Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Tuesday, September 28, 2010

BLOG SAYA BERHABUK

Saya tak pernah membiarkan blog saya berhabuk selama ini..5 Hari saya biarkannya tak di'update'.Kekangan masa yang menggila.baru belajar,baru menghadap meeting CONVEST bukan meeting kerja lagi.A step towards it.Insyallah saya akan cuba mencoret dan menconteng sedikit buat kali ini.Kesian sahabat-sahabat masuk tapi takde update ;)

Hari sabtu lepas 25 September 2010,gerhana CONVEST telah bermula dengan LE TOUR D' CONVEST 10 ~ satu cara untuk mempromosikan CONVEST ke UIA Kuantan.

Pada mulanya saya tak ingin pergi ~ penat kerana tahu perjalanannya memakan masa yang lama dan banyak lagi kerja yang perlu saya sudahkan menjelang CONVEST.Namun memikirkan ukhwah dan sikap ingin menghargai sikap dan penat lelah sahabat2 yang telah susah payah,saya korbankan niat di hati.Berat di hati namun g la jugak saya ni.Saya serahkan segalanya pada Tuhan,moga saya mendapat manfaat untuk permusafiran kali ini dan saya pasti Tuhan akan tunjukkan saya sesuatu.

Perjalanan kami bermula jam 1030 pagi disertai 1 buah bas,1buah Hilux 10 buah kereta.Kami mendapat kerjasama daripada PDRM ~ Polis Diraja Malaysia yang sudi untuk mengiringi perjalanan kami dari Gombak ke Kuantan demi untuk memudahkan perjalanan kami semua.

Kami ke Kuantan mengikut jalan lama dan tidak melalui highway LPT(lebuhraya pantai timur).Dengan siren polis dibunyikan sepanjang perjalanan,membuatkan perjalanan kami diperhatikan oleh penduduk kampung dan pemandu-pemandu lain yang memberi laluan kepada konvoi kami.




Alhamdulillah kami tiba di Kuantan lebih kurang pukul 300 petang ~ usai solat dan makan tengahari yang ditaja oleh SRC Kuantan kami memulakan misi kami.Saya ditempatkan di Mahallah Talhah ~ Mahallah sister..Saya pon tatau kenapa lelaki diperlukan kat mahallah sister..tapi saya layankan aje PC program punye order,saya nak evalute dieorg punye kerja,sebelum CONVEST.Satu benda yang mesti kita hormati ~ bila bermulanya program ~ PC lah raja..Segalanya mesti bergerak mengikut kata PC semuanya demi untuk kelancaran sesebuah program.Dan menjadi suatu kecacatan kepada sistem andai PC tidak dihormati atau PC tidak mempunyai kredibiliti untuk mengeluarkan arahan,akan punah ranahlah program.

Dalam mempromote CONVEST,sempat juga saya bertemu sahabat saya.hehe..Ambil kesempatan,takut susah nak jumpa dah nanti.Insyallah panjang umur jumpa lagi.

Selesai semua program kami jam 630 petang dan kami bertolak pulang jam 7 petang.Kalu time datang tadi saya menaiki bas,kali ini perjalanan pulang saya menaiki kereta dan lebih baik lagi saya memandu kereta Karimah ~ dia penat,saya bawak jela.Tetiba jadi excited terlebih,Sebab rasa snediri polis 'escort' dan ada walkie talkie untuk memudahkan pergerakan..haha..Memandu dengan kelajuan yang sangat tinggi dan melanggar traffic light sangatlah cool..haha..Semuanya menjadi legal dek kerana polis escort sepanjang jalan..ngeee..Perjalanan pun jadi smooth..Beberapa kali kami berhenti berehat tak mengurangkan masa perjalanan kami..Kami berhenti makan dan solat jama' di Genting Sempah jam 1030 malam..Usai sudah segala urusan,nak balik,sebuah kereta konvoi menghadapi masalah..Tertinggal kunci dlm kereta..adoyai..hahaha..~




Lama jugak kami stuck,semua nak tunjuk hebat nak bukak kereta dari luar,tapi tak dapat..macam-macam cara diguna,tapi tak mampu nak naikkan kunci..haha.. kesian..last-last ada jugak formen kete datang tolong..dia wat sikit je terus naik kunci..alhamdulillah..mesti die gelak je budak2 nie buat tak jadi2 :p

Kami tiba di UIA tepat jam 1230 pagi ~ sekali lagi takde masalah nak masuk ~ pak guard tak tahan pon..hahaha..sebab pak guard sendiri yang iring..ngeeeee....Yang penting kenangan tercipta,ukhwah tercipta..;)

Moral of the story ~ jangan la ikut perasaan dan pentingkan diri sangat..Pasti Allah ingin berikan sesuatu pada kita tatkala wujudnya perasaan benci atau tidak senang dengan sesuatu..Kerana kita tatau berapa lama lagi kita akan hidup,jangan pergunakan masa yang ada untuk menyusahkan apa lagi menyakiti sahabat-sahabat yang banyak bersusah payah untuk kita ~ mari sama-sama cuba untuk senangkan hati kalian kerana masa yang ada tak selalunya banyak.

