Pages

RSS

Selamat Datang ke Blog Saya
Harap anda 'pening' membacanya.

Monday, December 26, 2011

JIKA BUKAN KERANA KASIH

Sungguh lama saya tidak menulis entry baru.Rindu yang teramat.Tapi dek kerana masa dan keadaan yg amat mengekang terpaksa saya tinggal CIPUT utk sementara waktu..

Saya baru saja menamatkan pengajian semester pertama saya dalam Sarjana Pengurusan Perniagaan.Ada 5 sem lagi untuk bertarung.




Dan mengikuti pengajian Sarjana secara separuh masa sungguh menekan masa saya.Seingat saya, 6,7 paper satu semester ketika undergrade lebih mudah dari 3 paper satu sem dlm pengajian Sarjana..

Usai 4 hari peperiksaan,demam melanda saya.Allahurabbi.Ini baru lepas seminggu dan alhamdulillah beransur pulih.Syukur.

Ramai yg bertanya,kenapa sambung belajar sedangkan sudah ada karier dan jalan yg baik utk ke puncak?kenapa ambil bidang lain dari law?kenapa bersusah payah pergi kelas lagi?

Jawapannya simple - Kerana saya kasih kepada Ilmu..

Wednesday, October 26, 2011

UIA VS AZIZ BARI VS GOVERNMENT


Saya pasti kalian sama seperti saya, sudah melihat pelbagai komen,cercaan,hinaan dan sebagainya sejak dari isu penggantungan Prof Dr Aziz Bari dihebahkan kepada umum pada minggu lepas yang membawa kepada seribu satu macam persoalan.

Saya turut terpanggil untuk memberikan komen mengenai isu ini kerana pada saya,ramai yang sudah jauh menyimpang dari isu sebenar yang sepatutnya dibincangkan.

Understood The Issue First!


Prof Aziz telah dijadikan 'media attention' berikutan komen yang diberikan oleh beliau berkenaan titah Sultan Selangor mengenai serbuan yang dilakukan JAIS terhadap sebuah gereja di Damansara.

Atas gesaan dan laporan polis yang dibuat oleh beberapa ahli politik 'friendly-to-BN' antaranya YB Zulkifli Nordin dan Senator Ezam Mohd Noor,beliau telah disiasat oleh SKMM dan pihak polis atas komen yang telah beliau utarakan yang dikatakan telah 'menderhaka' kepada Sultan.

Akibatnya


Beliau telah diberikan surat tunjuk sebab oleh pihak pentadbiran UIA dan selang keesokkan harinya beliau telah digantung perkhidmatan sementara menunggu hasil siasatan selesai dijalankan oleh pihak UIA.

Pada saya,siapa pun anda - ia akan menentukan bagaimana isu ini dan mengapa isu ini berlaku dan terjadi.Anda mungkin Pro Pembangkang yang sudah jelik dan muak dengan pelbagai isu yang saban hari menusuk ke telinga anda dan anda mungkin Pro Kerajaan yang sudah lali dengan taktik pembangkang yang memutar-belitkan isu yang boleh dijadikan 'political gain' kepada mereka.Siapa pun anda,anda sememanganya berhak untuk menyatakan pendapat dan pendirian anda tentang isu ini.Namun,pada saya,ianya harus diberikan secara berhemah demi untuk kepentingan semua.

Prof Dr Aziz Bari


Dia boleh saya katakan 'academic selebrity' kerana mana ada pensyarah yang mempunyai ramai pengikut seperti beliau di Malaysia.Bidang kepakarannya dan keadaan politik semasa sememangnya membantu beliau untuk terus menghiasi dada-dada akhbar masakini lebih-lebih lagi media elektronik.

Dan sememangnya saya sungguh bertuah kerana diberi peluang untuk berguru dengannya.Prof Aziz yang saya kenal di dalam kuliah dan di luar kuliah ialah orang yang sama.Dia bukan orang yang suka 'gebang sana-sini'.Dia orang yang 'straight to the point'.Selalu kami diingatkan untuk jawab soalan ketika final exam - First,you must answer the issue.I single sentence you address the issue,then you will get 5 marks.For 1 question,never answer more than 2 pages or else it is rubbish.You must get the fact clear.Begitulah antara tutur katanya yang saya masih ingat dan terngiang-ngiang di telinga saya.

Dan bila mana,ada manusia tuduh dia sebagai Pro Pembangkang, saya totally disagree with this view. Maaf,anda mungkin kenal beliau dengan tulisan atau di mana sahaja,tapi saya kenal beliau di kuliah dan di luar kuliah.Dia akan sebut apa jugak benda yang dia nak sebut dan dia rasa betul tak kira la benda tu untung kepada sesiapa.Cumanya apa yang dia sebut banyak memberi keuntungan kepada Pembangkang.Sebab apa?haa,lu pikir la sendiri kenapa.

Pernah sekali kami belajar topik yang melibatkan kuasa Perdana Menteri di dalam Perlembagaan,terus beliau komen tentang kes Dato Seri Anwar memfailkan permohonan terhadap Dr Mahathir untuk declare pemecatan beliau adalah tidak sah. Saya ingat Prof memang maki habis lawyer Anwar dalam kes ni.Katanya  benda jelas dalam Law,tak payah initial legal proceeding pun dah tahu memang Dr Mahathir ada kuasa untuk pecat Anwar.Saya ingat yang ni,Kerajaan tak highlight pun dan cakap Prof sokong mereka.


Dan Prof pernah sekali hadir bertemu saya dan teman-teman di pejabat LAWSOC semasa saya masih berada dalam tenure,menyatakan bahawa beliau tak bersetuju dengan tindakan campur tangan oleh Sultan Perak semasa berlakunya krisis kejatuhan kerajaan Perak pada tahun 2008 dan minta kami initial satu program untuk perjelaskan isu ini kepada umum.Kalau kami mampu,dia dapat usahakan untuk bawa VVVVVVIP untuk rasmikan program tersebut.Tapi malangnya kerana kekangan masa,program itu hanya tersangkut di pihak pentadbiran.Apa pun,saya rasa anda akan bersetuju dengan saya,andai anda kenal beliau dengan cara yang dekat,he is the man who uphold the truth.

Prof Dr Zaleha Kamarudin


Yang ini mungkin masyarakat di luar sana tak berapa kenal tapi saya pasti,pengkaji-pengkaji mengenai undang-undang keluarga pasti pernah terjumpa namanya dalam mana-mana jurnal atau kertas kerja. Dialah manusia yang saya kenal dengan penuh 'soft touch' dengan hati saya. A very powerful lady yet a down to earth woman.

Ketika mula menjejakkan kaki ke AIKOL(Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws), ketika itu Prof Zaleha ialah dekannya dan kami para pelajar baru diwajibkan untuk menghadiri satu sesi bersama dengan pentadbiran kuliah. Saya mula tertarik dengan beliau dan ucapannya. Prof ialah manusia yang mahu insan disekelilingnya 'hidup' dengan hujah dan alasan dan bukan semata-mata 'blind follower'.Diterangkannya kenapa kami berada di sini dan sedikit sebanyak sejarah AIKOL.Katanya kenapa kita memilih untuk mengguna pakai Kulliyah berbanding dengan Fakulti kerana umumnya,Kulliyyah itu lebih besar dari Fakulti dan kenapa kita abadikan nama Ahmad Bin Mohammad Ibrahim sebagai nama kulliyyah kita kerana sumbangan besarnya dalam 'mengarahkan' pengajian undang-undang kita semua. Katanya lagi Prof Ahmad lebih mahu dikenali sebagai 'academician' rather than 'Tan Sri' dan oleh itu apabila menyebut namanya, sebutannya perlu Prof Tan Sri Ahmad Ibrahim dan bukannya Tan Sri Prof Ahmad Ibrahim.

Masa itu,saya rasa sesuatu dalam diri.Aiseyh,Prof Zaleha memang ada its own art of thinking. Mengajar kita mulai mencintai kulliyyah dan tempat kami belajar dengan cara yang paling basic.

Dan apabila saya dan teman-teman mula diamanahkan untuk memegang kepimpinan LAWSOC(Persatuan Mahasiswa Undand-undang UIAM), beliaulah yang mahu bertemu kami personally without our advisor. Katanya, seorang ibu lebih memahami anak-anaknya berbanding orang lain. Dan kami sangat bertuah, kerana setiap kali pertemuan, Prof yang turun ke bilik mesyuarat kami di tingkat bawah instead of kami naik ke bilik mesyuarat beliau. Sebelum ini, pejabat LAWSOC berada di tingkat 3 dan sangat terpencil dari para pelajar dan apabila kami mula memegang jawatan, beliau membuat sedikit renovation, mengurniakan kami (LAWSOC & MOOTERS) Students' Activity Centre di Ground Floor. Alasannya mudah - you are the students' leader. You have to be in the heart of the students and you belong to them. Beliau mahu kami mudah dicapai dan didekati oleh pelajar. Katanya lagi, I am sacrificing my 20's lecturer rooms for betterment of students.

