

SUKA APA YANG KITA ADA

Pernah kalian merasakan jemu,boring,rimas dengan apa yang kalian ada dan mengharapkan sesuatu yang lebih baik?Pasti kita pernah merasainya bukan?Fitrah manusia memang sentiasa tidak cukup dan puas dengan apa yang kita ada.

Memetik kata-kata Dr Asri,tak salah mengharapkan yang lebih baik tapi jangan sesekali lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang sebelum nikmat tersebut ditarik semula olehNYA ;)

Raaaaaamaaaaaai orang lupa untuk bersyukur tapi bila sudah tengadah baru la merayu meminta kembali supaya nikmat tersebut dikembalikan.Syukur-syukurlah.

Kalau kita tak mampu untuk dapat apa yang kita suka,sukalah apa yang kita ada..Itulah yang terbaik buat kita..

Yang mana ada kerja,hargai kerja anda..Jangan merayu-rayu nak kerja lain yang mungkin hanya fatamorgana saje lebih baik dari yang sekarang..

Yang mana ada kekasih,hargai dia.Dia mungkin selekeh,busuk,sengal ayam/ubi/badak atau sengal-sengal yang sama waktu dengannya,tapi sengal dia itu yang sentiasa menceriakan dan membuat anda merasakan anda manusia beruntung di dunia..

Yang mana ada kelab peminat setia,layan dieorg elok-elok,kalu tak nak cakap tak nak..jangan dok main tarik tali macam kat padang,takut kalian yang tersungkur bukan peminat kalian..

Yang mana ada suami/isteri,jangan nak menggatal cari orang lain dan nak bercerai berai..Ingat tanggungjawab kalian sebelum sibuk mahu mengungkit hak dan kesilapan masa lampau pasangan anda..

Apa lagi ye?

Tu je kot..haaa..Yang penting tika umur masih bersisa ini,jangan lupa sahabat kalian yang tak pernah kalian ucapkan TERIMA KASIH atas kasih mereka yang unconditional buat kalian selama ini..Sahabat yang baik memang tak dirasai ketika mereka masih ada,tapi kehilangannya dirasai bila dia sudah tidak pedulikan kita..Sebelum dia mula menjauh,jangan lupa buat apa yang patut..

Untuk diri saya terutamanya..ameen..





Monday, March 14, 2011

TAUTAN SELATAN MENYENTUH DI SANUBARI

hahaha..best tajuk..;p

saya sgt bersyukur la untuk kali ini,kerana tuhan telah meggerakkan hati seseorang untuk membantu saya..walaupun saya tak lah berapa rapat dengannya..

minggu lepas seorang client menelefon memohon satu dokumen hak milik dari kami..file sudah lama ditutup..namun bila saya cek semula dokumen tersebut tiada dalam simpanan kami..ke mana menghilang saya pon tidak tahu..masa itu mulalah lagu2 sedih bermain di hati misalnya lagu di mana kan ku cari ganti serupa denganmu..hahahaha..penyubat tak jumpa dokumen tu la..ades..

puas fikir mcm mana nak dapatkan dokumen tu secepat mungkin,kalu kurier boleh aje tapi makan masa dan faham2 la birokrasi ni,mmg almaklumlah sangat la 'cekap & effisyen' ::D

fikir punya fikir,teringat ada seorang sahabat yang tak berapa baik,pernah satu kelas tapi selalu contact thru FB saje..cuba jela nasib,mintak tolong dia untuk dapatkan salinan dokumen yang diperlukan..sekali cakap je terus cakap boleh,alhamdulillah..saya mintak dia sebut harga,taknak katanya..biarlah dia belanja..ades..baik betul..malu lak saya..haha..

nak cakap,mmg pentingnya la kita hidup berukhwah nie..mmg la sekarang kita rasa kita tak perlukan orang tu orang ni,tapi sampai masa dan ketika mmg kita akan perlukan orang untuk membantu kita..we can't live without others kan?so jangan sombong-sombong dengan kawan2,jangan 'lokek' dan rajinkan tangan bantu..

kalu orang tak tolong kita pon,tuhan akan sentiasa mudahkan kerja orang yang baik hati nie..tak gitu? ;)

p/s:akak JB yang baik hati,tq very much..i owed you ;)