Moga ada lagi konvoi ~ seronok berkonvoi :D

p/s:

so far so good..moga dipermudahkan segala urusan..bantu saya untuk menjadi lebih baik,saya mahu janji itu dari kamu..bahaya betul kalu dah start mimpi ;p


Thursday, September 23, 2010

SEMUA ORANG PENTING

Pergerakan dan hala tuju sesuatu program memanglah bergantung kepada Ketuanya..Seperti juga sebuah negara bergantung kepada Presidennya..

Tapi haruslah diingat bahawa tak kira siapa pun kita dalam sesuatu program,hatta seorang subcom pon,kita tetap bernilai untuk program tersebut ~ kerana tanpa anda Ketua tidak akan dapat melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

Let's help each other untuk hari yang lebih sempurna ;)

Tuesday, September 21, 2010

ANAK KERANG

KISAH-KISAH MOTIVASI ~ ABDUL HAKIM

Di dasar lautan daerah Sorong Papua barat, hiduplah sekeluarga kerang, mereka sangat berbahagia. Kedua orang tua kerang tsb sangat menyayangi anak nya demikian juga dengan sang anak,selain menyayangi orang tuanya mereka juga sangat menghormatinya. Setiap hari mereka saling mengisi dan melengkapi kehidupan mereka. Sang anak setiap hari bermain riang gembira tak terkira. Perlahan tapi pasti seiring berjalannya waktu sang anak kerang mulai beranjak dewasa. Tempat bermain mereka yang tadinya hanya disekitar rumah mereka mulai bergeser agak menjauh dari rumah. Orang tua kerang yang tadinya selalu bisa mengawasi anak-anaknya bermain mulai kerepotan ketika harus mencari mereka utuk ajak makan bersama.

Pada suatu hari ketika sang anak kerang asik bermain main tiba-tiba saja ada sebutir pasir laut yang menyeruak masuk kedalam tubuhnya. Bukan alang kagetnya anak kerang tersebut, dia berusaha untuk menghilangkan butiran pasir tersebut tetapi tak kuasa, semakin dia goyang-goyangkan badannya semakin pula butiran pasir tersebut masuk dan menusuk tubuhnya, semakin masuk ketubuhnya maka akan menjadi semakin sakit. Makin lama anak kerang itu jadi panik lalu menangis dan pulang kerumahnya. Melihat anaknya pulang dan menangis tentu sang ibu kerang kaget bukan main. Dengan penuh kasih sang ibu bertanya kpd anaknya :

“Kenapa nak kok kamu menangis begitu….?”
Dengan terbata dan menahan rasa sakit anak kerang itu menjawab..”Sakit ma…sakit sekali..” Sang ibu bertanya kembali “iya sakitnya kena apa.?”…lalu si anak menjawab “ini ada pasir masuk ke tubuh ku ..ma…sakitnya luar biasa…tolong ma….rengek nya….”…Dengan lirih sang ibu menjawab…”duh nak kasihan kamu, mama juga tidak bisa membantu kamu mengambil pasir itu….sabar ya….nak..perlahan air mata sang ibu menetes..”…”tapi sakit sekali ma” kata sang anak…”tahan ya nak..sabar, ikhlas dan pasrahlah…pasti ada ada hikmah dibalik semuanya”..kata sang mama …

Hari itu berlalu kesakitan dan kepedihan si anak kerang semakin menjadi, dia merintih mengaduh menahan rasa sakit yang luar biasa setiap hari. Keluhan demi keluhan selalu diungkapkan kepada mamanya yang dengan penuh rasa sayang terus membesarkan hatinya supaya tetap tegar.
Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan pun berganti tahun, hingga bertahun-tahun si anak kerang merasakan sakit, menahan sekuat tenaga, rasa sakit tidak pernah berkurang namun ada yang berbeda yaitu keluhan si anak makin lama semakin tidak terdengar lagi oleh sang mama. Hingga bertahun-tahun bahkan sampai hitungan kesepuluh. Dan pada suatu hari si anak kerang heran ketika dirinya melihat sesuatu yang indah dalam tubuhnya, sesuatu yang berasal dari kesakitan dan penderitaan selama bertahun tahun, sesuatu yang dicari-cari manusia…MUTIARA ya…MUTIARA….si anak berteriak “ma lihat ada benda indah ditubuhku..” lalu si ibu melihat kepada anak nya ….Maha besar ALLAH…Maha Suci ALLAH…..terimakasih YA ALLAH telah KAU Tunjukkan semuanya”….puji sang ibu kepada Sang Pencipta Hidup..”iya nak itu namanya Mutiara “ sang ibu menjelaskan kepada si anak….”