Tuhan pinjamkan beliau untuk kami tidak lama dan untuk penggal kedua kami, beliau menerima tawaran untuk menjadi Timbalan Pengarah IKIM. Semasa tersebar khabar angin bahawa beliau akan berpindah, saya menjadi agak sedih. Mungkin kerana personal touching beliau dengan kami dan beliau membuat special meeting dengan kami untuk memberitahu akan hal itu sebelum academic staff lain dan katanya penggantinya akan buat lebih baik untuk kami.

Dan kalau kalian pernah mendengar slotnya di IKIM untuk apa-apa bicara, kalian mungkin tertarik dengan cara beliau berhujah.Sangat simple dan humble dan sememangnya itulah orangnya,luar dan dalam dia tetap orang yang sama seorang ibu yang sangat baik hati dan rasional.

UIA


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau IIUM atau Taman Ilmu dan Budi ialah universiti yang telah memberi show cause letter kepada Prof Aziz dan sehari selepasnya menggantung tugas Prof pending investigation atas komen yang telah beliau buat atas titah yang dibuat oleh Sultan Selangor.

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia


Reaksi berbeza boleh kita lihat oleh KPTM dalam hal ini. Dato Khaled Nordin, Menteri yang bertanggungjawab atas kementerian ini, memberikan reaksi yang agak kaku pada saya dengan mengatakan 'ianya adalah hak universiti dan saya tidak akan masuk campur'.

Berbeza dengan Dato Saifuddin Abdullah iaitu Timbalan Menteri KPTM yang dikatakan sedih dengan penggantungan ini dan telah mengarahkan pihak universiti untuk memberi laporan kepada beliau tentang situasi yang berlaku. Katanya sepatutnya universiti memberi peluang kepada Prof Aziz untuk menjawab 'show cause' letter terlebih dahulu sebelum menggantung beliau dan seandainya terdapat undang-undang yang membenarkan pentadbiran UIA untuk berbuat demikian,Dato Saifuddin mengatakan bahawa ia adalah undang-undang kuno dan mesti digubal undang-udang baru yang lebih moden sesuai dengan kehendak masyarakat kentemporari.

Pandangan dan Reaksi saya


Saya percaya umumnya mengetahui keadaan dan kondisi politik dan kehendak pemerintah di Malaysia baik dari segi akademik, agama dan kebebasan media. Apa jua yang berlaku dan andai ia tidak menguntungkan parti pemerintah, segala macam cara akan digunakan untuk menekan dan membuat kita semua menunduk kepada mereka.

Saya mengambil pendekatan bahawa beban ini tidaklah dipikul sepenuhnya oleh Prof Zaleha sebagai Rektor UIA kerana beliau hanya seorang penjawat awam yang tidak lain terpaksa tunduk kepada undang-undang dan pendirian parti pemerintah. Dakwaan sesetengah pihak bahawa Prof Zaleha dan Prof Aziz saling mengenali kerana sudah lama berkawan dan Prof Zaleha telah mengkhianiti Prof Aziz adalah tuduhan yang berlandaskan emosi semata-mata. Hujahnya mudah. Kesediaan untuk Prof Zaleha bertemu dengan pemimpin pelajar sebelum berlakunya demo dan sidang media menjelaskan situasi terkini tempoh hari menunjukkan keinginan yang jelas dari beliau untuk menyelesaikan isu ini. Semakin banyak cacian dan makian yang dibuat oleh 'outsiders', semakin terserlah sikap mereka yang sememangnya tidak memahami keunikan UIA dalam membuat sebarang keputusan. Saya percaya, Prof Zaleha boleh menggunakan sikap pecah dan perintah atau diktator untuk menyelesaikan isu ini tapi beliau memilih jalan untuk memahamkan dan menyelesaikan.

Umum perlu mengetahui bahawa, setiap keputusan yang dilakukan di UIA,baik dari peringkat pimpinan pelajar hingga ke peringkat tertinggi pentadbiran menggunakan sistem syura. Keputusan yang dibuat adalah persetujuan bersama dan bukannya keputusan individu.

We deserve to blame UIA on this matter but we shouldn't blame Prof Zaleha alone. Go blame the coward and stupid politician for defending the bad system for our people.

Dan pada saya, Prof Aziz juga ada silapnya dalam hal ini. Sepatutnya bila berlaku isu dalam keluarga kita, go explaining to the family. He shouldn't use the media to explain the situation. Ini sememangnya menambah kekeruhan dan Prof Aziz pada saya perlu menunjukkan bahawa beliau jugak tertakluk kepada undang-udang UIA yang mana telah menjadi majikan beliau selama 22 tahun. Andai, selepas segala penjelasan dibuat dan beliau masih didapati bersalah, barulah beliau perlu mempertahankan diri dengan segala cara yang ada untuk membersihkan dirinya. Siapa pun kita, kita tetap tertakluk kepada superior kita dan saya percaya kita masih menjunjung undang-undang kita walaupun ia undang-undang yang zalim, kita perlu berusaha untuk  mengubahnya dan tidak hanya membiarkannya.

Kenyataan yang dibuat oleh Dato Khaled Nordin pada saya adalah kenyataan yang 'play safe'. As the minister responsible for the university, sepatutnya beliau menyatakan pendiriannya dan bukan meletakkan UIA 'hanging in the air' semata-mata dan pada saya Dato Saifuddin lebih mempunyai krediliti dalam hal ini. Saya percaya, semua dari kita mahukan kebebasan akademik yang total demi untuk menyuburkan hebahan ilmu kepada semua rakyat Malaysia. Andai sikap 'directive academician' yang ingin pemerintah suburkan di kalangan rakyat Malaysia, usah kita semua bermimpi untuk pusat pengajian kita disanjungi oleh orang luar terutamanya pelabur asing.

Saya percaya isu ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Yup, law evolves when there is a new case and UIA have set its own benchmark and precedence for academic freedom and transparency. Acap kali saya ditanya, anda sokong siapa, Prof Aziz or Prof Zaleha?Jawab saya mudah, why can we have both as both are asset to Malaysian people. Seperti mana kita ditanya apakah kriteria calon isteri kelak cantik ke kaya? Kenapa tidak cantik dan kaya kerana itukan lebih sempurna.

Justeru itu, saya menggesa kalian semua, buang yang keruh ambil yang jernih dalam hal ini dan saya percaya isu ini akan diselesaikan dengan sebaiknya oleh UIA dan Prof Zaleha sebagai pengemudinya. Penghalang utama kepada kebebasan akademik hanyalah satu - PEMERINTAH. Pada yang tidak putus-putus mengkritik, teruskan usaha kita. Let's fight for the betterment of our Ummah, our people, our country and our future generation insyallah.

Komen dialu-alukan ;)

Wednesday, September 14, 2011

SEJARAH ITU KITA

Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin ;)

Tak terlambat lagi untuk ucapkan saya rasa kerana masih kita di bulan Syawal..hehe

Punya la lama tak buat posting sampai BLOGGER pun dah ada interface baru dan saya masih agak kekok nak guna.Adoyai macam mula-mula kahwin mesti kekkok gak kan?haha

Haa..Selamat Pengantin Baru jugak la buat kawan dan sahabat yang telah selamat di'ikat'kan..Dah kahwin buatlah cara dah kahwin..Sila lupakan zaman yang banyak dihabiskan masa bersama kawan-kawan..hehe..

Dua, Tiga minggu ini kecoh pasal isu KOMUNIS yang diwarnakan dengan pelbagai warna. Komunis jahat,komunis baik,komunis bintang tiga bla bla bla bla..

Apa pun pandangan anda terhadap isu ini,ia adalah pandangan anda berdasarkan apa yang anda dan kalian faham. Tapi pesan saya,pilihlah untuk merujuk dan membaca dahulu berpegang pada satu-satu pandangan,takut-takut pandangan yang anda pegang itu kelak diketahui sebagai pandangan songsang..Boleh ter'songsang' anda nanti..

Apa pun,saya salute pada Mat Sabu. Timbalan Presiden PAS ini memang berjaya mainkan isu dengan baik.Memang true politician la. Tiba-tiba semua orang minat sejarah,cari gali semula isu Komunis, Bukit Kepong, Kemerdekaan dan bla bla bla..