Sunday, March 13, 2011

BILA HATI RASA TAK SEDAP

Pe kes hati rasa tak sedap..aiyooo..serba tak kena..buat itu tak kena..buat in tak kena..tidur golek-golek tak kena..meniarap tak kena..tak tidur pon lagi laaaaa mengantuk..adoyai.....aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....dgr lah dunia hati ini rasa tak sedap..huhu..

macam mana nak sedapkan hati?bolehkah kita buat seperti kita buat makanan?tambah kicap satu botol,garam satu bungkus,gula 1 kilo,beras 1 kampit,cuka 1 botol..haaaa.pe lagi nak tambah..ades..sebut benda2 nih,terasa nak makan 'colek buah' la pulop..hehe..haa..boleh ke nak sedapkan hati dn benda2 nih..confirm tak boleh..

ke boleh nak sedapkan hati sy g maintain engine mcm kete selalu kena wat..cukup certain kilometer,g hantar kat workshop..cek minyak hitam,air engin,aircond,timing belt,bunga tayar,radiator,minyak brek bla bla bla..confirm tak boleh gak..hehe

takpon,boleh ke kita g kaunter pertanyaan,kat mana2 jela..kan byk kaunter pertanyaan,kat bank ke,kat pejabat pos ke,kat supermarket ke bla bla bla..sampai ke kat sana,cuba tanya akak ke abg kat situ,ce tanya..akak,nape saya tak sedap hati ea..hahaha..mau kena pelepuk dgn akak tu..sengal punye budak..org kata,kalu kita soalan pape,g la tanya kat kaunter pertanyaan..boleh gk try test cara nih..kui3..

adoyai..penat dah nie merapu..hahaha..sbnrnya boring nih tu yang wat entry pape..so konklusinya bila hati tak sedap,jgn layan sgt..p muhasabah diiri..tanya balik,apa sebenarnya aku kena buat sebelum aku mati..hisab balik nape selama nie jadi gni dan gni..nape tak jadi gtu..nape kita tak buat gtu..tanya..banyakkan tanya diri..muhasabah diri,insyallah kita kaan jadi manusia yang lebih baik utk org2 yang syg kita tapi kita tak pernah sedar..ameen...

renung2kan dan selamat beramal(gaya prof izzi)

betul betul betul..ngeh2..

p/s: cara yang terbaik kalu tak sedap hati ialah doa byk2 dan lepas tu g tidur..jgn pk..biar je apa nak jadi..:D tidur terapi yang amat baik!




Friday, March 11, 2011

YANG SUDAH TU SUDAH LA

Pelik tapi benar..Saya sebenarnya agak geram dengan manusia yang tak henti2 marahnya dan dendamnya..Bila direnung2 kata2 hukama ~ Marah itu fitrah tapi marah yang tidak padam2 itu sikap yang luar biasa.

Melayu mmg jiwanya lembut sopan santun berbudi bahasa tapi bila datangnya marah kita berubah hampir 200 peratus..Mengapa?Berbeza dengan arab yang jiwanya kasar dan degil tapi hatinya tidak berdendam..Kata adik,dia sgt kagum dgn sikap arab yang cepat memaafkan..Salah satu sikap yang kita Melayu Islam patut contohi..

So akhir kalam,yang sudah tu sudah la..Jangan dok sebut2 jangan dok ungkit2..kemarahan & dendam akan membuat hati sentiasa dalam keadaan tidak tenang..Tak Gitu?Maafkanlah..Memaafkan adalah membalas dendam dalam keadaan yang paling mulia di sisi tuhan ~ sedangkan nabi ampunkan ummat inikan kita yang hina dina..Sampai masa,kita pun akan mendambakan kemaafan dari orang lain juga..

Pesan miss president ~ biarkan ia berlalu jangan simpan di dalam hati..

La yadkulu jannah qatiu rahim ~ kata2 ustaz yang masih terngiang-ngiang di gegenda telinga sy selalu..

Maafkan saya sahabat2,saya hanya manusia yang sentiasa perlukan kemaafan dari kalian ;)

Tuesday, March 8, 2011

MEREKA HARUS DIBIARKAN

Ada kalanya itu yang terbaik ~ mereka harus dibiarkan..Siapa?