Oh……begitu ya ma…” sahut si anak….”iya nak itulah hasil dari ketabahan,ketulusan serta keikhlasan kamu menerima apa yang diberikan Sang Maha Pencipta”….kamu akan menjadi kerang yang istimewa daripada kerang yang lain, yang hanya bisa dijadikan santapan kerang rebus oleh manusia….si anak kerang pun mengangguk tanda mengerti..

Dari cerita tentang anak kerang tersebut bisa kita ambil makna yang lebih dalam bahwa ALLAH selalu Mencipta hikmah untuk kita, DIA selalu memberi apa yang kita butuhkan bukan apa yang kita inginkan. Ketabahan dan keikhlasan menerima HIKMAHNYA adalah kunci utama dari MUTIARA kehidupan.

Saturday, September 18, 2010

DUIT RAYA

Kalau nak kira saya 'malas' nak updat blog kalau di rumah..Banyak hal plus berebut dengan adik nak guna komputer kat rumah nie..Sibuk nak main game..Kalu nak guna tgh malam baru leh guna time semua dah tidur..

Tapi disebabkan saya rasa blog saya dah berhabuk macam bilik saya,jadi saya tulis lah jugak sikit..Nanti takut bukak cuti saya lagi la 'malas' dek kerana CONVEST 10 semakin menghampiri :D

FIkir-fikir jumpa la tajuk nie nak mengarut hari ni ~ Duit Raya

Nape dengan duit raya ~ sebab sekarang dah besar susah nak dapat duit raya macam budak-budak dulu.Benar saya terasa fenomena ini.Nape agaknya?

Haritu ada sorang mamat nie,saya salam dengan dia cakap 'nak turun dulu'.Pastu laju je dia jawab 'haa turun la,takkan nak duit raya lagi dah besar'.Amboi sedap betul mulut.Nak je jawab balik tapi fikir sebab baru lepas solat raya,sabar jela.Memang la kesabaran sentiasa diuji..Ngee

Tapi hakikatnya tu la ~ apa yang tu?he.Mentaliti orang kita bagi duit raya kat budak-budak.Boleh beri hadiah/sedekah kat budak-budak je..Kat orang besar tak boleh kasi dah..Adat kita begitu..Kadang-kadang tak bagi duit raya rasa malu kat orang ramai..Niat dah lari..Sekarang nak kasi RM1 tak leh dah,sikit sangat.Semuanya dah materialistik..Semuanya dihitung dengan duit..

Orang Cina tak pula gtu ~ kalau tahun baru cina selagi mana orang tak kahwin selagi tu la kita dapat ang pau.Meriah gtu.Lagi kan bagi orang yang belajar layak terima zakat,kenapa lak budak besar tak leh terima duit raya.Sedekah pada orang belajar kan amalan mulia?;)

Saya tersenyum sendiri..Setakat tu la pemikiran kita..Tak pernah nak lihat dari different view..Bukanlah saya suka sangat nak dapat duit raya(dari kecik memang saya takde la pusing-pusing kampung nak collect duit raya,tak minat ;p) tapi mind setting tak betul ,sampai ke sudah la tak betul.Duit raya tak hanya budak kecik tapi duit raya tu suruhan Tuhan supaya kita bersedekah pada yang memerlukan.

Tahun nie last dapat duit raya,banyak jugak la saya dapat ~ tahun depan saya akan kasi duit raya lak.dah kerja lagipun..Insyallah..

Erti hidup kan pada memberi ~ tak begitu?

;)

p/s:

soalan famous raya ni ~ bila nak kahwin + nak kerja kat mana(mentang-mentanglah boleh pilih nak kerja kat mana?

'calon' dah datang rumah semalam ~ tatau la mak perasan & berkenan ke tak =))

Thursday, September 16, 2010

RASA ITU ~

Jangan layan sangat rasa itu ~ Biar ia terisi ~ Jangan biar ianya statik kerana kehidupan yang statik pasti merosakkan kita seperti rosaknya air yang statik.

Ukuran persahabatan bukan pada kerapnya kita berhubung namun ingatan kepada sahabat ketika menadah tangan berdoa kepada tuhan.

Ya Allah ampunkan mereka yang daku kasihi ~ kasihi mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika ku kesenangan dan kesusahan dihimpit dugaan.

p/s : hai hati tabahlah..bangunlah dari kegelapan!