Sukanya saya kerana Sejarah memang subjek yang saya minat di sekolah..Kalau di sekolah rendah,saya suka dengan kajian tempatan,di sekolah menengah saya jatuh cinta dengan Sejarah.Bak kata orang,peguam memang minat Sejarah.Yeke?Tak jugak.hehe

Teringat pada zaman sekolah menengah dulu, Cikgu Nasri memang power mengajar walaupun Sejarah bukanlah subjek favourite tambah-tambah untuk budak pure science macam kami.Bila dia start mengajar,habis lah satu papan hitam di contengnya,dibuat peta minda,diceritakan kami segala macam cerita supaya kami tak mengantuk.

Buku teks miliknya memang kena selalu tukar, sebab hancur dibaca dan dibuat catatan. Aduh memang true teacher of History la.Kadang-kadang hari sabtu pun ada kelas.Memang malang sungguh.


Kami first batch yang dapat buku Sejarah ini yang versi first - walaupun Dr Mahathir kata,Sejarah ini Sejarah yang silap,saya tetap la suka.Cuma cara pembacaan kita terhadap sejarah yang menentukan siapa kita yang sebenar dan siapa yang kita lebih hargai.

Apa pun,doa saya kepada semua Rakyat Malaysia,bukalah kembali lembaran sejarah,kegagalan kita untuk merujuk Sejarah mungkin menyebabkan kita kembali mengulangi kegagalan masa lampau.

Kita mungkin lupa kepada Sejarah kita,tapi Sejarah takkan pernah lupa akan kita kerana KITA ITU SEJARAH ~

Cikgu,rindu kelas cikgu ;)

Monday, August 22, 2011

PILIHLAH UNTUK TIDAK MEMILIH

Saya sangat tidak gemar bila manusia bertaqlid buta..erk..Menghukum atau berpihak tanpa sebab dan alasan yang kukuh.

A bergaduh dengan B kerana B bergaduh dengan awek A.Memang bodoh dan tak masuk akal.orang bergaduh dan kamu pun ikut bergaduh.

Sepatutnya kita memberi dia ruang untuk diberi penjelasan bukan menghukum terus - okay aku benci ko.Mudah sungguh.

Dan sekarang memang kerap terjadi perkara begini.Nak tergelak pun ada kadang-kadang.Baru jadi buah hati,dia pula yang lebih-lebih.Adoyai.kalu dah kahwin nanti entah apa lagi yang jadi.

Takpun kawan bermasam muka dengan kawan sebab kawan yang lain,tak pasal-pasal.Jiwwo sungguh.

Pada akhirnya,biarlah siapa-siapa disekekliling kita nak bergaduh dengan siapa-siapa,selagi mana dia tidak membuat masalah dengan diri kita,pilihlah untuk tidak memilih mana-mana pihak dan pilihlah untuk hidup aman dan tenteram.Ukhwah itu indah bila kita memeliharanya kerana Dia yang Maha Penyayang.Ameen.

Sunday, August 14, 2011

OTAK SAYA TERLALU BANYAK IDEA

Saya ingat saya boleh jadi 'giler' dan sewel sebab saya banyak sangat fikir..haha..Terkadang,saya gagal nak lelapkan mata kerana ranumnya saya fikir.Adea.Kacau sungguh.Tapi takpe sebab saya suka berfikir.

Kalau dulu bila nak ke bilik air je,mesti Nuar akan tegur,okay aku dah nampak dah kepala ko nak botak sebab ko banyak sangat fikir..*celaka punya kawan,ada ke patut buat countdown..hehe..* nanti kalu nak botak aku buat treatment la weyh..haha

Tapi saya tatau la idea saya boleh pakai ke tidak - besanya saya akan simpan je idea saya tapi kali ni saya nak kongsi dengan kalian semua.

1-Nak buat private hospital untuk accomodate orang sakit di Malaysia.Kenapa saya fikir begini,sebab sudah beberapa kali saya turun naik ke hospital kerajaan menemani Tok Wan,dan treatment yang diterima,maaf saya katakan,tak layak diberi untuk orang sakit.Orang datang untuk dirawat bukan untuk merawat diri sendiri.heh!Tak perlu cakap panjang dan saya rasa kalian semua ada pengalaman,kalu takde,silalah sakit dan masuk mana-mana hospital kerajaan..*ini bukan kutuk tapi we need improvement in serving the ill people*

Soalnya mampu ke tak orang sakit nak bayar bil rawatan yang maha mahal di private hospital - jawabnya,yes we are.Macam mana tu?Masuk TAKAFUL/INSURAN. Kalau kita mampu untuk spend thousand on our accessories,why not spending for our health care and invesment for future. Kita mencarum sedikit dari income kita terima untuk kita dapatkan treatment yang terbaik semasa kita perlukannya.Masalahnya,orang kita tak fikir benda-benda ni.Ikut rekod hanya 38 percent orang Malaysia ada perlindungan takaful/insuran.Punya la nak menjawab idea 'giler' saya ini,saya hadir ke kursus takaful selama dua hari dan hasilnya memang sangat puas.OKAY JOM BUKAK PRIVATE HOSPITAL..haha..*mimpi yang tah jadi kenyataan ke tidak*

Tapi saya menyeru kalian semua,ada pendapatan kelak,spend la untuk takaful penghospitalan dan perubatan,bukan untuk agen insuran,bukan untuk syarikat insuran tapi untuk kita sendiri.

2-Nak ada master degree dalam umur 25 tahun.Yang ini memang insyallah kalu takde aral,saya akan mula kembali ke kelas lepas raya ni. Apa yang buat saya sangat mahu pulang ke kelas - jawapannya,boring weyh keje takleh memonteng..haha..Kelas boleh ponteng..hehe..Sebenarnya tengok keadaan sekarang ini,graduates terlalu ramai di pasaran dan kalau kita tak nak bergerak memajukan diri,kita mahu berada di tahap mana 10 tahun lagi.Saya tak mahu ditinggal kelak dan pastinya saya tak mahu berada di belakang..Kalian pun pasti tak mahu,dan kalu ikut hati semua dah malas nak belajar lagi tapi ingat-ingatlah 10,20 tahun akan datang.

Dan satu benda yang saya suka,bila mana trend Singaporean yang ada double/triple degree or double master..Sungguh mengkagumkan..Kenapa mereka je mampu,kita pun mampu,,Tak rugi pun tambah ilmu cuma perlukan sedikit pengorbanan je :)

3-Tempoh hari mak tanya,tak penat ke bawak kete KL-KB-KUANTAN-KT-KB..dah la tak berenti berjalan..hehe..Jawab anaknya,tak pe bawak je sekarang,nanti 3 tahun lagi nak hired driver..haha..ameen..Masa mula-mula dulu bila dapat lesen,segala jenih kereta saya nak bawak,tak nak kasi orang bawak dan sanggup tahan mata semata nak drive.Sekarang ni dah 6 tahun dapat lesen,memang haram malas giler nak bawak kereta.Takpe mak,ahmad akan pakai driver nanti 3 tahun lagi.Ameen :D

4-Saya sangat suka akan BUSINESS.Pada saya orang yang memilih usahawan sebagai karier adalah orang yang sangat kreatif kerana dapat 'membaca' the needs of the people..Tak semua orang mampu.Peniaga ALI BABA tak termasuk dalam lsit ye..haha..Dan andai ada rezeki,ingin saya join venture dengan sahabat-sahabat saya buat perniagaan..sapa-sapa saje..andai anda optimis,saya pun optimis..jom setup company dan create perniagaan yang anda idam2kan..merangkak ke menjalar ke,memang susah berniaga ni,tapi perjalanan yang beribu-ribu batu tu perlu bermula dengan langkah pertama ;)

5-Sebenarnya saya nak update blog,tapi saya banyak sangat idea dalam kepala sampai tatau mana satu saya nak tulis..haha..Dan ini idea untuk mencoret di kala tengahari di pejabat..hehe..Yang elok ambil sebagai pengajaran,yang huduh amek la sebagai teldana,yang mana rasa saya serius,bawak2lah berbincang dgn saya apa-apa yang saya coretkan di sini..

Salam Zuhur :p


Thursday, August 4, 2011

HE IS AN ENGINEER - ALHAMDULILLAH

Pagi Jumaat lepas dapat sms - alhamdulillah anda telah diterima sebagai engineer bahagian teeeeeeeeeeeeeeeeeetttttt..tengok sms,tak payah tengok sender pun dah tau sapa. ;)


Tu haa dia..Sapa nama?ce try google takpun search dalam Facebook tengok jumpa ke tak..hehe..