Pernah kalian berhadapan dengan manusia yang sampai ke satu tahap hati kalian akan berkata ~ "Allah aku tatau lagi nak buat apa dengan budak nih"..Pernah?Pernah?hehe..

Antara orang-orangnya ialah

1. Yang tgh mabuk bercinta ~ yang nih kalau gtau apa2 mmg tak dengar dah,gtau la pakwe ko/makwe ko tu gni gni gni sebenarnya..mmg haram nak dgr..semua indah,dah kena skali baru tak cukup baldi nak tadah air mata..

2. Yang tengah bersedih ~ yang ni pon,cakap la pape,mmg tak dgr ckp jugak.so yang paling baik,biar je dia nangis ke apa dia nak buat..nanti last2 dia dah okay,baru kita layan balik.

3. Yang jenis perasan ~ yang ni mmg susah nak ubat sikit..bukan sikit tapi sangat la susah nak ubat..apa yang orang buat dia perasan orang cakap pasal dia,tulis pasal dia..orang ckp lain suka faham lain,suka suki nak interpret maksud orang cakap..nie jgn la layan,biar je..kena sematkan dalam hati,jangan layan orang gni,nnt lama2 jadi weng mcm dia jugak..nak perasan takpe tapi melebih2 perasan tu 'berdooh' lalu nah..

4. Yang memang tak dengar cakap ~ yang nie lagi la..mmg terbalik bumi,bertukar awan jadi kaler jingga pon,tak dgr..haha..

5. Selain dari mereka di atas yang jenis anda rasa perlu ikut keperluan agama yang anda anuti..ngeee

Mudahnya kalu diaorg mintak pendapat ~ mula2 kita bagi la guidance yang memberi mereka 2 pilihan kepada mereka dan akhirannya ckp la 'ko dah baligh dah,pandai la wat keputusan'.sekian ~

Sekian kemerapuan dari Kota Bharu..

Thursday, March 3, 2011

BILA SAYA MENJADI INTERIM BOS

Kerja dua bulan dan jadi bos?kerja apa tu..teeeett..hehe..

Jawabnya kerja sendiri..:p kalau keje goverment mmg 20tahun la baru jadi bos...

Bilamana pakcik saya bercuti 2 minggu menunaikan umrah,maka dengan tidak semena-menanya saya ditugaskan mengambil alih separuh dari tugasnya di pejabat..Bunyi macam best tapi tuhan jela tahu mcm mana 'bestnya' jadi bos :p

Kena jumpa client tanpa master tu benda yang menyakitkan bilamana masih bergelar chambering cuma yang penting be confidence..hahaha..

Lagi satu,bilamana staff tanya,en. ahmad ni kena buat apa ye..lepas nie mcm mana..client ni en ahmad tolong cakap dgn dia boleh..en. ahmad,ada client dtg cari bos nie marah2..hahahaha..

Betul ke bos takde,sy tgk kereta dia ada kat bawah(of course la ada,kereta-kereta dia semua ada kat rumah sy)..sekian!

Tu tak masuk lagi kena keep in touch dengan investigation officer,bank officer,doktor pakar etc yang jadi witness untuk hearing client..

Hari pertama saya balik kepenatan..lepas maghrib collapsed sedar2 pukul 12 tghmlm..ades..

Susahnya menjadi bos tapi itulah yang diidamkan..Ramai melihat bos sebagai puncak kuasa,puncak kejayaan,puncak segala kemewahan tapi sebenarnya tak semua orang mampu jadi bos..Dan menjadi bos seharusnya mempunyai misi dan visi yang jauh dan jelas tidak seperti mereka yang hanya makan gaji..Kerana tanggungan seorang bos itu amatlah hebat..harus melihat dari perspektif seribu orang,bukan hanya dari kaca mata sendiri sahaja....

Lihatlah ia sebagai puncak kepada segala tanggungjawab kepada semua pihak terutamanya client,mahu berikan yang terbaik kepada client dgn fee yang dibyr..mahu memberikan keadilan kepada masyarakat..

Justeru itulah,profesion ni mulia pada dasarnya..Wahai sahabat2 peguam,bakal peguam..jangan dicemari tugas ini dengan tipu daya semata untuk kepuasan diri..

10 days to go..

salam dari interim bos..cewaaah...hahaha :p

p/s: merapu sikit sbb kepala mmg weng..:d