Tuesday, September 14, 2010

UNTITLED ~ CINTA

Cinta itu bukan tujuan… Cinta itu hanya jalan. Cinta itu bukan matlamat, cinta itu cuma alat. Rasa ingin mencintai dan dicintai dalam diri setiap manusia pada hakikatnya adalah untuk membolehkan manusia melaksanakan tujuan ia diciptakan. Cinta itu mengikat hati antara lelaki dengan wanita untuk sama-sama membentuk ikatan perkahwinan demi menyempurnakan agama.

Cinta memang penting, tetapi ibadah dan menegakkan hukum Allah jauh lebih penting. Sayangnya, hakikat ini sangat jarang difahami dan dihayati oleh orang yang bercinta. Tujuan cinta sering dipinggirkan. Ibadah dan hukum Allah yang tinggi dan suci telah dipinggirkan hanya kerana cinta. Kononnya, cinta itu sangat suci dan tinggi.

Justeru kerana itulah Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Barang siapa yang berkahwin maka sempurnalah separuh agamanya, tinggal separuh lagi untuk dilaksanakan.”

Letakkanlah cinta sebagai alat untuk beribadah kepada Allah. Ujudkanlah rumah tangga bahagia yang menjadi wadah tertegaknya kalimah Allah.

~ Catatan pena Ustaz Pahrol Md Juoi

"Bercintalah sampai ke syurga" ;)



Sunday, September 12, 2010

FAMILY GATHERING HARI RAYA KEDUA

Saya kepenatan sebenarnya nak update blog nie..

Tapi gagahkan diri jugak untuk update..Kalau nak kira penat,mak lagi penat..Hari ini seharian kat dapur,sampai mak akta mcm nak tercabut lutut.Sabar ye mak.Ahmad kasi mak tidur awal malam nie.;)

Hari ini ~ berlangsunglah program yang telah lama dirancang ~ Family Gathering Tok Bah.

Berbulan-bulan dirancang alhamdulillah>Langit ribut macam-macam datang selamat juga kami redahi.Alhamdulillah.Walaupun kehadiran tidaklah begitu bagus tapi sukses la.Ada beberapa family tak hantar wakil.Biasa la tu.Program student pon susah nak hadir nie pula orang tua dah berfamily.Hakikatnya begitu kan? ;)

Gambar nanti saya upload..

Hampir semua cakap berjaya ~ alhamdulillah namun di hati sebab dah terbiasa dengan buat program dan mahukan 'perfection' saya rasa lemah jugak dengan aturcara program.Bila dah terbiasa expectation pon jadi tinggi,tapi cepat-cepat pujuk hati,ini bukan program UIA.Nie orang veteran.Sabar ahmad.Sabar ~

Kalaulah PC department CONVEST buat program macam nie,memang teruk saya hentam..hehe..

Tapi pape pun buat permulaan alhamdulillah..Syukur moga pertemuan kali pertama ini membuka ruang untuk pertemuan yang seterusnya insyallah..

Ukhwah itu indah bila bertemu dan berpisahnya kerana ALLAH ~ bertemunya tak jemu berpisahnya tidak gelisah insyallah..

Moga tuhan redha dengan kerja baik kita hari ini..

p/s:

*mode penat*

Esok open house ayah ju dan ayah pa ~ memang la adik-beradik mak ni suka buat makan dan bergotong-royang + duit tak berkira sangat ~ukhwah no 1 bagi mereka ;)




Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Hari raya terakhir sebagai student ~ akan saya tinggalkan kampus yang telah bersemadi dijiwa saya sekalian lama ini..

10 jari tangan dan 10 jari kaki saya susun memohon seribu kemaafan dari kalian semua..

Apa daa ngarut pagi-pagi raya nie..heeee

Nak cakap syukur tahun nie puasa penuh ~ macam tahun lepas tak penuh pose lak..haha

Pastu seronok raya tapi takde baju raya tahun nie..Adoyai..haha..Saya tak 'hantu' beli baju..Semua serah kat ayah mak..Kalau ada takpe..Takde takpe..pakai yang tahun lepas..Sebabnya tak nak bermewah,amalan Ramadhan tak 'meriah' sangat tak leh la lebih2 raya..Malu kat setan..huhu..

Jemput makan satay kat rumah saya..Datang la bila2..Tapi roger dulu kalau nak datang..Kalau nak duit raya tunggu tahun depan ea ;)

Terima kasih kalian semua..kerana kasih kita,kita berjaya menyambut Syawal dengan seribu satu ketenangan tahun nie.Kalau takde ukhwah yang molek,takdenya dapat sambut raya ~ mesti dah kena culik dan sorok macam Dato Sosilawati..huhu

p/s:

apa aku membebel nie ~

Thursday, September 9, 2010

HILANG DAN HILANG DAN TERUS HILANG

Apa yang hilang ~

Ramadhan dah nak hilang ~ tadi solat terawikh yang last hati sangatlah sayu..Habis dah kali ini..Quran tak sempat khatam lagi tahun nie..huhu..