Ni nak buat tribute ni kat dia.- harap maklum ;p

Saya mula-mula kenal dia kat meja makan cafe Mahallah Abu Bakar masa tengok bola.Tapi sombong dia time tu,tak cakap banyak..Memang gtu pun,kalu dia tengok bola,mai la apa pun,memang tak layan dah..dop gtu boh?

Saya baik dengan kawannya dan kawannya yang introduce pada saya - masa matrik dulu saya rasa saya peramah,tegur orang tu,tegur orang ni tapi bila masuk main campus di gombak - saya suka untuk diam kerana rasa ramai sangat dah saya kenal..hahahahahaha

Dan apa yang lebih merapatkan kami bila kami sama-sama bekerja di Convest 08 - di Ketua saya dan saya Kuli dia..hehe..Tu pun hanya sebentar dan lepas tu masing-masing bawa haluan sendiri - saya ke peringkat 'dun' lawsoc dan dia ke peringkat 'parlimen' src. Beberapa minggu sebelum penamaan calon untuk SRC ketika itu,bertemu dengannya di court futsal Mahallah Siddiq dan saya bertanya 'mu tanding ko dop nih?' dia kata tunggu tengok.ceh padahal saya dah tau dia akan masuk dari raut wajah dia,terpikul beban nak isi borang.Beban kot nak isi borang jadi calon.Soalan yang kertas tu tanya susah kot.Tak caya,try masuk jadi calon..hahaha..

Dan bila selesai tanggungjawab kami menjadi wakil rakyat,kami ditemukan sekali lagi,kali ini di CONVEST 10. Di sini titik mula keakraban kami. Bukan di awal atau di tengah program tapi di akhir program. Dan program yang satu ini memang program yang terakhir saya di UIA kerana semester itu semester terakhir saya sebelum melangkah keluar sebagai Alumni.

Boleh kata tiap-tiap malam kami ketemu,walaupun esok harinya ada exam,melepas tension di cafe Mahallah Ali ataupun Mahallah Faruq kalau takde pengacau :p Pengacau yang dimaksudkan ialah orang-orang yang datang join semeja kalu kami nak story-story..haha..Ada satu kali tu,kami terpaksa ke tangga besar di Rectory Building sampai jam 4 pagi..Kalau ingat-ingat balik,memang kelakar habis :)) *tak habis cerita sokmo walaupun dah banyak yang terkeluar*

Apa yang best pasal KAMARUL HELMI?


Saya suka quotation ni - Seek First To understand, then be understood ~


Kalau saya boleh cakap, dia tu memang cerminan saya.Dia boleh baca gerak hati saya dan kami bertindak seiring dan kami memang selalu berdiri dengan prinsip kami dan tidak terpengaruh antara satu sama lain.Contohnya?Bila dia cakap dia ada tidak senang dengan someone,saya dengar sambil sengih.dan tidak pula saya simpan dalam hati saya tak senang dengan orang yang tu.Same goes to him.Bila saya maki orang yang saya bergaduh dengannya,dia pun dengar je..tapi bilamana kami bergaduh dengan orang yang sama,memang kami sama-sama lah hentam..hahahaha..*buat apa simpan-simpan buat baik dengan orang yang tak nak buat baik dengan kita*

Sama jugak kalu bab rahsia,memang masing-masing pegang rahsia,Walaupun akrab,rahsia tetap kami jaga..Pernah sekali saya beritahunya satu perkara,dia slumber jawab,aku lama dah tahu..haha..*bagus* tu yang bagus.Ada jarak pemisah walaupun kita kawan baik.

Dan saya ingat,ada beberapa kali,kami berjanji untuk ketemu,last sekali kami tak jumpa kerana masing-masing tunggu panggilan dari satu sama lain.Bila dah telefon tanya 'ko kat mana?' - 'aku tunggu ko la' - 'aku pun tunggu ko' - masing-masing geleng kepala..tapi takde la saya simpan dalam hati nak marah,kalau dengan orang lain,confirm saya panas hati jugak..hehe..

Dan saya ingat bila mana kami bercakap telefon memang susah nak habis..kalau bersms,kadang-kadang kerana kekangan masa,dia msg hari ini,saya reply esok,saya msg hari ni,esok dia reply.hehe.Dan beberapa bulan lepas,bila saya sms dia,saya kata mu nak wat apa pun,ikut mu la.Tapi jangan lupa jadi Engineer.Ramaikan Engineer dari UIA.Bersihkan projek mana yang termampu.Dan bila dia ckp dia akan mula kerja pada 1 Ramadhan,saya hanya mampu berkata - Thank you Allah for giving him chances to be an engineer ;)

Yup,susah nak dapat sahabat dan teman yang macam ni..Kalau tanya saya,ada la dua tiga orang dan salah seorangnya ialah Dia.Banyaknya 'penghuluran tangan' persahabatan tidak disambut dengan baik mungkin kerana qada qadar tuhan tidak menentukan saya untuk bersahabat baik dengan kalian..*kalau tanya saya,confirm saya jawab,saya nak baik dengan semua orang macam saya baik dengan Dia*


Ni gambar masa choclate fair CONVEST 10 - masing-masing tengah meroyan nak graduate..hahaha

Sahabat - sila bekerja sungguh dan cepat nikoh..erk..hahaha...nanti kita settle company printing mu tu :D

p/s : sincerely, i wish everybody could be my bestfriend like him ;)

Monday, August 1, 2011

LELAKI SEPERTI AKU

Salam Ramadhan ;)

Maaf sangat lama saya tidak men'update' blog..Bukan kerana tiada cerita untuk di update tapi kerana kekangan yang pelbagai.Sepanjang tidak mengupdate,dua kali saya berulang alik ke Kuala Lumpur - memang macam orang korporat keparat dah..hehe..

Dan menambah lagi kekusutan dalam diri semasa saya dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu,maka saya terdengarlah satu lagu di radio yang mana kemudiannya saya balik mencari tapi tak menjumpainya.Aduh 2 minggu tension sebab tak jumpa..haha..

Dan untuk hari pertama Ramadhan ini,mari sama-sama mendengar lagu ni,semoga bertambah amalan & pahala kita semua.haha



Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

Memang tak ada lelaki sehebat aku
Tapi yang lebih hebat banyak

Maka tak perlu kau susah hati
Banyak lelaki yang bisa kau pilih
Untuk kau jadikan sandaran hati

Memang tak ada lelaki seseksi aku
Tapi yang lebih seksi banyak

Memang tak ada lelaki setampan aku
Tapi yang lebih tampan banyak

Maka tak perlu sedu sedan itu
Jangan sampai kau rendahkan dirimu
Memaksa aku menjadi pacarmu

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Ceritanya aku sedang belajar setia
Makanya dari itu kamu jangan memaksa
Kerna aku memang tak suka mendua

Oo baby baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Oo baby
Jangan kau marah sebab ku tolak
Ku tahu kau cantik
Ku percaya kau baik
Ku yakin pasti ada
Lelaki yang tertarik
Oo baby
Jangan kau dendam sebab ku enggan

Bercinta aku mahu
Tapi tidak denganmu
Ku sudah ada satu
Kekasih yang menunggu

Memang tak ada lelaki seperti aku
Tapi yang lebih baik banyak

p/s:saya tujukan lagu ini buat siapa-siapa yang terasa la kalu dengarnya,dengan saya mungkin - wekk,perasan giler.hahaha - mungkin Elia pun terasa jugak tapi takpe,carilah yang lebih baik dari Apex sebagai pengganti ;)

Wednesday, July 6, 2011

KERANA LONGKANG ITU

Saya ingat saya orang yang mudah ingat dan sangat jarang saya tak ingat.Yeke?haha

Saya maksudkan,sahabat-sahabat saya.Saya ingat mereka dan sampai ke tahap,saya ingat tarikh lahir dan bagaimana saya mula bersahabat dengan dia.Insyallah.Saya akan ingat kalau ditanya :p

By the way,longkang memang la busuk dan membusukkan tapi kisah persahabatan yang ini memang berlaku kerana longkang.Memang bergaya.hehe.Kan?

Saya ingat saya mula-mula kenal dia,kerana satu program dan memang saya ingat dia cuma tak pernah bertegur sapa dan saya mula menegurnya bila dia jatuh sakit kerana jatuh longkang.Thank you very much longkang..haha..Asbab sungguh..

Wednesday, June 29, 2011

HENSEM, COMEY & CANTIK

Semua orang sukakan cantik sepertimana sudah tercatat dalam Al-Quran yang tuhan itu cantik dan tuhan suka makhluk yang cantik.(betul ke dop?aku tak ngaji quran sunnah) :p

Tapi ramai orang tersalah sangka,disangkanya hensem,comey & cantik itu faktor kebahagiaan dan semestinya jawapannya - TIDAK SEMESTINYA ;)


Saturday, June 25, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU ~

Bila tempoh hari dapat text dari Ayah Yi menjemput kami semua ke majlis kenduri sepupu saya yang seorang ni,saya langsung tak terkejut.Memang sudah dijangka,he will be next on the list selepas Abg Sham walaupun dari segi umur,dia no 8 dalam lingkungan sepupu sepapat saya.hehe.