Lagi satu jutawan produk kecantikan hilang time nak raya ni..Dah lebih dari 10 hari hilang..Mana la pergi..Sapa la bawak lari dia..Jangan jadi satu tragedi lagi..Kalau tak ramai la orang kaya takut lagi nanti

Apa lagi yang hilang?Hati saya hilang.Hilang dibawa pergi oleh seseorang.Tolong hantar balik boleh?Lama sangat dah kamu pegang hati saya ~

Sama-sama pohon keampunan dikala Ramadhan berbaki sehari lagi ini, moga kita diampunkan ;)

Tuesday, September 7, 2010

EMOSI

Bukanlah ingin mengatakan saya beremosi hari ini..

Walaupun orang acap kali kata saya 'emo' tapi tidaklah emo..Kalau saya betul2 emo,mudah je nak cam..Segala jenis ayat 'manis' keluar,mmg sah la saya emo..Kalau riak muka je tak senang dan dahi berkerut,maybe tu berfikir tak sampai tahap emo lagi ;)

Apa yang ingin saya kongsi pasal emosi hari ini ialah nasihat seorang ulama tasawuf(ni disiplin ilmu apa ek?haha) mengenai emosi.

Yahya Mu'az al-Razi memberi panduan bagaimana mengawal emosi

1. Apabila kita tidak dapat memberi kebaikan kepada orang lain, jangan pula kita menyusahkannya

2. Apabila kita tidak sudi menyukakan hatinya, jangan pula kita menyebabkan dia berdukacita

3. Apabila kita tidak mahu memuji dia, jangan kita mencelanya

Mengapa timbul isu emosi hari nie?

Kerana manusia dilahirkan beremosi ~ ammarah,lawwamah dan mutmainnah.

Kerana itu umumnya kita bermain-main dengan emosi-emosi kurang baik dan emosi ini tidak hanya memberi kesan kepada kita namun lebih teruk dari itu, melukakan hati orang yang menyayangi kita.

Justeru itu ~ mari kita sama-sama mengawal emosi kita.

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak emosi .................(jawab la sendiri ~ anda pasti pernah mengalaminya) ;)

Sekian buat kali ini ~ harap bermanfaat

Monday, September 6, 2010

JAP NAK FIKIR APA NAK NGARUT KALI NI..

Sebolehnya saya tak nak hampakan sesiapa yang berkunjung ke sini..At least tak hadir dengan tengok post yang kalian dah baca..Untuk kali ni,saya takde idea nak ngarut apa..Eh bukan tak de idea..Ada tapi tatau apa yang patut saya 'ngabe'

JAP NAK FIKIR APA YANG NAK NGARUT KALI NI..:p

Hmm..Buntu..

Hahaha..tatau nak tulis apa..Selalu saya jadi macam nie dalam exam..Padahal saya tau je nak jawab apa..Tapi saya jadi macam 'jap aku fikir'

Jap aku fikir jap aku fikir pastu masa habis..melepas peluang nak dapat dean list..haha..adoyai..

Memang saya bukan 'on paper' punyer student..Sangat2..terbukti..kalau masa first year saya cuba untuk,tapi sekarang memang tak leh..Saya lebih senang dengan praktikal dan benda yang saya buat dan nampak(alasan) ;))

Macam mana nak atasi sindrom 'jap nak fikir nie'?

Hantuk kepala kat dinding?

Menjerit sekuat hati?

Wat dunno je?

Selawat dan bersabar?

Hahaha..Apa pun yang anda wat,jangan lupa untuk at least usaha untuk buat something..Jangan biar statik..Tak baik..Selagi ada kudrat dan iradat(benda iradat nie?),kena do something!

So,berbalik kepada tajuk kali nie..Apa saya nak tulis kali nie ek?

JAP NAK FIKIR APA NAK NGARUT KALI NI..

hahahaha :p

Friday, September 3, 2010

BALIK KAMPUNG

Balik kampung?Apa kebende tu?hehe

Bila masa orang balik kampung?

Jawapan paling femes..

Bila cuti..Jawapan student :p

Jawapan orang dah kerja ~ mstila time raya..

Kalau setahun dah tak balik raya wajib balik..Kalau tak balik gak tu mmg anak derhaka la tu..Teruk bebenor mcm tak de mak bapak..hehe

Dan kerana saya masih lagi penat dengan tak cukup tidur atau terlebih tidur dek kerana take home test yang menggila,saya pun tak mengarut panjang-panjang kali nie.

Cukup nak beritahu ~ sejarah saya balik kampung time raya memang mengerikan..hahaha..