Sebabnya?
1. Arif hensem..haha..teringat masa kecik-kecik dulu selalu kena kejar dengan gadis-gadis yang minat dengan dia sampai ke rumah.
2. Memang dia pernah berura-ura nak submit proposal kahwin pada Ayah Yi sejak dari tahun lepas lagi.
3. Ayah Yi aka abah kesayangan dia sangatlah sporting yang akan sentiasa menyokong anak-anaknya ;)

Tiada kata yang mampu terucap hanya Barakallahulakuma ;)

Bila pakcik dan makcik tanya bila giliran saya yang lebih senior dari arif pula?Jawabnya - saya akan kahwin bila saya rasa saya mampu kahwin..Bukan sebab orang semua dah kahwin atau sebab bosan orang tanya bila nak kahwin atau risau orang lain ada anak dulu..No No No..Kahwinlah kerana mahu dan tahu apa itu kahwin,barulah tak tersesat di jalan yang lurus kelak ;)

Thursday, June 16, 2011

MEMANDU ITU BERISIKO

Baling, Kedah - Tempat yang saya kenali kerana peristiwa Memali yang membunuh seorang pejuang politik PAS pada akhir 1980an dan juga kerana saya mempunyai beberapa rakan yang berasal dari sana.

Lain sebab - nehi hir.Memang tiada apa yang memberi kenangan pada saya tentang Baling.

Mei 2011 akhirnya meninggalkan suatu kenangan buat saya di sana dan hampir meragut nyawa saya sendiri - saya kemalangan jalan raya di sana.Seingat saya,sudah tiga kali saya terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika memandu tidak termasuk kemalangan melanggar gadis-gadis ketika turun naik tangga dan di dalam train..hahaha..

Monday, June 13, 2011

KISAH HATI ~

Tiba-tiba hari ini ramai lak visitor blog - mungkin kerana entry di bawah itu - mungkin..haha

Sesekali,seronok jugak membuka kenangan lampau kan?Dan saya pasti kalian juga ada kenangan lampau dengan dia yang kalian sayang dan kalian ditaqdirkan untuk tak bersamanya.Jangan sedih lama-lama,rugi air mata dan tak berbaloi mana :p

Sunday, June 12, 2011

I AM HAPPY FOR HER ;)



Sudah tiga tahun saya pasang lagu ini untuk menemani saya setiap kali panggilan telefon berbunyi dan setiap kali panggilan telefon masuk,yes setiap kali itulah jiwa saya akan terusik.Lagu Cinta Terakhir mungkin lagu yang biasa-biasa saja buat kalian tapi maknanya bagi saya cukup besar..hehe..

Tuesday, June 7, 2011

BERJALAN-JALAN KE PULAU MUTIARA

Lambat update sebab tak mempunyai mood untuk update walaupun perjalanan ke Pulau Mutiara sangatlah bahagia..


Memasuki daerah Penanti,saya pasti saya sudah menghampiri ke Pulau Pinang.Tapi dek kerana terlepas satu lorong ke kiri,kami sesat untuk mencari jalan memasuki ke Jambatan 'unik' menghala ke Georgetown.

Tuesday, May 31, 2011

PERUT 3 JAM

Saya cukup sentap andai orang sebut macam ni - makan banyak sikit,tak cukup makan ni..hehe

Orang yang suka cakap gtu,memang tak pernah tengok saya makan lagi..erk..Sampai Madam Suzanna pernah surrender,cakap awak nih sah metabolisme tinggi..

Perut saya memang tahan 3 jam je..Cukup 3 jam mesti lapar..huhu..

Pernah dalam satu hari,pagi saya makan spagetti,tengahari makan nasi,petang makan kuih,malam makan satay dan pukul 12 tgh malam,saya lapar balik..fuuh..tapi badan maintain kurus..berat pon maintain 3,4 tahun tak gerak2..

Time belajar dulu,bila cuti sem dan pulang rumah,mak mesti risau sebab kat rumah kena ada makanan selalu takut saya lapar dan adik-adik di rumah sangat berbeza dengan saya..Dieorg makan sekali sehari pun cukup..Ngeee...

Dan sekarang saya lapar..nak makan..marilah bersama-sama kita makan..lagi 3 jam saya makan kat kenduri lak..

Tata ;)

Tuesday, May 24, 2011

TERLAJAK HARI

Erk..Hari ni sahabat-sahabat saya gelakkan saya..Sebabnya saya terlajak hari..hehe..

Saya tatau la kenapa sejak saya kerja,selalu rasa tak cukup 24jam sehari 7 hari seminggu..Sungguh saya merasakan hari ini sudah hari rabu,walhal mentari pagi hari selasa baru saja nak menyapa..

Dan ramai dah mula menegur,awak tu dah giler kerja.yeke?tak rasa pulak.cuma yang saya tahu,bila diberi tugas,saya buat dgn sepenuh hati,cuba untuk suka walaupun saya tak suka at the first place dan percaya segala apa kerja yang diamanahkan kepada saya,pasti tuhan mahu mengajar saya sesuatu,memberi pengalaman yang tak mungkin saya dapat dilain waktu.Gaji?tak tinggi dan yang penting saya tak pernah demand berapa gaji saya..yang penting sekarang gain as much as we can..nnt dah senior baru start demand..tu pesan senior2 lawyer..

Dan esok akan membuat mitigasi untuk satu kes dadah..moga segalanya baik untuk orang yang kena tuduh..ameen..

Tak menarik pulak entry kali nih - insyallah panjang umur saya update lagi..

p/s: petang tadi sampai satu bungkusan ke tangan saya..hadiah birthday..terima kasih..lewat sebulan hadiah saya dapat,pemberi hadiah kasi hadiah double ;)

Thursday, May 12, 2011

HARI IBU, 10 MEI 2011 & PULAU PINANG

Sungguh rindu pada blog ini..Hajat di hati mahu menukar template tapi tak berkesempatan lagi..Mahu memberi baju dan semangat yang baru pada blog ini selagi hayat dikandung badan.

Dan entry kali ini banyak yang mahu diperkatakan..

HARI IBU


Bila sebut hari ibu,saya selalu sedih sebab tuhan tak pernah kasi saya ibu..Sebab tuhan kasi saya seorang mak..hehe..Dan seperti biasa tahun ni,saya wish mak tapi nak menaip msg nak wish tu pon dah sebak-sebak..keke..Well,i'm always sentimental..Mak Selamat Hari Ibu - Kau disayangi kerana menyayangi..;)

Dan bila sebut ibu,rasa macam tak best..Rasa best lagi mak..haha..macam-macam..macam baku sangat bunyi ibu..Pape pun tak kisah la..sebab saya tak di ajar begitu..hehe..

10 MEI 2011


Genap 3 tahun Angah meninggalkan kami semua..Angah ialah adik sepupu saya tinggal di sebelah rumah..3 tahun lepas,Angah meninggal apabila terlibat dengan kemalangan jalan raya di Kuala Krai.Dan saya tahu Angah yang satu ini tiada gantinya..Dia sangat sukakan game Sim City..Selalu 'bertepek' aje dengan saya kalau saya buka game ni di komputer dan semasa dia cemerlang dalam UPSR nya,saya hadiahkannya DVD games Sim City..Seronoknya bukan kepalang.."Angah,dont worry..Abe Mad tak main doh games tu.Abe mad reserve ko Angah" ;)

Dan kini,tuhan gantikan Angah buat saya..Banyak bezanya tapi Angah itu tetap hidup dalam diri saya..

PULAU PINANG


Kalau sebut Pulau Pinang,itu negeri yang saya tak pernah menjejakkan kaki lagi selain Sabah.2 tahun lepas saya pernah ke sana tapi dengan sangat 'berlorat' kerana ada kematian..Drive seorang diri dan pulang ke Kuala Lumpur semula dalam tempoh tak sampai 12 jam amatlah memenatkan.Dan terukir kenangan yang sayu setiap kali mengingatkan Pualu Mutiara ini..

Dan kali ini,saya akan ke sana lagi..Moga permusafiran kali ini baik baik belake..Ingin meneroka bandar yang telah menemukan saya dengan sebuah cinta dan sahabat-sahabat..Insyallah..

LAIN-LAIN HAL??


Ketemu semula dengan guru besar yang saya paling sayang di Facebook..Dialah yang menemani saya ke pertandingan catur dan bercerita itu ini semasa saya di bangku sekolah rendah..Saya masih ingat bila dia mem'famous'kan saya diperhimpunan sekolah - siapa nama,oooo ahmad..mahu pergi mana..chemor..awak tak boleh cakapkah?..haha..iklan syarikat telekomunikasi DIGI pada lewat 90-an yang menaikkan nama saya ketika itu..

Memetik kata-kata seorang gadis cun tanahair - nama ahmad tu unik tapi nama ahmad seketul tu lagilah unik sebab susah nak jumpa.haha

Dan kerana Cikgu Zafiru,saya rindu untuk kembali ke SK Teruntum.

Pesannya pada saya,jadi peguam yang baik-baik nak..Insyallah Cikgu :)

KOMPUTER SAYA BUAT HAL


Sejak ber'kapel' dengan saya sejak 3 tahun lepas,awek yang sebiji ni tak pernah buat hal tapi kali ni dia buat hal..CPU saya tak dapat view desktop dek kerana diserang virus laknatullah..hehe..

Dan kesannya?Habis semua file yang saya simpan dalam C..Dan kenangan gambar-gambar yang telah saya simpan sejak 3 tahun lepas habis dimamah 'beliau'.DEM!!!!

Buat kalian yang ada kenangan dengan saya,kenangan kalian bersama saya telah 0..Kalu baik hati,sila send gambar pada saya..Nanti saya bayar harganya..

HARI INI DALAM SEJARAH

Seorang bakal peguam telah ke pejabatnya dengan berpakaian pejabat mengayuh basikal..Hebat..Terkenal dan mengikut seruan Menteri-menteri kerajaan Malaysia supaya menjimatkan petrol(yang part seruan nie memang celaka sikit :p).

Ramai yang tidak percaya dengan cerita ini kerana dipercayai bakal peguam ini seorang yang tidak mempunyai stamina yang tinggi untuk membuat kayuhan seperti Azizulhusni Awang ataupun paling kurang seperti Josiah Ng..Dan nampaknya sangkaan mereka meleset kerana anak jati Kampung Baru Pasir Pekan ini seorang yang sentiasa ~ never say never sebelum sampai waktunya..haha

Panjang tol merapu meraban..haha..Hari ini saya ke pejabat dengan berbasikal disebabkan kereta tak hidup..fuuh..ingat nak je off tapi fikir hari-hari dalam chambering walaupun menyeksakan tetapi amat berharga untuk dibiarkan berlalu begitu sahaja..hehe..

Dan saya mengambil keputusan untuk mengayuh basikal keramat hadiah PMR tahun 2002 dulu..Sampai di pejabat,saya angkut naik basikal park depan pejabat yang berada di tingkat 3..Fuhh penat..haha..Tapi pengalaman yang sangat bagus..Dan bila pulang, Che Sue sms saya,kalau la semua orang naik basikal pergi Kota Bharu alangkah bagusnya rakyat Kelantan kurang accident..keke..



Apa lagi ye?cukuplah setakat ini kali ini..Ada komen? :)


Saturday, May 7, 2011

KEBAHAGIAAN DALAM PERPISAHAN

Saya sebenarnya mahu update blog..Tapi minggu ni sangat la kering idea disebabkan CPU sudah seminggu rosak dan tak boleh dibaiki..Apa kes,saya pon tatau..

Dan tajuk ini yang menjadi pilihan..Buat pencinta industri muzik tanah air,pasti sangat familiar dengan tajuk di atas bukan dan memang saya mahu update mengenainya - apa lagi kalau bukan Shahir AF..

Mula-mula mamat nih muncul,memang la saya tak minat..haha..Dengar kata ex UIA dan junior saya then quit matrik..Tapi dikhabarkan diploma UIA..celah mana UIA kasi diploma kecuali diploma syariah..tu pon syarat kena ada degree..hehe..macam-macam..

Then ada sorang kawan dok minat sangat dgn lagu nih sampai promote kat saya..dan dengar la jugak..dan seperti biasa,bila dah hari-hari pasang,memang melekat dan menjiwai la lagu ni..tak kenal maka tak cinta,dah kenal memang jatuh cinta..keh keh keh..hati kalau kena cara memang mudah je nak menerima kan?

Balik pulak rumah,aishah pulak dok minat shahir..haha..pengaruh tengok astro..sampai gaduh-gaduh dengan ayah kalau ayah tak kasi tengok tv..isk2..hehe..

Dan saya sememangnya salute la dengan beliau berjaya menang AF..Dan pape pon sila bertindak cermat bila sudah berada dalam industri ini..Banyak sangat gosip liar sampai kadang2 tak termampu nak dijawab..

Soalnya bahagiakah kita dalam perpisahan? ;)

Rahim acap kali sebut,orang giler je bahagia dengan perpisahan..haha..tapi bagi saya semua itu takdir yang tuhan 'anugerahkan' pada kita..Kadang-kadang sudah ditatang minyak yang penuh pon,tetap tuhan takdirkan begitu..Jawabnya - bahagiakan diri dengan perpisahan..Dan didiklah hati untuk redha dan percaya bahawa kelak  itu semua yang terbaik buat kita..Mungkin ketika ini kita tidak mengerti,namum percayalah hikmahnya akan muncul dan kita akan bersyukur kelak..ameen..jgn sedih-sedih ya..:)

p/s:ramai yang tengah sedih dengan perpisahan..mcm kena je lagu shahir ni dengan kalian - mungkin magisnya sudah hilang..cari yang lain ;)

Thursday, May 5, 2011

DIAM TERLALU LAMA ITU MENYAKITKAN

Saya sangat pantang kalau dapat msg/sms yang teramat pendek - 'k','em','rite' dan yang sama waktu dengannya.Sepatah je dijawab tak pon pendek je msg padahal kita ye ye msg atau reply msg.Rasa menyirap darah.Kalau yang di sms itu veteran umurnya takla marah sangat,sebab memahami mereka kurang cekap dalam menekan keypad telefon bimbit.Ini muda-mudi yang hidup mati dengan telefon bimbit.Fuuh memang cukup menyirap.Sudahlah sms itu tidak beremosi,ditambahkan lagi kurangnya emosi dan kasih sayang dalam sms,lagi la kaku.Teknologi terkadang mengurangkan sense of human being dalam diri kita.

Satu lagi kalau orang yang sangat susah untuk angkat telefon atau reply sms.Berkali-kali kita menghubungi,memang macam HARAM nak diangkat.Then bukan nak ditelefon balik.Adat manusia bila berkepentingan memang la baru reti nak cari semula..Sabor jela! ;) *jangan guna istilah time nila nak tolong kawan-kawan - serius sakit hati*

Dan kalu kita dah betul-betul akrab dengan someone,diam terlalu itu tidak elok sebenarnya..Dan jangan cepat nak merajuk dan kecil hati..Settle molek-molek,bukan benda tak leh nak settle..

p/s: saya pon ada je tak layan sms/telefon,tapi mesti sebab dah pesan kat orang tu nape saya tak angkat phone.Buat tak faham jugak,memang terima jela nasib phone tak berjawab :D

Tuesday, May 3, 2011

AKU HANYA A.H.M.A.D

Entri ini sebenarnya terlambat..haha..Tapi tak mengapa - kasi saya tangkap leleh dulu baru boleh menaip entri ini dengan penuh perasaan yang bercampur-aduk - gembira sedih terharu semua ada..hehe

Pada sahabat-sahabat yang mengucapkan Selamat Hari Lahir tempoh hari,ingin saya ucapkan ribuan terima kasih atas doa yang tidak putus-putus dari kalian..Seperti mana doa kalian,saya juga mendoakan kalian sama seperti doa kalian..What you gives you get back kan?(kalu ada yang merajuk,saya doa kalian cepat sejuk,bukan merajuk lama-lama) ;)

Kalau tanya saya,apa wish untuk birthday yang ke 23 ni - fuhhhh..long listed wish..Sangat banyak dan pastinya orang akan tanya kahwin no berapa?Dan jujurnya dalam hati saya akan jawab,tu no yang last sekali..kiki..menjawab soalan?Jadi pada yang berkenaan,yang tanya bila kad saya nak sampai,lambat lagi.Sesunggunya diri ini tak terasa nak kahwin lagi (takut).Takut tak mampu nak jaga perasaan fragile seorang perempuan..huhu..Dengan kawan pon tak mampu,dengan orang lain lagi la..Sekarang enjoy dulu jadi seorang pupil kehormat..Kerja no one :D

Apa Hadiah Dapat Tahun ni & Celebrate Kat Mana?