Ada satu tahun ~ tiket habis..Terpaksa naik 'bas lompat'..Bas melompat ke hapa?Ye kot..haha..First naik dari KL ke Kuantan..Lepak Kuantan 5 jam,naik bas terus ke Kelantan..Perjalanan yang sangat memenatkan..16 jam travel..600Km lebih kot jaraknya..Tobat la tak naik bas lompat dah lepas nie..Rela naik kapal selam mendarat kat Pantai Sabak..heeee

Ada satu tahun tu lak tiket habis lagi..Kali ini naik lak keretapi..Perjalanan biasa keretapi 12jam dari KL Sentral ke Wakaf Bharu..Standard la tu..Tapi kali nie,raya up sikit..Rel keretapi jam kot..Semua keretapi nak balik kampung,jadi la 16 jam..Pergh..Lagi la nazak..Dengan tak mandinye..Rasa nak turun berlari sampai rumah pon ada..RIMAS,,hahaha

Bila cakap dengan atuk ~ dia kata zaman dia jadi askar dulu pun lama tu la naik keretapi dari KL ke KB tak improve samapi sekarang..KTMB please do something..Keretapi laju banyak je kat Jepun..Beli la sebijik..Jangan la upgrade Airport je :D

Ada satu tahun tu lak ~ naik bas carta..Gembira rasa hati bas datang pick up dalam UIA..Tak kena kuar p stesen bas..haha..Indah Khabar dari rupa..Bas kul 7 pagi ditunggu pukul 11 pagi baru sampai..haha..Hampeh..Bas Transnasional lak tu..Adoyai..Masa tu 29 Ramadhan kot..Dok terbayang dalam kepala beraya dengan 'niggis' dah..Cilako punye bas bagi harapan palsu :D

Pastu perjalanan tau tau jela semua nak balik raya..Jam yang amat..Kul 1 pagi sam[ai Kota Bharu..16 jam jugak la jadinya...Dah menunggu bas dari pukul 7 pagi..Nasib tak bukak pose..huhuu

Dan 2 tahun lepas naik bas transnasional gak,tiket tambahan..Budget mcm dapat bas elok la kan..tengok2 mcm hampeh..dapat coaster yang kecik tu..dia sumbat 40 orang..bantai balik pantai timur..sepanjang jalan dok melambung2 dalam bas..pe hal bas bandar buat jadi bas express..sampai rumah mereng sehari..tak dapat bawak kete..pening kepala..gegaran otak ;))

Saya bila masuk bab raya ~ mula menyampah sebab orang kelantan ramai sangat di perantauan..Korang nak duk sini jangan kacau tiket bas aku leh tak..haha..Ni tak puasa lagi tiket bas dah sold out..Takke pening kepala tu..huhu..Untuk rekod lebih dari 700000 rakyat kelantan berada di perantauan..haha..Bapak la ramai..Adeh..Saya masuk la salah seorang..Nak wat macam mana UIA takde kat kelantan..kalu tak saya g UIA kat kelantan dah :p

Dan tahun nie tahun last saya balik raya dari UIA..Saya balik lambat lagi..Sebabnya nak teman paan..Dia ajak balik sama dengan dia..Pdahal saya dah beli tiket awal dah..Takpe la..tolong orang nnt orang tolong kita balik kan?Susah sikit takpe..Moga Allah redha kita buat baik senangkan hati orang..walaupun orang jarang senangkan hati kita ;)

Tuler sikit sebanyak citer saya balik kampung..Nasib la saya ada kampung lagi(walaupun mcm tak bape kampung).

Korang macam mana?Nak dengar citer korang gak ;)


Thursday, September 2, 2010

HAI ANAK..BERUNTUNGNYA HIDUPMU PUNYA AYAH IBU..

Petang tadi berkesempatan ke bazar ramadhan Greenwood..Seronok ke sana sebab banyak pilihan..Tapi dut pun kena ready banyak sebab segala benda nak beli kalau p sana..Apa lagi perut tengah berkeroncong..Segalanya sedap di mata ;))

Sedang seronok membuat perkiraan nak membeli apa yang juadah hari ini,terpandang seorang pak cik bersama anak kecilnya berusia 7 tahun barangkali..Pak cik nie sedang memujuk anaknya mungkin yang baru lepas menangis,bertanya itu dan ini sambil membawa anaknya me'round' gerai-gerai."Nak itu tak?Ke nak yang ini?"tanya si ayah.

Bila mana terpandang mereka,terus teingat ayah dan emak di rumah.Terkenang peristiwa masa kecil-kecil dahulu.Pernah suatu ketika masa saya darjah 6,saya teringin mahu permainan elektronik 'DIGIMON'.Mahal harganya.Masa tu ayah biasa beli permainan murah je.Ayah dan mak memang tak ajar kami semua mewah dalam hidup.Walaupun ayah dan mak takde la susah sangat.Ayah kata kalau nak mewah-mewah,cari sendiri.Mewah banyak susah dari bahagia.huhu

Berbalik pada cerita DIGIMON tadi,kawan-kawan semua ada..Saya je yang takde..Rasa tergugat la..Maklum la budak-budak..Macam orang sekarang la,hampir semua orang 'kapel',kalau kita tak kapel rasa mcm kurang dan rendah diri.Tapi tak semua la rasa gtu kan?Nak buat perumpamaan saje ;)

Ayah pun bawak la saya pergi Berjaya Megamall,pusing-pusing.Cari jugak sampai jumpa.Tak nak hampakan saya.Last-last jumpa.Harga rm55.Kaler putih.Lawa.Teruja tengok.Ayah tanya betul nak ni?Mahal ni harga dia.Saya angguk.Ayah pun beli la kasi saya.Hati sangat la gembira.Teruja dapat 'battle' dgn kawan-kawan.

Mak pun sama,mak sangat la alert dengan makan saya.Ahmad nak makan apa?Lompat tikam,puding gula hangus,tepung pelita,lepat pisang,akok bla bla bla.Mak laju je g cari tak pun wat sendiri.Ada satu benda yang mak buat yang orang lain tak leh lawan ~ puding gula hangus(puding caremel).Yang lain saya makan tak sedap.Mesti jugak nak makan mak punye.'Hantu makan' memang la selalu susahkan mak kalau balik rumah..huhu..Mak sorry..Ahmad kan anak mak ;)

Dah besar-besar ni pun,masih perlukan ayah.Tiap dua minggu,ayah mesti telefon.Mad duit dah masuk sebelum saya sempat mintak.Maklum la.Saya tak dapat nak bermewah sangat,sebab takde biasiswa dan pinjaman macam kawan-kawan lain.Semuanya kena berharap pada ayah mak.Selalu cakap dgn ayah,segan nak mintak duit.Kadang-kadang bertahan lapar,sebab rasanya baru mintak duit dgn ayah.

Untungnya hidup hai anak,punya ayah ibu..

Nak apa,cakap,tunjuk je.Dapat..

Ayah Ibu kerja siang malam nak bagi makan anak,anak habiskan macam tu je.

Tingginya kasih dan sayang mereka buat anak..Unconditional..Tak pernah berkira..

Jarang sekali bising anak mintak itu ini..Tapi hai anak,berapa kali kamu berterima kasih kepadanya..

Berapa kali kamu mendoakan mereka dalam solatmu..Sudah terbalaskah segala jasa mereka untuk kamu..

Allahuakbar ~ jangan tempatkan kami dikalangan anak-anak derhaka dan tak mengenang budi..

Air mata mengalir laju..Merindui ayah dan emak di rumah..Sudah lama tak memeluk mereka..Mencium tangan mereka dan bersolat jemaah dengan mereka..

Beruntung buat mereka yang masih punya ayah ibu..Mereka rahmat buat kita..

"Ya Tuhan kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami sejak dari kecil lagi"

Ameen..

Sayang emak sayang ayah!


Wednesday, September 1, 2010

TUKAR TEMPLATE LAGI?

CIPUT tukar template lagi?aiyooo..kali ke berapa tah..saya pon tak ingat

Tapi saya ada simpan la template yang CIPUT pernah simpan guna.

Sampai ada seorang sahabat suggest saya tukar url blog nie jadi tukar-sokmo.blogspot.com.Hahaha.Ada ke patut.Bukan sengaja la nak tukar selalu,tapi template sebelum nie rosak.Saya pun baru perasan bila sahabat saya tegur tarikh posting tak nak tukar ke,asyik 22 hb je.Dah dia tegur baru saya perasan.Sebenarnya leh je nak edit coding tapi wat coding nie leceh sikit.Kena teliti dan leh pening kepala.huhu.Solution terbaik tukar je template lain dan saya menemui template ini.Comey ke?Ada kata comey ada kata serabut.he.

Kriteria saya pilih template nie pertama mesti ada 3 column.Dulu saya senang dengan 2 column je,tapi sekarang bila dah makin byk aksesori nak letak kat blog rasa lebih senang dengan 3 column.Selain itu, design template tu jangan la simple or complicated sgt.Saya jenis tak suka mudah sangat dan susah sangat.Kalian pula bagaimana?Apa kriteria?Share la.Mana tau saya dapat idea dari korang ;)

Habis cerita template..