Selalu orang tanya macam nih dan yang sebenarnya mak dan ayah tak pernah ajar kami celebrate birthday dan mak dan ayah ajar cukuplah bila wish,tanda orang tu dah cukup sayang pada kita..Kerana dalan wish tu ada doa yang sangat ikhlas untuk kita..hehe..Dan bila fikir-fikir balik memang betul pun,patutnya time-time birthday la banyak kita muhasabah balik perjalanan hidup kita selama ni macam mana dan apa yang kita perlu buat untuk a step further..Namun tak salah juga nak celebrate biasa-biasa cuma jangan berlebihan,tak baik! ;)

Hadiah?Saya tak pernah dapat kek secret recipe sebijik tak pernah dapat kereta atau pun tak pernah dapat buku sekotak hadiah birthday..haha..sapa yang pernah dapat,memang kalian sungguh bertuah..Dan selalunya bagi lelaki (dan saya seorang lelaki ehem2),saya suka benda yang boleh dipakai atau digunakan..Hiasan-hiasan kat almari tak berapa prefer..Dan saya sangat happy kalu ada orang kasi buku kerana ku cinta buku yang amat..hehe..Walau bagaimanapun,wish kalian dah sangat bermakna..

Dan tahun ni,mak kasi hadiah satu suit baju untuk g kerja..

Imran pulak dapat no 3 pertandingan hafazan peringkat negeri hari birthday saya..

Ada seorang sahabat pm saya bercerita tentang masa lampau - ini sangat sentimental

Dan Kamarul & Atiqah wrote in their blogs about me - sangat-sangat la mengharukan..Muka 'tebeng' masuk blog famous dieorg..hahaha...thank you very much..;)

Ramai ke Wish Tahun Ni?


Hahaha bila tanya soalan nih,baru tahu famous ke tak kan?kekeke..Saya intentionally off reminder pasal birthday saya di facebook -INTENTIONALY

Kerana saya tak suka orang wish sebab tengok notification bukan sebab ingat..boring-boring tengok facebook,ko bantai penuhkan wall orang wish birthday..apa daaa..dan saya memang hilang semangat nak wish birthday sahabat-sahabat bila muncul apps ni kat facebook..menghakis nilai menghargai apps nih..huhu..kadang-kadang birthday orang yang saya ingat pun,saya buat-buat lupa..jadi pada ada sahabat-sahabat yang rasa macam tiap2 tahun saya wish tapi ada tiba-tiba saya tak wish tu,faham-faham jela nape ;p

Walau bagaimanapun,ramai jugak yang wish..ada la lebih 50 orang..haha..ceh..kena bagi award nih sorang-sorang yang ingat wish..sampai ada yang wish 2 hari sebelum pun ada..tak surprise langsung..haha..

Syazwan - siap wish lagi,'enta sememangnya hot' - ciplak ayat yang saya wish pada dia tempoh hari..hehe..hot kemendenya..cool and sometimes getting hotter when angry..hehe..

Konklusi


Dan sebenarnya apabila ditanya apa primary wish saya untuk tahun ni,saya ingin menjadi someone yang lebih baik buat kalian semua,mahu seperti kata Atiqah - the one who always being there always(walaupun ayat ini agak jiwang karat),tapi itu yang sebetulnya..hehe..Rasa macam tak cukup baik lagi dan mahu bersama-sama dengan kalian semua untuk moving forward together..tak mboh mu g dulu,dop pon aku g dulu..tak mboh gtu ;)

Dan bila ditanya siapa sebenarnya AHMAD - kalian boleh interpret in your own word,who is him in your eyes..no need introduction from other..hehe..Baik itu di mata kalian,buruk daku jugak di mata kalian..Kerana AKU HANYA seorang A.H.M.A.D ;)

p/s:yang mana rindu saya cepat hands up..ngeee..tqvm sahabat :)


Wednesday, April 27, 2011

ORANG TAK BERAPA SIUMAN MASUK OFFICE

Siapa dia orang tak berapa siuman nih?Ce teka..Confirm la orang yang putus fius a.k.a orang gila..haha

Fuh..Tadi memang havoc..Saya asyik dok nak settlekan file yang tinggi KB Mall kat atas meja,tiba-tiba staff lari masuk bilik saya ramai-ramai dan kunci pintu..Aik pe kes dieorg nih?haha..muka pucat tak terkata..Nape nih?Telefon sapa-sapa cepat..Kata dieorg..Laa..nape..orang gila datang cakap 'aku pukul korang semua'..Kelakar pulop dengarnya..haha..

Last sekali saya duduk je buat kerja macam takde pape,staff telefon 'lelaki-lelaki gagah office sebelah' datang ambush..Tengok-tengok tak de pun dia..Dah blah la kot..kekeke..

Dia datang tinggalkan nota dan duit - katanya mintak tolong sedekah duit kat masjid masa bulan puasa nih untuk buat buka puasa,ini tanda terima kasih sebab bos tolong settlekan hal tanah dia tempoh hari..Lagi sewel..hahaha

1. sejak bila orang gila boleh ada tanah.
2. educate amat orang gila Malaysia cari office lawyer nak kasi duit..keke..

Apa pun,lepas ni dieorg memang sentiasa kunci pintu office..Sampai bos nak masuk pun,kena telefon dulu,baru boleh buka pintu..hehe..

p/s:orang gila ni orang yang sama gila dengan dia je faham hati dan perasaan dia..Kalau kalian tak faham dia,sah kalian memang bukan sehati dengan dia..Tapi mana ada orang gila ngaku dia gila..confirm dia ngaku dia siuman..hahaha

Sunday, April 24, 2011

TAHUKAH ANDA - ROSSA? ;)

Kenalkah anda pada Rossa?hehe..Kalau tak kenal,maka molek mu g google pah kelih kat images,kelih hok mana so Rossa..hehe..Hok putih melepok po jatuh dalam tepung gandum tu jolo la tu Rossa dan yang pasti Rossa itu seorang perempuan..haha..

Nak citer,Rossa nie selalu teman saya dikala hati keboringan atau kesedihan..hehe..gler bangga..selalu kami beradu suara menyanyi lagu Hati Yang Kau Sakiti,Atas Nama Cinta,Pudar dan sebagainya..haha..koyya molek..

Sebenarnya nak citer saya sangat suka lagu Rossa..Sangat-sangat..Jarang la saya minat lagu perempuan nyanyi
nih..Rossa dan Siti je..ngeh2..

Dan Rossa telah release lagu baru - Ku Menunggu


ku menunggu, ku menunggu kau putus dengan kekasihmu
tak akan ku ganggu kau dengan kekasihmu
ku kan selalu di sini untuk menunggumu

cinta itu ku berharap kau kelak kan cintai aku
saat kau telah tak bersama kekasihmu
ku lakukan semua agar kau cintaiku

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
ada cemburu juga rindu
ku tetap menunggu

haruskah ku bilang cinta
hati senang namun bimbang
dan kau sudah ada yang punya
ku tetap menunggu

datang padaku, ku tahu kelak kau kan datang kepadaku
saat kau sadar betapa ku cintaimu
ku akan selalu setia tuk menunggumu

(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
(aku tetap menunggu) ku tetap menunggu
ku tetap menunggu

Kalau nak dengar live,silalah anda search di Youtube..hehe..

Cuma lagu yang baru nih,sangat tak baik untuk 'kesihatan mental & hati'..Jangan dok layan sangat lagu nih,nanti lagi rosak dan membantukan usaha untuk bergerak ke depan.dengar takpe,layan jangan *nasihat jew* ;)

Rossa lawa ke?haha..soalan nih tak payah fikir panjang nak jawab..tak lawa,comel je kot..hehe..suara jela okay..tak suka perempuan make up tebal-tebal..ops...hehe..natural beauty juga yang terbaik sebenarnya..hehe

p/s:sebenarnya kepala berat nak update entry baru,tak pepasal Rossa kena jadi tajuk entry..haha...Ku Menunggu datangnya rajin padaku(buat tone lagu nih) ;))

sapa yang suka lagu Rossa tu sorry..terutama yang tengah sibuk dengan Socso tu ;p



Thursday, April 21, 2011

KECILNYA DUNIA INI

Dua hari lepas dalam jam 2 pagi,saya dapat satu sms - salam ahmad.mintak full address ea.tq.

No takde dalam simpanan phonebook saya..tapi bila check balik,ada dalam hp yang satu lagi..

Buat  anak muda seusia dengan saya,kalau ada teman-teman yang lebih kurang sebaya sms macam ni,takde benda lain dah..mmg SAH nak kahwin..mmg sah nak kasi kad..hehe..saya panjatkan syukur,kahwin gak kawan saya sorang lagi..nie rahsia ea jgn gtau org(ada kawan saya mereng minat kat budak nih dulu..sampai sanggup turun meeting selalu semata nak usha budak nih)hahaha..-takleh nak serkap jarang,sebab korang tatau sapa yang msg dan sapa kawan saya tu..haha(abaikan!)