Pastu cerita pelik lak..Petang tadi dapat la msg dari sahabat seorang nie ~ ahmad,ada orang bgtau tgh bahagia skrg..tahniah..im happy for you.Tetiba..Saya lak yang jadi shocked..Apa hal tetiba..hehe..Takde angin tak de ribut..Nak kata saya buat drama kat facebook,lama dah drama tu.Takkan baru sampai ke telinga dia..haha

Pape pun,mmg la 'bahagia' skrg..tapi bukan dengan sapa-sapa pun.bahagia dengan CONVEST.dgn meeting berderet..duit tinggal CIPUT.Hampir semuanya sbb CONVEST 10.Tak ada unsur manusia iye sahabat.Kalau betul pon bahagia,takkan la ahmad tak gtau.Ala setakat status kar facebook,terjumpa jalan sama-sama or makan sama-sama,bukan alibi kuat lagi nak kata bahagia.Hati manusia siapa yang tahu kan?

APA YANG TERZAHIR BELUM TENTU HAKIKAT YANG PASTI ;)

Gitula cerita untuk hari ini..Nak bahagia biar mak restu dulu..Tak nak mak dikeduakan dalam hidup.

Sekian untuk hari ini..Nak melalut buat CP lak..Nanti nak balik raya..

p/s:alhamdulillah dapat bertahan untuk puasa hari ini walaupun gastrik yang amat.Tak nak ganti puasa sebenarnya ;))

KEMERDEKAAN & APA ERTINYA KEPADA KITA?

Pertamanya belum terlewat untuk saya ucapkan SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 53 untuk warga Malaysia..MALAYSIAKU GEMILANG..Kalau saya,lahir-lahir saje dah merdeka..Nikmat yang sangat berharga Allah kurniakan kepada saya yang saya amat syukuri..Sahabat-sahabat saya di negara yang masih terjajah,masih lagi berjuang untuk mendapat segulung penghargaan & nikmat bernama 'kemerdekaan'.

Soalnya apa yang kita ertikan dan fahami dengan kemerdekaan ini?

Adakah ia semata-mata angka ~ setiap tahun menghitung berapa tahun sudah kita mencapai kemerdekaan?

Adakah kemerdekaan itu bermaksud pesta bunga api kerna hari-hari biasa tiada peluru-peluru api ke udara?

Adakah kemerdekaan itu memberi erti kebebasan dari kongkongan fizikal oleh para penjajah dan kita boleh berbuat sesuka hati tanpa ada pihak mengawal kita lagi?

Apa pun erti kemerdekaan bagi kita semua ~ mengertilah yang kita hanya akan dapat apa yang kita ertikan..

Andai kita melihat merdeka itu sebagai pesta,maka pesta ajelah yang kita dapat..Yang lain tak dapat kita fahami dan hayati.

Andai kita melihat merdeka itu sebagai medan untuk kebebasan berniaga dan mendapat untung,maka untung ajelah yang kita dapat.

Fahamilah erti kemerdekaan yang sebenar dari sudut yang lebih luas,dari padangan manusia yang sudah berusia 53 tahun..

Sepatutnya kita boleh melihat kemerdekaan dari sudut dan visi yang berbeda..Cukup-cukuplah pesta dan sambutan yang berlebihan..Sambutlah dengan keadaan yang sederhana namun tidak lupa sematkan keazaman bahawa masih berbaki dan berhutang kita dengan para pejuang kemerdekaan terdahulu yang tanggungjawab untuk 'built up' tanah tumpah ini masih lagi berlangsung.

Jangan lupa kita pada Wawasan 2020 ~ ke mana hala tuju perlaksanaannya ketika ia sudah menghampiri ke penamatnya..

Ke mana kita belanjakan hasil bumi kita,petroleum misalnya untuk kebaikan dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Berapa ramai lagi kalangan kita yang tak mampu untuk membaca menulis mengira seperti yang Tun Razak inginkan dari tahun 1970an lagi..

Dan berapa ramai lagi penduduk kita yang masih mempunyai pendapatan isi rumah di bawah garis kemiskinan..Alahai nak terus hidup macam mana dieorg nie..Kata negara dah merdeka lama..

Justeru itulah saya menyeru diri saya dan kalian semua untuk kita sama-sama bermuhasabah balik,apa erti kemerdekaan buat kita..Lihatlah dari perspektif dan view seorang yang lebih dewasa dan matang..

Paling mudah ~ tanya pada diri,apa yang boleh aku sumbangkan untuk negara ini.

Acap kali orang bertanya apa yang negara boleh beri pada dia..Agak biadap permintaan itu..Kerna ini hak kita..Ini tanah kita,kitalah yang seharusnya bekorban untuknya demi anak-anak cucu kita..Sekurang-kurangnya tinggal sesuatu untuk ia agar anak cucu kita dapat merasai nikmat bertanah tuankan negara MALAYSIA yang kekal merdeka ;)

DIRGAHAYU MALAYSIA!

p/s : apa yang saya melalut kali nie tah la.. ;))