Malam tadi pula,ayah telefon - Mad,kenal tak .............. dia nak kahwin dengan anak kawan ayah?

Hahaha..memang terguling la lagi saya kali nih(asyik terguling je)bila nak terduduk lak..hehe..sah,kawan aku kahwin dengan anak kawan ayah..ades..pusing-pusing orang sama..pusing-pusing,situ gak la g nye..tak kemana..ades...kad kawan saya tak sampai lagi,tapi kad ada dengan ayah yang saya tatap dulu..kui3..

Moral of the story?Pusing-pusing jalan-jalan dulu dacing sekarang bulan?hehe..

Dunia ni kecik je..Jangan dok berlagak dan act sana sini..Takut-takut le anda nak dapat adik ipar or menantu orang yang anda benci..sapa tau?aiyaakkk....

Barakallahulakuma sahabat ;)

p/s:yang korang baca je,bila nak hantar kad?tersengih-sengih..haha :p

Sunday, April 17, 2011

A.H.M.A.D

Hai..hehe..Assalamualaikum!!

Sihat belake?hehe..

Pernah anda 'gelak guling-guling'?haha..Gelak sakan la kot..Saya rasa jarang saya gelak guling-guling,tapi perkara yang satu ini memang membuat saya gelak guling-guling :))


Bila radio memainkan lagu bertajuk ~ AHMAD ~

Dan saya sendiri mendengarnya,memang saya nak tergelak mendengarnya..hehe..


Pertama sih aku malu-malu
Saat ku dekat ku ragu-ragu
Mungkinkah dia suka padaku
Ah-ah, Ahmad!
Ternyata tanpa ku duga-duga
Aku terima salam darinya
Bergetar saat ku membalasnya
Ah-ah, Ahmad!

Dialah idola, dialah superstar
Mampu menggetarkan ranah jiwa
Dia yang ku nanti, selalu terpuji
Ingin ku dekat slalu ku dekap

Ahmad, yang selalu di hatiku
Ahmad, luruhkan keangkuhanku
Ahmad, ingin aku cepat-cepat 
Bercinta dengan lelaki paling hebat

Ahmad, pribadinya sederhana
Ahmad, tiada banyak bicara
Ahmad, ku tak mau lama-lama
Mendekatlah padaku dengan segera

Sudahkah anda mendengarnya??

Memang susah nak cari lagu nih,saya dah cuba google nak download tapi takde link download..Cuma yang ada satu video youtube,tu pun tak jelas sebab Arrora Salwa nyanyi di pusat beli-belah..Banyak sound effect lain..

Tetiba terfikir, adoyai sapa la buat lagu nih..haha..Fuuh kalau nak compare dengan diri saya,memang la tak padan dan sah-sah menipu..haha..Mungkin AHMAD lain kot..Dan sepanjang umurku,saya baru bertemu dua orang yang mempunyai nama AHMAD seketul..yang lain mesti ada Ahmad .............. Special rupanya nama seketul nih..Sampai orang pun kadang-kadang silap bantai nama ayah bila nak panggil nama kita..hehe.Macam-macam daa...

Terima Kasih pada Salwani dan Ulfah Mansurah yang mengkhabarkan tentang lagu ni..Till now,saya masih gelak guling-guling bila mendengar lagu ni..hahaha...

p/s:bila hayati balik lirik lagu nih,bagus juga untuk muhasabah supaya diri menjadi lebih baik kepada insan sekeliling..Berusaha untuk jadi lebih baik!!!Ameen

Dan orang yang sayang saya pun tak mungkin puji saya setinggi ini..hehe..Puji macam malaikat..Mintak jauh pujian yang melampau..Ampunkan kami ya tuhan kami..


Friday, April 15, 2011

KU MERINDU

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat
kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya



Kerana terbaca mutiara kata ini - hati diusik rindu..Pada teman-teman yang saya amat sayang..Yang pernah saya sakiti dan yang menyakiti..Di mana sahaja kalian berada,saya masih merindui kalian..


Sahabat - whatever you are facing right now,do not ever forget that in life,we have to move forward not backward..


Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.

Sungguh merindui seorang sahabat ini..Apa khabar dia agaknya? :)




Wednesday, April 13, 2011

SELAMAT HARI LAHIR SAHABAT

Teringat lagi tatkala saya menerima kad - SWEET FIFTEEN AHMAD

Masa tu punyalah jahil,ya rabbi apa kebenda la 'manis 15' nih..direct translation..hahaha..risik punya risik baru la tau kad wish birthday..hehe..

Hitung punya hitung,dah lama rupanya ikatan persahabatan dengan sahabat yang sorang ni..Tapi bagi saya,sahabat bukan diukur pada panjangnya masa bertemu itu,tapi pada kesediaan untuk susah dan senang bila bersama..Pada ketekunan hati kita,menerima kelebihan dan kekurangan beliau sebagai sahabat kita.

Sahabat,ingatkah kita bila persahabatan kita diuji..Allahuakbar..Masa tu,terasa macam saya nak hilang lagi seorang sahabat yang amat akrab..2 tahun bukan masa yang sekejap untuk diuji dan teruji..Tapi segalanya lancar,mungkin kerana kita matang dalam menyelesaikan isu yang timbul..hua hua hua hua..:p Bila berselisih,lapangkan hati tingkatkan komunikasi..Banyakkan ingat pada kesilapan kita pada sahabat kita berbanding kebaikan yang telah kita buat padanya..Insyallah cepat kita tenang..

Benarlah kata hukama - jangan sesekali mendakwa kalian sudah akrab dalam bersahabat sehingga persahabatan kalian diuji dan kalian melepasi ujian tersebut.

Dan banyak kali sudah,saya kehilangan sahabat - sudah berjaya saya didik hati untuk tabah tiap kali saya kehilangan sahabat yang saya sayang dek kerana kekurangan pada saya mungkin.Tapi tak mengapalah.Ada hikmahnya barangkali,moga yang hilang itu,digantikan atau dikembalikan untuk saya.Ameen.

Dan sesungguhnya sahabat yang seorang ni sungguh bersama saya tatkala saya tak merasai lagi hidup sebagai seorang manusia..(masa ini rasa hidup seperti seorang harimau.haha)..Dinasihatinya saya,supaya kembali bangun untuk meneruskan kehidupan..Diingatkan saya apa yang selalu saya ingatkan padanya..what i give,i get back..haha..Tapi sikit pon tak terasa kerana itulah tugas sebenar seorang sahabat..Mengingatkan bila terlupa..Yezza..

Moga cepat bahagia sahabat - sememangnya sahabat yang sejati itu seperti kesihatan,hilangnya baru kita sedari kita memerlukannya..

~ Dialah teman,sahabat dan kawan ~

Dan lagu ini banyak meninggalkan memori untuk mu sahabat - Selamat Hari Lahir

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan 
Ada kalanya langkahku tersasar 
Tersungkur di lembah kegelapan 

Bagaikan terdengar bisikan rindu 
Mengalun kalimah menyapa keinsafan 
Kehadiranmu menyentuh kalbu 
Menyalakan obor pengharapan 

Tika ku kealpaan 
Kau bisikkan bicara keinsafan 
Kau beri kekuatan, tika aku 
Diuji dengan dugaan… 
Saat ku kehilangan keyakinan 
Kau nyalakan harapan 
Saat ku meragukan keampunan Tuhan 
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala 

Menitis airmataku keharuan 
Kepada sebuah pertemuan 
Kehadiranmu mendamaikan 
Hati yang dahulu keresahan 

Cinta yang semakin kesamaran 
Kau gilap cahaya kebahagiaan 
Tulus keikhlasan menjadi ikatan 
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan 

Titisan air mata menyubur cinta 
Dan rindu pun berbunga 
Mekar tidak pernah layu 
Damainya hati 
Yang dulu resah keliru 
Cintaku takkan pudar diuji dugaan 
Mengharum dalam harapan 
Moga kan kesampaian kepada Tuhan 
Lantaran diri hamba kerdil dan hina 

Syukur sungguh di hati ini 
Dikurniakan teman sejati 
Menunjuk jalan dekati-Nya 
Tika diri dalam kebuntuan 

Betapa aku menghargai 
Kejujuran yang kau beri 
Mengajarku mengenal erti 
Cinta hakiki yang abadi 

Tiada yang menjadi impian 
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan 
Yang terbias pada ketulusan 
Sekeping hati seorang insan 
Bernama teman